Sebagai usaha pencerahan, saya "copy" email saya kepada Cikgu Anuar berhubung perkara di atas.
Salam Cikgu Nuar,
Persoalan tangkap jin masuk botol sebenarnya adalah ikhtiar, boleh atau tidak kita serah pada ALLAH. Saya bukan nak lawan guru saya tapi kita diajar boleh berbeda pendapat dan hujjah kita adalah jelas dan sptmana yang cikgu nyatakan ia tidak berbeda dengan teknik pagar rumah.... yg juga diamalkan diDsyifa.
Jika makhluk halus tak boleh dipagar, kerana dia halus, apa gunanya tabur garam dsb. RasuluLLAH juga pernah pagar sahabat Baginda semasa pergi berdakwah dgn jin. Ertinya kita ada asas dan sunnah Nabawiah.
Teknik masuk botol adalah transit. Maksud hadis yang RasuluLLAH tak jadi mengikat jin pada tiang mesjid ada beberapa perkara yang boleh difahami:
1. RasuluLLAH pernah tangkap jin
2. RasuluLLAH ikat jin
3. RasuluLLAH lepaskan balik kerana teringat doa Nabi Sulaiman AS
Kalau kita memahami urutan di atas maka perkara yang ke 3 adalah yang tak boleh dilakukan (terlarang), kerana Nabi SAW melarang mengikat jin untuk tujuan pertunjukan ataupun penyeksaan.
Perkara 1 dan 2 menunjukan Nabi SAW mampu menangkap dan mengikat dgn izin ALLAH. Samada itu adalah mukjizat Nabi SAW atau tidak, kita serah kepada ALLAH. Yang jelas Nabi SAW ada menunjukan kemampuan untuk menangkap dan mengikat. Selaku perawat kita ikhtiar dan jika boleh maka perkara ini pernah dilakukan oleh Nabi SAW sebelum kita melakukannya
Kefahaman saya yang dilarang adalah mengurung jin kerana RasuluLLAH melepaskan semula w'pun jin berkenaan dikategorikan sebagai syaitan yang mengganggu solat Baginda SAW.
Sebab itulah Akrine tidak mengurung jin, kita hanya transit sahaja bagi mengeluarkan makhluk ini dari tubuh manusia. Bagi yang sudah ada kekuatan, terus sahaja tarik dan hantar ke destinasi pilihan, biizniLLAH.
Kaedah tarik guna botol ini terbukti berkesan terutamanya bagi kes sihir menggunakan makanan kotor spt darah haid dsb. Ia perlu disedut di kepala pesakit dengan meletakan botol berkenaan dan menarik dgn menyebut nama ALLAH (ALLAHu AKBAR) dengan sebutan yng panjang.
Kita telah merakam puluhan gambar jin dalam botol, sekurang-kurangnya ini merupakan pembuktian dan bukan khayalan perawat2.
WALLAHu'alam
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
4 comments:
..inilah masalah nya bila TAK TAHU tak nak bertanya pada yang TAHU..
Syabas Tn Guru..1 Pendirian ( bukan 1 M'sia saja )
saya setuju ustaz atas kebenaran tersebut setiap sesuatu itu ada sandarannya
hmm...kita perlu mempelbagaikan teknik, jangan jadi jumud sgt. kalau sekadar ruqyah sahaja tak ada apa-apa pun kecuali dgn izin Allah. kalau setakat nak ruqyah je...tak payah pegi darul-darul ni...beli je CD, hahhh..dengar...tapi apa kesannya?...mungkin bila habis dgr, setan masuk balik...camna plak tu?
terima kasih ustaz sudi respon email yg saya hantarkan. semoga ustaz sudi memberi tunjuk ajar lagi dimasa hadapan kepada saya
Post a Comment