Saya tidak menduga bahawa saya sudah sampai disini. Kerjaya saya jauh dari "asas" ilmu yang saya perdalami bertahun2.
Bermula dari seorang pegawai penyelidik di jabatan k'jaan selama 7 tahun saya memberanikan diri meletakan jawatan hanya kerana merasakan kehidupan yang kosong dan tekanan kerja yang menghambat penglibatan saya dalam jemaah. Ketika itu saya memegang jawatan exco pemuda Pas Selangor merangkap pengarah Pasti negeri dan ketua pemuda Selayang. Kerjaya hanyalah penerusan ekonomi kehidupan tetapi perjuangan mendaulatkan Islam adalah matlamat saya untuk selama-lamanya.
Saya menjadi usahawan bergerak ke seluruh negara sebagai pembekal filem Fuji untuk kegunaan industri. Akhirnya saya mengembangkan syarikat saya sebagai pengemudi dalam ujian tanpa musnah Oilfield Inspection Services Sdn Bhd. Kontrak yang dikendalikan sehingga ke China, Pakistan, India dan Russia. Di saat kemuncak ini saya diuji dengan kehilangan bahan radioaktif di Taiping Perak. Pihak berkuasa AELB menggantung lesen saya atas arahan mesyuarat kabinet. Saya membantah kerana peristiwa di Taiping ini perkara "biasa" kerana tiada siapa yang suka akan kehilangan/kecurian. Tetapi itulah ketetapanNYA semua projek saya diberhentikan.
Saya mencadangkan penyelesaian secara "politik" dengan mengambil ahli politik berpengaruh untuk mengambil-alih syarikat dan saya keluar dari syarikat. Keputusan saya tepat apabila lesen saya dipulangkan semula.
Saya bertukar kerjaya sebagai pengamal homoepathy elektronik. Bidang perubatan memang menjadi kegemaran saya termasuk homoepathy. Saya masih teringat kali pertama saya membawa anak saya ke klinik homoepathy di Batu Pahat, perawat berkenaan seorang guru asyik memusing pendulum dan kemudian memberi ubat untuk anak saya. Peliknya anak saya sembuh (tentunya dgn izin ALLAH). Anak kedua saya mudah jatuh seolah-olah tak balance setelah dirawat dia tidak begitu lagi.... lama saya pendam cita-cita untuk mempelajarinya sehinggalah peluang itu muncul.
Saya jangkakan saya kekal sebagai pengamal homoepathy tetapi cubaan ALLAH datang lagi. Tidak saya menduga bidang yang tidak popular ini ada ramai yang dengki. Saya memang menghidu kerja-kerja jahat ini. Bayangkan saya amat mengantuk di klinik tetapi segar jika berada di luar. Saya sekali lagi menukar haluan setelah memikirkan bahawa keluarga dan diri lebih perlu di selamatkan berbanding dengan kerjaya sebagai pengamal homoepathy
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
1 comment:
mungkin mengantuk di klinik sbb ada aircond..
Post a Comment