Sempena bulan Ramadhan Al-Kareem, saya memulakan rawatan lebih awal (9.00pagi) dari hari biasa (9.30pagi) dan menamatkan rawatan sebelum zohor.
Kelmarin saya agak lewat memulakan rawatan kerana urusan-urusan yang di luar jadual. Sekitar 8.50pagi baru saya mandi.
Apabila keluar dari bilik air, isteri saya yang sedang membasuh pinggan memanggil saya kerana melihat sesuatu di luar rumah melalui tingkap berdepan dapur kami. Saya tidak memakai kanta mata, penglihatan tidaklah jelas. Secara samar saya nampak ular sepanjang 2meter sebesar pergelangan tangan seperti ular senduk dengan ekornya berada di dalam longkang rumah saya. Dia menegakkan kepalanya ke arah kami setinggi 1 kaki tanpa bergerak.
Saya panggil pekerja yang sedang menyiapkan bangunan Akrine untuk memukul ular berkenaan. Apabila pekerja berkenaan bergerak mendekatinya barulah dia menoleh ke arah pekerja berkenaan dan apabila mahu dipukul dia dengan pantas melarikan diri ke belukar di belakang rumah saya.
Ketika peristiwa ini berlaku pesakit saya sudah menunggu saya hampir setengah jam di ruang menunggu di depan klinik saya.
Selesai solat dhuha saya memulakan rawatan. Terlintas dihati saya mahu menanyakan jin pada pesakit apakah ular tadi ular betul atau jelmaan jin.
Alangkah terkejutnya saya bahawa ular berkenaan adalah jelmaan jin. Ia adalah rakan kepada jin2 yang sedang mengganggu pesakit. Rupanya dia jin "SB" yang datang seolah-olah memberi amaran kepada kami atau sebab-sebab lain. Kulit jin ini amat menarik dan dia tidak mengembangkan kepalanya seperti ular senduk biasa. Kepalanya agak kecil tidak seperti ular sawa.
Jin2 pada pesakit adalah jin sihir. OKS telah dikenalpasti. Jin2 ini adalah jin kafir. Apabila saya mahu menghantar jin2 ini ke SM mereka menolak lalu saya beri amaran bahawa mereka akan saya hukum untuk ditidurkan, mereka juga menggeleng-geleng tak mahu ditidurkan.
Saya tanya apakah tukang sihir laknatuLLAH yang mengarahkan mereka sudah mati. Mereka mengangguk, lalu saya tanya dari mana mereka datang, mereka menjawab dari Sumetara Indonesia. Apabila saya pelawa menghantar balik ke Indon mereka bersetuju... lalu mereka dihantar ke sana mengambilkira tukang sihir laknatuLLAH sudah tiada lagi. BiizniLLAH
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
2 comments:
asslmulaikum...saya bary terbaca tadi tentng buku "berdialog dgn jin" baru poetg tadi sy baca
sy sgt tekejut dgn tanda2 jin yang ada dalam badan kita..
smua yang tertulis sy rasa ada pada sya...jin saka kalu x silap
sy takut sgt2
tnda2 sperti ada asma..reswdung..sukar tdr malam..bdn sakit dan mcm2 lagi yang tertulis dlm buku tu
mcm mana sy nak buat?? sy risau sgt2
Salam, saya byk dengar jin ni byk menjelma sebagai ular. Adakah mrk menjelma sebagai haiwan lain contoh monyet, setahu saya mrk ni boleh menyerupai apa saja kcuali Nabi Muhammad saw. Terjd pada kwn saya (sedang hamil) ,suami dia pergi memburu kemudian tertembak seekor monyet. Ditakdirkan anak mrk yg lahir seperti kenan monyet dari segi tingkahlaku dll. Adakah itu angkara jin? Wasallam.
Post a Comment