Malam itu tanpa diduga telah berlaku pertemuan 3 wanita yang boleh melihat jin, Puan Zaiton, Puan K dan Puan T.
Puan Zaiton sudah lama tidak saya rawat, dia menyangka saya sakit disebabkan kerana merawatnya sebelum ini. Saya jelaskan bahawa memang saya diserang tetapi bukan dari pihaknya sahaja.
Puan K berazam mahu menghabiskan gangguan yang telah lama bersarang dalam badannya. Puan T pula membawa suaminya utk dirawat. Puan T adalah adik beradik dengan En. H dari Mersing yang jinnya boleh melompak dan memanjat pokok.
Saya mula merawat puan K, kemudian puan T datang dan akhirnya puan Zaiton muncul.... bayangkan bagaimana malam itu bila 3 manusia yang berpusaka bertemu...!
Semasa mereka duduk bertiga, jeling menjeling pun berlaku. Puan K berpusing membelakangi Puan Zaiton dan Puan T berada jauh dari mereka berdua.
Saya merawat puan Zaiton. Jin sakanya memarahi puan K sementara puan K membuta kayu tak mahu menoleh puan Zaiton. Suami puan K, S membantu saya merawat teknik tarik masuk botol. Dia menunjukan kedudukan jin-jin berkenaan pada tubuh puan Zaiton.
Ini memeranjatkan saya, macamana S boleh nampak. S sendiri keliru, dia cuba ambil botol dan menarik dari kaki, then dia pull-out katanya dia kena serang, jin berkenaan beri warning kat dia jgn masuk campur... jadi dia hanya tunjukan posisi sahaja. Kadang2 S ketakutan dan merapatkan diri dengan puan K. Bila saya tarik melalui kepala, puan K dan S tidak dapat menahan bau busok yang dilihatnya dalam botol berkenaan, mereka hampir termuntah.Puan K keluar dari bilik rawatan.
S melihat ikatan-ikatan pada badan puan Zaiton, dia menunjukan posisi dan saya putuskan ikatan2 berkenaan. Habis semua tali dan paku dicabut, jin yang berbentuk beruk yang terikat dan dipasung dapat ditarik keluar dengan izin ALLAH.
Saya menjangkakan puan K yang akan membantu saya, rupanya S pula yang berpenghuni dan membantu saya. Kehadiran mereka menyelesaikan misteri kenapa jin ini tidak dapat saya keluarkan sebelum ini.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
No comments:
Post a Comment