Berdepan dengan jin siam selalunya memeningkan kepala.
Mereka tidak aggresif, tidak mengelabah, sentiasa tersenyum sambil menyantumkan tangannya sepertimana aksi seorang penganut agama Buddha.
Mereka melayan kita seadanya... memberi kata-kata sinis, adakalanya memperleceh kita sehingga lemah semangat kita dengan mengatakan kita bukan tandingan mereka dan usaha kita tak akan berjaya.
Yang paling menyulitkan kita apabila dipancung tak mati-mati! Pancung... dia senyum saja. Lalu disindirnya dan lemahkan semangat kita.
Saya berdepan dengan dua orang pesakit berturut-turut yang diserang oleh kumpulan jin siam seperti yang saya ceritakan di atas.
Mereka kebal dengan memakai perisai mungkin dari kulit khinzir.
Saya ubah kaedah rawatan menggunakan TRO. Setiap kali merotan saya baca "La haula wa la quwata illa biLLAHil'azim" sebanyak 100 kali.
Jin pada pesakit pertama, bertukar ganti dengan ketuanya keluar-masuk ke badan pesakit. Akhirnya mengucap kalimah syahadah lalu meninggal dunia.
Jin pada pesakit kedua, bercakap siam. Bila di TRO terpekik terlolonglah ia dan akhirnya mati satu persatu.
Kekuatan "La haula wa la quwata illa biLLAHil'azim" dan kaitannya dengan jin khinzir mempunyai kisahnya tersendiri. Anda mungkin telah pernah mendengar atau membacanya
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
2 comments:
Asalamualaikum,
Saya dapat peluang merawat "jin kebal" beberapa hari lepas. Tujuan saya berkongsi ialah supaya Ustaz, mahupun mereka-mereka yang lebih berpengalaman boleh memberi pendapat.
Semasa saya tiba, pesakit sudahpun di dalam mode kerasukan dan berbaring di hadapan bilik air. Apabila saya bacakan Quran, pesakit marah-marah dan lari ke dalam bilik air. Memandangkan sejarah pesakit yang boleh bertindak ganas, pada mulanya kami cuma membaca Yasin 7 mubin dari luar. Kedengaran pesakit mencurah air ke badannya. Panas agaknya. Habis segala peralatan di dalam bilik air dilemparkan keluar olehnya.
Sesudah usai bacaan Yasin 7 mubin, dengan izin Allah, saya balingkan bom ke dalam bilik air dengan tawassul selawat tafrijiyah, tetapi tiada sebarang hasil. Bacaan ruqyah diteruskan, dan pesakit lari ke jamban pula.
Setelah berinteraksi dengan jin, akhirnya dengan rahmat Allah, kami berjaya memujuk pesakit untuk keluar dari jamban tanpa pergelutan. Interaksi diteruskan dikawasan dapur, tetapi jin tidak mahu berkerjasama. Akhirnya bacaan ruqyah diteruskan, dan tiba-tiba pesakit menghempas kerusi dan mula untuk menerkam saya. Terpaksa kami berlima memegang pesakit yang meronta.
Jin cuma tersenyum mendengar bacaan ruqyah. Teknik TRO tidak memberi kesan. Teknik balingan, pasung, sembelih, hiris dan sebagainya semuanya tidak berhasil. Di tambah dalam keadaan melawan pesakit yang sedang meronta, memang tak selesa membaca ruqyah. Kelihatan pesakit meluruskan jari telunjuknya. Mungkin sebahagian dari permainan batin jin yang mungkin juga seorang (seekor) pesilat. Untuk makluman, dipercayai jin adalah khadam dari keris yang pernah dijaga (puja) oleh arwah datuknya. Keris tersebut telah lama diserahkan kepada seorang bomoh untuk dimusnahkan.
Akhirnya, waris pesakit yang pernah melihat pesakit dirawat oleh perawat terdahulu, menekan point-point persembunyian jin. Barulah jin kelihatan sakit. Cabarannya ialah, point-point persembunyiannya asyik berubah-ubah. Point-point persembunyian jin adalah di bawah telinga, di bawah rahang, di pusat, di perut dan di bawah lutut. Mujurlah pesakit adalah seorang lelaki. Akhirnya jin mengalah juga. Walaubagaimanapun, scan yang dilakukan semasa pesakit tertidur selepas rawatan, menunjukkan masih ada jin di dalam badan. Mungkin bersembunyi, atau terlalu kepenatan untuk bertindak balas. Rawatan bermula dari 10:30 malam hingga hampir 3:00 pagi.
Mudah-mudahan Ustaz, mahupun pembaca-pembaca (mualij-mualij) lain yang lebih berpengalaman dapat memberi pendapat.
Assalamualaikum,
mohon izin Tn. Ust Majid untuk saya berkongsi sedikit pendapat...maafkan saya bukanlah perawat...hanya turun padang apabila perlu dan pada keadaan yg betul2 terdesak sahaja....sebabnya adalah untuk mengelak fitnah kerana saya tidak pernah mendapat ijazah dari mana2 guru@ ikut mana2 kursus...
bagi kes rasukan yg ganas@meronta biasanya saya akan ikat mereka dengan Ayat Qursi (ulang 3-7x) biasanya pada tangan dan lutut...ini membantu perawat membaca rukyah dalam keadaan selesa dan khusuk, dan biasanya jin yg telah diikat akan mudah mengalah (tapi tidak semuanya begitu)....perawat juga akan kurang menyentuh pesakit terutama pesakit bukan muhrim...rasanya kaedah ikat dengan Ayat Qursi juga pernah ditunjukkan oleh Ustz Majid dalam siaran expose mistik tidak lama dahulu...
walaubagaimanapun terpulang kepada seseorang perawat itu untuk mengeksplorasikan kepelbagaian sesuatu kaedah itu asal tidak bercanggah dengan syarak...
maaf sekali lagi, sekadar untuk berkongsi pendapat....tentu ramai lagi otai2 perawat diluar sana yang lebih arif akan hal ini...
wallahu'allam...
Post a Comment