Isu perkahwinan antara jin dan manusia bukanlah perkara baru. Setengah ulama menafikan kemungkinan berlaku perkahwinan tetapi majoriti ulama mengakui kesahihan berlakunya perkahwinan berkenaan.
Bagi yang mengatakan tidak mungkin berkisar dari asal kejadian manusia dan jin yang berbeza. Manusia dari unsur tanah dan jin pula dari unsur api, mana mungkin dua unsur ini berkahwinan.
Bagi menegaskan bahawa perkahwinan antara jin dan manusia boleh berlaku kita lihat beberapa hadis dan pandangan ulama tentang perkara ini.
Sabda RasuluLLAH SAW yang bermaksud "Apabila seseorang lelaki melakukan persetubuhan dengan isterinya dengan tidak menyebut nama ALLAH terlebih dahulu, maka syaitan akan bersembunyi pada penis lelaki itu dan ikut bersetubuh bersamanya"
Imam Harb Al-karmani dalam kitabnya "Kumpulan Masalah" meriwayatkan hadis dari Ahmad dan Ishak, hadis berasal dari Az-Zuhri berkata "RasuluLLAH SAW melarang berkahwin dengan jin"
Bila RasuluLLAH melarang, bermakna perkara yang disebut itu boleh berlaku, ini seperti Nabi SAW melarang makan sambil berjalan... yang pasti makan sambil berjalan boleh berlaku, kerana itu Nabi SAW memberi peringatan. Begitulah juga perkahwinan manusia dengan jin. Ia dilarang Nabi SAW, bererti ia boleh berlaku.
Imam Al-Ahkam, Qatadah dan Al-Hasan ketika ditanya tentang perkahwinan antara jin dan manusia, mereka bersependapat iaitu "tidak setuju". Kalau tiada perkahwinan tentunya fuqaha akan menjawab "mustahil" bukan "tidak setuju".
Uqbah bin AbduLLAH meriwayatkan seorang datang berjumpa Hasan Al-Bashri lalu berkata, "Wahai Abu Sa'id, ada seorang lelaki dari golongan jin yang melamar gadis dari golongan manusia", maka Al-Hasan menjawab "Jangan engkau nikahkan dan jangan engkau menghormatinya".
Pada dasarnya ulamak berpendapat tidak dibolehkan berkahwin antara jin dan manusia.
Ada juga ulamak yang berpendapat boleh.
Pendapat ini bersumber dari ulamak besar yang bernama Al-A'masi, diriwayatkan bahawa beliau pernah menghadiri perkahwinan manusia dengan jin apabila beliau diundang. Seandainya perkawinan ini diharamkan beliau pasti tidak datang memberi restu.
Ada satu riwayat dari Zaid Al-'Ami bahawa beliau pernah berdoa "Ya ALLAH berilah saya seorang jin untuk saya nikah dengannya" Ada orang bertanya untuk apa wanita jin, wahai Abul Hawari? beliau menjawab: "Untuk menemaniku pada waktu aku pergi sehingga dimana saja aku berada ia selalu bersamaku"
Jadi bagaimana anda, mahu kahwin dengan jin?
Dalam kes rawatan kebanyakan perkahwinan bukanlah perkahwinan seperti di atas, ia lebih kepada kahwin paksa, dalam istilah lebih ganas "kena rogol".
Saya pernah didatangi pesakit yang menceritakan dia sudah tidak bermaya lagi kerana diajak bersetubuh oleh jin hampir setiap malam, pesakit ini datang jauh dari Pulau Pinang.
Begitu juga kes seorang wanita di"rogol" oleh jin dan yang terbaru apabila saya merawat S dari Kajang yang telah dikurniakan 3 orang anak. Seorang wanita bermimpi dinikahkan, majlis perkahwinan dan secara jaga melihat anak-anak berlari di dalam rumahnya.
Ternyata dalam kes rawatan ini bukannya perkahwinan/pernikahan. Hukum Islam menetapkan rukun-rukun nikah termasuk wali dan saksi. Kalau main mimpi mana boleh dikatakan berkahwin, siapa walinya siapa saksinya, redhakah manusia berkenaan dinikahi?
Jalan terbaik dan selamat adalah berkahwin sesama manusia bagi manusia dan sesama jin bagi jin. Tak perlu cross border!
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
2 comments:
Artikel ini seolah-olah cuba memberikan tanggapan bahawa di kalangan ulama, ada yang jahil tentang perkahwinan manusia vs jin manakala ada sebahagian yang lain maklum tentang perkara tersebut.
Ayat “Setengah ulama menafikan kemungkinan berlaku perkahwinan tetapi majoriti ulama mengakui kesahihan berlakunya perkahwinan berkenaan” sungguh aneh bunyinya dan seperti suatu tuduhan melulu dilemparkan kepada golongan ulama.
Implikasi yang lebih besar lagi yang kelihatan cuba dibawa ialah: di kalangan ulama ada yang maklum tentang alam jin dan ada yang jahil tentang alam jin.
Pemikiran sebegini amat berbahaya dan boleh membuka jalan tipu daya psikologi kepada orang jahil di mana boleh wujud tanggapan bahawa kalau seseorang tok guru selalu berdialog dengan jin, maka agaknya dialah yang lebih wajar diambil pendapatnya berbanding ulama yang belum tentu alim tentang alam jin?
Ini amat kelakar. Sebenarnya tidak wujud soal penafian. Semua ulama menerima perkahwinan tersebut boleh berlaku. Yang menjadi perbezaan pendapat ialah sama ada perkahwinan itu sah atau tidak.
Yang nyata, semua ulama tahu tentang bolehnya berlaku perkahwinan manusia vs jin. Ini berdasarkan hadis daripada Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Aishah r.ha, Nabi pernah bersabda yang bermaksud, "Bahawasanya ada kalangan manusia ini yang akan menjadi mugharribeen, maka Aishah bertanya Nabi maksud mugharribeen itu? Maka Nabi bersabda yang bermaksud ialah mereka-mereka yang telah bermusyarakah dalam kehidupan rumahtangga dengan jin.
Amat pelik hadis yang begitu popular ini tidak disebut dalam entri ini.
Sekali lagi ditegaskan: Tidak perlu dipersoalkan sama ada ulama menerima atau menafi tentang perkahwinan jin vs manusia. Ini memang tidak pernah menjadi persoalan kerana kebanyakan mereka pernah membaca hadis di atas.
Yang menjadi persoalan di kalangan ulama ialah adakah valid perkahwinan antara manusia dan jin WALAUPUN RASULULLAH memberi isyarat bahawa perkara ini boleh, akan bahkan pernah berlaku?
Jawapannya ialah jumhur ulama menolak perkahwinan antara jin dan manusia. Dan ini bukan main ikut akal-akal mereka tetapi berdasarkan ayat Quran "Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T, dijadikan bagi kamu (manusia) untuk pasanganmu dari jenis kamu juga (manusia), supaya kamu mendapat ketenangan dengannya dan dianugerahkan kepada kamu kasih sayang dan rahmat dari Allah S.w.T." Surah Rum Ayat 21.
Jumhur ulama menolak validity perkahwinan manusia vs jin. Ianya dihukumkan sebagai TIDAK SAH. Jika berlaku maka hendaklah dipisahkan. Kecuali seorang ulama bernama Qamuli yang berpendapat ianya dibolehkan.
Justeru sikap yang perlu diambil oleh muslimin ialah mengikut JUMHUR.
Semoga berhati-hati dalam memberi penilaian syarak terhadap sesuatu.
Jika manusia dan jin percaya segalanya boleh berlaku atas kehebdak allah. tiada yang mustahil. the moral of the story is jika anda tak pernah dan tak berpeluang melihat dan bertemu bangsa jin. sukar bagi anda menerima dan memahaminya.lebih2 lagi setelah membaca pengalaman manusia lain yang telah diizinkan bertemu bangsa jin maka akal dan hati sukar menerima hanya manusia yang terpilih oleh allah diizinkan bertemu mahlok mahlok allah yang lain dimuka bumi ini. Semuga anda yang tak percaya mendapat petunjuk dari allah tentang kevesaran allah.
Post a Comment