Hari Selasa yang lalu saya bermula dengan batuk-batuk kecil. Hari berikutnya saya minta isteri saya mengurangkan bilangan pesakit yang perlu dirawat. Pesakit sebelah petang 2 orang adalah dari Sarawak. Semasa merawat mereka saya hampir termuntah kerana sakit tekak saya seolah-olah menghalang saya membaca ruqyah. Rawatan dapat diselesaikan dengan jayanya alhamduliLLAH.
Jam 3.oo pagi Jumaat saya tersentak dari tidur akibat serangan batuk yang mendadak! ini mengulang nostalgia saya semasa menjadi calon PRU 1995 di Hulu Bernam dahulu di mana saya terkena santau yang menghalang saya dari berkempen semasa itu. Lebih dahsyat batuk makin menjadi setelah lewat malam hingga ke pagi. Apakah saya akan mengalami peristiwa ini lagi?
Malam berikutnya tepat jam 3.00 pagi saya batuk lagi. Tanpa berfikir panjang saya gunakan teknik tarik dan pulangkan ke penghantarnya. Menjadi catatan dalam hidup saya batuk saya pulih serta-merta dengan izin ALLAH. Cuma qisas ini yang menyebabkan saya perlu mewar-warkan kepada pembaca "ya ALLAH pulangkan kepada penghantar, jangan sembuhkan dia sehingga dia datang berjumpa dengan saya dan memohon maaf atas kerja2nya".
Hari Jumaat saya selsema. Hari Sabtu saya tumbang dan hari ini saya beransur pulih.... alhamduliLLAH
Sakit.... mengikut Dr. Mohd Salleh pengarang buku Pesona Solat Tahajjud berpunca dari 4 perkara. Pemakanan, Persekitaran, Perwatakan dan ketentuan Tuhan. Tentunya beliau lupa tentang gangguan jin. Bagi perawat pula meletakan gangguan jin sebagai sebahagian besar dari punca sakit dan telah kita buktikan dalam sesi-sesi rawatan kita.
Sekarang sakit saya kerana apa? Pertama saya tak nafikan adanya gangguan khususnya peristiwa batuk yang hilang mendadak apabila dipulangkan kepada penternaknya. Perspektif kedua sakit ini adalah natijah tazkirah saya yang terbaru di Masjid Islahiah apabila saya katakan bahawa bagi ahli sufi sakit adalah suatu yang dinantikan. Rabi'atul Adawayiah gusar jika sudah lama tidak sakit dan dia merindui sakit. Sakit adalah petanda ALLAH sayang dan dekat kepada hambaNya atau dengan kata lain orang yang tidak pernah sakit kemungkinan tidak mendapat perhatian ALLAH. Bukankah mendapat perhatian ALLAH merupakan sesuatu yang diharapkan oleh hambanya. Mudah2an sakit ini mendekatkan saya kepada Khalik.
Sakit juga adalah reverse aggravation mengikut Homeopathy. Apabila kita mengambil ubat homeopathy pada satu peringkat semua penyakit yang terpendam akan dikeluarkan satu persatu. Ubat Allopathy(hospital/klinik) hanya memendamkan penyakit yang akan dibongkar oleh ubat homeopathy. Itu homeopathy tetapi saya hanya mengambil placebo yang dirukyah sahaja.
Sudah hampir 2 bulan saya mengamalkan teknik rawatan diri secara alFatihah 21 kali setiap selesai solat. Jika BasmaLLAH 21 sebagai teknik racun dan scan alFatihah 21 saya gunakan untuk rawatan diri. Saya menganggap reverse aggravation sedang berlaku dan 3 bahagian aggota badan saya yang sakit sekian lama kini dalam proses pemulihan ie bahagian tekak, hidung dan kepala.
Ternyata sakit boleh dilihat dari perspektif yang positif jika kita berfikiran positif dan sebaliknya. Kerana hanya ALLAH sahaja yang tahu kenapa kita sakit. wALLAHu'alam
3 comments:
salam,ustaz gunakan BasmaLLAH sebagai teknik racun,saya mohon kiranya dapat ustaz kongsikan bersama akan kaedahnya
inginbelajar
salam ustaz, mohon juga untuk ceritakan mengenai teknik racun merawat diri sendiri...
ustaz..saya juga kena serangan batuk tepat jam 12 malam sampai jam 1.15 pg...kenapa pun tak tahu...batuk-batuk sampai muntah tapi muntah lendir jer....selepas maghrib saya baca mathurat...dan buat air mandi limau sendiri dgn baca fatihah, qursi dan 3 qul jer...batuk beransur hilang bila saya niat dalam hati "Ya Allah sekiranya sakit ku ini dihantar oleh seseorang maka hantarkan semula kepada orang itu dan jangan sembuhkan dia selagi tidak memohon maaf dari ku" tolong saya ustaz...betul ke cara saya ini...takut pulak saya menempah penyakit lain pulak...tima kasih...
Post a Comment