Poll pertama saya sebelum ini adalah mengenai sama ada menarik atau perlu diperbaiki blog ini, pada umumnya keputusannya memberangsangkan. Saya akur, saya agak ketinggalan dalam dunia IT dan juga aktiviti blogging, alhamduliLLAH ada rakan2 yang membantu saya memperbaiki persembahan blog ini.
Poll kedua saya mengenai kaedah rawatan terbaik masih berjalan, ada juga yang protest kerana di antara pilihan rawatan berkenaan termasuk solat dan zikruLLAH, katanya solat adalah satu kewajipan liLLAHi Ta'ala kenapa pula nak dikaitkan dengan teknik rawatan. Solat juga adalah zikruLLAH jadi macam mana nak dibezakan. Untuk pengunjung blog ini, jawapan adalah multiple choice dan saya akan ulas bila tempohnya dah tamat, insyaALLAH.
Poll ketiga saya "Perlukah Ada Satu Jawatankuasa / Lembaga Yang Mengesahkan Teknik Rawatan Perawat" berkeputusan 88% bersetuju dan sebaliknya ada 3 orang mengundi tak perlu.
Berdasarkan keputusan ini majoriti mahukan supaya sebuah lembaga atau jawatankuasa dibentuk untuk mengesahkan teknik rawatan perawat. Walaupun keputusan ini bukanlah mutlak kerana penyertaannya tidaklah menjangkau angka ratusan/ribuan pengundi...tetapi hasrat supaya ada badan yang secara khusus dan bebas dari mana-mana organisasi perubatan Islam yang bertindak memantau kegiatan perawat. Ini penting bagi perawat dan pesakit supaya tidak terjebak dalam rawatan syirik dan bertentangan dengan aturan agama.
Siapakah yang layak menganggotai Lembaga ini dan bagaimana ia berfungsi? Kita tentunya tidak dapat meletakannya di bawah JAKIM, JAIS dsb kerana Lembaga mestilah mereka yang pakar dan terlibat dalam perubatan Islam. Nama-nama spt TG Harun Din, Ustaz Ismail Kamus, Prof. Dr. Mustar, Ust. AbdulLAH Qari dsb patut diberi kepercayaan menganggotai Lembaga ini.
Bagi organisasi yang telah lama bertapak spt Darussyifa dan Darussalam, audit dalaman sepatutnya telah dilakukan. Dimana perawat2 ini sekarang dan apa yang mereka lakukan sekarang. Bayangkan apa yang sedang dibuat oleh lepasan Darussyifa yang menjangkau angka 2,000 orang...mungkin hanya 40 orang sahaja yang aktif di klinik2 Darussyifa seluroh Malaysia. Mana perginya 1,960 orang perawat lagi...
Saya yakin mereka juga merawat di lokaliti masing2 secara persendirian. Ada juga yang menambah ilmu rawatan dari perguruan dan organisasi dalam dan luar negeri. Ada yang terus menyepi setelah diuji diri dan keluarga apabila melakukan rawatan. Walau apapun sebagai organisasi data-data ahli perawat dapat membantu mengawal kepatuhan ahli kepada etika perawat yang ditetapkan.
Bagaimana pula perawat yang lahir dari perguruan lain? Siapakah yang boleh menjaga aqidah mereka dan juga pesakit? Ada kalangan tertentu mengkategorikan mereka sesat termasuklah syarikat Naqia Corp yang menjual air mustofa. Bagaimana produk syifa keluaran anak TG Nik Aziz, apakah juga kalangan ini juga akan menghukum syirik?
Kegiatan perawat2 yang claim rawatan Islam semakin bertambah... walaupun dia menjual ubat pengasih, susuk, pelaris dsb. Kenapa tidak ada yang secara tegas dan berauthority mengharamkan mereka... Lihat iklan2 dalam majalah/akhbar MISTERI yang mengelirukan pembaca. Saya tidak mengatakan semua iklan itu sesat tetapi dhomir hati saya amat tidak berkenan dengan beberapa iklan berkenaan.
Saya mencadangkan satu badan gabungan dibentuk yang membolehkan semua perawat berada di bawah payung gabungan ini. Badan induk ini menggabungkan semua perawat tanpa dibatasi oleh keahlian mereka kepada organisasi tertentu sahaja. Bayangkan alangkah menarik jika semua perawat boleh berada di bawah satu bumbung yang sama. Darussyifa, Darussalam, Darul 'Ilaj, Darus Sunnah, Syifa Hidayah, Al-Manarah dsb bergabung dalam bentuk Lembaga Perubatan Islam Malaysia...
Mana2 perawat yang claim sebagai rawatan Islam kena present teknik rawatan mereka kepada Lembaga ini. Begitu juga organisasi masing2 kena disahihkan oleh Lembaga ini. jika dari Darussyifa misalnya semasa penjernihan ahli Lembaga dari Darussyifa kenalah dikeluarkan dari jawatankuasa penilai dan seterusnya.
Mana-mana ahli spt Darussyifa yang menambah secara value added teknik rawatan bukan lagi menjadi ahli organisasi asas ini. Ahli ini perlulah diendorsed oleh Lembaga.
Saya harap akan ada penggerak ke atas perkara utama ini.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
3 comments:
Usaha telah dijalankan awal tahun ini oleh Kementerian Kesihatan dalam merangka dasar dan etika pengamal perubatan islam supaya kelak dapat dipantau dan dibezakan daripada bomoh sesat.
Darussyifa telah dijemput ke dalam lembaga penasihat ini.
Harap maklum.
Terima kasih atas maklumat di atas
Sebagai maklumat tambahan...Mekanisma pemantauan berkenaan diselenggarakan melalui bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (TCM) di Kementerian Malaysia. Para pengamal perubatan dijemput mendaftar ke bahagian tersebut. Rujuk di http://tcm.moh.gov.my
Post a Comment