Saya mengalukan kehadiran sdra/sdri ke Majlis Ijtima’ Perawat Akrine (MIPA) 2009 dengan ahlan wa sahlan wa marhaban bikum jami’an.
Tujuan ijtima’
Pagi ini kita berkumpul dalam satu Ijtima’ mu’allij sebagai usaha penyatuan fikrah, merapatkan ukhuwah, memperteguhkan ilmu serta menegaskan bahawa kita hanyalah media yang ikhlas yang mahu membantu ummah dalam merungkai hal-hal yang berkaitan dengan rawatan secara Islam.
Akrine telah ditubuhkan 4 tahun yang lalu dalam usaha menyediakan kemudahan latihan merawat kepada individu yang berminat tanpa mengambilkira latarbelakang pendidikan, pegangan politik, aliran rawatan dsb. Akrine telah memulakan kursus rawatannya pada tahun 2007 dan sehingga kini telah mencapai ribuan lepasan yang mengikuti kursus anjurannya. Maka ijtima’ kita hari ini merupakan usaha-usaha mengumpulkan seberapa ramai mu’allij yang masih aktif merawat samada secara kumpulan, individu malah menjenamakan pusat rawatannya sendiri.
Akrine dan bloggers
Akrine juga telah melopori penulisan catatan rawatannya di dalam blognya. Ketika itu hanya terdapat portal dalam bentuk forum dengan bilangan mu’allij yang sedikit.
Hari ini terdapat tidak kurang dari 50 bloggers yang merancakan dunia rawatan Islam di negara kita, ini adalah satu perkembangan sihat. Akrine juga menyeneraikan perawat-perawat di semua daerah/negeri dan negara dalam usaha memudahkan ummah mencari perawat yang terdekat. Ini juga memecahkan sikap pergantungan kepada mu’allij tertentu sahaja.
Akrine dan teknik rawatan
Sepanjang menjalankan kerja-kerja rawatan dan mengendalikan kursus Akrine telah menemui pelbagai teknik rawatan seperti teknik mengesan, menikam, menarik, memukul, menidur, memagar, tanzir,TKR, TRO dll hasil dari kerja-kerja rawatan dan penyelidikan. Sedikit sebanyak teknik-teknik ini membantu mu’allij dalam melakukan rawatan. Kepada ALLAH dipanjatkan setinggi-tinggi syukur di atas sedikit ni’mat bantuan dalam penyelesaian rawatan.
Teknik tetap teknik, ternyata adalah suatu kesilapan meletakan teknik sebagai lebih aula dari pergantungan dan kuasa penyembuhan milik ALLAH. Terdapat mu’allij yang mempertikaikan teknik Akrine seperti teknik bakar batu bata, teknik sembelih, TKR dsb. Akrine dikategorikan sesat oleh Emjay kerana teknik-teknik di atas. Inilah adalah di antara mehnah dan tribulasi perawat. Tuduhan sesat merupakan lumrah, tetapi kita tidak gusar jika yang mengatakan kita sesat itu bukan di kalangan perawat tetapi menjadi parah jika ia dilontarkan oleh kalangan perawat sendiri. Itulah juga yang dipertegaskan oleh Fathi Yakan dalam kerja-kerja dakwah.
Sikap kita apabila dikatakan sesat bukanlah pula bererti kita menyerang balas mereka tetapi memeriksa diri kita, kerana adakalanya teguran yang pahit itu lebih baik dari pujian melangit. Sikap kita mestilah berlapang dada, adakalanya bersyukur kerana ada orang yang memerhatikan kita, samada dia ikhlas atau tidak kita serahkan kepada ALLAH .
Akrine ingin mempertegaskan bahawa teknik rawatan Akrine adalah gabungan dari niat, doa, rukyah dan tindakan berdasarkan niat,doa dan rukyah yang dilangsungkan. Sebagai contoh; niat – saya nak tarik jin ini keluar, doa- ya ALLAH permudahkan saya menarik jin ini keluar, rukyah- An-Namlu 31-32, tindakan- tarik pakai serban. Apakah kaedah ini berjanggah dengan syarak?
Kefahaman Akrine bahawa kaedah inilah yang dilakukan oleh RasuluLLAH SAW. Teknik memukul dengan serban adalah sebagai contoh yang merupakan sunnah rawatan rasuluLLAH SAW yang menggambungkan ke empat-empat elemen di atas.
Berdasarkan konsep empat elemen ini Akrine terus berkembang. Pelatih-pelatih Akrine juga menemui teknik-teknik baru yang amat-amat kita alu-alukan. Kita menolak pergantungan mutlak kepada bacaan ayat-ayat tertentu sebagai penentu kepada teknik rawatan kecuali jika ada hadis yang memperkuatkan rukyah berkenaan. Perawat mestilah tidak meletakan ayat mengatasi kesembuhan milik ALLAH, kekuatiran kita adalah hilangnya pergantungan mutlak kepada ALLAH.
Akrine dan pertubuhan rawatan
Akrine menolak konsep ta’assub kepada guru dan aliran rawatan. Bagi kita ilmu ALLAH itu terlalu luas, kenapa harus dihalang mereka-mereka yang berikhtiar untuk merawat pesakit selagi mana ia mengikuti landasan syari’ah? Penjenamaan kumpulan hanyalah untuk mengenalpasti latarbelakang perguruan asas perawat, ini tidak bermakna kita menolak kumpulan lain, memperleceh jenama lain atau tidak boleh bersama kelompok perawat yang lain. Mudah-mudahan sikap ini kita hakis jauh dari lubuk hati kita kerana ikhlas adalah kunci kehidupan muslim.
Akrine ingin menegaskan bahawa kita menolak sikap permusuhan antara mu’allij dan pertubuhan rawatan. Permusuhan sebegini timbul dari hasad dengki, curiga, merasakan diri/kumpulannya lebih hebat dsb yang tercela dalam Islam. Akrine mengajak semua mu’allij bergerak sebagai satu jemaah besar yang saling hormat menghormati sebagaimana yang dituntut oleh Islam. Mana-mana teknik rawatan lain yang kurang kita persetujui, tidak boleh dihukum sebagai salah selagi mana perawat berkenaan meletakan Al-Quran, hadis. Ijma’ dan qiyas dalam rawatannya. Biarlah guru-guru yang arif dalam bab hukum memberikan pendapatnya.
Buat masa ini Akrine hanyalah bertindak sebagai pembimbing dan rakan kepada semua perawat. Kesatuan kita adalah kesatuan matlamat yang diikat dengan keikhlasan hati. Sdra/sdri bebas untuk menjenamakan kumpulan sdra/sdri, membuka pusat rawatan sendiri dan mencipta teknik rawatan sendiri.
Yang penting sdra/sdri mestilah berjemaah. Akrine adalah rangkaian jemaah anda.
Usaha melahirkan perawat
Memang benar pendapat yang mengatakan perawat tidak boleh dilahirkan dalam tempuh yang cepat. Menghadiri kursus intensif belum melayakan seseorang menjadi mu’allij tersohor. Ia hanyalah permulaan.
Langkah seterusnya perlulah dilakukan sendiri oleh bakal perawat berkenaan.
Semakin banyak anda mendalami ilmu rawatan, semakin banyak kes rawatan yang sdra kendalikan maka semakin berputiklah anda sebagai perawat.
Bakal perawat mestilah cekal, ujian demi ujian ALLAH berikan kepadanya sebagai penentu samada anda benar-benar berjiwa besar sebagai perawat. Semakin anda lulus ujian semakinlah terserlah anda sebagai mu’allij.
Menjadi mu’allij memerlukan masa, masa untuk menambah ilmu, berzikir, merawat dsb. Hanya yang benar-benar melihat kepentingan mu’allij sahaja akan lulus dengan ujian masa. Semua kita sedang melaluinya.
Risiko versus nikmat menjadi mu’allij.
Akhirnya saya ingin menyatakan bahawa menjadi mu’allij bererti anda bersedia menghadapi risiko. Risiko berdepan dengan mu’allij silih berganti. Bermula dari serangan balas jin yang dibelasah, penyihir yang dikalahkan, serangan terhadap diri dan keluarga dan juga serangan dari perawat yang dengki.
Kita mestilah bersedia menghadapi risiko berkenaan.
Menjadi mu’allij ada kelebihannya. Memenuhi tuntutan surat al-Asr adalah antaranya. Mu’allij juga adalah bukti kebenaran Al-Quran, al-hadis dan Islam keseluruhannya. Menjadi mu’allij menjadikan anda seorang yang ikhlas kepada diri dan agamanya. Anda sentiasa berzikir samada semasa merawat atau di masa yang lain, tidakkah berzikir itu memberi manafaat kepada orang yang iman?
Akrine dan teknik rawatan mendatang
Akrine sedang memperkenalkan teknik rawatan Akrionics. Penggunaan medan elektrik bagi merawat secara dekat dan jarak jauh. Ianya bukanlah baru dan asing. Jin dan syaitan mati dengan tembakan petir oleh para malaikat atas perintah ALLAH. Petir adalah medan elektrik, penggunaan Akrionics adalah ciri-ciri petir dan kajian kita meyakinkan kaedah ini boleh digunakan sebagai ganti teknik bakar batu-bata dengan kesan yang lebih dahsyat dengan izin ALLAH.
Akrine juga sedang mendalami teknik kuasa minda yang akan kita tukarkan kepada kuasa jiwa kerana pendekatan kita adalah untuk membina jiwa (yang sebenarnya minda) pesakit. “Mind set” adalah juga punca penyakit, secara mudah anda ulanglah perkatakan “saya tak sihat” berkali-kali anda akan jatuh sakit. Beberapa pesakit telah juga berjaya dipulihkan dengan membetulkan kuasa jiwanya. InsyaALLAH apabila kita mengusai penuh teknik ini, sebaik mungkin teknik ini akan diajar di kursus mendatang.
Akhirnya saya ingin kita membentuk kesatuan fikrah, kesatuan hati dan kesatuan matlamat. Mudah-mudahan ijtima’ ini menjadi asas kepada kesatuan ini.
6 comments:
Saya doakan ust dan mu`allij lain bersatupadu tanpa ada hasad dengki atau sewaktu dengannya.
manusia lemah apabila di puji,dikenali dipuja dgn kelebihan yg allah anugerahkan. jd mu`allij berhati2lah.
Selamat berijtima' mudah-mudahan diberkati Allah
TERUSKAN USAHA USTAZ DI DALAM MEMBANTU MASYARAKAT YANG MEMERLUKAN, MUDAH2HAN USTAZ DAN KELUARGA SERTA JEMAAH AKRINE SENTIASA BEROLEH KEAMPUNAN DAN RAHMAT DARIPADA ALLAH SWT..
SALAM, SY DAPATI APB KITA BERZIKIR DGN AKRIONICS, YAKNI MERAKAMKAN AYAT KALAMULLAH PD AKRIONICS (SPT RAKAM PD AIR) LEBIH EFEKTIF.
SAHABAT SY MULA MENGUJI ALAT INI (MILIK SY YG TELAH DIRAKAM DGN ZIKRULLAH) DAN BERKESAN KPD KELUARGANYA. START PAKAI DAH PANAS, SAKIT KEPALA. TTP BILA DIA BELI DAN PAKAI TANPA RAKAMAN ZIKIR ALAT ITU MACAM KURANG MEMBERI KESAN.
DISINI SY BERPENDAPAT CIRI2 PETIR ITU MESTILAH TERAKAM PERINGATAN DAN FIRMAN KALAMULLAH.
HARAP ADA LAGI KMEN AKRIONICS UTK KONGSI MAKLUMAT.
WASSALAM
SaLam Utz Dr Abd Majid,
Sememangnya Musuh Utama Manusia, tu ~ KeJahiLan, Dan biase Org jahiL tu mmg, sifat dan Perangai KeJahiLan itu terSerlah apabila dia berkata2 dan memberi pendapat...!
Teruskan penjuangan AKRINE moga Allah memberi kita smua Hidayah dan Taufiknya ..Amin!
Harap akan diadakan lagi MIPA ini pd mase2 yg mendatang, TAHNIAH!
bila dikeji..itu biasa
bila dibenci..itu biasa
bila dikhianati..itu biasa
bila dipuji..berhati2 la..itu luar biasa..
Post a Comment