Sebelum ini saya telah utarakan kaedah bakar batu-bata yang agar sukar untuk dilakukan dan boleh menimbulkan fitnah kepada mereka yang tidak memahaminya.
Sebagai alternatif saya mencadangkan teknik bakar kertas yang lebih mudah dan tidak menimbulkan fitnah:
Bahan:
Kertas putih saiz A4
Pencil atau pen
Surah Yasin
Kaedah:
Solat hajat mohon perlindungan dan beri pengajaran kepada rangkaian sihir (jin sihir, tukang sihir dan pengupah)
Baca yasin sambil menggaris pada kertas A4, setiap ayat satu garisan sehinggalah habis surat yasin berkenaan.
Bakar kertas berkenaan
Kekerapan:
Lakukan setiapkali anda merasai anda diserang. Ini sebagai isyarat kepada rangkaian bahawa anda juga boleh menyerang-balas kegiatan mereka. Jika mereka ada jin sebagai suruhan mereka kita ada ALLAH sebagai Tuhan yang mencipta dan melindungi kita.
Tambahan:
Jika anda pasti pengupah atau tukang sihir berkenaan anda boleh tulis nama mereka pada kertas yang hendak dibacakan surah Yasin berkenaan. Jika ada gambar, fotostat gambar berkenaan dan gunakan kertas ini untuk digariskan.
Bagaimana anda nak tahu pengupah atau penyihir?
Salah satu kaedah ialah dengan membaca surat yasin ayat ke 65 secara berulangkali sehingga anda tertidur dan semasa membaca berdoalah kepada ALLAH untuk mendapat petunjuk. Jika anda telah telah diberi petunjuk, atau tidak mendapat petunjuk, ulangi pada malam-malam berikutnya sehingga anda yakin-pasti petunjuk berkenaan bukan permainan syaitan yang mahu melagakan sesama manusia. Jangan lupa ambil wudhuk sebelum tidur.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
9 comments:
apa kesan teknik bakar kertas ini kepada penyihir/pengupah?
tidakkah ditakuti juga kalau-kalau berlaku serangan balas yang mengakibatkan kejadian lebih buruk kepada pesakit?
Astaghfirullohal `azhim.
Assalamu`alaikum tuan perawat. Dulu tok guru dah larang bakar batu-bata, ni ganti pulak bakar kertas. Cara beza sikit, tapi sebenarnya sama je..
Apa yang kami tak paham dengan kaedah bakar batu-bata yang tuan paham? Boleh terangkan bagi kami paham? Apa yang tuan paham dengan hadith Rasululloh s.a.w disihir, baginda tak membakar bahan sihir tu, kan?
Maap menegur...
Salam,
Tolong beritahu saya bila TG ada melarang kaedah bakar batu-bata? Saya kata "menghentikan" bukan melarang... teknik ini dihentikan kerana serangan fitnah yang mengatakan TG juga macam tukang sihir...untuk mengelak fitnah, maka TG tidak lagi menggunakan teknik ini kerana masih banyak teknik lain yang boleh digunakan.
RasuluLLAH disihir, dan tak bakar batu-bata...adake batu-bata dizaman itu? Lalu ada yang mengatakan kaedah bakar batu-bata ini bidaah.
Adakah ia bidaah...bukankah bidaah yg dimaksudkan sesat adalah bidaah dalam ibadah khusus spt solat, puasa dsb.ini spt solat magrib jamak dgn asar atau puasa pada hari rayalah.
Tetapi tidak bidaah dalam berzikir, membaca selawat munjiah, syifak, tafrijiah wpun selawat ini RasuluLLAH tak pernah ajarpun.
Begitu juga dgn kaedah rwtn, ALLAH maha tahu dan adakalanya mengilhamkam para mu'allij ttg ayat2 dan teknik2 dlm melakukan rwtn. Sdra tentu ingat kisah seorang manusia di zaman Nabi Sulaiman yang berjaya mengangkat istana Balqis...Nabi Sulaiman tak kata ini bidaah, al-Quran mencatitkan orang ini sebagai berilmu.... wALLAHu aklam
Kesan serangan balas kepada pesakit?
Saya peringatkan semua bahawa apapun usaha dan apapun yg terjadi mestilah difahami semuanya dengan keizinan ALLAH. Pesakit memang kena serang, kalau tidak, tidak dinamakan pesakit.
Samaada berjaya diserang lebih dari biasa atau tidak ini mungkin yang sdra maksudkan.
Letakanlah keyakinan dgn bantuan ALLAH... ada masanya minta orang yang terdekat yang taqarrub dgn ALLAH untuk melakukannya. Ini terutamanya kepada pesakit yg serangan sihirnya agak kuat, tapi kalu setakad pening2 boleh buat sendiri.
Assalamu`alaikum..
OK lah, Tuan Guru menyarankan agar "dihentikan" amalan bakar batu-bata, tapi artikel tuan pada tajuk "Orang Melayu dan Saka" masih mencadangkan teknik bakar batu-bata. Kenapa?
Amalan perbomohan yang ada melibatkan bantuan jin kebanyakannya ada amalan "membakar", seperti membakar keminyan, mengasapkan keris, menyalakan lilin dan lain-lain lagi. Upacara ritual agama orang kafir pun banyak melibatkan api seperti membakar colok, memasang pelita-pelita dan sebagainya.
Kita sedia maklum, iblis dicipta daripada api, dan jin juga dicipta daripada jilatan api. Jadi ramai yang melihat amalan melibatkan api ini sebagai amalan yang disukai iblis dan syaiton. Tidak hairanlah ada yang mempertikaikan amalan bakar batu-bata seperti amalan tukang sihir.
Tuan Guru peka dengan perkara ini lalu ia dihentikan. Tapi tuan pula mencipta amalan baru iaitu membakar kertas A4, yang mana masih melibatkan api.
Harap tuan berfikir dengan baik sebelum mencipta amalan-amalan baru. Jangan dengar bisikan syaiton-syaiton yang sentiasa berusaha menyesatkan manusia.
Saya hanya dapat menasihati dan berdoa, tuan sendiri sekarang ni yang perlu berfikir dengan baik, apa salah dan silapnya amalan membakar satu objek yang dibacakan ayat-ayat Al-Quran, sambil objek itu dirosakkan (batu-bata dicalar-calarkan, kertas diconteng-contengkan) berselang-seli dengan bacaan Al-Quran itu.
Amalam kaum kafir membakar colok, kemenyan dan sebagainya adalah untuk memuja atau memanggil jin, membuatkan jin dan syaitan berasa megah kerana manusia sudah sesat dan berpaling dari Allah SWT.
Tetapi amalan ini disebut oleh ustaz sebagai isyarat dan amaran untuk mereka yang telibat.
Walaupun syaitan dan jin diperbuat daripada api, dengan izin Allah, api akan menyakitkan mereka. Sebagai mana terbukti apabila seseorang bertanya satu soalan tetapi dijawab dengan satu tamparan ke pipinya (Maaf, saya tak ingat cerita ini)
Saya juga lihat, ianya bukan lah contengan, kerana contengan bila kita lihat nampak buruk. Ini hanya terdapat 83 garisan hasil daripada bacaan surah Yaasin.
Kalau jin dan syaitan menggemari amalan melibatkan api, tentulah mereka tidak akan takut pada neraka Allah, bukan?
Maaflah, kalau ilmu saya cetek, tapi saya belum terjumpa lagi hadith atau larangan Rasulullah mengenai hal pembakaran ini.
Memang benar, fitnah mudah terjadi.
Salam semua
mengenai ilmu bakar bata-hanya orang yang di sihir sahaja sedar betapa pedihnya menderita akibat sihir begini..kalau ada kaedah untuk membela diri..dan tiada pula hadis atau AQ gang melarang kenapa tidak diteruskan?? Memang inila perangai orang melayu..dengki tak bertempat bila ada perawat yang diberikan kelebihan oleh Allah..mula nk mencari kelemahan..sedangkan beribu kebaikan yang ada di lepas pandang..Ustaz..teruskan usaha anda..kami pesakit2 mengharap rahmat Allah akan sentiasa bersama orang yang berjihad di jalan kebenaran seperti Ustaz.
Assalamu'alaikum...
anonymous ni rasanya kalau berani tegur tu bagitau la nama sebenar ni berselindung disebalik "anonymous"...kalau kamu rasa benar xkan la kamu takut diketahui nama kamu kan? [berani kerana benar bukan? atau kamu sendiri was2 tentang apa yang kamu tegur itu?]
kamu seakan senang menghukum tanpa mengetahui sesuatu yang kamu hukum...sedangkan untuk menegur itu harus/mesti punya ilmu tentang yang dihukum itu. mana sabdanya? mana firmannya? mana?
oh. nama saya dani orang sabah...hehe~
lupa plak bagitau.
anyway saya suka dengan teknik ni...tapi mungkin kegunaannya bukan setakat untuk menghangus penyantet [tukang sihir] insyALLAH mungkin saya akan cuba gunakan teknik ini untuk menghentikan kegiatan pencurian di kawasan saya. itu pun dengan izin ALLAH yang memegang ubun2 saya dgn tanganNYA. tapi 1 sahaja masalah saya, saya ni tajwid pun bertatih. hehe~
alwlapa amalan pendinding terbaik untuk orang yang nk melakukan amalan bakar bata? Ini kes darurat sebab dah lebih 11 tahun disihir berulang2 oelah pengupah yang sama..dan pesakit pulak(wanita) asyik dibuang erja kerana efek pelalau ditambah kesihatan yang semakin merosot kerana kesan sihir..nak berubat ke kuang pon dah tak de budget.
Dia ni dah nekad terfikir nk jumpa bomoh untuk selesaikan masalah sihirnya lepas bertahun2 berubat dgn perawat islam cuma dapat bertahan sihir baru everytime da reda dia dah semakin lemah dan kesihatan pun merosot... sebelum tu dia nekad minta pada Allah semoga di berikan teknik batu bata ni sebab tk sanggup nk gadaikan iman..Jadi lepas berdoa pada Allah, pesakit dihadiahkan buku Dr Haron Din yan ada teknik bakar bata tu (mungkin kebetulan) . ..mohon dikongsi cara mendinding diri dan keluarga. Dia nak buat dalam waktu terdekat. Jin sihir diikat dalam tubuh. Pengupah lelaki. Tujuan supaya pesakit dapat bekerja normal dan menyara hdup sendiri dan semoga pengupah bertaubat dan menghentikan kerja menyihir akibat dengki dan khianat.
Sekarang dia amal ayatu kursi setiap hari tapi everytime baca..dia mesti terlantar keletihan dan mengantuk..jadi banyak kerja tergendala. Dia hidup sendiri dan tiada punca pendapatan selain mencari sendiri/tiada adik-beradik/saudara-mara. Ibubapa dulu anak yatim dan anak tunggal.
bila tak cukup duit, maka ramai la lelaki berniat jahat nak ambik kesempatan..jadi dia terdesak sangat nak buat bakar bata ni untuk membolehkan dia bekerja dan mencari rezeki sendiri. Dia tinggal bersama ibubapa( umo dekat70 tahun dan dh uzur) Minta amalan pendinding atau tambahan zikir untuk kalahkan jin dan tok moh sihir tu.
Post a Comment