Followers

kursus

Kursus Rawatan Islam Terbaru

Tahap 1 : akan diadakan pada 19 - 20hb. September 2015 di Akrine Kuang

Kursus ini akan menekankan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini sesuai bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.

Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:

* Bagaimana alam jin
* Kaedah membenteng diri
* Teknik mengesan kehadiran jin
* Teknik racun
* Teknik dialog
* Teknik mengeluar jin (tarik guna serban / botol)
* Teknik mandian pesakit
* Teknik bakar batu-bata
* Akrionics
* Garis panduan merawat
* Latihan rawatan
Yuran adalah RM250.00 sahaja. Tempat adalah terhad. Hanya peserta Tahap 1 yang layak untuk mengikuti kursus Tahap 2

SMS butiran anda nama, alamat, pekerjaan kepada 019 758 4801

Tahap 2 : akan dimaklomkan

Pada tahap ini hanya bagi mereka yang telah mengikut kursus tahap 1 dan perawat-perawat (bekas pelatih Akrine) yang ingin mengulangkaji / mendalami teknik rawatan. Ia lebih menekankan kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang perawat.

Antara kandungan kursus adalah:

* Persiapan diri seorang perawat
* Keperluan bilik rawatan
* Teknik tikam
* Teknik baling
* Teknik tidurkan jin
* Teknik Kembara dan Rawat (TKR)
* Teknik Rotan Objek (TRO)
* Teknik ambil barang sihir
* Teknik Rawat Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP)
* Teknik Serkupan Azab (TSA)
* Keberkesan Rawatan
* Latihan

Yuran adalah RM250.00 sahaja (sila bank in ke Maybank Islamic 562740110528 Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan)

Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00ptg

Sila sms nama, tempat tinggal, pekerjan dan tahap kursus yang dipohon ke 019-7584801

Tarikh tutup permohonan adalah seminggu sebelum tarikh kursus


Penginapan di tempat kursus bagi peserta lelaki (percuma) dan sesiapa yang memerlukan Homestay sila membuat tempahan( Homestay 1: Tn. Hj. Saad 0126794304 Homestay 2 : En. Majid 0136051892 Homestay 3: Tok 4 Taufik 0122670577) dengan kadar yang segera.

Hotel yang terdekat terdapat di TSB BBaru Sg. Buluh

Kusus Pengukuhan Tahap 3

Tarikh : 15hb. November 2014

Tempat : Dewan Burhanuddin Helmy, Kuang

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Yuran : RM100.00

Friday, March 19, 2010

Complicated

Sudah lama rasanya saya tidak mencatatkan kes-kes rawatan dalam blog ini. Bukan tak ada cerita menarik tetapi rutin rawatan saya amat padat ditambah pula amanah-amanah kemasyarakatan yang tidak sedikit, yang terbaru saya dilantik sebagai AJK PIBG sekolah menengah berdekatan. Mudah-mudahan saya mampu melaksanakan amanah-amanah ini demi mencari keredhaan Allah.

Buat kali ini saya ingin merakamkan kisah rawatan panjang saya kepada sebuah keluarga yang kini si ayah telah mengikuti kursus baru-baru ini dengan iltizam untuk merawat diri dan keluarganya. Si ayah adalah kenalan saya, walau bagaimanapun saya lebih mengenali adiknya kerana si adik adalah aktivis parti mentelahan pula namanya sama dengan MP bebas Pasir Mas.

Rawatan berpunca dari masalah anaknya A yang berada di tahun 2 sekolah rendah. A tak boleh ke sekolah. Apabila tiba sahaja ke sekolah, masuk kelas dia akan memejamkan mata… pedih katanya dan mengamuk. Bila dibawa balik ke rumah dia normal semula. Esoknya hal yang sama berlaku dan begitulah hari-hari berikutnya.

Si ayah membawa A untuk saya rawat dan ia bertahan seminggu sahaja, kemudian kes yang sama berulang. Si ibu kenalah tunggu di sekolah samalah seperti kanak-kanak yang baru masuk sekolah. Suatu hari A mengamuk di sekolah lalu cuba ditenangkan ibunya, menariknya si A yang kecil saiznya boleh mengangkat ibunya! A pun dibawa balik dan normal semula.

Saya pada mulanya menganggap ini seperti kes hysteria, tetapi kenapa A sahaja yang kena serang? Saya cuba pindahkan dan pagar jarak jauh, tetapi masih berulang.

Saya minta ibu A bawa dia ke sekolah dan saya akan pantau dia. Saya tunggu A di sekolah bersama ibunya, 2 jam saya memantau dan A Nampak normal di kelas. Saya scan dan memagar bilik darjah A dan pulang setelah nothing happen. Hari ke esokannya gangguan berlaku lagi…. Waduh.

Hari berikutnya saya minta hantar A ke sekolah dan minta ayahnya standby, kalau berlaku apa-apa cepat-cepat bawa A ke klinik saya. Itulah yang berlaku, tetapi sesampainya A di klinik saya dia ok seperti biasa. Lalu saya ajar ibu A teknik pagar jin dalam badan.

Hari seterusnya bila A di serang di sekolah ibunyapun mengurung jin yang menganggu dan apabila si ayah balik kerja mereka pantas ke klinik saya. Malangnya di perjalanan A muntah dan normal semula. Walaupun gagal tetapi kami sudah mula mengesan gangguan dan siayah excited dengan teknik kurung jin ini. Kami bertekad untuk mengulangi prosedur ini dengan teknik kurung yang lebih dikemaskini.

Esoknya si A diserang lagi. Ibunya memperkemaskan kurungan dan kali ini berjaya dibawa ke klinik saya lantas saya sembelih si zalim itu dengan izin ALLAH. A boleh belajar seperti biasa, tetapi hanya 5 hari saja. Kini lain pula bentuk serangannya, A sakit pinggang melampau, tak larat mengangkat beg dan mengadu sakit bila disentuh bahagian belakang kecuali jika tidur. A tidak bersekolah berbulan-bulan, si ayah dengan tekun cuba merawat sendiri. Setelah sekian lama, si ayah mulai give-up dan minta saya membantunya.

Saya menganalisa kes dengan fostulat bahawa A ada saka “jahat” yang tidak digemari oleh jin-jin di sekolahnya. Fakta beginilah yang selalu mengundang masalah hysteria di sekolah. Mereka yang di serang adalah selected dan majority pelajar yang hysteria adalah bersaka. Saya meminta A di bawa berjumpa dengan saya dengan kedua ibu-bapanya untuk scanning sekeluarga.

Saya merawat ibunya, confirm ada saka. Saya gunakan teknik pengasingan antara saka dan bukan saka, lalu saya tanya siapa yang kacau A di sekolah. Memeranjatkan saya kaki yang dikelompokan sebagai bukan saka yang mengangguk tanda kumpulan inilah yang mengganggu. Kenapa ganggu A juga berada di badan si ibu? Saya lanjutkan pertanyaan adakah dia dihantar? Ya! Adakah serangan satu keluarga? Ya! Kenapa, marah, dengki, masalah harta, masalah perniagaan? Masalah perniagaan.

Rupanya ayah dan ibu A mempunyai kedai runcit ala kadar tidak jauh dari sekolah. Bertahun-tahun berniaga dengan pendapatan yang agak memuaskan. Kemudian seorang dari anaknya koma dan hospitalized sebulan di hospistal, bila sihat mulutnya senget dan matanya kabur sebelah. Sebulanlah ayahnya berulang-alik ke hospital dan siibu sahaja yang menguruskan perniagaan. Lama-kelamaan perniagaan makin merosot maka siayah mencari pekerjaan baru dan si ibulah yang mengursukan kedai berkenaan.

Dari soal-siasat selanjutnya terhadap siibu, siayah dan anak-anaknya ternyata ia berpunca dari usaha-usaha memusnahkan perniagaan mereka. Kenapa A di serang teruk? Supaya siibu tidak boleh menguruskan perniagaannya. Mereka menggunakan plan B dalam kerja-kerja penyihiran mereka… wALLAHu’alam

7 comments:

abdullah said...

kesian A.penyihir yang sungguh terkutuk....

inginbelajar said...

salam,

Boleh beri tunjukajar bagaimana nak kurung jin dalam badan? Terima kasih

GerakHaq said...

Salaamun 'alaik Ustaz Dr Majid,

Masyaa AllaaH, Begitulah ujian2 yang hadir dalam pelbagai bentuk untuk kita demi melihat sejauh mana keimanan dan ehsan kita. Semenjak dua menjak ni kita lihat banyak masalah-masalah yang berkaitan dengan kejahatan makhluk halus/mkahluk ghaib (MG) di merata-rata tempat. Semoga kelas-kelas yang diujudkan dapat sedikit sebanyak membantu individu muslim berikhtiar dalam menangani masalah dalam keluarga mereka dengan izin Allah swt. namun amatlah saya berharap agar mereks semua dapat memperbetulkan niat mereka dan kebergantungan mereka agar benar di sisi AllaH swt, Rabbul Jaliil. Juga tidak seseklai bermegah-megah atau ujub akan sedikit 'kemampuan' yang Allah swt pinjamkan kepada mereka.
Semoga Allah swt akan membantu Ustaz dalam perjuangan ustaz ini dan menjadi wadah perjuangan jihad ini.

WallaaHu 'alam.

Anonymous said...

Salam,
Saya ingin berkongsi pengalaman membantu kanak-kanak berumur 10 tahun yang kesnya sama lebih kurang mcm yang Ust ceritakan.

Kes ini dirujuk kepada kami tahun lepas.

Kanak2 ini cukup malas ke sekolah dari darjah 1 lagi. Tiap2 hari ibu @ bapa kanak2 ini pasti tolong bawa bag kanak2 tersebut dan tunggu di sekolah.
Pantang leka sahaja, kanak2 ini akan lari dari sekolah... dikejar pun tak dapat. Dia akan tinggalkan bagnya di dalam kelas.
Kebetulan kami pulang ke kampung di Kuala Krai Kelantan semasa cuti sekolah, kanak2 dan bersama ibu serta bapa saudara kanak2 tu datang bertemu kami.
Puas juga untuk memujuknya naik ke rumah mak mertua saya.
Lepas naik, kanak2 tu duduk menyandar jauh dari kami. Kami biarkan aje.
Lepas itu kami tarik 10 ekor jin satu keluarga yang menganggu dan menghasut kanak2 malang tersebut.
Dari soal jawap, kanak2 ini semasa umur 6 tahun pernah bermain dalam semak dan terpijak sampai mati anak jin tersebut dan mereka cuba untuk balas dendam.
Selepas kali pertama dan juga terakhir bertemu kami, dengan izin Allah swt, penyakit kanak2 tersebut sembuh sepenuhnya sampai sekarang. Kanak2 ini juga rajin dan tidak perlu dipaksa kesekolah.
Allhamdulillah syukur kepada Allah swt.
Sekian, terima kasih.
Saja berkongsi pengalaman.

panel: Mozuar

abg bo said...

salam ust,
mungkin orang yang ustaz u org kg saya...dari apa yang mak saya ceritakan mmg dikampung saya nie pada masa dahulu ramai memiliki saka...mungkin untuk meneroka kg agaknya...majoriti orang kg saya terdiri dari orang minang...

Anonymous said...

pusat rawatan keraton di sentul?..
adakah boleh di percayai?
pengasas Profesor datok dr. johari mansor..
saya cuba cr maklumat di internet..tetapi tiada..

putra perdana said...

MasyaAllah, beliau rakan seperguruan kami, semoga beliau tabah dan Allah SWT selesaikan masaalahnya. Amin

Blog/web Rawatan

My Favourite

Expose Mistik part-1

Expose Mistik Part 2

Expose Mistik Part 3

Teknik Tidurkan Jin



Senarai Perawat Luar Negeri

KLINIK RUQYAH DI LUAR NEGERI





  • Jordan
  • "Ayesh Quran: Cell: 00962795576723, ayeshquran@yahoo.com (Taibeh, Irbed, Jordan)
  • UK
    • Abu Junaid: 07834326225 (Birmingham and surrounding areas, UK)
    • Abdul Jabbaar: 07976918576 (Huddersfield and surrounding areas, UK)
    • Abu Abdullah As-Salafi: 07737557330 (Birmingham, UK)
    • Abu Abdullah: Ruqyashariyah@yahoo.co.uk, http://groups.yahoo.com/group/RuqyaShariyah/
    • Zaid : 07985667618 (Leicester, UK)
    • Sheikh Abu Hanifah (appears on the Islam Channel Q&A): 0208 471 5766 (London, UK)
    • Ibrahim At-turki: 07719380579 (Hertfordshire, North London)
  • USA
    • Abdulhakim Alhiyafi: (615) 668-2522 (Dallas, Tx 76107), the sheikh works in Sharia Academy and he travels to other states frequently.
    • Ahmad Al-Jabry: (313) 384-4509 (Dearborn, Mi 48126)
  • Germany
    • Abu Sufian: 01625365432 (Bonn)
  • Bosnia and Herzegovina
  • Morocco
  • Pakistan
    • Iqbal Salafi: TEL: 0092 51 5537998 (7AM-3PM PST), Mobile:0092 3335115646, Kashmiri Bazaar near masjid Darus Salaam, Ahl Hadith (RAWALPINDI-PAKISTAN)
  • Egypt
    • Waheed Abdul-Salam Balo: 0020105061850 (Egypt)
  • Yemen
    • Muhammad Al-Imam center (Ma'bar, Yemen)
    • Abdul-Qadir Al-Qudsy center (Al-Qadisiyah, San'a', Yemen)
  • Saudi Arabia
    • Abdul-Azeez Abu Djeen: phone: 4265211, cell: 055415020 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-Subai'y: 055216484 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez bin Jdeed: 055425132 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Abdullah: 054264125 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah As-Sadhan: 055261525 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Nasir Armeeh: phone: 055425132, cell: 055212184 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah Fahd Arsheedy: 0557556976 , 0557992665 (Al-Kharj, Saudi Arabia)
    • Khalid Al-habashy: the imam of Masjid Al-Sulayman (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Munair Arab: (+966) 555708580, www.alroqia.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez Muhammed Al-Kharmy: cell: 055663850, aziz1123@hotmail.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Saleh An-Nah-Has: 0506575057 (At-Ta'ef, Saudi Arabia)
    • Ahmed Ard-dady: office: 048229319, cell: 0505302026 (Al-Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia)
    • 'a'edh Al-Sharary: cell: 053650839 (Tabarjal, Saudi Arabia)
    • Sa'eed Al-Qahtany: 055759590 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Mohammed Arsainy: 055143121 (Buraydah, Saudi Arabia)
    • Khalaf Aal-Baker: 054407544, (Al-aziziyah, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-ataiby: 052388818, 054449429 (Al-Khalidiyah, Saudi Arabia)
  • Kuwait
    • Abdullah Al-hadad: 3842452 (Al-Green, Kuwait)
    • Faysal Al-'anzy: 9279496 (As-Sableekhat, Kuwait)
    • Hady Al-'anzy: 9009019 (Al-Jahra', Kuwait)
    • Mohammed Al-Qaysi: 7989066 (Great Mubarak, Kuwait)
    • Abu Osamah: 7040056 (Kuwait)
  • UAE
    • Salah Abdul-Qader: 050/6111706 (Abu Dhabi, UAE)