Puan Z menanggung banyak jin-jin saka. Rawatan berkala sejak beberapa bulan lepas telah berjaya mengeluarkan hampir 400 jin yang bertapak di hampir keseluruhan bahagian anggota badannya.
TB3 yang dilakukan ke atas jin-jin saka ini tidak dapat menyelesaikan semua masalah. Mereka cedera dan terbakar tetapi masih memilih untuk tinggal di dalam badan Puan Z.
Dalam beberapa rawatan yang terbaru, saya dipertemukan dengan jin-jin yang bermasalah:
Saya: "Siapa ni? Buat apa kat pinggang pesakit ni? Kamu nak keluar tak?"
Jin: (mengangguk-angguk)
Saya: "Tunggu apa lagi, keluar la sendiri."
Jin: "Tak boleh..."
Saya: "Kenapa?"
Jin: "Saya dah jadi batu."
Saya: "Macamana kamu boleh jadi batu pulak?"
Jin: (Menggunakan sign language tunjuk seperti aksi makan)
Saya: "Makan apa?"
Jin: (Menunjukkan isyarat 4 jari)
Saya: "Empat?"(Mohon ilham dari Allah)...
Jin: (Masih menunjukkan isyarat 4 jari)
Saya: "Ok. Rasanya saya tahu apa 4 perkara tu. Madu...kurma...garam bukit...habbatus-sauda."
Jin: (Mengangguk-angguk senyum)
Saya: "Maknanya perempuan ni makan 4 perkara tu dan kamu jadi batu?"
Jin: (Mengangguk setuju)
Saya: "InsyaAllah saya doakan kamu supaya kembali seperti sediakala dan selepas tu saya tarik kamu keluar."
Jin: (Mengangguk-angguk senyum)
Jin itu kemudiannya kembali pulih seperti biasa dan berjaya ditarik keluar.
Sebelum ini pun saya pernah berdialog dengan 3 jin yang lain yang mengadu tidak lagi seronok tinggal di dalam badan Puan Z. Katanya akibat Puan Z mengambil keempat-empat perkara itu dalam diet hariannya, darah dan organ-organ Puan Z jadi pahit dan tidak sedap dimakan. Ramai di kalangan jin-jin ini memilih untuk tidak makan dan ada dikalangan mereka kurus kering kebuluran.
Berikut adalah cara pengambilan 4 perkara tersebut dalam diet harian Puan Z:
1) Madu asli - dituang atas telapak tangan kanan kemudian dijilat. Ambil sebelum sarapan dan sebelum tidur.
2) Kurma - dimakan setiap hari sekurang-kurangnya 1 biji sehari.
3) Garam bukit - ditumbuk halus. Diambil sedikit setiap kali sebelum makan dan selepas makan. Awal dan akhir dengan garam (sila rujuk hadis).
4) Habbatus sauda - diambil sedikit (dikunyah) setiap kali sebelum makan.
Lebih elok jika kesemua bahan-bahan ini diruqyahkan dahulu. Rasanya banyak produk-produk komersial di pasaran yang mixed kan semuanya sekali dalam satu botol. Tetapi saya lebih mengesyorkan supaya pesakit buat ramuan sendiri dan ambil secara manual seperti diterangkan di atas.
Pemakanan ini adalah amalan sunnah. Semua orang perlu amal, bukan untuk pesakit sahaja. Lakukan amalan dengan istiqamah dan penuh kesabaran. Jika sakit belum diizinkan Allah untuk sembuh, anda tetap mendapat ganjaran pahala.
Pesakit dinasihatkan supaya tidak berhenti mengambil ubat klinik/hospital. Jangan risau, 4 perkara tersebut tidak akan konflik dengan mana-mana ubat-ubatan.
-Muallij
*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah swt*
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
4 comments:
assalamualaikum,
Saya nak bertanya sikit tentang resdung. Adakah hama yang terkeluar dari hidung atau muka itu boleh dikategorikan sebagai jin? sebabnya bila dikumpul debu yang terhasil lepas muka di asap akan bertukar menjadi darah bila dibakar atas sudu. dan peliknya dalam debu tersebut tak nampakpun hamanya. Mungkin kalau bawah mikroskop boleh nampak kot. minta sedikit penjelasan ustaz kalau tak keberatan. Kalau banyak pun bagus.
Assalamualaikum Ustaz,
Terima kasih atas penulisan Ustaz di blog dan buku 'Berdialog dengan Jin'. Saya mendapat banyak faedah daripada kedua-duanya.
Tentang kaedah-kaedah yang diajarkan didalam blog atau buku, bolehkah saya mempraktikkannya atau pun perlu berjumpa dengan Ustaz dahulu?
Terima kasih.
Semoga Ustaz sentiasa dibawah lindungan Allah.
Muhd Hanif
assalamualaikum...
ustaz, saya nak tanya sikit la. saya ada terbaca dalam beberapa buku kaedah rawatan islam yg mengatakan kita tak boleh menghukum makhluk dengan api kerana allah saja yang layak hukum guna api. macam mana pulak dengan TB3 ni? sama tak dengan hukum guna api?
Salam
Muhd Hanif ...walaupun dalam buku Ust telah mengijazahkan amalann & kaedah2 rawatan ...tetapi pada pendapat saya sebaik2nya pergi la ikut kursus sekurang2nya sekali bg yg baru ....kalu dah title perawat eloklah bersua muka secara berdepan.... tapi kalu jauh tu lain ceritala.
Post a Comment