Hari ini saya memulakan rawatan setelah bercuti akhir Ramadhan dan Eidul Fitri.
Pesakit pertama saya adalah seorang pengamal silat Budi Suci. Dia telah meninggalkan silat ini 20 tahun yang lalu tetapi masih merasakan kehadiran gangguan walaupun tiada simptom2 biasa semasa jaga mahupun tidur.
Gangguannya adalah dia akan mula bersilat bila dia berniat mahu bersilat, walaupun dia tak pernah belajar bersilat... inilah silat Budi Suci agaknya!
Saya mulakan dengan ikrar pemutus, kemudian sesi dialog dengan gerakan kaki dilakukan. Dipendekan cerita, ada jin2 yang mahu keluar dan ada yang tak mahu keluar...
Seperti biasa H1N1 dikenakan sebagai inzar kepada jin yang degil... pesakit terus terbatuk2 sepertimana pesakit H1N1, saya beri amaran sekiranya tak keluar sehingga petang ini mereka akan mati dengan izin ALLAH.
Di akhir rawatan saya terlintas untuk mengetahui apakah anak2nya telah mewarisi jin budi suci... ternyata salah seorang dari anaknya telah mewarisi saka budi suci
Tulisan ini tidak berhasrat memperleceh atau mengiyakan pengamal silat atau perawat Budi Suci, sekadar catatan pengalaman yang mungkin benar mungkin tidak.... harapan saya kepada pengamal Budi Suci agar lebih berhati2 dan berusahalah mencari pencerahan... wALLAHu'alam.
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
9 comments:
Assalamu'alykom,
Dalam perkara mengembalikan ummah ke pangkal jalan ini, saya sokong usaha Ustaz !
Oops, sebelum itu Selamat Hari Raya dan Maaf Dzahir dan Batin !!!
Berdasarkan apa yang sedikit saya tahu, untuk membersihkan pengamal silat berjurus seperti BS, perlu pesakit sendiri baca, atau perawat bacakan untuk pesakit:
Shahadah 1x
Istiqfar 3x
Fatihah 1x
Salawat 11x
Qursi 7x
Fatihah 7x
Yassin ayat [33,43,71,83] 7x [dibaca 33,43,71,83, 33,43 etc]
al-Baqarah 75 7x
Salawat 11x
insyALLAH ringan sikit badan pesakit, dan lebih mudah mereka untuk melakukan amalan soleh seperti berzikir, serta bertahajud (serta merasakan kemanisan amalan). Semasa baca mungkin ada gegar-gegar sikit badan.
Sekian sahaja
wassalam
salam ustaz. terima kasih ustaz kerana mengeluarkan post ni. sebenarnya saya baru je bercadang nak belajar silat budi suci ni. nampak gayanya tak jadi la...
salam ustaz, setau sy takder saka nama budi suci.. harap buat pembetulan.
benar tiada saka bernama budi suci.
cuma amalan budi suci memang menghadirkan jin. sedar atau tidak jin tetap hadir.
mana tidaknya. kita diajar berzikir kerana Allah. Apabila berzikir nak bermain jurus sudah lain jadinya.
kenyataan tuan sheik akan menyiggung ramai pengamal amalan budi suci sejati. kalau benar amalan ni menghadirkan jin sila buktikan.
Bagi pendapat saya, Perlu hati2 dalam menentukan Samada kehadiran Jin itu adalah dari amalan Budi Suci atau tidak. Saudara Sheik, apa beza bila anda keluar rumah, pakai selipar, mula menulis, mulakan bekerja, memandu kereta, membaca, bersatu dengan Isteri dengan membaca zikir dengan Memulakan Jurus dengan Zikir
Assalamualaikum,
boleh saya dapatkan contact number si pesakit yang mendakwa dari budi suci nihh....
saya nak pastikan Budi Suci Sejati yang mana yang dia dok amalkan... ada sebabnya....
saya juga seorang perawat.... perawat made in BSS....
nick saya ialah edy137 dimana website saya ialah bsskomuniti.webs.com
jadi dapatlah kiranya menghubungi saya atau sms saya contact number si pesakit tersebut... kerana kita cuma nak tahu adakah dia satu amalan atau hanya 'clone' pertubuhan kami sahaja.... banyak sgt 'clone' nama budi suci sejati... tapi amalan menyimpang sangat....
contact number saya ialah 013-7961253 (Zarif/Edy)
sila hubungi secepat mungkin
Assalamualaikum
Saya amat bersetuju dgn pencerahan yg dimaksudkan oleh Sdra Zarif @ Edy.... mohon Sdra Abdul Majid Hasan memberikan kerjasama maklumat tersebut
Salam Uztaz, kalau nak tahu perihal enjin kereta, berjumpalah dgn mekanik kereta, jgn berjumpa dgn tukang jahit baju. kalau nak tahu perihal BSS, berjumpa dan bertanyalah kepada ahli BSS. Saya dah bawa BSS selama 21 tahun sehingga sekarang 9/6/2012, mana ada jin ukut atau masuk dalam badan.
Post a Comment