Dua hari yang lepas saya merawat seorang wanita yang datang pertama kalinya ke Akrine. Suaminya pernah datang membawa ibunya 2 minggu yang lalu.
Suaminya memberitahu saya bahawa ibunya telah pulang ke rahmatuLLAH seminggu selepas dirawat di Akrine. Dia membakar batu-bata selama 3 hari berturut2 dan sepanjang pembakaran almarhumah dalam kepanasan. Takdir ALLAH dia menghembuskan nafas beberapa hari selepas itu.
Saya tanya kenapa tak bawa isteri semasa rawatan ke atas ibunya, katanya sebelum ini dia tak tahu isterinya ada masalah. Dia hanya mengetahui apabila dia membawa ibunya berserta isterinya di rawat di sebuah pusat rawatan di Lembah Kelang. Tujuan asal hanyalah untuk merawat ibunya dan isterinya hanya menemani sahaja. Tetapi apabila ibunya dirawat isterinya kerasukan.
Dan inilah nasib malang yang dimaklumkan kepada saya:
Isterinya telah dirawat secara berkumpulan, dipicit dan ditekan hampir seluruh badannya. Mentelahan pula badan isterinya agak besar maka bertarunglah dia dengan perawat-perawat berkenaan.
Natijahnya,
tengkuknya biru dan sakit kerana ditekan oleh perawat2.
Apa yang lebih malang?
Telinganya kurang pendengaran kerana diazankan dengan sekuat2 suara oleh perawat2 dekat dengan cuping telinganya....
Saya hormat semua perawat, itu hak anda melakukan teknik rawatan anda dan anda bertanggungjawab di depan ALLAH terhadap apa yang anda lakukan.
Sekadar mengingatkan kembali pesanan guru saya, "apabila anda merawat, pastikan pesakit pulang samada sama seperti dia berjumpa anda atau lebih pulih dari itu... jangan pesakit balik dari rawatan lebih teruk sebelum dirawat" pesanan TGHD
Kita tidak bercakap dari segi kesembuhan, itu hak ALLAH tetapi mari berbincang dari segi teknik rawatan.
Kenapa perawat azan kuat2 di telinga pesakit hingga pesakit pecah gegendang telinga? Adakah anda beranggapan bahawa azan itu menyakitkan jin yang mengganggu?
Jika itu anggapan perawat, anda silap dan anda hilang pergantungan dengan ALLAH...
Pelatih Akrine saya peringatkan bahawa mana2 bacaan ruqyah tidak memberi sebarang kesan... tetapi itu adalah sunnah. Jika anda beranggapan ayat2 tertentu mempunyai "power" tertentu anda hampir sahaja menduakan ALLAH, na'uzubiLLAH...
Mana2 ayat yang kita baca ia lebih merupakan doa memohon pertolongan ALLAH, saya amat takut kalau ada di antara kita beranggapan ayat itulah yang mesti dibaca. Sebagai contoh kita menggunakan Al-Fathi 1-3 bagi tujuan membuka ikatan. Bila anda baca ayat tersebut apakah yang ada pada hati anda? Bagi saya, saya katakan ya ALLAH aku memohon agar ikatannya dibuka lantas membaca ayat berkenaan sebagai pelengkap permohonan doa itu.
Kenapa perawat berkenaan azan senyaring2nya di cuping telinga pesakit. Jika dia beranggapan azan berkenaanlah yang ada "power" maka dia tersasar dari bantuan ALLAH. Sunnahnya azan, bukan azan dengan kuat... anda azan sahaja dalam keadaan tenang dan berdoalah dengan keyakinan mafhum hadis bahawa syaitan takut mendengar azan, ya ALLAH gementarkanlah musuhku ini dengan kalimah2 yang mulia ini...
Kenapa masih ada perawat masih berperang dengan pesakit... anda tekan dia, anda picit dia, anda rotan kakinya? Hentikanlah...
Anda tekan dia dengan hasrat biar jin itu sakit dengan tekanan anda, apakah anda meletakan kekuatan fizikal anda berdepan dengan makhluk halus.... masihkah ada pergantungan dengan ALLAH bila anda memicit atau menekan pesakit? jika ada alhamduliLLAH jika tiada saya amat takut anda berubah niat... anda seorang lelaki memicit seorang wanita? Mana batas auratnya? Bagaimana panjangpun janggut anda... awas! Saya maafkan jika keadaan terdesak seperti anda diserang pesakit atau pesakit melarikan diri sepertimana pengalaman di Jerantut.
Sebenarnya andalah yang menentukan teknik rawatan anda... jika anda berlembut dengan jin, jin hormat anda walaupun dia jahat. Samalah kaedahnya anda berdepan dengan orang yang bengis....Sibengis akan tercabar bila anda juga menunjukan kebengisan anda... jika anda menunjukan keegoaan anda, membalasah jin sampai nak rak apakah tindakbalas yang akan anda terima.... sudahkah anda berdoa sebelum melakukan rawatan memohon ALLAH memudahkan rawatan? sudahkah anda meletakan diri anda sebagai perawat dai'e atau perawat samsing?
Tulisan ini saya tujukan kepada semua perawat, dengan harapan agar kerja2 rawatan ini benar2 dilandasan yang diredhai ALLAH. Saya juga mengharapkan teguran anda kerana saya juga insan yang lemah.
Ikhlas dari saya..