Beberapa kes dimana saya cuba menarik keluar jin tetapi gagal (tentunya dengan kehendak ALLAH) memberi ilham kepada saya untuk mencari penyelesaian.
Sebab pertama jin ini samada diikat atau dipasung oleh tukang sihir. Untuk kes sebegini kita boleh bertanya kepada jin berkenaan apakah dia diikat atau dipasung. Minta dia beritahu posisi ikatan atau pasungan berkenaan.
Kes ini terjadi kepada En. Ib dari BB Bangi. Beliau sudah immune dirawat di Dsyifa walaupun meggunakan kaedah tepuk. Ib selalu batuk terutamanya sebelah malam dan sakit tekak. Lebih menyiksa beliau akhir-akhir ini Ib tidak ada selera makan.
Rawatan pertama saya, difokuskan ke bahagian perut, dada dan leher. Apabila ditarik secara vacuum ke dalam botol pada bahagian berkenaan Ib kerasukan dan bila diminta keluar jin-jin berkenaan dengan angkuh mengatakan mereka tak mahu keluar. Akhirnya saya minta Ib membuka mulut dan saya letak botol padanya dan vacuum. Setelah 10 kali tarik En. Ib muntah mengeluarkan cecair berwarna hitam... kemudian Ib sedar. Dia berasa lega.
Saya tanya Ib apa zikir yang diamalkannya. Ib memberitahu dia membaca ma'thurat. Saya tidak berhasrat menambah zikir beliau. Saya cuma beritahu bahawa serangan berkemungkinan akan dilakukan semula oleh penyihir dan saya mencadangkan beliau agar berdoa agar jin-jin sihir bersifat diplomatik dengannya.
Saya ajar Ib berdoa secara zahir " ya ALLAH, sekiranya pada diriku ada jin-jin yang masuk atas apa tujuanpun, pertama-tamanya aku maafkan meraka, Engkau ampunkanlah mereka, yang kedua ya ALLAH berilah mereka hidayahMu ya ALLAH agar mereka menganut agamaMU atau kembali menghayati Islam dan akhirnya ya ALLAH berilah kekuatan kepada mereka agar dapat keluar dari tubuhku, amin!"
Selang seminggu Ib datang lagi, bila saya ruqyah sedikit dia sudah kerasukan. Saya tanya jin berkenaan samada dia mahu keluar atau tidak, dia kata mahu. Saya tanya apa pendapat dia tentang Ib, dia kata Ib baik dan dia silap mengganggu Ib. Saya tanya adakah dia diikat dia anggguk dan memberitahu dia diikat di bahagian perut dan leher.
Saya buka ikatan, sekali lagi Ib muntah mengeluarkan cecair yang sama. Habis rawatan saya suruh Ib makan kismis, alhamduliLLAH beliau boleh mengunyah dan menelannya.
Satu lagi kes melibatkan seorang kakak yang juga sudah banyak berusaha mencari kesembuhan. Sesungguhnya kesembuhan itu milik ALLAH. Apabila jin yang mengganggu diarah keluar dia mahu tapi tak larat. Saya baca selawat syifa dan berdoa disediakan lorong putih pada tangan kakak berkenaan. Jin berkenaan nampak lorong tetapi tak boleh keluar,.. waktu sudah hampir magrib. Termenung saya dan Zed berdepan dengan masalah ini. Saya sedarkan semula kakak ini.
Saya katakan kepadanya bahawa jin ini masuk atas permintaan kakak sendiri, samada sebagai pemanis dsb. Bermatian kakak ini menafikan. Saya beritahunya kalau nak sembuh dia kena isytihar yang dia putus hubungan dengannya. Kakak ini mengikut saya membaca lafaz pengistiharan secara zahir.
Saya ruqyah, saya beritahu jin berkenaan pengisytiharan empunya badan dan arahkan dia keluar. AlhamduliLLAH jin dapat dikeluarkan. Apabila sedar saya tanya kakak berkenaan adakah semasa dirawat oleh perawat tertentu ada yang memberikannya sesuatu. Kali ini kakak ini akur dan perawat inilah yang memasukan jin ke dalam badannya.
Dalam kes kedua di atas ternyata kemasukan jin adalah atas persetujuan empunya badan. Berlakulah engagement, selagi empunya diri tak declare agak sukar untuk mengeluarkan jin berkenaan.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
No comments:
Post a Comment