Adakalanya penyakit fizikal yang dialami oleh seseorang adalah manifestasi dari serangan jin.
Saya pernah berdialog dengan jin yang berusaha untuk merosakan jantung pesakit saya, katanya dia memang pakar bagi merosakan jantung dan telah membunuh 4 mangsa sebelum ini.
Saya juga pernah berdialog dengan jin-jin yang menyempitkan pernafasan seseorang sehingga pesakit rasa tercekik dan sukar bernafas.
Kebanyakan pesakit wanita serangan utama mereka adalah pada rahim, pinggang, payu dara, bahagian belakang, bahagian bawah lutut dan kepala/otak. Orang lelaki pula biasanya diserang dibahagian belakang, kepala dan alat kelamin.
Dua minggu yang lepas saya amat kurang selesa apabila terlalu kerap membuang air kecil. Setiap kali selesai merawat seorang pesakit sayaterpaksa ke bilik air. Badan saya pula semakin susut. Sepengetahuan saya ini adalah simptom penyakit kencing manis.
Saya pergi melakukan pemeriksaan kandungan gula di farmasi berdekatan dan mendapati kadar gula saya adalah 6.2mmol, satu angka yang normal! alhamduliLLAH saya bebas dari penyakit ini. Tetapi kenapa saya kerap buang air? Perbincangan saya dengan ahli farmasi berkenaan mengsyaki mungkin kerana prostat saya yang membengkak yang akhirnya menekan pundi kencing.
Saya memang merasa sakit di bahagian pinggang, terasa panas dan adakalanya seakan menyucuk-nyucuk.
Bila S datang bersama K ke rumah saya minta dia sedut bahagian berkenaan ke dalam botol. Apabila puan K melihat botol berkenaan ternyata botol-botol yang digunakan (nestle 500ml) penuh dengan jin orang asli dan senjata tajam. Maka tahulah saya masalah yang saya hadapi....
Bagaimana nak merawat?
Oleh kerana penyakit fizikal ini adalah serangan makhluk halus yang diupah oleh manusia laknatuLLAH maka rawatan memerlukan aspek fizikal dan rohani. Saya rawat diri saya dengan:
1. Ubat farmasi
2. Mandian pelepas sihir (alfatihah, ayat Qursi, 4Qul)
3. Minum air Yasin
4. Menggosok limau purut yang dibacakan Yasin di bahgian yang sakit
disamping zikir harian saya.
Apabila saya gosokan limau purut yang telah dipotong ke bahagian yang sakit, saya dapat merasakan kepanasan luar biasa walaupun tidak ada bahagian yang luka. Kini alhamduliLLAH saya telah pulih.
Adakalanya kesakitan yang ALLAH beri adalah untuk saya mendapat ilham kaedah penyembuhan dan saya bertanggungjawab memaklomkan kepada anda semua. ALLAHu AKBAR waliLLAHil Hamd.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
No comments:
Post a Comment