Kelmarin saya bersama 8 perawat lain telah diminta untuk merawat gangguan kepada 9 orang pelajar sebuah sekolah berasrama di Jerantut.
Maklumat awal kami dimaklumkan bahawa peristiwa ini sudah berlaku genap setahun yang lalu berpunca dari permasalahan dalaman sekolah. Beberapa siri rawatan telah dilakukan oleh perawat2 tetapi belum berhasil merungkai masalah. Ia melibatkan 7 orang pelajar tingkatan 5 (perempuan), seorang pelajar perempuan tingkatan 6 dan seorang pelajar tingkatan 3 lelaki.
Kami berbincang teknik rawatan setelah mendengar taklimat guru@perawat yang menjemput kami. Saya mencadangkan untuk menidurkan semua jin2 pada setiap pelajar dan melakukan TKR. Salah seorang perawat diminta sentiasa melakukan pemagaran kerana pengalaman rawatan sebelum ini apabila dikeluarkan jin2 baru akan masuk.
Pelajar diatur panjang dan setiap perawat dikehendaki menjaga seorang pelajar.
Beberapa pelajar sudah mula aggresif. Bang Mei dan cikgu Fakhruddin cuba berbincang dan mengawal keadaan. Pelajar berkenaan sudah berdiri dan ada yang berlari, keadaan sudah diluar kawalan. Cikgu Sarji berdepan dengan pelajar lelaki yang sedang kesakitan. Saya berdepan dengan pelajar tingkatan 6 yang mula2 terketar tangannya dan apabila proses rawatan dimulakan ia bertindak aggresif menanggalkan tudungnya dan berlari ke arah pintu surau.... bermulalah adegan kejar mengejar dsb.
Rawatan bertukar kepada usaha2 menangkap pelajar, menyembelih dan mengikat. AlhamduliLLAH tidak semua pelajar yang bertindak aggresif, 5 yang lain sedia menanti rawatan kami.
Kami bermesyuarat semula... kesimpulannya kami berdepan dengan teknik gangguan yang sukar. Punca atau pusat kawalan gangguan mestilah dicari.
Secara TKR pelajar lelaki oleh Akrinebera mendapati ia berpusat di negeri pantai timur. Kami secara beramai2 bertindak menyerang pusat ini biizniLLAH
Saya minta TKR dilakukan kepada seorang pelajar yng kurang aggrsif. Gambarannya pelajar2 ini pernah masuk ke dalam sebuah gua dan penghuni2 marah kerana pelajar2 ini melakukan kerosakan tempat mereka. Bila diminta negotiate, mereka minta pulut kuning, apabila kami tak mahu mereka berkata "mintalah tolong kepada tuhanmu!". Pelajar ini mengakui mereka pernah pergi ke gua berkenaan secara kelompok bersama guru mereka dan menafikan ada merosak atau mengambil mana2 barang kerana telah dinasihatkan oleh guru mereka.
Disini saya dapati dakwaan berkenaan penyihiran terhadap pelajar sekolah adalah tidak tepat.
Saya ajak cikgu Sarji TKR seorang pelajar wanita yang terikat satu badan tetapi masih meronta dan aggresif. Hal yang sama berpunca dari gua... setelah kami negotiate, memohon maaf, pelajar ini jaga dari kerasukannya. Ini meyakinkan saya bahawa ia bukan isu sihir semata.
Approach seterusnya kepada pelajar tahun 6 yang paling aggresif. TKR menunjukan hanya ada satu jin sahaja pada pelajar ini, ia seorang puteri dari awan. Mendengar perkhabaran ini saya berpendapat ia agak sukar kerana ia adalah suku-sakat jin ifrit yang boleh menyebabkan seseorang gila jika tidak dirawat segera. Kami tawarkan 3 orang putera jin, dia tetap menolak... kami tinggalkan dan menumpukan kepada pelajar lelaki yang selalu kesakitan.
Teknik berbicara dengan jari dilakukan. Ternyata ada jin saka pada tubuh pelajar ini. Ikrar pemutus dilakukan bersama dengan ayahnya. Jin disuruh keluar tetapi degil maka penyembelihan dilakukan. Pelajar jaga selepas itu.
Seorang pelajar yang mulanya tenang tetapi sudah mula aggresif. Dia bercakap dalam bahasa Inggeris. Scan dilakukan, padanya ada jin khunsa yang mengajak jin khunsa mat saleh tinggal ditubuh pelajar ini. Saya ajak ayahnya untuk melakukan ikrar pemutus dan kemudian mengeluar/menyembelih jin2 saka berkenaan. Kemudian jin2 mat saleh dikeluar/sembelih kecuali ada satu yang degil. Katanya dia sudah jatuh cinta dengan pelajar ini. Jin in saya tidurkan.
Akhirnya kami depani tuan puteri tetapi sehinggalah waktu maghrib, siputeri masih tidak dapat disembelih/dikeluarkan.
Pada kesimpulannya saya mendapati pelajar2 ini adalah "terbuka" kepada gangguan kerana kewujudan jin saka pada diri mereka.
Gangguan adalah bukan dari faktur yang sama tetapi adalah gabungan dari faktur2 lain disamping usaha2 penyihiran yang dihadapi pihak sekolah
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
4 comments:
cuba rujuk darulsaka.blogspot.. kita sama2 membantu... nawaitu kita agar pelajar2 tu..sihat hendaknya
jom ke blog simaas http://simaas.blogspot.com/
Salam, Ada tak buat R&D ttg Selsema Babi ni Utz, sbb Rasa2nya ada angkara Syaitan juga nih...[Firasat sy yg Lemah ni..] Mohon sesiape Mualij yg ada membuat R&D ttg H1N1 i tlg beri pandangan dgn IkhLas, Jazakallahukhairan & T.K
LadingEmas
Assalamualaikum ustaz,
Saya nak tanya tentang bagi mereka yang mempelajari ilmu yang salah (susuk khususnya). Ada tak caranya untuk menarik ilmu-ilmu begini keluar tanpa diketahui penggunanya. Sebab kalau nak ditarbiah orangnya tentang bab agama ni. Kekadang diorang lagi pandai (memandai) dari kita. Di tambah pulak dengan syaitan yang menggoda. Lagi la payah.
Post a Comment