Followers

kursus

Kursus Rawatan Islam Terbaru

Tahap 1 : akan diadakan pada 19 - 20hb. September 2015 di Akrine Kuang

Kursus ini akan menekankan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini sesuai bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.

Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:

* Bagaimana alam jin
* Kaedah membenteng diri
* Teknik mengesan kehadiran jin
* Teknik racun
* Teknik dialog
* Teknik mengeluar jin (tarik guna serban / botol)
* Teknik mandian pesakit
* Teknik bakar batu-bata
* Akrionics
* Garis panduan merawat
* Latihan rawatan
Yuran adalah RM250.00 sahaja. Tempat adalah terhad. Hanya peserta Tahap 1 yang layak untuk mengikuti kursus Tahap 2

SMS butiran anda nama, alamat, pekerjaan kepada 019 758 4801

Tahap 2 : akan dimaklomkan

Pada tahap ini hanya bagi mereka yang telah mengikut kursus tahap 1 dan perawat-perawat (bekas pelatih Akrine) yang ingin mengulangkaji / mendalami teknik rawatan. Ia lebih menekankan kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang perawat.

Antara kandungan kursus adalah:

* Persiapan diri seorang perawat
* Keperluan bilik rawatan
* Teknik tikam
* Teknik baling
* Teknik tidurkan jin
* Teknik Kembara dan Rawat (TKR)
* Teknik Rotan Objek (TRO)
* Teknik ambil barang sihir
* Teknik Rawat Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP)
* Teknik Serkupan Azab (TSA)
* Keberkesan Rawatan
* Latihan

Yuran adalah RM250.00 sahaja (sila bank in ke Maybank Islamic 562740110528 Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan)

Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00ptg

Sila sms nama, tempat tinggal, pekerjan dan tahap kursus yang dipohon ke 019-7584801

Tarikh tutup permohonan adalah seminggu sebelum tarikh kursus


Penginapan di tempat kursus bagi peserta lelaki (percuma) dan sesiapa yang memerlukan Homestay sila membuat tempahan( Homestay 1: Tn. Hj. Saad 0126794304 Homestay 2 : En. Majid 0136051892 Homestay 3: Tok 4 Taufik 0122670577) dengan kadar yang segera.

Hotel yang terdekat terdapat di TSB BBaru Sg. Buluh

Kusus Pengukuhan Tahap 3

Tarikh : 15hb. November 2014

Tempat : Dewan Burhanuddin Helmy, Kuang

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Yuran : RM100.00

Sunday, June 28, 2009

TKR - Isu Nampak & Tak Nampak



AlhamduliLLAH saya berharap saya telah dapat menyumbang sedikit cara rawatan melalui Teknik Kembara & Rawat - TKR. Melalui TKR perawat dengan izin ALLAH dapat merawat melalui pesakit yang mengembara di dalam tubuhnya, persekitaran malahan secara jarak jauh.

Beberapa perawat dan pengunjung blog bertanyakan saya apakah sebenarnya TKR dan kenapa adakalanya boleh kembara tetapi pada ketika yang lain tak boleh. Akrinebera pula telah value added teknik ini dengan kembara pada badan perawat itu sendiri sebagai usaha penyembuhan diri sendiri. Kenapa perawat lain tak boleh lakukan sepertimana rakan kita di Akrinebera lakukan?

Kalau tanya saya bagaimana boleh nampak, saya sendiri tidak dapat jawapan secara tepat dan mutlak kerana perkara ini tidak boleh diujikaji secara makmal dalam menentukan kenapa boleh nampak. Saya hanya melakukan andaian saya mengambilkira teknik dan harapan semasa rawatan.

Andaian saya yang utama adalah tidak lain dan tidak bukan keizinan dan bantuan dari ALLAH. Pesakit telah dizalimi oleh jin dan tukang sihir. Dalam hadis Nabi SAW ada menyatakan mafhumnya "Sesungguhnya tiada hijab doa orang yang kena zalim, walaupun yang kena zalim itu seorang kafir". Apabila kita merawat, kita sebenarnya berdoa dan doa kita juga adalah doa pesakit... maka di sinilah apa yang kita pohon akan dimakbulkan ALLAH.

Apa yang kita pohon? Kita pohon agar ALLAH menundukan mata jin yang mengganggu agar patuh kepada arahan kita, lalu mata ini menjadi cctv dalam kembara berkenaan.

Dengan kata lain, kekuatan pergantungan perawat dan pesakit terhadap pertolongan ALLAH amatlat penting dalam TKR ini. Pesakit tak akan dapat melihat jika dia kurang yakin akan teknik ini. TKR juga tidak berjaya jika pesakit tidak melakukan islah terhadap hubungannya dengan Khaliq. Saya biasanya tidak akan melakukan TKR bagi pesawat yang dirawat untuk pertama kali, rawatan ulangan sahaja saya lakukan TKR mengambilkira pesakit telah melakukan zikruLLAH danlain-lain amalan taqarrubiah.

Tetapi ini bukanlah wajib, bagi kes berat serta pesakit yang datang dari jauh saya lakukan juga TKR kerana bagi saya kezaliman telah sampai ketahap yang melayakan kita mendapat bantuan dari ALLAH SWT.

Andaian kedua saya adalah TKR hanya boleh dilakukan bagi mereka yang ada jin pada tubuhnya. Semua orang ada gangguan kerana kita semua ada qarin yang kafir dan sentiasa menghasut melakukan kejahatan. Adilnya ALLAH membekalkan kita dengan malaikat yang mengilhamkan kebaikan. Tetapi malaikat ini tidak boleh diperintah, dia ditugaskan oleh ALLAH untuk mengilhamkan kebaikan sebagai imbangan dari qarin lantas manusia adalah raja bagi dirinya.

Kerana itu TKR biasanya boleh digunakan bagi kes sihir dan saka.

Untuk kes sihir dan saka elok pesakit diajar terlebih dahulu teknik doa diplomasi dengan harapan agar antara banyak jin2 yang mengganggu akan ada jin yang bersimpati dan sanggup membantu dalam TKR.

Katalah semua ini telah dilakukan tetapi bila kembara masih tak nampak, kenapa?

Mungkin ada halangan dari jin2 berkenaan untuk kembara. Mata pesakit akan disekat oleh jin2 berkenaan dengan melakukan tutupan maka anda perlulah berdoa untuk membuka tutupan berkali2.

Mungkin juga jin terlalu ramai sehingga sukar untuk cctv anda bergerak dalam tubuh anda. Dalam kes ini bawa cctv anda keluar dari tubuh dahulu seperti balik ke rumah dsb.

Saya juga ada menggunakan teknik membekalkan pesakit dengan lampu spotlight bagi membolehkan pesakit nampak. Caranya, minta pesakit menggenggam tangan kiri dengan ibu jari digayakan seperti spotlight. Niat membekalkan spotlight dan bacalah selawat tafrijiah, tiup ibu jari berkenaan. Pesakit akan dapat menyuluh dalam kegelapan berkenaan.

Jika teknik kembara melalui cctv tidak dapat dilakukan maka gunakan tangan pesakit untuk scan spot panas pada tubuh dan lain2 lokasi. Kaedah ini juga membantu.

Sekali lagi saya tegaskan bahawa TKR bukan kembara roh bukan juga mata batin. Untuk melakukan TKR anda tak perlu puasa pemutih malah tidak perlu melakukan teknik pernafasan. Anda teramat relaks dalam TKR. Ia juga bukan teknik menurun, pesakit sedar dan menguasai dirinya manakala menurun pesakit bukan lagi pesakit tetapi dipengaruhi oleh jin yang kononnya menjadi perawat.

WALLAHu a'lam.

Saturday, June 27, 2009

Testimoni 2 TRO



Assalamu'alaikum, ustaz.

Mendoakan ustaz sekeluarga sentiasa dilindungi Allah dan dilimpahkan
rakmatNya selalu.

Petang tadi saya merawat pesakit ulangan (Puan D) dengan menggunakan TRO yang baru ustaz ijazahkan. Hasilnya masyaAllah watabarakallah, sangat baik sekali. OKS terkial-kial meminta melalui pesakit yang diTKRkan, dihentikan pukulan kerana tak tahan dipukul. Mengelepar di atas katil,dan berjanji tak mau buat lagi.

Setelah dipukul, jin-jin yang berada di dalam badan pula mudah dikeluarkan dengan izin Allah. Pesakit merasakan kelegaan dan sakit diperutnya pun sembuh dengan izin Allah.

Jazakallahu khairan khathiran atas ilmu yang ustaz ajarkan.

Perawat Akrine JP

Friday, June 26, 2009

Jin Asyik - Pengkelasan & Rawatan



Jin asyik adalah kategori jin yang menjadikan manusia sebagai kekasihnya. Jika jin bunian maka pesakit selalunya suka bersendirian dan jika pada tahap parah boleh membawa gila. Jika jin pocong, polong atau seangkatan dengannya pesakit mempunyai kesan-kesan lebam terutama di bahagian kaki kerana kesan dihisap darah oleh jin berkenaan.

Berdasarkan pengalaman merawat, saya kategorikan jin asyik kepada 2 jenis iaitu jin asyik tegar dan jik asyik suka-suka.

Jin asyik tegar adalah jin yang benar-benar mahu menjadikan mangsa sebagai pasangan hidupnya. Ia bermula dari peringkat kanak-kanak lagi. Jin ini sentiasa memerhatikan gerak-laku bakal kekasihnya sehinggalah timbul bibit rasa sayang dan akhirnya berazam menjadikan mangsa sebagai kekasih.

Mangsa jin asyik tegar akan mengalami beberapa masalah dalam kehidupan hariannya terutama melibatkan isu-isu perkahwinan. Apabila ada orang yang berminat dengannya jin asyik akan cuba menghalang dengan pelbagai cara seperti menghodohkan wajahnya, membibitkan rasa benci dan juga provokasi terhadapnya. Natijahnya dia sukar dipinang orang atau menjadi seorang pemuda yang telajak membujang.

Mangsa suka bersendirian, fobia dengan pasangan gendernya, sukar tidur malam serta sakit/pening kepala. Dimasa masa tertentu dia seakan mendengar suara atau bisikan apabila berseorangan. Lebih dari itu jin asyik berusaha menunjukan kehadirannya dengan membentuk lintasan ataupun apa saja bagi menarik pandangan kekasihnya.

Bila tidur mangsa akan bermimpi bertemu/melihat seorang pemuda (jika dia seorang wanita). Lebih ganas lagi bila dia selalu "bersama" dengan pemuda berkenaan dan melihat kanak-kanak yang kononnya adalah anak mereka berdua. Ada ketika mangsa merasa seakan ditindih.

Jin asyik akan mengganas jika kemahuannya tidak dilayan. Dia mengganas apabila kekasihnya berjaya dipikat oleh orang lain. Ketika inilah mangsa akan dalam keadaan depress samapai mahu membunuh diri.

Jin asyik suka-suka pula tidak demikian. Baginya mangsa hanyalah sebagai keperluan memenuhi nafsu sahaja. Ia datang sekali-sekali. Mangsa juga melihat kelibat, mendengar suara dsb. Tetapi tidak sekerap jin asyik tegar.

Apabila merawat gangguan jin asyik, bagi jin asyik tegar akan berada ditubuh pesakit. Pada peringkat awal dia cuba menyembunyikan dirinya walaupun dibalasah dengan pelbagai ayat rukyah. Dia hanya mengalirkan air mata tanda kesakitan dibelasah. Maka untuk itu rawatlah seperti biasa.

Bagi jin asyik suka-suka, anda akan dapati bahawa jin berkenaan tidak ada pada pesakit walaupun pesakit memberikan simpton yang jelas beliau telah diganggu. Pesakit tidak menangis dan tiada reaksi apabila scanning dilakukan. Oleh itu anda tak perlu merukyah panjang setelah usaha2 scanning dijalankan. Untuk itu tamatkan rawatan kerana jin asyik jenis ini adalah kategori touch n Go. Bekalkan pesakit dengan aroma, air rawatan dan attar kasturi untuk dipakai waktu malam. Gangguan akan dapat dihindarkan setelahmana pesakit membenteng diri dengan zikruLLAH.

WALLAHu a'lam.

Monday, June 22, 2009

Testimoni TRO

Assalamualaikum,

Semoga Ust dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga tersayang.

Saya hanya ingin berkongsi pengalaman saya merawat pesakit bersama rakan saya. Smalam saya telah mencuba menggunakan teknik kaedah TRO dalam rawatan saya. MasyaAllah, sungguh berkesan dan cepat dengan izin Allah.

Pesakit mempunyai ciri2 gangguan setelah mengalami kesakitan di bahagian leher bila berzikir dan juga beberapa kali mendapat mimpi dikejar manusia berkepala binatang.

Saya kira makhluk2 halus ini telah menjangka kedatangan saya pada malam itu. Kerana pesakit telah kerasukan dan tidak puas hati akan kehadiran saya dan gelisah bercampur marah bila saya baru masuk kerumahnya.

Pesakit diajak bertenang dan duduk. Setelah semua sudah siap, mulalah bacaan ayat2 tertentu seperti biasa dan ringkas, memandangkan pesakit dah kerasukan dari awal lagi.

Buat pengetahuan Ust, saya meminjam rotan dan kain pelekat pesakit pada malam tersebut kerana tergerak hati saya sejak dari mula mendapat sms dari suami pesakit . Dan memandangkan rumahnya jenis flat bertingkat, saya menggunakan alas bantal cushion dibawah, supaya jiran di bawah tak complain dan dengar sebatan rotan.

Makhluk2 halus ni telah diberi amaran dan nasihat sejak dari awal mula rawatan. Tetapi tetap berbedgil juga. Bila rotan tu di pukul kepada kain pelikat beberapa kali saja…… Mereka benar2 rasa kesakitan memandangkan dari wajah pesakit yang mula berkerut2 , menahan peritnya. (Saya mengusik mereka supaya ketawa lagi dan sekarang dah jadi tangisan dalam senyuman).

Saya pun berhenti dan berdialog dan mengarah mereka ke tangan kanan pesakit untuk keluar, dan sebelum itu juga disuruh tarik barang2 sihir yang tertanam di badan pesakit. Ada setengah2 mereka yang nak masuk islam juga.

Tetapi ada sesuatu yang pelik dan ingin saya berkongsi bersama … ketua jin adalah jenis serigala dan yang akhir sekali keluar dari badan. Tetapi saya menggunakan cara berbeza pula memandangkan menggunakan rotan tidak begitu sesuai dan berkesan setelah cuba beberapa kali. Jin tersebut berkata sambil ketawa kerana dia tidak berasa sakit bila di pukul dengan rotan, kerana ada pendinding/kebal (menggunakan kulit babi serta badak yang keras katanaya…Wallahua’lam). Dinding kekebalan Jin di musnahkan dengan membaca ayat tertentu oleh rakan saya dan jin tersebut diajak keluar secara berdialog dan diislamkan sekali.

OKS @ bomoh sempat juga datang memberi amaran dan menunjukkan tak puas hati melalui mulut pesakit… dan akhir sekali diusir secara paksa, kerana masih berdegil.

Alhamdulillah, pesakit beransur sembuh dan badan beliau begitu lemah akibat banyak barang2 halus yang telah di tanam di dalam badan. Rawatan di tutup dengan doa dan pesakit di suruh mandi dan dibekalkan amalan2 tertentu dan juga air syifa.

Saturday, June 20, 2009

Video TRO



Seperkara yang pasti tidak semua pesakit akan memberi reaksi yang sama seprtimana pada video ini. Letakanlah harapan dan pergantungan yang bulat kepada ALLAH kerana kita hanyalah berikhtiar dan DIAlah yang mengizinkan dan memperkenankan segala usaha rawatan kita.

Jika anda rotan tetapi tidak ada reaksi di atas, ini tidak bermakna anda gagal. Serahkanlah semuanya kepada ALLAH.

Friday, June 19, 2009

Pengalaman Merawat 23: Jin-Jin Saka Tukang Urut-2

Berikut adalah dialog yang berlaku dalam rawatan ulangan ke atas pesakit yang diceritakan dalam PM22.

Saya: "Kamu ni siapa?"
Jin1: "Saya jin urut."
Saya: "Apa hubungan kamu dengan jin urut sebelum ni?"
Jin1: "Saya anak dia."
Saya: "Jika kamu anak dia, mesti kamu ada ayah."
Jin1: "Ya."
Saya: "Saya nak bercakap dengan ayah kamu boleh?"
Jin1: "Boleh."

Berikut adalah perbualan dengan ayah beliau:
Saya: "Kamu ayah kepada jin tadi (Jin1) dan suami kepada jin yang sebelum ni."
Jin2: "Ya."
Saya: "Saya hairan kenapa kamu biarkan isteri kamu dihantar ke SM."
Jin2: "Biarlah dia."
Saya: "Kalau kamu tak kesah, maknanya kamu pasti ada banyak isteri."
Jin2: "Ya."
Saya: "Berapa?"
Jin2: "10."
Saya: "MasyaAllah. Maknanya kamu bukan Islam."
Jin2: "Ya."
Saya: "Maknanya kamu miliki anak yang ramai."
Jin2: "Ya."
Saya: "Berapa?"
Jin2: "Entah. Tak ingat."
Saya: "Maknanya sudah ada di antara kamu yang berpindah ke anak perempuan dia."
Jin2: "Ya. Anak-anak saya."

Saya terus mendakwahkan dia tentang Islam dan Alhamdulillah Allah memberinya hidayah.
Saya: "Sebelum kita bersyahadah, sila tarik dulu anak-anak kamu pada anak perempuan dia."
Jin2: "Baiklah."(melakukan gaya tarik)

Beliau kemudian bersama kesemua ahli keluarganya yang lain bersyahadah.
Saya: "Kamu akan dibawa TISM ke SM. Bila tiba di sana, sila ceritakan kedudukan kamu kepada alim ulamak di sana. Tentang isteri-isteri kamu, jangan sekali-kali kamu buat keputusan melulu untuk menceraikan mereka. Sila bermesyuarat dulu dengan alim ulamak di SM.
Jin2: "Baiklah."(sambil tersenyum)
Saya: "Silakan pergi. Semoga Allah memuliakan kamu semua dengan Islam. Alhamdulillah."

*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah swt*

PM = Pengalaman Merawat
SM = Serambi Madinah
TISM = Tentera Islam Serambi Madinah

Nota:
1) Saya masih menunggu jawapan kepada persoalan yang timbul, "adakah kebolehan mengurut yang dimiliki pesakit ini juga akan hilang?"
2) Seperti juga manusia, jin yang memiliki kebolehan mengurut (mungkin) juga memiliki kepakaran@keperkasaan kebatinan yang tinggi yang memungkinkan beliau berupaya memiliki sehingga 10 isteri.

Pengalaman Merawat 22: Jin Saka Tukang Urut-1


Setelah jin-jin sihir dalam badan seorang pesakit wanita ni keluar, muncul jin saka yang telah menetap sejak sekian lama.

Saya: "Kamu siapa?"
Jin: "Ish, malulah nak bercakap. Dah lama saya mendiamkan diri dalam badan ni."
Saya: "Kamu warisan ke?"
Jin: "Ya."
Saya: "Bukankah kamu sepatutnya menjaga perempuan ni."
Jin: "Ya Ustaz. Saya dah cuba Ustaz. Tapi jin-jin sihir ni ramai sangat. Lagipun saya dah tua Ustaz. Tak mampu nak lawan mereka semua."
Saya: "Oklah saya bagi peluang pada kamu untuk tolong dia. Cuba lihat pada suami, anak lelaki dan anak perempuan dia. Masih ada tak saki baki jin-jin sihir pada mereka?"
Jin: (Mengangguk-angguk tanda setuju). "Mari sini nak...(memanggil anak perempuan). Baring ya(melakukan gaya tarik jin)."
Saya: "Kamu tahu merawat ke?"
Jin: "Saya tukang urut."
(Suaminya membisikkan pada saya yang isterinya memang pandai mengurut)
Jin: "Dah, Ustaz."
Jin: (Sambil memegang kepala anak perempuan) "Sayang cucu..."

Jin tersebut terus menggunakan kemahiran mengurutnya untuk menarik jin-jin sihir keluar dari anak lelaki dan suami pesakit. Kekadang saya membantunya setelah beliau nampak kepenatan dan termengah-mengah. Saya memerhatikan gelagatnya dengan teliti dan saya dapati layanan kepada anak perempuan pesakit agak ketara berbanding dengan yang lain.

Saya: "Apa kontrak yang terikat antara kamu dan keturunan ni?"
Jin: "Anak bongsu akan menjadi waris (tukang urut)."
Saya: "Oh patut la saya tengok kamu bukan main lagi bagi layanan baik kat anak perempuan ni..."
Jin: (Senyum)

Saya kemudiannya berterima kasih atas pertolongan yang diberikan dan terus mendakwahkan beliau. Alhamdulillah beliau menerima sepenuh hati dan bersetuju dihantar ke SM.

*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah swt*

Monday, June 15, 2009

CATATAN KE3 PERAWAT JP : MERAWAT PUAN SS



Pada 10hb Jun 09 saya sekali lagi pulang ke kampung untuk menziarahi ibu sekembalinya saya dari rehlah ke pantai timur. Kepulangan saya telah dimaklumkan kepada Puan D yang sememangnya nak kerumah untuk rawatan ulangan. Saya kena serang lagi katanya. Puan D juga menghubungi rakannya Puan SS.

Saya diminta Puan D merawatnya dahulu kerana dah tak tahan lagi katanya. Setelah merawatnya, saya berihat sekejap sebelum merawat Puan SS pula. Saya mulakan rawatan atas Puan SS seperti biasa. Belum pun habis tiga kali membaca Kaf Ha Ya ‘Ain Sood, kedua hujung kakinya mula bergerak-gerak. Bila saya mula denga Afahasibtum..... dia mulai kerasukan.

[Rawataan ini adalah yang kedua keatas Puan SS. Oleh kerana proses rawatan pertama itu biasa sahaja maka saya tiada membuat catatan. Dalam rawatan pertama ini beliau telah diganggu oleh 5 jin. Dengan izin Allah saya berjaya mengIslamkan dua daripadanya setelah Allah memperlihatkan Masjidil Haram dan Kaabah kepada mereka. Yang tiga lagi tetap mahu kekal di dalam kekafiran. Rawatan yang kedua ini saya catat kerana ianya adalah pengalaman baru saya. Sebahagian teknik yang saya lakukan diilhamkan oleh Allah semasa rawatan tersebut. Saya tidak belajar,melihat atau membaca mana-mana buku mengenai teknik rawatan ini.]

Saya memulakan dialog dengan bertanyakan beberapa soalan, tetapi responnya hanya mengelengkan kepalanya sahaja.

Saya : adakah kamu bisu?
Jin : mengelengkan kepalanya (rupanya dia bukan jin bisu).
Saya : adakah mulut kamu dikunci oleh tukang sihir (TS).
Jin : mengangguk

Pada masa itu saya diilhamkam memutuskan kawalan tukang TS atasnya dengaan membaca Yasin :9 dan menghembuskan ke kepala. Selepas itu saya diilhamkan pula membaca Laatudrikuhul absar..... untuk menutup cctv tukang sihir. Kemudian untuk membuka kunci mulutnya pula saya baca Al Fathi 1-3 . kemudian buka mulutnya dengan membaca Waqalu li juludihim ...... hingga kullasya’ (Fussilat 21) untuk membuat dia bercakap. Semua itu berlaku dengan izin Allah. Beberapa saat kemudian dia mulai bercakap.

Jin : haa.. aku nak bagi tau hang, Mash...(OKS) duk (sedang) puja patung. Aku nampak dia duk puja nak bagi kawan ni (Puan SS) sakit. Dia cucuk tangan ,kaki dan kepala patung tu dengan jarum.
Saya : bolehkah hang ambik(ambil) patung tu bawa mai kat aku.
Jin: patung tu berpisah-pisah. Tangan dan badan berasingan.
Saya : takpa (tak mengapa), bawa tangan dulu.
Jin: nati aku cuba ,sambil membuat aksi mencapai sesuatu dihadapan.
Saya: pegang kuat-kuat jangan terlepas. Dibawanya “benda” itu dan diletakkan dihadapan saya. Saya membaca Waqadmina.....dan menghembuskan dengan kencang ketangannya.
Jin: haa... berkecai.
Saya: macamana dengan jarum-jarum tadi
Jin: berkecai juga
Saya: sekarang hang ambik pula badan dan kaki patung tadi bawa mai.
Jin: baik, dibuatnya aksi seperti tadi juga.

Saya mengulangi bacaan dan menghembuskan dengan kencang kearah tangannya.

Jin: Berkecai juga. Kemudian dengan tiba-tiba beliau kelihatan cemas dan berkata, “ cepat OKS talipon tuan aku dan tuan aku pula duk puja ni”. Cemas sekali dia ketika ini sambil mengarahkan tangannya kearah saya membuat aksi menyembah cara penganut Budha sambil tangannya menggigil. Cepat! Cepat!, katanya lagi mendesak saya.

Saya: beralih posisi ke belakang pesakit sambil membaca Wama romaitsizromaita wala kinnallaha roma (Al Anfal 17) dan menghembuskan dengan kencang keatas kepala pesakit sambil membayangkan hembusan itu pada TS dan barang yang dipujanya.

Jin: haa.. berkecai lagi.
Saya: apa yang hang nampak?
Jin: patung berkecai dan TS terlentang.

Kemudian saya mengarahkan jin itu pergi pula kerumah OKS dan memeriksa didalam rumahnya kalau-kalau masih ada lagi barang sihir di sana.

Jin: ada lagi, ada benda didalam talam. Dia juga duk puja benda tu nak bagi SS sakit.
Saya: kamu tengok , aku akan baca dan hembus kat benda tu dengan izin Allah. Saya pun membaca Waqadimna........ dan menghembus kuat kearah talam yang dikatakannya itu.
Jin: berkecai habis, tinggal talam sahaja.
Saya: kamu tengok pula aku nak hembus kat kepala Mash......(OKS).
Jin: mengangguk-angguk.
Saya : membacakan Al Anfal 17 dan menghembus kuat di atas kepala pesakit dengan membayangkan kepala OKS supaya dia melupakan hasratnya menyakiti SS lagi.
Jin : haaa!!. Padan muka, Mash...terlentang dan rambut berkecamuk. Kepala pun pusing ( dia membuat aksi seperti gerakan kepala ikan darat yang dipukul kepala sebelum disiangkan). Saya terus mengarahkan dia memeriksa rumah OKS sekali lagi, dan katanya tiada apa-apa lagi. selepas itu saya menyuruhnya ke rumah SS pula.
Saya : kamu tengok di luar kawasan rumah dahulu.
Jin: mengamati sesuatu. “Ada serbuk yang ditabur di sepanjang jalan masuk kerumah”.
Saya membaca Al-Fulqan 23 tiga kali dan menghembuskan dengan kuat dikawasan itu.
Jin : haa!! Dah cuci dah. Kemudian saya menyuruhnya memeriksa di kawasan hadapan rumah sampai habis. Dia memberitahu ada satu lagi di dekat tiang pagar yang dibuat berupa lingkaran. Saya pun membaca ayat yang sama dan menghembus ketempat itu dengan kuat.
Saya : pi kehadapan pintu rumah dia.
Jin: ada macam garam yang ditabur.

Saya katakan kepadanya kalau garam mungkin itu ubat kot. Dia kata bukan, itu barang sihir juga. Maka saya membaca Al Furqan 23 dan menghembus ketempat itu.

Jin : tak jadi apa pun.

Mungkin dah cair kut ,kata saya. Dan dia mengiakannya. Kemudian saya mengarahkannya mengautkan benda itu dan membawa kehadapan saya. Dia membuat aksi mengaut dengan tangan dan menadahkan kepada saya dalam keadaan tangan yang menggigil dengan kuat. Saya baca ayat yang sama dan menghembus dengan kuat kearah tangannya.

Jin: dah tawar dah (batal sihir).
Saya: sekarang kamu keliling rumahnya tengok kalau-kalau ada lagi.
Jin: ada lagi, depa (mereka) bubuh serbuk dekat tiang.

Yang itu pun saya musnahkan dengan izin Allah. Selepas diperiksa sekeliling rumah dia memberitahu tiada lagi barang sihir. Saya arahkan dia masuk kedalam rumah pula. Dia nampak ada benda bergayut di tingkap nako dekat sinki membasuh pinggan.

Jin: apa benda tu? Dia tanya saya.
Saya: syaitan la tu.
Jin: “oh gitu ka”. Masakan jin tak kenal puak dia, bisik hati saya. “depa nil ah yang duk usik dia (SS) bagi dia takut”.

Saya membaca al Anfal 17 dan menghembuskan dengan kuat. Jin memberitahu yang benda tu terpelanting dan tempat itu clear. Saya menyuruh dia check semua kawasan di dalam rumah. Bila sampai di bilik tidur SS dia nampak seolah-olah benda putih mengelilingi katil. Saya katakan padanya itu serbuk kut.

Jin: ‘tak ada benda’, katanya. “Depa hanya buat dengan puja sahaja” (mungkin dengan kekuatan minda, fikir saya). “Benda ni lah buat dia panas bila dia naik atas katil”. (saya bertanyakan puan SS selepas dia sedar kemudiannya, apa rasanya bila dia duduk atas katil. Panas katanya. Saya tidak menceritakan apa yang jin beritahu saya sebelumnya)

Saya bacakan Selawat Tafrijiah dan hembus tempat itu. Selepas dihembus jin memberitahu saya yang benda tu dah hilang, tentunya dengan izin Allah. Jin juga memberitahu saya tiada lagi apa-apa di dalam rumah SS. Saya menyuruhnya check pula pada anak-anak SS.

Jin: “tiap-tiap orang anak ada seorang jin, dan jin-jin inilah yang membuat mereka keras kepala dan tak mahu ikut cakap ibunya”. Saya tanya berapa orang anaknya. “empat orang” katanya. “Semua ada jin yang depa hantar”.

Selepas rawatan puan SS menceritakan tentang sikap anak-anaknya sekarang yang selalu membangkang walhal sebelum ini mereka sangat taat. Saya bacakan Al Anfal 17 tiga kali dan menghembus dengan kuat dengan tumpuan fikiran kepada anak-anaknya. Terpelanting habis kata jin. “Tak ada lagi jin dekat anak-anak dia?” Saya bertanya minta kepastian. “Ya”, katanya. Saya meminta dia keluar ke kawasan luar rumah semula dan melihat apa yang ada.

Jin: “banyaknya, hantu raya pun ada. Ada yang bergayut atas pokok”.

Saya bacakan Al Anfal 17 tiga kali dan menghembus kuat serta menghentak tumit kanan saya kelantai dengan niat menggegarkan kawasan rumah SS.
Jin membuat aksi menghalau keluar sesuatu dan memberitahu saya kawasan dah bersih dan terang benderang. Dia meminta izin nak keluar. Saya kata boleh dan akan tarik dia keluar.

Jin: “aku tak mau kacau dia dah , aku nak kacau orang lain pula”.

Saya pun rasa keletihan dan tak mau dialog lagi, kerana ada tiga pesakit lagi yang perlu dirawat. Saya tarik keluar dengan tangan dan menghantar ke SM dengan izin Allah. Puan SS terus sedar dan saya meminta beliau bersyahadah. Beliau menyebutnya dengan lancar. Alhamdu Lillah.

[ Saya mulanya tidak bercadang untuk membuat catatan rawatan ini walaupun ini adalah pengalaman baru bagi saya kerana belum membuat R&D. Baru dari segi penggunaan jin sihir yang merasuk untuk menyelesaikan kes sihir yang dia sendiri memainkan peranannya. Bila membaca kes ustaz merawat pesakit “jin sihir kena paksa” maka saya yakin ustaz dah buat R&D , maka saya mengambil keputusan membuat catatan untuk dikongsi bersama rakan-rakan perawat lain. Dalam proses rawatan itu ada juga sihir yang dilakukan oleh TS lain yang berjaya dimusnahkan dengan izin Allah. Perlu diingatkan kepada rakan-rakan perawat bahawa teknik ini bukan seperti penggunaan khadam. Jangan salah faham. Yang ini serupalah seperti penjenayah yang bekerjasama dengan polis setelah kena ‘interogate’, sedangkan khadam adalah khidmat jin belaan, wallahu a’lam.]

Sunday, June 14, 2009

Kalahnya Seorang Kiai





Teknik Rotan Objek - TRO

Tujuan :

(1)Merawat pesakit tanpa melakukan pukulan fizikal tubuh pesakit,
(2)Memukul jin-jin yang mengganggu supaya keluar dari tubuh dan
(3) Membelasah tukang sihir dan OKS secara jarak jauh supaya insaf dan berhenti dari pekerjaan terkutuk

Peralatan :

(1) Objek iaitu kain pelikat atau serban yang digulung kemas sepanjang 1kaki,
(2) Rotan sepanjang 2kaki

Bacaan :

AlFatihah,
Al-Mukminun 115-118 dan
As-Syuara 130 (3x). Tiup pada Rotan

Kaedah:

(1) Tetapkan niat dengan membayangkan objek sebagai tubuh pesakit, yang mana kepala, badan, kaki dsb
(2) Rotan/sebat/pukul sambil menyebut ALLAHu Akbar pada bahagian-bahagian yang pesakit mengadu sakit.
(3) Arahkan jin-jin berkenaan bergerak ke hujung jari kaki untuk ditarik keluar
(4) Buka ikatan jika mereka diikat
(5) Tarik dengan serban jin-jin yang berada di jari kaki

Cerapan :

Teknik ini telah saya RnD dimana pesakit menutup mata utk tujuan TKR. Apabila dipukul bahagian-bahagian pesakit, pesakit akan menggerakan badannya. Saya arahkan bergerak ke jari kaki dan jin-jin ini dikeluarkan (Video dalam proses)

Oleh kerana pesakit juga sedang dalam TKR, pesakit melihat bagaimana jin-jin ditubuhnya kena sebat.

Saya niatkan untuk memukul penyihir dan OKS, pesakit melihat bagaimana puak-puak laknatuLLAH ini kesakitan kesan pukulan-pukulan jarak jauh.

Kebaikan dan kelebihan teknik ini adalah pesakit tidak ada kesan-kesan sakit fizikalseperti lebam, bengkak dsb berbanding teknik memukul pesakit dengan ranting nona atau seangkatan dengannya. Ia juga boleh bagi pesakit yang jauh dari perawat spt terlantar dihospital malah di luar negara.

Teknik ini juga bermakna anda tidak menyentuh pesakit anda.

Keyakinan bahawa ia adalah teknik dan semua yang berlaku adalah dengan bantuan ALLAH semata menjadikan teknik TRO rawatan terbaru saya.

Saya dengan ini mengijazahkan kepada semua perawat Akrine untuk menggunakan teknik ini.

Sila berkongsi pengalaman setelahmana anda menggunakannya.

Friday, June 12, 2009

Betul-betul simcard


Email menarik ini elok dikongsikan :

Pesakit saya telah kenalpasti disihir simcard. Tanda2nya ialah, buat apa pun (ruqyah) jinnya duk ada juga. Pastu dialognya berulang-ulang ayat yang sama, seolah-olah rakaman. Reaksinya pun sama. Pastu saya termenung.. Saya cakap kt diri saya, rilek, pasti ada caranya.

Saya pun ambil masa testing2 dan acah2 pada pesakit. Akhirnya saya dapat kenal pasti camne sihir simcard pada pesakit ni. Selepas ni saya guna istilah komputer skit. Pesakit saya diagnos kena sihir simcard jenis "memory trigger" dan "body movement control". Camne "memory trigger"? Apabila pesakit mengalami satu situasi atau mendengar perkataan atau melihat perbuatan atau melakukan perbuatan, ia akan men"trigger"kan reaksi yang sudah di "program" oleh jin sihir/ dalang sihir ini.

"body movement control" lak, badan pesakit bukan di kawal oleh pesakit tapi masih di kawal oleh pesakit. Cmne tuh? Jin sihir dah "haywire"kan sistem signal saraf pergerakan pesakit dengan membuat "trigger" dan "switch" pada anggota badan pesakit untuk pergerakan anggota badan yang lain. Contohnya, apabila tangan pesakit tunjuk atas, kepalanya tertunduk ke bawah. tangan tunjuk bawah, kepalanya terlenggak ke atas. Maksudnya, apabila pesakit melakukan aktiviti harian, anggota badan yang tak berkaitan turut memberikan reaksi.

Saya testing-testing lagi, rupanya jin sihir ada "plant" "voice command". saya cakap "bangun!" pesakit pun bangun berdiri. saya cakap "duduk!" pesakit pun duduk semula. saya testing lagi, tengok kanan, tengok kiri dan sebagainya lagi. Ini peluang saya, saya akan cuba "hack" sistem simcard dia dengan "voice command".

Saya pun bagi command "All simcard cancel". Pesakit mulai lega tapi tak sepenuhnya. saya bagi lagi command "All memory card cancel". Pesakit merasa lebih lega sedikit. saya tambah lagi command " Sihir central system cancel", pesakit meraung kemudian raungan berkurangan dan pesakit menjadi pulih.

Barulah saya nak bagi ruqyah pembatal sihir, tiba-tiba kedengaran suara entah dari mana dengan volume agak slow " jaga kau!". dari telinga saya suara nya kedengaran suaranya seperti suara robot, kebetulan ke apa saya tak tau la. kemudian hilang.

Saya teruskan juga ruqyah pembatal sihir. Harap2 dia tak buat "backup copy" kat pesakit.

Ni pengalaman saya, camne pula T.guru Ust. Majid mengatasi sihir simcard, saya pun nak tau juga. TQ.

[Kalau saya : mungkin guna teknik rendam ais, supaya corrupt card berkenaan?]

Pengalaman Merawat 21 : Merawat Migraine Dengan TB3


Wanita ini sudah 5 kali datang bertemu dengan saya tetapi bukan sebagai pesakit.

Kali terakhir pertemuan, beliau membawa suami dan maknya untuk rawatan ulangan. Kali ini baru saya perasan, bila saya mulakan bacaan ruqyah, beliau mula memicit-micit bahagian dahinya.

Selesai rawatan ke atas suami dan maknya, saya merasakan satu gelombang yang kuat datang daripada beliau. Saya mula bertanya adakah beliau ada sakit apa-apa. Katanya dia ada migrain. Saya mempelawa, "alang-alang datang bawak orang untuk dirawat, apakata saya rawat kamu pulak." Dia pun bersetuju dengan pelawaan saya.

Bacaan berulang-ulang kali surah al-Waqiah:19 telah menyebabkan beliau kerasukan. 'Jin Migrain" ni sangat ramai dan degil. Pergerakan pesakit juga agak kasar. Setelah 2 kali disembelih, saya menghentikan rawatan. Saya beritahu suaminya, "kita tak payah nak bersilat lebih-lebih dengan jin ni. Buat sakit badan aje." Saya kemudiannya mengajarkan suaminya tentang teknik bakar batu bata (TB3).

Semalam suaminya menelefon saya ketika saya tengah driving ke Terengganu. Katanya TB3 dibuat selepas maghrib menggunakan kayu sebagai bahan api. Kesannya, isterinya mundar-mandir seperti orang bingung. Adakala dia pergi dekat api sambil cuba memadamkannya.

TB3 diteruskan sehinggalah lewat jam 11.15pm, suaminya menelefon saya (saya masih driving).

Suami: "Nak buat macamana ni?"
Saya: "Apa keadaan isteri kamu?"
Suami: "Dia tidur tapi kaki kirinya bergoyang-goyang dengan kuat."
Saya: "Ok. Tu tandanya jin-jin tu ada kat kaki dan mereka nak keluar."
Suami: "Nak buat macamana ni?"
Saya: "Kamu pernah tengok saya tarik jin kan?"
Suami: "Ya."
Saya: "Ok sekarang baca ayatul kursi untuk melindungi diri kamu. Pastu baca Yaasin ayat 9 pada tapak tangan kamu dan hembus. Terus tadah tangan kamu untuk saya baca ayat untuk dihembus dari jarak jauh."
Suami: (Membaca ayatul kursi dan Yaasin:9). "Ok, dah."
Saya: "(Membaca An-Namlu 30-31, sambil gaya menghembus membayangkan tangan si suami). Ok, sekarang letak handphone dulu dan boleh tarik. Ingat ya, tarik sambil niat hantar ke SM."
Suami: "Berapa kali nak tarik ni?"
Saya: "Errm...sampai kaki berenti goyang."

10 minit kemudian beliau menelefon saya lagi.
Suami: "Saya dah tarik 10 kali. Kaki dah berenti goyang."
Saya: "Isteri kamu sedar ke tak?"
Suami: "Tak."
Saya: (Membaca Selawat Tarfijiyah sambil gaya hembus membayangkan kepala isterinya).
Suami: "Ok dia dah sedar."
Saya: "Alhamdulillah."
Suami: "Apa perlu buat lagi."
Saya: "Kalau mampu buat mandian limau purut, kalau tak mampu tak pe."
Suami: "Api tu nak padam ke atau biar aje dia padam sendiri?"
Saya: "Biarkan aje. Esok saya nak kamu buat lagi TB3."
Suami: "Sampai bila?"
Saya: "Sampai migrain isteri kamu hilang sepenuhnya."
Suami: "Terima kasih banyak-banyak."
Saya: "Sama-sama. Alhamdulillah."

*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah swt*

Thursday, June 11, 2009

Pengalaman Merawat 20 : Jin Sihir Kena Paksa


Kesemua jin-jin sihir didakwahkan dan akhirnya setuju masuk Islam lalu dihantar ke Serambi Madinah.

Malangnya hanya 1 jin memilih untuk tidak keluar.

Saya: "Kenapa kamu tak mahu keluar. Apa masalah kamu?"
Jin: "Saya bimbang keluarga saya akan disiksa oleh bos (tukang sihir) saya."
Saya: "Dimana mereka (keluarga)?"
Jin: "Bos kurung mereka di rumah bos."
Saya: "Jadi mereka dijadikan tebusan la."
Jin: "Ya. Kalau saya keluar, pasti mereka kena siksa."
Saya: "Ok, kalau macam tu sanggupkah kamu lakukan sesuatu bagi menyelamatkan keluarga kamu?"
Jin: "Saya sanggup buat apa sahaja asalkan mereka selamat."
Saya: "Saya mencadangkan kamu menyertai misi menyelamatkan mereka bersama-sama Tentera Islam Serambi Madinah (TISM), boleh?"
Jin: "Boleh. Emmm...mereka (TISM) pun setuju."
Saya: "Aik, saya belum tanya mereka (TISM) pun, mereka dah setuju. Kuat betul semangat jihad mereka. Oklah, sebelum kamu pergi kamu perlu jawab beberapa soalan dulu."
Jin: "Baik."
Saya: "Adakah bos kamu diupah?"
Jin: "Tidak. Dia sendiri yang menyampah betul dengan wanita ni."
Saya: "Ok. Ada baiknya kita lakukan sesuatu supaya dia melupakan wanita ni dan juga musnahkan keupayaan beliau melakukan sihir lagi."
Jin: (senyum).
Saya: "Nampaknya kamu pun dah bosan menjadi hamba manusia".
Jin: "Ya."
Saya: "Sekarang saya akan bacakan satu ayat dan saya mahu kamu bawa ayat ini dan campak pada kepala bos kamu sekuat mungkin."
Jin: (senyum sambil menadah tangan kanannya).
Saya: (membaca Selawat Tarfijiyah kemudian menghembus ke tangannya).
Saya: "Wahai jin, usah kamu takut dan bimbang. Ingatlah bahawa jika kamu terkorban, kamu mati syahid. Semoga Allah memenangkan kamu semua."

Jin tersebut keluar lalu menyertai TISM menuju ke rumah 'bos'nya bagi melakukan misi tersebut.

*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah swt*

Nota: Saya diberitahu pada sesi rawatan berikutnya bahawa misi ini sukses. Alhamdulillah.

Monday, June 8, 2009

Dr Shuib Raoha kembali ke rahmatuLLAH

Pagi ini saya dikejutkan lagi dengan berita sedih.... kembalinya sahabat seperjuangan ke rahmatuLLAH, innaliLLAHi wa inna ilaihi raji'un.

Dr. Shuib adalah pengasas Rawatan Ozon Hidroterapi Ais, satu teknik rawatan alternatif, teknik mandian menggunakan air bercampur ais yang dibekalkan udara dengan kandungan ozon yang tinggi... teorinya mudah tetapi kesannya alhamduliLLAH. Ramai pesakit barah yang berjaya dirawat.

Kliniknya di Rahman Putra tidak jauh dari rumah saya. Kliniknya juga banyak mencatatkan kematian.... almaklumlah kes-kes acute dan kronik. Termasuklah sahabat karib kami almarhum Hj Ramli, pengurus personel syarikat Enggres.

Dr. Shuiblah yang memperkenalkan saya dengan CVT, saya tak kekal lama sebagai pengamal CVT kerana kecenderungan saya kepada Homeopathy Electronic atau dikenali sebagai Radionics. Apabila saya membuka klinik di Damansara, almarhum yang disokong kuat isterinya membuka klinik di Rahman Putra.

Akhirnya beliau berpisah dengan CVT setelah beberapa peristiwa yang diceritakan kepada saya, CVT menjadi Raoha. Dr.Shuib mahu mengembangkan rawatannya ke seluruh negara, dia sudah mendapati akreditasi dari Majlis Akreditasi Malaysia dan bilik latihannya yang serba lengkap. Saya tumpang gembira dan menyokong usaha almarhum.

Adakalanya beliau memanggil saya sekiranya ada kes melibatkan gangguan... beliau juga pernah memanggil perawat Dsyifa untuk tujuan memagar klinik beliau.

Semasa perjalanan ke Perak untuk merawat anak saudara saya, almarhum menelefon saya minta saya datang untuk merawatnya. Dia mengadu sesak nafas terutamanya di sebelah maghrib. Apabila saya menjawab saja telefonnya saya sudah merasai "tembakan" tetapi saya rahsiakan dari pengetahuannya.

Sekembali saya dari Perak saya merawat almarhum di sebelah petang. Almarhum sudah terbaring dan saya merawatnya sehinggalah saya berpuashati. Isterinya ada menceritakan bahawa mereka sekeluarga sakit sebelum ini dan ibunya bermimpi tentang kematian... almarhum menghalang isterinya dari meneruskan cerita itu.

Besoknya saya ziarah dia semula, dia sudah berjalan dan kami bergurau tanda syukur dan gembira.

Semasa kematian sahabat usrah saya, tn. hj. Muhammad YDP Pas selayang yang juga perawat Dsyifa cawangan Rawang Perdana memberitahu Dr. Shuib sakit semula dan Dsyifa akan melakukan zikir di rumahnya. Saya diajak berasama tetapi terpaksa menolak kerana komitmen rawatan pada malam berkenaan.

Malam tadi saya terserempak dengan Farouk yang menetap tidak jauh dari rumah saya dan bekerja dengan Raoha. Saya tanya Dr. Shuib, katanya Dr. sihat. Pagi tadi saya dikejutkan dengan berita pemergian beliau...

Saya mula terfikir, umur saya juga sudah hampir ke penghujung... satu demi satu sahabat-sahabatku dipanggil pulang oleh ALLAH... Ya ALLAH aku mencari redha MU

Monday, June 1, 2009

Gambar2 Kursus Di Jerantut




Catatan Merawat 2 Perawat JP : Merawat Perawat

Sepertimana yang dimaklumkam dalam catatan pertama , pada hari Isnin 25hb Mei saya balik semula ke kampong untuk melihat perkembangan adik saya (tengok tajuk “email perawat dari negeri jelapang padi“ dalam blog ustaz). Alhamdu Lillah keadaannya bertambah baik. Selera makannya pun baik tetapi rasa malasnya masih ada.

Kehadiran saya di kampung telah diberitahu kepada rakan keluarga kami bernama puan D. Dia sebelum ini berpesan kepada ibu saya kalau saya balik minta diberitahukan kepadanya. Puan D datang kerumah ibu sebaik saja dimaklumkan. Beliau terus menceritakan masaalahnya tanpa diminta. Bahu kiri terasa amat sakit dan kepalanya pening. Beliau juga terasa sangat lemah. Saya disihir katanya. Bila serangan datang dia nampak OKS. Kuatnya serangan sampai kadang-kadang beliau terlentang dalam rumah. Saya tidak berkata apa-apa, membiarkan beliau bercerita sampai habis. Beliau kemudiannya meminta saya merawatnya.

Saya berkata Insya Allah walaupun saya bukanlah seorang perawat berpengalaman. Ilmu pun tak banyak. Macammana saya nak menolak permintaannya, sebab dia bersama suami sanggup bersengkang mata sampai pukul 3 pagi beberapa malam merawat adik saya pada bulan puasa lalu. Saya yakin membalas budi orang yang pernah menolong kita masa kita perlu adalah amalan mulia, malah dianjurkan agama. Kita memberi setakat kemampuan yang Allah kurniakan kepada kita. Kesembuhan terpulanglah kepadaNya, kerana kesembuhan itu milikNya mutlak. Kita hamba-hambanNya mengikhtiarkan saja, asalkan ada sedikit asas yang diajarkan oleh guru kita (Jazak Allah Ustaz Abdul Majid). {Beliau bukan perawat Akrine tetapi menggunakan ayat-ayat Al Quran dan doa dalam rawatannya. Beri’tiqad kesembuhan milik Allah. Ini disahkan oleh bapa saudara saya yang seperguruan dengannya}.

Saya bertanya kepadanya tidakkah dia merawat diri sendiri. Katanya ya,tapi tiap kali dibuang benda tu masuk balik,dah tak larat dah. Dia selalu serang di bahu sampai beliu sakit-sakit. Kalau nak ikutkan hati katanya nak tidur saja di rumah kerada terlalu lemah. Saya beritahunya hari ini saya kesuntukan masa sebab ada urusan lain selepas ini. Saya hanya ada setengah jam saja untuk merawat adik saya.

Terus saya pun mengajaknya hadir bersama semasa saya merawat adik saya. Mula-mula saya scan seperti biasa. Rupa-rupanya puak tu masih ada dan ramai juga. Saya rukyah dan tarik kehujung kaki. Saya tanya adakah yang terikat, isyarat kaki mengatakan ada. Saya terfikir, dulu pun ada yang terikat, saya lepaskan dengan izin Allah, sekarang terikat pula. Kalau macam ni, ini dah cerita sihir, bisik saya dalam hati. Puan D beritahu saya dia nampak ikatan. Tali ikatan berwarna merah di tengkok. Saya baca Al Fathi 1-3 dan buat isyarat memotong. Puan D kata dah lepas. Saya ulang tarik kehujung kaki dan sedut dengan botol. Eh! Kata Puan D, dia puja lagi ka? Sambil merenung botol. Saya tanya dia apa yang dia nampak. Dia nampak OKS sedang memegang patung dengan kedua belah tangannya. Pada masa itu saya tak teringat langsung untuk melupakan OKS (kalau itu memang OKS) dari kerja-kerja kejinya.

Saya teruskan usaha-usaha menarik sehinggalah menamatkan rawatan. Puak-puak tu tak habis-habis. Setelah membaca ayat penutup saya mengambil bata dan memperbaharui rukyah dan meletakkan semula diatas dapur gas. Saya meberitahu Puan D yang saya akan datang semula besok harinya untuk merawatnya insya Allah dan berpesan supaya suaminya hadir bersama. Bawa juga telekung dan air.

[catatan: Mulai dari saat beliau menceritakan masaalahnya kepada saya badan saya rasa satu macam saja. Kepala saya pun pening-pening sedikit sehinggalah sampai kerumah. Ini kes berat bisik hati saya. Saya memberitahunya saya akan meminta bantuan rakan saya iaitu En Tarmizi (perawat Akrine Jitra)untuk bergabung merawatnya. Malangnya Tarmizi ada urusan lain. Nampaknya saya keseoranglah menghadapi kes ini. Saya tawakkal sepenuhnya kepada Allah dan memohon bantuannya.]

Pada malamnya ,selepas solat isyak ibu saya menalipon memberitahu yang kaki kiri adik saya mengelupur dengan kuat sekali. Denyutan dirasai selepas ma’arib bermula dari dada bahagian atas turun kehujung kaki. Sampai saja denyutan itu kehujung kaki kirinya mulalah mengelupur sampai lebih kurang setengah jam baru reda dan kemudian hilang terus. Saya kata pada ibu mungkin puak-puak tu kepanasan kut, dan lari keluar melalui hujung kaki kiri. Haraap-harap begitulah wal Allahu a’lam. Selepas itu saya menalipon suami puan D tetapi dijawap sendiri oleh puan D. Memandangkan saya seorang merawatnya saya minta beliau datang kerumah ibu.

Sesi rawatan puan D

Sebelum bertolak ke kampong saya solat minta Allah permudahkan urusan serta memohon perlindunganNya untuk diri dan keluarga dirumah dan semua yang hadir masa rawatan.
Saya memulakan rawatan dengan TKR untuk mengetahui punca gangguan tanpa scan lagi kerana yakin puan D ada gangguan. Puan D mengikat sendiri matanya dengan tuala. Saya bacakan ayat-ayat yang sedia kita maklum. Katanya gelap tak nampak apa-apa. Saya ulangi ayat-ayat pembuka dan pelihat di tambah dengan surah duha keseluruhannya. Dia kata dah terang. Saya suruh dia tengok kesemua bahagian tubuhnya mulai dari kepala hingga kehujung kaki. Katanya dia nampak macam lembaga hitam . Belum pun sempat saya memberi arahan seterusnya dia mula menggigil. Dia nak masuk katanya. Dan saya nampak puan D nak kerasukan cepat saya buka penutup matanya dan menyuruhnya membuka mata. TKR ditamatkan.

Saya beralih kebelakang beliau dan memulakan rukyah. Menggigil lagi dan terus mengelupur. Saya pukul dengan serban berulang kali keseluruh tubuhnya. Kemudian jatuh, diam. Saya bacakan Al Haj: 19-22 dan terus beralih posisi kehujung kaki beliau. Di situ saya baca doa Jibril dan menghembus dengan kencang. Tak lama kemudian menggigil lagi. Puan D mula bercakap..

Puan D: bagi aku balik (maksudnya lepaskan dia ,dia nak balik.) aku nak balik kat tuan aku.

Saya tak tahu apa yang dia nampak. Mungkin sebab semalam dia hadir dan menyaksikan rawatan adik saya dimana jin-jin yang saya tarik keluar semuanya saya hantar ke SM atau ke Bermuda dengan izin Allah , maka dia pun takut dihantar kesana, wal Allahu a’lam. Saya kata balik jangan datang-datang lagi, takutlah kamu kepada Allah.
Saya teruskan dengan rukyah dan berdoa supaya jin-jin yang berada dalam tubuh puan D kepanasan. Dia menggigil semula saya teruskan rukyah. Tak lama kemudian dia sedar. Berihat sekejap kemudian saya minta dia baring dan menarik keluar dengan serban. Bila serban sampai ke dadanya dia mengelupur lagi. Saya tanya adakah kamu terikat, tidak katanya. Saya pun menyambung selawat Tafrijiah. Aduh! aku tak tahan ni, katanya. Aku nak ubat diri aku sendiri .

Saya: ubatlah dah kamu pandai
Puan D: aku nak bangkit ni.
Saya: bangkitlah.

Dia bangun duduk dalam keadaan bersusah payah. Mengangkatkan dua tangannya kearas dada dan mempertemukan dua tapak tangan. Ini cara bomoh Siam, bisik hati saya. Saya terus memerhatikan saja. Kemudian kelihatan dia menarik keluar sesuatu daripada badannya berulangkali.

Saya: campak semuanya kelaut jangan bagi balik lagi.

Kemudian saya tengok dia membuat aksi memungut sesuatu di atas lantai berulangkali. Saya arahkan dia musnahkan dan campak kelaut. Mungkin yang dipungutnya tu barang sihir kut, fikir saya. Lepas itu dia sedar tetapi lemah. Saya sambung tarik serban hinggan keparas lututnya. Nampak muka mengerutu. Saya sedut dengan botol. Tak lama kemudian puan D pulih sepenuhnya dan mengata badannya rasa ringan dan sakit-sakitnya dibahunya pun tiada lagi, Bi iznillah dan segala puji bagi Allah.

[cacatan: cerapan saya adakah puan D yang mengatakan “aku” nak ubat sendiri. Dia menggunakan perkataan “aku”. Sedangkan semasa sedarnya, kalau dia bercakap denga saya dia membahasakan dirinya “cik” (yakni bahasa sopan apabila bercakap dengan orang yang lebih tua dari kita). Saya berfikir mungkin itu jin bomoh atau sihir yang kepanasan bila saya merukyah. Dia nak rawat nak keluarkan geng-geng dia yang didalam supaya saya berhenti merukyah dan dia tak panas. Allah maha mengetahui. Keduanya pula, macamana dia yang tak pernah merawat dengan aksi bomoh Siam, begitu juga gurunya, dan rakan-rakannya yang pernah saya saksi buat macam tu. Masa itu pula dia kerasukan. Adakah dia itu jin bomoh siam yang merasuknya, atau jin saka yang nak menolongnya sebab dia boleh nampak makhluk tu semasa dia sedar. Mungkin rakan-rakan perawat terutamanya ustaz sendiri ada pandangan sendiri.]
Wassalaam.

Gambar jin di Gua Hira






Diterima dari sdra Hafiz, TKasih

Blog/web Rawatan

My Favourite

Expose Mistik part-1

Expose Mistik Part 2

Expose Mistik Part 3

Teknik Tidurkan Jin

Senarai Perawat Luar Negeri

KLINIK RUQYAH DI LUAR NEGERI





  • Jordan
  • "Ayesh Quran: Cell: 00962795576723, ayeshquran@yahoo.com (Taibeh, Irbed, Jordan)
  • UK
    • Abu Junaid: 07834326225 (Birmingham and surrounding areas, UK)
    • Abdul Jabbaar: 07976918576 (Huddersfield and surrounding areas, UK)
    • Abu Abdullah As-Salafi: 07737557330 (Birmingham, UK)
    • Abu Abdullah: Ruqyashariyah@yahoo.co.uk, http://groups.yahoo.com/group/RuqyaShariyah/
    • Zaid : 07985667618 (Leicester, UK)
    • Sheikh Abu Hanifah (appears on the Islam Channel Q&A): 0208 471 5766 (London, UK)
    • Ibrahim At-turki: 07719380579 (Hertfordshire, North London)
  • USA
    • Abdulhakim Alhiyafi: (615) 668-2522 (Dallas, Tx 76107), the sheikh works in Sharia Academy and he travels to other states frequently.
    • Ahmad Al-Jabry: (313) 384-4509 (Dearborn, Mi 48126)
  • Germany
    • Abu Sufian: 01625365432 (Bonn)
  • Bosnia and Herzegovina
  • Morocco
  • Pakistan
    • Iqbal Salafi: TEL: 0092 51 5537998 (7AM-3PM PST), Mobile:0092 3335115646, Kashmiri Bazaar near masjid Darus Salaam, Ahl Hadith (RAWALPINDI-PAKISTAN)
  • Egypt
    • Waheed Abdul-Salam Balo: 0020105061850 (Egypt)
  • Yemen
    • Muhammad Al-Imam center (Ma'bar, Yemen)
    • Abdul-Qadir Al-Qudsy center (Al-Qadisiyah, San'a', Yemen)
  • Saudi Arabia
    • Abdul-Azeez Abu Djeen: phone: 4265211, cell: 055415020 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-Subai'y: 055216484 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez bin Jdeed: 055425132 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Abdullah: 054264125 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah As-Sadhan: 055261525 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Nasir Armeeh: phone: 055425132, cell: 055212184 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah Fahd Arsheedy: 0557556976 , 0557992665 (Al-Kharj, Saudi Arabia)
    • Khalid Al-habashy: the imam of Masjid Al-Sulayman (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Munair Arab: (+966) 555708580, www.alroqia.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez Muhammed Al-Kharmy: cell: 055663850, aziz1123@hotmail.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Saleh An-Nah-Has: 0506575057 (At-Ta'ef, Saudi Arabia)
    • Ahmed Ard-dady: office: 048229319, cell: 0505302026 (Al-Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia)
    • 'a'edh Al-Sharary: cell: 053650839 (Tabarjal, Saudi Arabia)
    • Sa'eed Al-Qahtany: 055759590 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Mohammed Arsainy: 055143121 (Buraydah, Saudi Arabia)
    • Khalaf Aal-Baker: 054407544, (Al-aziziyah, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-ataiby: 052388818, 054449429 (Al-Khalidiyah, Saudi Arabia)
  • Kuwait
    • Abdullah Al-hadad: 3842452 (Al-Green, Kuwait)
    • Faysal Al-'anzy: 9279496 (As-Sableekhat, Kuwait)
    • Hady Al-'anzy: 9009019 (Al-Jahra', Kuwait)
    • Mohammed Al-Qaysi: 7989066 (Great Mubarak, Kuwait)
    • Abu Osamah: 7040056 (Kuwait)
  • UAE
    • Salah Abdul-Qader: 050/6111706 (Abu Dhabi, UAE)