Daripada Aisyah
r.a katanya, seorang lelaki dari Bani Zuraiq yang bernama 'Lubaid bin Al-A'sam
telah menyihir Rasulullah s.a.w sehingga baginda Rasulullah khayal seakan-akan
baginda sedang berbuat sesuatu yang baginda sebenarnya baginda tidak
melakukannya. Sehinggalah pada suatu hari atau pada suatu malam dan baginda
bersamaku tetapi baginda (asyik) berdoa dan terus berdoa, kemudian baginda
bersabda,
"Wahai Aisyah,
adakah anda tahu bahawasanya Allah telah memberitahuku tentang perkara yang
telah aku pohon keterangan daripadaNya? Telah datang kepadaku dua orang lelaki,
seorang duduk di sisi kepala dan seorang lagi di sisi kakiku. Seorang bertanya
kepada rakannya, " Apakah penyakit lelaki ini?. Jawabnya "la disihir."
Tanyanya lagi, "Siapa yang telah menyihirnya.? "Jawabnya."
Lubaid bin Al A'sam." Tanya,"Pada benda apa,? "Pada rambut dan
janggut yang gugur ketika disikat dan selaput mayang kurma jantan.
"Ditanya lagi di mana ia? "Jawabnya di perigi Zirwan."
Maka Rasulullah
bersama-sama dengan sekelompok para sahabat baginda pergi ke perigi
tersebut.kemudian baginda pulang lalu bersabda." Wahai Aisyah, airnya
seolah-olah seperti air inai, kepala-kepala kurmanya seperti kepala-kepala
syaitan." Aisyah bertanya, “apakah anda tidak membakarnya?” Jawab Nabi
SAW.’ “Tidak kerana Allah SWT telah menyembuhkan dan aku tidak ingin membalas
kejahatan orang. Kerana itu ku suruh kuburkan saja (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis ini adalah punca
golongan syiah menempelak Aisyah r.a dengan mengatakan bahawa Aisyah telah
berdusta merendahkan mertabat Nabi.
Para ulamak dan juga
perawat berbeza pendapat mengenai benarkah RasuluLlah saw disihir? Apakah kesan
sihir ini tidak menjatuhkan kewibawaan seorang Nabi?
Bagi yang bersetuju
dengan hadis ini alasannya ialah kerana hadis ini diriwayatkan oleh sahihain
Bukhari dan Muslim. Ia diperkuatkan bahawa sihir ini khusus yang berkaitan
dengan masalah rumahtangga yang tiada kena mengena dengan risalah kenabian. Ia
bolehlah diumpamakan seperti sakit biasa sepertimana RasuluLlah saw pernah
demam panas sebelum kewafatannya.
Bagi yang menolak pula
yang saya juga berpegang dengan pendapat ini adalah kerana:
Apa alasan saya menolak hadis ini? Dapatkan jawapannya melalui Q&A bil. 13 yang akan berada dipasaran tidak lama lagi......
1 comment:
Assalamualaikum,
Martabat kenabian dan kerasulan tidak direndahkan oleh
1) Penyakit(Ayub A.S)
2) Terjual sebagai hamba (Yusuf A.S)
3) Dibunuh (Zakaria A.S)
4) Disihir (Muhammad S.A.W)
5) Dipenjara (Yusuf A.S, Daniel A.S)
6) Dilahirkan dalam keluarga kafir (Ibrahim A.S)
7) Hidup miskin(Banyak)
8) Hidup kaya(Sulaiman A.S)
Yang demikian itu supaya tiada alasan untuk tidak beriman dengan Allah dalam apa juga keadaan kerana telah ditunjukkan suri teladannya oleh para Anbiya.
Post a Comment