1hb Mac, kami ke rumah Ustaz Majid AKRINE di Kuang bagi sessi rawatan. Sebenarnya di awal tahun ini sudah banyak kali kami ke rumah Ustaz-Ustaz bagi mendapatkan rawatan. Rawatan-rawatan yg sebelum ini tidak sempat untuk aku menulisnya tetapi tahun baru ini nampaknya pukulan sihir makin menjadi ke atas diriku dan isteriku di mana sihir berbentuk baru yg di hantar menggunakan bomoh-bomoh yg berlainan. Nampaknya si penyihir ini begitu bersungguh-sungguh bagi mempastikan rumahtangga kami roboh, isteriku jadi milik beliau, aku dan isteriku sakit dan sebagainya. Namun si penyihir lupa, yang berkuasa dan mengizinkan sesuatu perkara itu berlaku hanyalah ALLAH penguasa sekelian alam.
Aku dan isteriku kini semakin kerap terkena 'pasung' yang terdiri dari paku-paku kecil, paku payung, kayu, besi 5 hon, buluh dan lain-lain. Benda-benda ini secara ghaib terpacak di badanku dan juga isteriku. Selalunya isteriku yg mudah terasa akan kesakitannya, manakala diriku lambat sikit utk terasa sakit. Tapi kalau pasung itu sudah lebih seminggu ia akan membuatkan kakiku jadi kebas-kebas dan lenguh-lenguh.
Hari sabtu, 1hb Mac kami bersama 4 orang sahabat suami isteri ke rumah Ustaz Majid AKRINE bagi mendapatkan rawatan. Di rumah Ustaz Majid ada Ustaz Zed yg juga seorang perawat dan membantu sambil belajar dari Ustaz Majid. Isteriku di rawat oleh Ustaz Zed, begitu juga diriku. Ustaz Zed melakukan kaedah scan dengan tangan beliau dan mendapati beberapa tempat yg terdapat gangguan. Ustaz Zed membuangnnya dengan membacakan ayat-ayat Al-Quran dan ditarik dengan tangan beliau. Selepas di buang, isteriku dan diriku terasa kesakitan itu hilang dan lebih selesa.
Bersama kami, 4 orang sahabat iaitu 2 pasangan suami isteri turut sama mendapatkan rawatan dari Ustaz Majid. Pasangan pertama juga dikatakan terkena ilmu sihir menyebabkan kesakitan pada tangan dan anggota tubuh badan beliau. Manakala pasangan yang satu lagi adalah pasangan suami isteri yang pernah saya ceritakan di mana isteri beliau mempunyai kebolehan melihat makhluk halus dan benda-benda sihir.
Ustaz Majid melakukan rawatan pada 2 pasangan ini. Rawatan ke atas isteri sahabat ku yang boleh melihat itu nampaknya lebih agresif dan memakan masa yang lama. Sessi dialog berlaku antara isteri sahabatku dgn Ustaz, di mana Jin Ular telah bercakap melalui mulut si isteri dan akhirnya setelah rundingan gagal dan Jin Ular ini tetap berdegil, Ustaz terpaksa menyembelih Jin ini. Rupanya Jin yang mati ini adalah permaisuri kepada satu kumpulan Jin ular. Kematian permaisuri ini telah menyebabkan Raja Jin Ular memasuki pula tubuh badan isteri sahabat tadi dan cuba untuk melawan. Sekali lagi rundingan antara Ustaz dan Raja Jin Ular ini gagal utk berdamai, Raja Jin Ular berdegil dan disebabkan kematian Permaisuri beliau, Raja Jin Ular ini nekad tidak mahu mengalah. Ustaz akhirnya menyembelih Raja Jin Ular ini. Selepas Raja dan Permaisuri Jin Ular ini mati, isteri sahabat tadi 'melihat' kumpulan Jin Jin Ular dengan jumlah yg banyak sedang berada di luar kawasan rumah memerhatikan kami semua. Jin-Jin Ular ini tidak melakukan serangan tetapi hanya memerhatikan sahaja.
Kami keluar dari rumah Ustaz selepas waktu Maghrib lebih kurang jam 8.30 malam dana menuju pulang ke rumah masing-masing.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
No comments:
Post a Comment