Pada tangan kanan anda ada no. 18 dan pada tangan kiri anda ada no. 81, subhanALLAH. Jika dicampurkan jumlahnya adalah 99 sesuai dengan bilangan Asmak uLLAH!
Jika diperhati dari susunan nama berkenaan yang ke 18 ialah Ar-Razzak (Maha Pemberi Rezki) dan yang ke 81 adalah Al-Muntaqeem (Maha Penyiksa).
Jika tangan kanan yang bakal menerima kitab amalan maka cerahlah mendapat keredhaan ALLAH dan sebaliknya jika tangan kiri yang menerima catatan amalan gelaplah bakal kena siksa... mungkin itulah yang dimaksudkan 18 dan 81.
Tangan kanan digunakan untuk mengambil makanan (rezki) tangan kiri pula untuk kerja-kerja pembersihan... tangan kiri tak pernah komplen kerana ini adalah sunnatuLLAH.
Bukan perkara di atas yang saya nak perawat2 bincangkan.... mari fikirkan berikut:
Para ulamak bersependapat bahawa ada tiga bacaan rukyah yang dibenarkan; Yang pertama - ayat Quran, yang kedua asmak uLLAH dan yang ketiga adalah doa-doa muktabar berdasarkan hadis Nabi SAW.
Dua asmak uLLAH yang biasa kita dengar ialah yal-Bari dan Ya-Syafi.
Saya ada membuat amalan/kajian dengan Ya Razzak dan Ya Muntaqeem.
Caranya: jika anda memegang kaki pesakit (kiri) dengan tangan kanan bacalah Ya Razzak sekurang-kurangnya 10 kali, dan jika anda menyentuh (secara berlapik) kaki kanan dengan tangan kiri bacalah ya Muntaqeem dalam bilangan berkenaan. Tiup dan lepaskan pegangan anda...
Natijahnya .... anda buatlah dulu dan ceritalah kat sini...
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
3 comments:
Ustaz,kalau kita pegang tak berlapik,tak mengapa ke? Kenapa perlu berlapik bila menggunakan tangan kiri?Sekadar ingin tahu.
Berlapik pada setiap masa
Asalamualaikum Ustaz,
Semoga Ustaz berada di dalam perlindungan Allah sentiasa.
Semasa saya berkursus, tiada lagi teknik 1881. Adakah ini yang dimaksudkan dengan teknik 1881?
Jazakallah.
Post a Comment