Sekembalinya kami dari rumah Ustaz, malam itu kami ke rumah jiran yang mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Akikah. Selesai majlis lebih kurang jam 11.00 malam kami pun pulang dengan tubuh keletihan dan bercadangan mahu segera untuk tidur.
Jam 12.30 malam, sahabat tadi suami isteri datang ke rumah kami. Sebaik sahaja aku bukakan pintu pagar dan rumah, tiba-tiba leherku terasa sakit. Aku terasa pelik, tapi fikiranku terus menganggap mungkin pasung telah singgah ke tubuh ku. Aku memintakan sahabat ku tadi untuk mencabutnya. Setelah dicabut beberapa kali, kesakitan tadi sedikit berkurangan tapi masih lagi terasa.
Keesokkannya 2hb Mac, aku keluar bersama isteri dan anak-anakku menuju ke Keramat ke rumah adik iparku. Di dalam perjalanan, sahabat aku tadi menelefonku dan memberitahu bahawa Jin Ular sedang mengamuk. Isteri beliau dapat melihat di hadapan rumahku ada 5 ekor ular sebesar Anaconda manakala di rumahnya sendiri terdapat lebih kurang 50 ekor ular di luar rumah dan 7 ekor yang besar berada di dalam rumah. Aku begitu terkejut bila mendengar ini dan terasa sedikit kerisauan. Isteri sahabatku pula ketika itu sudah lemah tubuh badannya kerana dikatakan salah seekor ular besar tadi telah mematuknya. Mereka berdua terpaksa keluar dari rumah dan berehat di rumah jiran.
Aku ketika itu singgah di Tesco dan bersarapan di Mc Donald. Aku pening bila memikirkan serangan Jin Ular ini, dan tentunya aku juga akan di cari oleh Jin Ular ini kerana telah membantu sahabat ini. Aku dapat rasakan kemarahan dikalangan Jin Ular kerana kematian Raja dan Permaisuri mereka. Kini aku terpaksa berperang dengan kumpulan Jin Ular yang begitu banyak. Apakh yang patut aku lakukan?
Aku membaca Al-Fatihah bermohon dengan ALLAH supaya ditunjukkan perkara yang sedang berlaku dan memberikan aku jalan penyelesaian dalam permasalahan ini. Beberapa ketika datang seperti imbasan-imbasan di dalam fikiran ku dan aku melihat beberapa ekor Ular sebesar Anaconda sedang berada di depan rumahku dan juga di rumah sahabatku. Sekarang bagaimanakah harus aku lakukan? Apakah harus aku berperang dengan mereka sedangkan mereka adalah jin dan bilangan mereka terlalu ramai. Dan bagaimana pula cara untuk berperang? Semua ini menjadikan kepala aku buntu, pelik, tak faham, takut dan sebagainya.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
No comments:
Post a Comment