Followers

kursus

Kursus Rawatan Islam Terbaru

Tahap 1 : akan diadakan pada 19 - 20hb. September 2015 di Akrine Kuang

Kursus ini akan menekankan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini sesuai bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.

Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:

* Bagaimana alam jin
* Kaedah membenteng diri
* Teknik mengesan kehadiran jin
* Teknik racun
* Teknik dialog
* Teknik mengeluar jin (tarik guna serban / botol)
* Teknik mandian pesakit
* Teknik bakar batu-bata
* Akrionics
* Garis panduan merawat
* Latihan rawatan
Yuran adalah RM250.00 sahaja. Tempat adalah terhad. Hanya peserta Tahap 1 yang layak untuk mengikuti kursus Tahap 2

SMS butiran anda nama, alamat, pekerjaan kepada 019 758 4801

Tahap 2 : akan dimaklomkan

Pada tahap ini hanya bagi mereka yang telah mengikut kursus tahap 1 dan perawat-perawat (bekas pelatih Akrine) yang ingin mengulangkaji / mendalami teknik rawatan. Ia lebih menekankan kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang perawat.

Antara kandungan kursus adalah:

* Persiapan diri seorang perawat
* Keperluan bilik rawatan
* Teknik tikam
* Teknik baling
* Teknik tidurkan jin
* Teknik Kembara dan Rawat (TKR)
* Teknik Rotan Objek (TRO)
* Teknik ambil barang sihir
* Teknik Rawat Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP)
* Teknik Serkupan Azab (TSA)
* Keberkesan Rawatan
* Latihan

Yuran adalah RM250.00 sahaja (sila bank in ke Maybank Islamic 562740110528 Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan)

Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00ptg

Sila sms nama, tempat tinggal, pekerjan dan tahap kursus yang dipohon ke 019-7584801

Tarikh tutup permohonan adalah seminggu sebelum tarikh kursus


Penginapan di tempat kursus bagi peserta lelaki (percuma) dan sesiapa yang memerlukan Homestay sila membuat tempahan( Homestay 1: Tn. Hj. Saad 0126794304 Homestay 2 : En. Majid 0136051892 Homestay 3: Tok 4 Taufik 0122670577) dengan kadar yang segera.

Hotel yang terdekat terdapat di TSB BBaru Sg. Buluh

Kusus Pengukuhan Tahap 3

Tarikh : 15hb. November 2014

Tempat : Dewan Burhanuddin Helmy, Kuang

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Yuran : RM100.00

Tuesday, September 25, 2007

Duit Bunian

Saya diminta merawat seorang pesakit bernama Mazlan yang terlantar di Pusat Rawatan Ozon Hydrotherapy Ais (Raoha) milik kawan saya Dr. Shouib...layari http://www.raoha.com.my

Kaki Mazlan bengkak dan bernanah. Dia juga ada diabetes, thyroid cancer, darah tinggi, tak boleh tidur malam dan pelbagai masalah lagi. Dr. Shouib yang merawatnya secara rawatan ozon mendapati proses penyembuhan agak perlahan. Dr. Shouib mengsyaki yang Mazlan ada gangguan.

Saya diceritakan oleh Mazlan bahawa dia pernah pergi ke sebuah gunung di Sg. Air Tawar, Perak kerana nak meminjam duit bunian bersama-sama 9 orang rakannya. Mazlan memerlukan wang sebanyak RM6 juta bagi menglangsaikan hutang-hutang perniagaanya. Di Gunung berkenaan mereka bersembahyang, berzikir dan berkhemah. Salah seorang daripada mereka akan menurun dan mereka mengelilinginya. Jin yang masuk badan kawannya mengatakan terdapat sebanyak RM36juta duit yang nak diberikan kepada mereka dan mereka dikehendakki beramal dan berzikir selama 7 hari. Selepas 7 hari majlis zikir dan menurun diadakan semula, jin ini muncul lagi dan bertanya nak pinjam atau nak beri saja...tentulah mereka pilih beri percuma sahaja. Jin itu beritahu, oleh kerana ada perubahan perjanjian, mereka kena buat semula di bawah gunung.

Selesai 7 hari Mazlan diamanahkan oleh rakan2nya untuk naik mengambil kain bungkusan kuning yang mereka tinggalkan di atas gunung. Mazlan naik dan membawa turun bungkusan berkenaan. Apabila dibuka bersama rakan2 mereka mendapati duit RM50 setiap keping yang berjumlah RM600,000.00

Mereka terkejut kerana jin tadi berjanji untuk beri RM36 juta, merekapun berzikir semula dan salah seorang dari mereka dirasuki jin berkenaan. Jin itu memaklomkan ramai diantara mereka tidak ikhlas dalam zikir dan tidak bersungguh2, kerana itu mereka tidak dapat jumlah yang diminta.

Duit RM600,000.00 ini diambil oleh ketua kumpulan, katanya dia nak gunakan untuk mengumpan seseorang yang pinjam duit jin tapi tidak memulangkannya semula. Mazlan dan rakan2 pulang dengan tangan kosong.

Mazlan meneruskan pencarian di Jerantut Pahang seramai 6 orang pula...mereka ke sebuah rumah kosong bersama Pak Su yang boleh berhubung dengan Puteri L di dalam sebuah bilik gelap di rumah berkenaan. Pak Su berzikir di bilik gelap dan bila keluar, dia memaklomkan tuan puteri setuju memberi mereka RM2 billion. Mereka dikehendakki berpuasa selama 7 hari dan hanya boleh makan sayur-sayuran sahaja.

Selepas 7 hari berpuasa dirumah kosong itu, pak su masuk ke bilik. Bila keluar, pak su beritahu dari 6 orang hanya 3 orang sahaja yang terpilih termasuk Mazlan. Ini kerana 3 orang berkenaan didapati tidak ikhlas semasa beramal. Oleh itu mereka dikehendakki berpuasa semula selepas 40 hari dari tarikh pertemuan ini.

Selepas 40 hari, Mazlan berserta 2 rakannya meneruskan usaha mereka berpuasa 7 hari. Kemudian Pak Su masuk bilik gelap bertemu dengan Puteri L. Bila keluar, Pak su memaklomkan Puteri L memutuskan hanya memilih 2 orang sahaja untuk diberi wang berkenaan. Sekali lagi Mazlan terpilih dan mereka terpaksa memulakan semula berpuasa selepas 40 hari.

Setelah semua permintaan dipenuhi, sekali lagi Pak su masuk bilik berkenaan. Apabila keluar, Pak Su menyuruh Mazlan masuk ke bilik berkenaan sambil membaca zikir tertentu. Apabila Mazlan masuk dia pun membaca zikir sepertimana diajar oleh Pak Su sambil tangannya mencari bungkusan di bilik berkenaan. Apabila tersentuh, Mazlan cepat2 membawa keluar. Mazlan amat terperanjat kerana bungkusan itu terlalu ringan...bila dicerapi ditempat terang didapati bungkusan itu kosong!

Pak Su masuk semula ke bilik berbicara dengan Puteri L, Puteri L memberitahu bahawa duit itu telah dicuri oleh jin lain kepunyaan seseorang yang daripada mula lagi mengikuti kegiatan mereka.

Puteri L mencadangkan supaya mereka melakukan di tempat lain. Setelah berbincang, Mazlan bersetuju supaya upacara dibuat di rumahnya.

Mazlan menyediakan satu bilik yang ditutup, dia membuat tirai-tirai seperti kelambu dan berzikir didalamnya.Hari berganti hari beliau berpuasa dan berzikir disebalik tirai2 berkenaan.

Isteri Mazlan amat2 tidak senang dengan kegiatan Mazlan. Dia mengerjakan solat hajat tanpa jemu memohon ALLAH memberi Mazlan petunjuk.

Oleh kerana sudah terlalu lama akhirnya Mazlan give-up dan menghentikan kegiatannya. Dia bersama jirannya berpakat mencari barang2 terpakai untuk menambah pendapatan. Satu hari Mazlan terpijak paku karat, yang akhirnya menyebabkan kakinya membengkak dan dirawat di Raoha.

Semasa merawat Dr. Shouib meminta Mazlan membuang semua peralatan pemujaannya dirumah. Mazlan bersetuju dan mengarahkan anak sulongnya menyerahkan kepada rakannya yang bersama dengannya membuat pemujaan. Isteri Mazlan memberitahu, apabila dibuang sahaja, rumahnya terasa lapang dan berseri. Isteri Mazlan juga melihat sepasang mata mengikuti pergerakannya bila balik dari pusat rawatan.

Kini Mazlan insaf dan bertaubat kepada ALLAH. Baginya kesakitan yang dialaminya sekarang adalah kaffarah dari keterlanjuranya.

Sunday, September 23, 2007

Siri Rawatan Ramadhan (2)



Kes 1:

Dihospital Selayang, S yang kena santau sepertimana yang saya nukilkan pada "berhati2 makan di tempat awam" . Di sini saya berdialog dengan jin bernama "Hamzah" yang berjanji untuk memujuk rakan2nya untuk tidak lagi mengganggu S. Selepas kunjungan dan Rawatan berkenaan Puan A memaklomkan yang S tenat semula. Semasa merawat seorang pesakit lain, Puan K (sila lihat kes 3), saya panggil Khalid dan tanya apa yang berlaku. Khalid beritahu saya melalui Puan K, Hamzah penipu...lantas mereka bunuh. Lanjutan itu saya minta Khalid bersama tentera jin Islam yang lain serang jin2 yang mengganggu S. Malam itu juga Khalid, panglima Soh dan tentera Islam bertindak...

Dua hari kemudian puan A telefon mengatakan S tenat dan dipindahkan ke wad lain (pesakit hati). Ibu S minta saya datang. Saya tanya bagaimana dua malam yang lalu, ibu S mengatakan dia dah sihat, tetapi paginya dia diserang semula.

Saya minta izin untuk membaca Yasin dan saya maklomkan kesan bacaan berkenaan. Ibu S mengizinkan dan apabila dibacakan saya dapati mesin2 berbunyi rancak memaksa saya menguatkan bacaan. Di luar bila saya tanya puan A, saya diberitahu itu bermakna S bernafas sendiri tanpa perlu menggunakan bantuan mesin.

Pagi ini (23hb. Sept 2007) saya terima sms dari puan A mengatakan S telah kembali kerahamatuLLAH pada jam 11.oo malam tadi. Semoga ALLAH menerima S sebagai hambaNYA yang solehah.

Kepada tukang2 sihir yang membaca blog saya insaflah...dosa anda terlalu besar, yakinlah adanya syurga dan neraka.

Bagi diri saya, saya pasrah kepada qadho ALLAH yang menghidup dan mematikan, tiada daya upaya kecuali dengan izinNYA.

Kes 2:

Melibatkan seorang professional Puan Z. Telah dirawat secara ketuk beberapa kali hingga menjadi tajuk forum "Rawatan Ketuk" dalam www.rawatansihir.com. Puan Z juga banyak merawat dirinya sendiri melalui nasihat2 perawat dalam web berkenaan. Dia selalu bermimpi perkara yang menakutkan, sakit badan dan yang paling beliau tidak selesa ialah sentiasa melihat wajah seorang lelaki ketika dalam keadaan jaga, bahkan beliau tak dapat bersama suaminya kerana wajah suaminya juga adalah wajah orang berkenaan!


Bila saya ruqyah puan Z menangis (ini tanda terkena sihir), akhirnya saya berdialog dengan jin berkenaan. Jin itu mengatakan dia jin Islam dan memang berhasrat sangat untuk keluar, tetapi ada halangan. Saya beritahunya jika awak ikhlas ALLAH akan permudahkan untuk keluar. Saya minta jin2 berkenaan keluar melalui tangan dan kaki puan Z. saya juga beri amaran mana2 yang tidak keluar akan ALLAH izinkan saya menyembelihnya.

Maka berduyun-duyunlah jin2 yang keluar, sehingga getaran kaki dan tangan puan Z mengambil masa lebih 10 minit kemudian reda. Puan Z masih merasakan ada jin dalam badannya...kerana amaran telah saya beri jin2 ini disembelih, puan Z pun sedar dan mengatakan pandangannya makin cerah.

Tak lama kemudian puan Z nampak pemuda berkenaan di depannya dengan mata merah (marahlah tu). Saya ajar puan Z untuk belasah pemuda berkenaan dan tutup pandangannya dari melihatnya. Setelah puan Z melakukannya, dengan izin ALLAH pemuda itu berpusing ke belakang dan akhirnya tidak dapat dilihatnya lagi.

Dua hari kemudian puan Z datang lagi membawa anaknya berusia lingkungan satu tahun. Anaknya tidak dapat tidur untuk beberapa hari. Saya scan, ternyata ada gangguan. saya ruqyah dan minta anak ini dimandikan. AlhamduliLLAH anak puan Z sudah boleh tidur lena.

Saya mendoakan mudah2an penderitaan puan Z untuk sekian lama agar berakhir. "Mereka merancang dan ALLAH pun merancang, demi ALLAH, perancangan ALLAHlah yang terbaik"

Kes 3:

Puan K telah dirawat di merata tempat tetapi belum diizinkan oleh ALLAH untuk sembuh. Puan K datang bersama suaminya jam 9.30 malam ke rumah saya setelah membuat temujanji dengan isteri saya. Saya berada di surau mengerjakan solat terawih. jam 10.30 malam baru saya balik, itupun bila isteri saya datang ke surau mengatakan puan K dah lama sampai.

Setibanya ke rumah, saya mendengar batuk-batuk kecil puan K bertali arus. Saya meminta maaf kepada mereka berdua sebab tidak tahu mereka sudah tiba, walaupun surau tidak jauh dari rumah saya. Puan K memberitahu saya yang dia telah lama menderita, perutnya sentiasa bergerak2 macam tarian joget lambak. Saya sendiri dapat melihat gerakan itu. Dia juga memberitahu saya dia batuk tidak berhenti2 sejak beberapa hari yang lalu selepas dirawat oleh seorang bekas seniman.

Saya ruqyah, timbullah jin yang bernama Ishak, saya katakan kepada Ishak...saya nak bercakap dengan ketuanya. Kini muncul pula jin bernama Sulaiman (nama hebat2 belaka, ini kalau baca bab ruqyah Sulaiman mungkin dia senyum aje). Sulaiman beritahu saya mereka diarah untuk memusnahkan puan K tetapi masih belum berjaya! Sulaiman juga beritahu semua adik-beradik puan K kena serang...saya pujuk Sulaiman, dia akhirnya setuju dan mengarahkan semua jenteranya keluar.

Puan K bergoncang dengan kuat, kemudian reda. saya ruqyah pada tangan saya dan minta puan K lihat ke tangan. Dia nampak orang yang mengupah sihir berkenaan. Dia tidak cerita kepada saya tetapi dia kelihatan amat mengenalinya, pastinya ada kisah disebalik peristiwa ini yang tidak mahu diceritakannya.

Perut K masih menari-nari...saya ruqyah lagi, jin itu muncul dan berdialog dengan saya. Katanya dia seronok tinggal dalam perut K, kerana dah lama tinggal di situ. Katanya, dia tinggal dalam satu keluarga besar.

Saya menduga kes sebegini biasanya melibatkan saka. saya beritahu dia yang dia sekarang berada di pusat penyembelihan jin...jin ini terketar2 dan setelah dipujuk, mereka sekeluargapun beredar sambil menangis teresak2 (macam kes rumah kena roboh je!).

Saya terus meruqyah, saya katakan saya nak jumpa jin saka yang menghuni badan K. Jin ini muncul dan memperkenalkan dirinya sebagai panglima Soh. Saya beritahu dia empunya badan tidak mahu mewarisinya, dia kata yang diapun tahu...tetapi dia kata dia tak tahu nak buat apa. Saya ajak dia jadi panglima Islam yang memperjuangkan Islam dan membantu ummat Islam jin mahupun manusia yang terinaya. Dia kelihatan sombong, saya panggil Khalid. Khalid datang dengan tentera Islam memenuhi keliling rumah saya. panglima Soh menggeletar ketakutan. saya kata kalau awak berjuang bersama mereka, jika awak mati awak mati syahid. Diapun bersetuju. Saya ambil kesempatan menanyakan berkenaan S dan jin Hamzah yang ditangkap sebelum ini. Khalid kata, Hamzah penipu dan telah dibunuh. saya minta Khalid dan tentera Islam serang jin2 yang ganggu S malam ini juga. Panglima Soh cepat mahu ikut serta, iapun keluar dari badan puan K.

Puan K pun pulih, saya nasihatkan supaya berwaspada kerana biasanya tukang sihir tidak pernah serik dan amat marah jika ada yang menghalang kejahatannya. Sehingga tulisan ini, puan K atau suaminya tidak menghubungi saya. Thohur insyaALLAH.

Wednesday, September 19, 2007

Siri Rawatan Ramadhan

Bulan Ramadhan sebenarnya amat penting kepada perawat dan pesakit. Mu'allij2 tersohor amat memerhatikan keadaan penyakit di bulan ini. Kita akan mendapat banyak kesimpulan2 dalam bulan yang mulia ini.

Kesimpulan pertama adalah untuk mengetahui samada sakit anda berpunca dari kesan fizikal ataupun gangguan. Jika anda sakit memanjang selama ini, tiba2 sihat di bulan ini, ertinya anda sebenarnya diserang oleh makhluk halus...jin.

Kesimpulan kedua, jika anda dah disahkan oleh perawat rabbani bahawa anda diganggu oleh jin dan bila tiba bulan puasa...tiada gangguan lagi. Melaun yang mengganggu anda adalah jin kafir.Anda jangan terlalu gembira, perbaikilah benteng diri (tahseen) supaya bila habis ramadhan anda tidak diganggunya lagi. Jika anda leka, habis ramadhan anda akan sakit semula.

Kesimpulan ketiga, jika anda juga telah disahkan telah diganggu tetapi bila tiba ramadhan gangguan tetap ada, anda diganggu oleh jin Islam yang jahil...elok sangatlah jin ini didakwah agar kembali ke jalan ALLAH. Lakukanlan rawatan dibulan ini juga dan jangan bertangguh. Anda mungkin dapat dilepaskan dari gangguannya... saya dapati jin lebih mudah didakwah dan kurang PhDnya. Oleh itu perawat janganlah belasah jin/pesakit dengan rotan atau kayu koka/nona dsb di bulan ini kerana jin2 Islam mudah tersentuh...tapi kalau kena belasah, samalah macam kita ajak orang sokong Islam yang syumul tapi kita maki dia macam nak rak...mustahil dia nak beralih angin.

Kesimpulan ke4, Jika anda disahkan gangguan, bila ramadhan gangguan masih ada tetapi tahapnya lebih rendah. Ini bermaksud anda diganggu secara kombinasi jin Islam dan kafir. Bila ada kombinasi anda sebenarnya diserang oleh tukang sihir...beritahu perawat keadaan ini supaya perawat boleh mefokuskan ruqyahnya dengan ruqyah sihir sahaja. Anda selaku pesakit perlu membanyakan solat hajat mohon petunjuk untuk mengetahui orang yang menyihir anda, jenis sihir, bahan sihir dan rawatan yang perlu dilakukan.

Saya amat berpegang teguh pada hadis RasuluLLAH SAW yang antara lain bermaksud"Apabila bulan Ramadhan, syaitan (termasuk jin kafir) akan dirantai". Saya pernah berdialog dengan jin berhampiran rumah saya (melalui perantaraan manusia yang dirasuk) berkenaan bulan ramadhan. Dia jin kafir, dia beritahu saya dia tidak dirantai cuma tak boleh bergerak kemana-mana, dia juga melihat pada bulan ini begitu ramai makhluk berjubah putih dikeliling rumah saya, lebih dari bulan biasa. Apabila saya bacakan ayat berkenaan neraka jin ini kesakitan dan bila dibaca ayat tentang syurga ia tersenyum puas dan akhirnya berkata "Ustaz, saya nak masuk Islam, ajar saya syahadatain..."

InsyaALLAH saya akan catitkan siri rawatan saya dalam coretan mendatang. Selamat berpuasa!


Monday, September 17, 2007

20 tahun diganggu saka -BHarian


'Saya dan adik beradik selalu terlihat lembaga hitam yang besar seakan manusia setinggi kira-kira dua meter sehingga mencecah siling' "SAYA menerima qada dan qadar ini serta reda atas setiap ujian Allah SWT tetapi kadang-kadang saya terfikir mengapa seseorang itu sanggup "mengorbankan" keluarga sendiri demi mewarisi adat nenek moyang yang jelas bertentangan dengan Islam." Begitulah luahan seorang wanita selepas membaca rencana mengenai angkara Saka yang disiarkan dalam Dimensi, tiga minggu lalu. Wanita yang hanya mahu menggelar dirinya Alia, menghantar emel untuk berkongsi pengalamannya lebih 20 tahun dihantui Saka yang diwariskan datuk kepada ayahnya. Berikutan itu, Alia menetap di luar negara untuk mengelak pelbagai gangguan mistik dan menyeramkan angkara saka itu. Ikuti luahannya:

Datuk meninggal dunia ketika saya masih kecil, baru darjah dua. Sebelum meninggal, datuk sebelah ayah lumpuh selama setahun. Sejak kematian datuk, selalu ada kesan lebam di badan saya terutama paha ke bawah tetapi ibu anggap ia perkara biasa kerana kanak-kanak sering bermain, kerap jatuh dan terlanggar. Ketika saya di sekolah rendah, ayah bekerja di negeri lain menyebabkan kami tinggal berasingan. Ketika ketiadaan ayah, saya dan adik beradik lain selalu terlihat kelibat lembaga hitam yang amat besar dan berbentuk seakan manusia di rumah kami. Lembaga hitam itu setinggi kira-kira dua meter sehingga mencecah siling.

Saya selalu demam terkejut melihat lembaga berkenaan. Saya beritahu ibu tapi ibu kata itu hanyalah khayalan kanak-kanak. Disebabkan ayah bekerja di negeri lain, dua minggu sekali barulah dia pulang melihat kami. Dua atau tiga hari sebelum ayah pulang, saya dan ibu pasti terdengar suara ayah memanggil tetapi apabila berlari ke pintu dan membukanya, saya hanya terlihat kelibat lembaga hitam. Ibu selalu mengadu sakit pinggang dan bisa di kaki. Badannya terasa seperti dicucuk jarum halus apabila ayah pulang. Dalam rumah pula, selalu muncul serangga seperti belalang bersaiz empat hingga lapan sentimeter panjang, berwarna hijau keperang-perangan dan merah malah serangga itu berbunyi sungguh kuat dan berdesing.
.
.
Ketika kami berpindah tinggal bersama ayah apabila saya di sekolah menengah, keadaan menjadi bertambah teruk. Saya selalu lewat bangun ke sekolah kerana setiap malam, badan terasa dihimpit lembaga hitam yang besar. Apabila bangun tidur, lebam sebesar syiling 50 sen atau lebih besar kelihatan di kaki dengan kesan gigitan. Pinggang terasa seperti paku mencucuk. Sebelum datang haid, saya ada lebam di paha dan kitaran haid juga tidak normal malah kadang-kadang tiada langsung. Sebelum muncul lebam, serangga seperti belalang muncul dalam rumah bersama bau bangkai yang amat busuk selain bau darah hanyir. Perkara ini kerap berlaku pada malam Jumaat dan badan saya akan berasa panas. Saya sering mengadu kepada ayah sebaliknya dimarahi dan memberi pelbagai alasan.
.
.
Disebabkan terlalu kerap menghidap penyakit itu, saya, ibu dan adik-beradik lain mengambil ujian darah kerana khuatir menghidap leukimia. Ujian darah bagaimanapun mengesahkan kami sihat.
.
.
Disebabkan keadaan kami semakin mudarat dan pemeriksaan kesihatan moden gagal mengesan sebarang penyakit, kami cuba berubat tradisional dan ramai pengamal perubatan mengatakan kami terkena sihir. Ada antara mereka menyuruh kami mandi air garam, air daun, air tujuh masjid, tujuh kolah, tujuh perigi, air zamzam, meletak jala dalam rumah dan pelbagai kaedah lain tetapi lebam, bisa badan dan sakit pinggang tidak berkesudahan malah semakin teruk. Perangai ayah juga berubah sejak kami tinggal bersamanya. Setiap malam Jumaat, dia bergegas ke rumah nenek tapi sebelum itu akan mengamuk dan naik berang tanpa sebab hingga kami ketakutan.
.
.
Kami terus berubat tradisional dan daripada seorang pengamal perubatan, kami diberitahu masalah ibu dan saya berpunca daripada "belaan" keluarga suami. Dia menyatakan lebam itu akibat jin belaan memakan darah sebagai perjanjian menjaga harta benda dan anak cucu yang dibuat lama dulu oleh keturunan ayah. Beliau menyuruh ibu membawa ayah berjumpa dengannya jika hendak berubat. Pengamal perubatan menjelaskan sendiri kepada ayah tapi sebaik mendengar penjelasan itu, ayah benar-benar marah dan tidak percaya. Dia menuduh keluarga ibu terbabit.
.
.
Kali ketiga kami datang untuk berubat, pengamal perubatan itu tidak lagi mahu menerima kedatangan kami kerana keluarganya kacau bilau dan isteri pengamal perubatan itu dirasuk lembaga hitam dan berbulu. Yang peliknya, sesiapa saja termasuk pengamal perubatan yang hendak menolong saya dan ibu pasti dilanda musibah pelik-pelik.
.
.
Sejak itu, saya dan ibu sakit bertambah teruk - selalu demam, tidur malam terasa dihimpit dan bermimpi dirogol lembaga hitam besar.
.
.
Sehinggalah kami bertemu seorang ustaz untuk berubat. Selepas diperiksa, ustaz itu mula menerangkan dengan terperinci perkara sebenar: "Keturunan sebelah ayah dulu ada membuat perjanjian dengan makhluk itu melalui perantaraan seseorang yang dianggapnya sebagai "wali" ketika menuntut. Wali itu menghadiahkan "khadam" untuk menolong menjaga harta benda dan keturunan anak cucunya, membuka kebun selain menjadikan orang lain melihatnya gagah, kuat dan berasa gerun". Selepas datuk meninggal, makhluk itu terbiar lama, tidak diberi layanan dan ganjaran seperti janji tuannya dulu menyebabkan ia mengamuk dan mahukan layanan. Sebelum kehadiran makhluk jin besar keturunan Ifrit jantan atau digelar hantu raya dalam budaya Melayu itu, akan ada bau busuk dan serangga seperti belalang atau serangga lain. "Makhluk itu berbulu seperti mawas, amat ganas dan memakan darah dan air mani manusia untuk hidup, akan menggigit dan meninggalkan tanda kepada semua keturunan keluarga ayah," katanya.
.
.
Ustaz itu juga menerangkan, makhluk itu kadang-kadang menyerupai ayah dan sering merogol ibu dan saya ketika tidur. Apabila kami tidur, kadangkala bermimpi melahirkan anak kecil. Makhluk itu juga berupaya mengacau-bilau dan memecah belahkan keluarga jika tuntutannya tidak dipenuhi. Ustaz itu menambah, jika tidak berhati-hati, kemungkinan ada kematian kerana makhluk itu mahukan makanannya (darah) yang banyak. Saya tidak tahu betul atau tidak, tetapi ramai keluarga di sebelah ayah yang mati pada usia muda. Wallahualam.
.
.
Kami berubat tapi masalah lebam masih berterusan dan mimpi dirogol masih berterusan. Saya juga kerap bermimpi anak kecil selain bermimpi melahir dan menyusukan bayi. Pernah sekali antara sedar dan tidak, saya melihat lembaga hitam menyerupai ayah mengaku yang "ia" sudah mati dan hendak memeluk saya. Apabila saya sedar, saya menjerit dan lembaga itu hilang. Dua tiga hari selepas insiden itu, bau hanyir darah memenuhi bilik. Semua cadar dicuci tetapi bau masih ada. Insiden pelik lain ialah bunyi sesuatu menghempap bumbung dan mencakar siling terutama pada tengah hari dan malam.
.
.
Kelakuan ayah juga pelik apabila membiarkan sekeping bumbung (atap) rumah terbuka pada setiap bilik, meletakkan parang atau sebilah pisau kecil di bawah permaidani, katil atau kerusi dan makan dalam kuantiti yang banyak malah berpinggan-pinggan. Ayah juga ada menyimpan keris kecil yang katanya, pusaka yang harus dijaga rapi selain sehelai kain putih berbentuk gelang yang dililit. Setiap malam Jumaat atau malam Rabu, ayah memakai wangian yang baunya sungguh kuat dan membuka semua tingkap dengan luas. Ayah juga tidak mahu tidur dengan ibu dan mengunci diri dalam bilik keseorangan. Pernah saya mengintai dan melihat dia bercakap seorang diri dan ketika itu di luar rumah ada bunyi serangga seperti belalang yang berdesing kuat.
.
.
Ustaz yang kami temui juga pernah berkata, datuk saya itu tidak boleh meninggal dunia selagi "amalannya" diturunkan kepada waris keturunannya menyebabkan ustaz itu menasihatkan saya dan ibu memutuskan hubungan dengan ayah dan duduk sejauh mungkin bagi mengelakkan gangguan berterusan. Alhamdulillah, kami mengikuti nasihat itu. Kini saya menetap di luar negara dan dalam proses membawa ibu tinggal bersama-sama. Masalah lebam masih ada tetapi sudah tidak seteruk dulu. Buat masa ini, saya mengamalkan bacaan beberapa ayat suci al-Quran dan bersolat lebih tekun untuk mengelak diganggu. Bisa di badan dan mimpi dirogol atau dihempap makhluk hitam, Alhamdulillah sudah tiada.
.
.
Memang sukar untuk masyarakat mempercayai perkara ini, tetapi pada hakikatnya inilah masalah yang melanda masyarakat Melayu hingga kini. Mungkin ada sesetengah pihak menganggap perkara ini remeh tetapi amalan saka jika tidak dibendung membawa mudarat - perpecahan rumah tangga, perceraian suami isteri, syak wasangka, pergaduhan antara saudara dan masyarakat, sakit misteri berlanjutan dari segi fizikal dan mental serta hidup tidak lagi tenang. Saya berharap jika ada sesiapa yang menghadapi masalah saka, berubatlah dan buanglah perkara jahil ini. Bertaubat serta kembalilah ke jalan Islam yang sebenar dan percayalah kepada kekuasaan Allah dan amalan Nabi dan Rasul.

Sunday, September 16, 2007

Anak Emak



Farhan dibawa kali pertamanyabertemu saya oleh ibunya Pn. Aminah bersama jirannya Pn.Joyah yang pernah datang ke dsyifa nur ehsan. Pn. Aminah memberitahu saya Farhan sekarang sedang menuntut di Matrikulasi dan akan menduduki peperikasaan semester pertama pada bulan Oktober ini. Pelajar cemerlang lepasan sekolah ternama SDAR dan bercita-cita menjadi seorang doktor.

Farhan tidak bercakap membisu seribu bahasa dan pada wajahnya terpancar masalah yang sedang dihadapinya.

Pn. Aminah memberitahu saya, Farhan dalam keadaan keliru, selalu berasa bersalah dan sudah beberapa malam tak dapat tidur. Farhan akan diapit oleh ibu dan bapanya diwaktu malam untuk menenangkannya yang akan berpusing kekiri dan kanan sepanjang malam.Oleh kerana itu pn. Aminah telah berjumpa doktor pakar HKL dan doktor mengatakan Farhan mempunyai masalah rembesan cecair kimia pada otaknya.

Saya tanya farhan apakah beliau mendengar bisikan? Katanya dia tak boleh berfikir secara fokus kerana ada sahaja yang melintas fikirannya dengan kata-kata seperti dia dah jauh tersesat dalam agamanya, tak guna sembahyang ALLAH tak terima, awak dah banyak dosa, dsb.

Saya ruqyah, Farhan ketawa agak sederhana. Saya tanya dia siapa, jin itu berkata dia masuk ke badan Farhan semasa Farhan masih kecil lagi semasa Farhan berseorangan berhampiran rumahnya. Dia sebaya dengan Farhan. Dialah yang mengelirukan Farhan...Jin ini saya pujuk, Islamkan dan keluarkan dengan izin ALLAH. Setelah dia keluar Farhan sedar tetapi dia dapat merasakan masih ada lagi jin di tubuhnya. Saya ruqyah dan memang benar masih ada jin dibadannya.

Jin ini beritahu saya dia masuk semasa Farhan bersendirian di kawasan pokok getah berhadapan sekolahnya SDAR. Dia juga mengelirukan pegangan Farhan. Saya pujuk, dakwah, akhirnya setuju masuk Islam dan keluar dari tubuh Farhan.

Bila jin ini keluar, muncul pula jin yang ketiga. Yang ini masuk semasa farhan di perhentian bas dan kena pau oleh seorang pemuda. Ternyata di saat perasaan cemas dia mengambil kesempatan masuk ke dalam Farhan dan melemahkan semangatnya. Ini juga akhirnya masuk Islam dan keluar dari Farhan.

Farhan masih menunjukan gangguan. Kali ini jin ini memberitahu dia masuk sewaktu Farhan sekolah rendah. Farhan ketika itu memancing ikan puyu di parit depan rumahnya dan telah masuk waktu maghrib. Farhan mendapat banyak ikan dan merasa takut apabila beberapa ikan melompat dari bekas terus kembali ke dalam parit. Dia juga claim mengganggu fikiran Farhan.
Dia mengikut jin-jin lain keluar dari Farhan.

Rawatan diteruskan, jin seterusnya mengaku masuk semasa Farhan bermain berseorangan dibawah pokok rambutan dekat rumah neneknya. Dia juga claim mencelarukan fikiran Farhan.
Selepas jin ini keluar, saya keluarkan jin-jin yang lain secara serentak dengan menggerakan kain serban pada seluroh tubuh Farhan sambil berzikir.

Farhan masih merasakan ada gangguan, tetapi saya merasakan cukup untuk sesi ini dan minta dia mandi dengan kaedah ruqyah yang ajarkan.

Setiba dirumah, Farhan gelisah tak dapat tidur. Ayahnya membacakan Al-manzil dan badan Farhan bergelombang kencang. Pn. Aminah menelefon saya jam 1.00 pagi dan saya suruh mandikan semula dan baca ayat kunci mulut supaya dia tidak menjerit-jerit lagi. Pn. Aminah beritahu jiran-jiran datang membantu dan kini Farhan tenang semula dan dapat melelapkan mata. Mereka berhasrat berjumpa dengan saya semula besok.

Sesi rawatan kedua Farhan kata dia dapat rasakan ada jin dalam badannya, tetapi jin ini tak mahu berkomunikasi dengan saya dan menyorok dalam tubuhnya. Kali ini saya suruh farhan zikir banyak2 dalam hati supaya jin ini terbakar. Tanpa saya ruqyah jin ini muncul dan Farhan yang pendiam berteriak, tumbang ke lantai dan marah2 dengan saya. Saya berpendapat inilah "hero jahat" sebenar yang saya tunggu2. Saya suruh dia keluar dan berjanji jangan ganggu Farhan lagi. Jin ini degil walaupun saya pujuk berkali2. Oleh kerana kedegilannya dan kejahatannya ALLAH izinkan saya menyembelihnya.

Selepas jin ini disembelih, Farhan melihat ayah dan ibunya, "ustaz, saya rasa saya dah putus hubungan dengan emak dan ayah saya!". Saya motivasikan dia. Saya cadangkan ayahnya merekodkan beberapa surah pilihan. Ayahnya terus ke pasar raya, datang semula ke dsyifa dan saya downloadkan surah berkenaan.

Sehingga hari ini Farhan sudah tenang. Mudah2an ALLAH melindunginya. Ayahnya meminta saya mengambilnya sebagai anak angkat. saya terima dan mendoakan anak ini menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan di akhirat.

Pengajaran:

-jika anak anda seorang yang pendiam dan suka menyendiri, bantulah pembesaran anak ini.
-jangan benarkan anak-anak berada di luar rumah di waktu menjelang maghrib. Jin terlalu banyak ketika ini. Malam bagi kita adalah siang bagi jin

Saturday, September 15, 2007

Berhati-hati Makan Di tempat Awam


Kelmarin saya bersama isteri dan puan N memenuhi jemputan seorang pelawat forum http://www.rawatansihir.com/ , puan A untuk merawat anak saudaranya S di HDW hospital Selayang.Hanya seorang pelawat yang dibenarkan bersama pesakit pada satu masa walaupun dalam tempoh masa lawatan.
.
.
Mula2 saya yang menziarahi S, S dikatakan telah sakit 3 bulan dan telah terlalu banyak muntah darah dan doktor sudah menasihatkan sanak-saudara S supaya menziarahinya buat kali terakhir.
.
.
Saya scan dan ternyata aliran current yang kuat dari kepala sehingga kaki. Saya panggil puan A supaya dapat saya maklomkan dan juga melihat betapa strict rule yang ditetapkan oleh pihak hospital. Doktor Hospital dan nurse tidak menghalang puan A dan kerja2 yang saya lakukan. Mungkin dia melihat kaedah saya dan memberi peluang supaya rawatan alternatif dilakukan.
Semasa scanning S tidak sedar dan tiada respons langsung, walaupun dipanggil oleh puan A. Saya azan dan S mula bergerak dan akhirnya mengalihkan tangan kanannya. Saya teruskan azan sebanyak 7kali then scan semula, current sudah berkurangan. Saya rugyah dan scan semula, alhamduliLLAH current sudah tak ada langsung.
.
.
Saya beritahu puan A, insyaALLAH dan masih ada harapan. Sayapun bertemu dengan mak S di ruang tamu.
.
.
Kemudian isteri saya dan puan N menziarahi S.
.
.
Apabila mereka kembali ke ruang tamu saya dapati puan N kurang selesa dan tangannya terketar2. Saya ajak mereka ke surau untuk dikenalpasti gangguan.
.
.
Apabila diruqyah, rupanya seekor dari jin yang mengganggu S telah menyerangnya. Saya tanya apa agama dia, kenapa ganggu S dan berapa ramai yang mengganggu S.
.
.
Jin ini beritahu nama dia Hamzah beragama Islam (ini meyakinkan saya bahwa hanya jin Islam yang mengganggu dibulan Ramadhan). Dia kata ada 18 ekor semuanya dan sebenarnya S tersalah makan. Makanan yang S makan sepatutnya ditujukan kepada tuan punya kedai makan tetapi telah diambil oleh S. Dengan katalain S bukan orang yang hendak disantau! Hamzah beritahu dia sudah 3 bulan mengganggu S.
.
.
Saya pujuk Hamzah supaya berhenti dari kerja ini sempena bulan puasa yang mulia ini. Lagipun saya kata awak dah tersilap mangsa dan perbuatannya berdosa. Hamzah berjanji untuk memujuk kawan2 yang lain. saya pun lepaskan Hamzah dan puan N sedar semula.
.
.
Emak S pergi mendapatkan S. SubhanALLAH emak S terperanjat dan kagum melihat S sudah membuka matanya dan sedar. Kami pun solat asar dan ahli keluarga mulai datang menziarahi S.
Selepas solat saya ziarahi semula S. Ternyata S terkebil2 seperti orang yang tidak tahu apa yang berlaku. Saya terangkan dan S mengangguk2 faham. Saya nasihatkan dia agar lebih berhati2 bila makan di tempat awam.
.
.
Pengajaran:
.
- Jangan lupa baca bismiLLAH sebelum makan
- Kalau nak elak santau baca "bismiLLAHillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama'ie wa huas sami'un 'alim"


Thursday, September 13, 2007

Jin Kafir Terikat Di Bulan Puasa

Saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam (manusia dan jin), terutamanya pengunjung blog saya. Beberapa hari yang lalu blog saya tidak boleh dilayari, blogspot menyatakan ada potensi "spam' berlaku. Now, ok semula.

Ramai yang telefon samada dsyifa nur ehsan beroperasi atau tidak dalam bulan Ramadhan ini. Untuk makluman, dsyifa akan beroperasi seperti biasa dalam bulan ini.

Saya ada membaca ttg perlunya rawatan yang dibuat pada bulan ramadhan. Ini amatlah digalakan kerana pada bulan ini, jika anda masih diganggu, yang mengganggu adalah jin Islam. Jika anda ok pada bulan ini, that mean anda diganggu oleh jin kafir. Jin kafir terikat pada bulan ramadhan. Jadi, kalau masih diganggu... eloklah datang berubat.

sila buat temu janji terlebih dahulu dengan menelefon 017-3646461

Rambut Sama Hitam


Kes ini melibatkan seorang pengurus bank bernama En. Bakar. Beliau sakit selama 2 tahun iaitu sakit kepala, angin dalam perut dan adakala terasa benda mencucuk-cucuk di dalam perut. Pernah dimasukkan ke hospital Tawwakal, dilakukan ujian MRI, CT scan dll hingga kos rawatan menjangkau RM7,000.00 tetapi semuanya normal.

En. Bakar datang berjumpa saya bukanlah kerana merasakan ada gangguan makhluk halus, tetapi sekadar minta dirawat sebagai alternatif rawatan hospital. Itupun atas cadangan adiknya yang berjiran dengan saya.

Bila saya bacakan ruqyah, En. Bakar kelihatan gelisah. matanya terkelip-kelip dengan cepat menunjukan ada gangguan. Saya cuba bercakap dengannya tetapi ternyata makhluk ini seolah-olah diarah utk membisu seribu bahasa. Ikatan menggunakan ayat pada kaki dan tangan dapat dilepaskannya. Ini menggambarkan tahap keganasannya. En. Bakar berguling-guling cuba melarikan diri dari saya.

Oleh kerana maghrib dah masuk, En. Bakar masih tidak dapat dipulihkan lagi saya ambil keputusan untuk menyembelih jin berkenaan (dengan izin ALLAH). Apabila disembelih kedengaranlah bunyi seperti lembu kurban yang menggelupur dan akhirnya En. Bakar pun sedar. Kami solat berjemaah di surau berhampiran rumah saya. Dalam perjalanan balik dari surau En. Bakar dapat merasakan kehadiran makhluk halus sedang mengancamnya...saya (dengan izin ALLAH) bakar makhluk berkenaan.

Sekarang tahulah En. Bakar masalah yang amat dia tidak menjangka. Di rumah dia pening semula, perutnya sakit dan terasa angin yang menyesakkan. Dia minum air yang saya bacakan. AlhamduliLLAH dia terus lega....ini lebih meyakinkan En. Bakar penyakitnya yang sebenar dan tahu bahawa ada yang masih belum selesai.

Dia datang berjumpa saya sekali lagi. Kali ini isterinya ikut serta. Dalam rawatan kedua ini saya kuatkan ruqyah ikatan pada tangan dan kaki En. Bakar. Saya juga ikat (dengan ayat) seluruh tubuh, tanam ayat pada kepala, bahu dan kaki En. Bakar. Ini saya lakukan kerana tubuh En. Bakar yang besar dan saya satu-satunya lelaki yang ada. Kalau En. Bakar mengamuk susahlah saya nanti.

Bila diruqyah, makhluk berkenaan menampilkan dirinya dan mengatakan dialah ketua jin-jin dalam badan Bakar. Saya cabar dia kalau dia benar-benar gagah dan hebat angkat tangannya. Jin ini berusaha keras untuk mengangkat tangan Bakar tetapi ternyata tidak berdaya. Saya tanya dia siapa yang suruh dia ganggu Bakar, dia kata dia diupah oleh adik iparnya. Saya kata kalau dia berkata benar, ALLAH izinkan dia mengangkat tangan kirinya untuk seketika. Saya arahkan dia mengangkat tangan kirinya ternyata dia boleh mengangkat tinggi dan kemudian jatuh. Kemudian saya suruh angkat sekali lagi...ternyata dia terikat semula.

Saya mengajak jin ini masuk Islam, buang rasa ego dan berkhidmat untuk membantu jin-jin Islam lain yang tertindas. Selepas merasakan kebesaran ALLAH diapun masuk Islam dan saya namakannya A...AlMubarak sempenan ketibaan Ramadhan Al-Mubarak. Jin ini menangis teresak2. Saya suruh dia arahkan semua jin-jin dalam badan bakar keluar. Al-Mubarak pun mengarahkan dan dia yang terakhir keluar.

Pengajaran:

Tidak semua yang kita sangka baik kepada kita adalah sebenarnya baik. Orang yang kadangkala kelihatan rapat, bersimpati adakalanya dialah yang menjadi musuh kita. Begitu juga adik-beradik mungkin ada yang marah, benci, dendam dsb atas sebab-sebab yang kita tidak ketahui. Bak kata anak saya "kalau marahpun pergilah jumpa, bertumbuk...tak payahlah main sihir-sihir!". Oleh itu berwaspadalah.

Thursday, September 6, 2007

Tanda-tanda Saka

Cikgu Lina mengajar subjek sains di sebuah sekolah Islam swasta. Beliau juga adalah setiausaha kepada pertubuhan NGO wanita Islam.

Masalah yang cikgu Lina hadapi ialah beliau tidak boleh fokus, terasa banyak perkara yang perlu diurus pada satu masa. Dia juga seorang yang pelupa dan selalu mengantuk. Tidak setakad itu cikgu juga belum dikurniakan anak walaupun telah lama berumahtangga dengan En. Amran.

Sebelum berkahwin cikgu Lina pernah dirawat di dsyifa bangi kerana masalah kesihatan seperti di atas. Beliau telah dikategorikan sebagai terkena santau.

Apabila cikgu Lina dirawat di dsyifa nur ehsan rawatan yang sama diulang dan ternyata cikgu Lina akan muntah apabila belakangnya ditepuk. Setelah berkali-kali dirawat fenomena yang sama berlaku dan cikgu akan lega sementara kemudian masalah yang sama berulang semula. Pengerusi persatuan amat gusar kerana banyak kerja-kerja kesetiausahaan tidak dilakukan oleh cikgu lina dengan baik... boleh dikategorikan hampir gagal.

Saya tukar kaedah rawatan, saya tidak lagi tepok belakangnya tetapi mengenakan jari telunjuk saya ke tapak kaki cikgu Lina, pada mulanya sukar dikenalpasti apakah cikgu dalam keadaan sedar atau telah dirasuk. saya ajak berdialog dan akhirnya saya dengan izin ALLAH berjaya berdialog dengan jin berkenaan. Bukan satu jin tetapi terlalu banyak jin-jin yang bersarang di badan cikgu Lina.

Yang menariknya semua jin adalah jin perempuan. Tua-tua belaka sehingga tak ingat umur, dari mana, apa sebab berada dalam badan...lupa! almaklomlah dah tua.

Bagi yang ingat-ingat lupa, mengatakan mereka masuk ke badan cikgu semasa cikgu di sekolah menengah lagi....at this point saya fikir cikgu disihir.

Jin-jin ini berada di semua bahagian tubuh cikgu dari kepala hingga ke kaki. Apabila ditepok ada jin yang terbatuk lalu dimanifestasi dengan muntah. saya ajak mereka keluar beramai2 then saya Islamkan secara serentak. Tapi tak semua keluar dan cikgu kelihatan teramat letih tetapi ringan badan. Rawatan saya tangguh ke minggu depan.

Rawatan seterusnya pun begitu, puluhan jin dikeluarkan...seolah-olah never ending story. Saya hentikan kerana jin yang nak keluar kata dia dah tak larat nak keluar, saya minta dia berehat , doakan agar dia sihat dan beri tanda kepada cikgu bila dia dah bersedia. Jin ini berjanji.

Seminggu kemudian cikgu Lina datang bersama suaminya. Dia kata kakinya bergerak-gerak. Ini sebagai respon yang jin ini telah bersedia untuk keluar. Saya berkomunikasi dengan jin dan dia berhasrat sangat nak keluar. saya Islamkan kemudian minta dia keluar melalui jari tangan dan kaki. Ternyata jin tersangkut... saya bantu dengan izin ALLAH mengeluarkannya. Dia pun alhamduliLLAH keluar.

Saya jangka proses dah selesai, tetapi setelah diuji rupanya ada lagi jin dalam tubuh cikgu di bahagian belakang. saya berdialog dengannya. Dia kata dia baru masuk 6 bulan dan berasal dari kelas cikgu Lina mengajar. Saya suruh dia keluar.

Disini saya simpulkan bahawa cikgu Lina ada saka. Jin saka cikgu mestilah dibereskan sebelum yang lain. Saya scan dan akhirnya berdialog dengan jin saka ini.

Jin saka cikgu Lina adalah jin perempuan berusia 1,000 tahun lebih. Dia bongkok dan tak dapat mengangkat kepalanya. Saya rawat dan akhirnya dia dapat mengangkat kepalanya. Jin ini berasal dari nenek cikgu Lina. nenek ini meninggal seusia 108 tahun!

Setelah dipujuk dan diterangkan bahawa kehadirannya tidak membantu cikgu dan usianya yang dah lanjut sepatut digunakan beribadah kepada ALLAH, jin ini setuju keluar. Ia keluar dengan penuh kepayahan. Selepas itu rawatan dapat dijalankan dengan lebih mudah.

Kenapa banyak jin pada badan cikgu Lina? Ini kerana jin saka menjemput jin-jin ini bersamanya. Kerana itu juga jin-jin ini perempuan dan tua-tua belaka.

Pengajaran:

1. Selidik keluarga anda, adakah diantara mereka yang berusia lanjut? Jika ada bagaimana semasa nak meninggal, susah atau senang? jika susah... anda perlu berhati2

2.Adakah anda ada keistimewaan seperti dapat melihat apa yang orang awam tak nampak, boleh mengurut tanpa belajar, boleh merawat tanpa pernah attend kelas rawatan? Jika ya, anda hampir pasti berpu"saka"

3. Adakah anda lambat/sukar mendapat jodoh, susah mendapat anak? jika ya...berhati2

4. Adakah anda merasai ada "benda" yang memerhatikan anda, mendengar bunyi tapi tak nampak orangnya? Kalau ya anda hampir sahih mewarisi...

Jika kesemua jawapan anda adalah Ya, yes, na'am.... tidak syak lagi kebarangkalian adalah tinggi. Pergilah berjumpa perawat Islam, jangan berlengah... tapi awas jangan jumpa tok bomoh yang sesat lagi menyesatkan.

Monday, September 3, 2007

Kanak-kanak pun disihir!

Mustafa telah berusia lebih 4 tahun. Dia tidak boleh bercakap, masih memakai pampers tetapi tiada tanda yang menunjukan dia down syndrom.

Pada peringkat awal saya menjangka dia autism atau bisu, tetapi akhirnya saya katakan dia underdevelope or not develope at all! Mustafa telah dibawa ke hospital, semuanya normal.

Setelah menjalani ruqyah yang panjang...akhirnya dikenalpasti ia disihir. Sihir pada kanak-kanak sukar dikesan kerana kanak-kanak tidak boleh duduk diam bila dibacakan ruqyah. Gangguan hanya dapat dikenalpasti bila ruqyah dibaca semasa tidur, badan mustafa akan bergerak-gerak bila diruqyah.

Dengan bantuan seorang wanita, jin-jin ini dipindahkan kepadanya... berlakulah dialog dengan jin-jin berkenaan.

Jin pertama berbentuk tangan, sentiasa mengekori dan menolak Mustafa. sebab itulah Mustafa selalu jatuh. Dia menyerupakan suara orang yang mengupahnya... seorang pengamal dan pengasas perubatan alternatif dari Melaka. Jin ini kata dia marah kepada bapa Mustafa kerana bapa Mustafa, Dr(H) Muslim tak joint dia selepas menamatkan kursus dengannya. Jin ini saya sembelih dengan izin ALLAH.

Jin yang kedua bisu...dia pun angguk bila ditanya hal-hal sepertimana jin yang pertama. Dia beritahu ada 6 lagi jin dalam badan Mustafa terutamanya di bahagian leher dan bawah lidah. Yang ini saya lepaskan.

Jin yang ketiga bila ditangkap berbentuk seperti itik. Tak pandai bercakap dan tak mahu bercakap. Khalid ibnu Walid (jin) mencadangkan saya sembelih. Sayapun sembelih dengan izin ALLAH.

Jin yang ke empat bernama Roslan. Dia suka tengok tv astro ceria. Sebab itulah Mustafa amat-amat meminati astro ceria. Dia kata tuan dia dipanggil cikgu... orangnya tinggi dan banyak perempuan dirumahnya. Belakang rumah cikgu ada pusat perubatan...kereta cikgu warna grey.
Roslan kata sekarangni tak seronok tinggal dalam badan Mustafa, sebab Dr. Muslim dah tak beri tengok tv dan pasang cd al-quran day and night. Roslan baru masuk 6 bulan, dia kata ada 8 ekor lagi dalam badan Mustafa, cikgu baru hantar jin baru. Roslan saya hantar ke pondok.

Jin yang kelima bernama Rosli, kembar kepada Roslan. Saya panggil Roslan dan dia ajak Rosli tengok tv di kanten pondok jin. Rosli suka dan berjanji kepada saya akan cuba mengajak kawan2 dia yang lain ikut dia. Rosli kata cikgu dan seorang gemok-pendik yang menjadi tuan mereka sekarang ini ada pusat perubatan electrolisis dan jual air. Mereka banyak bini...

Rawatan masih diteruskan...

Sepetang bersama TG Harun Din

Pada 2hb. September 2007 Dsyifa Rawang Perdana amat bertuah atas kedatangan Pengasas Darussyifa TG Harun Din. Berikut disertakan gambar-gambar petang yang amat bermakna bagi kami:




(Perawat2 selesai berbincang tentang tugasan masing2)




(orang ramai yang datang sabar menunggu giliran)




(TG sedang mendoakan air orang ramai dgn diaminkan oleh perawat2)





(TG sedang merawat patient, tohour insyaALLAH)



Terima Kasih TG dan AJK Dsyifa Pusat.


Sunday, September 2, 2007

Sebaik-baik jin sejahat-jahat manusia

Saya amat terperanjat apabila seorang senior perawat (bukan dari dsyifa) berkata "sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia". Terperanjat kerana kenyataan ini dari seorang perawat yang saya kagumi kebolehannya.

Menjadi salah satu syarat perawat khususnya dalam kes jin mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Ini samalah dalam peperangan, seorang panglima tentera yang bijak mesti mengetahui siapa lawannya. Hanya panglima yang bodoh (maaf) berperang tanpa strategi.

Benarkah sebaik-baik jin sejahat manusia?

Bagaimana dengan peristiwa turunnya surah Ar-Rahman yang sebenarnya adalah surah yang dibaca oleh Nabi SAW semasa dakwah baginda dikalangan jin? Di sana dicatatkan beberapa jin yang menjadi penganut Islam dan akhirnya boleh diiktiraf sebagai ulamak ataupun para sahabat. Adakah jin-jin ini sejahat-jahat manusia setaraf abu jahal? na'uzubiLLahi min Zalik. kita mungkin telah menghina para sahabat!

Pengalaman saya dalam merawat, saya bertemu dengan ulamak/abid jin yang berusia 1,400 tahun. Jin-jin lain sentiasa berdamping dengannya untuk mendapat ilmu dan perlindungan dari syaitan. Badannya bercahaya yang boleh dilihat oleh jin lain walaupun dalam jarak yang jauh. Kini atuk ini tinggal bersama Khalid ibnu Walid (panglima jin mata 3) yang berjanji untuk sentiasa bersama ulamak ini.

Khalid sebelum ini adalah jin sihir, saya mengislamkannya dan kini menjadi ketua tentera jin Islam. Apabila seorang wanita diganggu oleh jin-jin sihir dari siam kumpulan tentera Islam ini berkumpul dan berkawal di Gunung Rapat untuk menghalang tentera jin Siam. Khalid datang kepada saya pada suatu malam (melalui badan manusia) dan dalam keadaan separuh nazak mengatakan "ustaz saya dan ramai tentera Islam cedera parah"! Saya sayu dengan Khalid dan rakan-rakannya, sanggup berjuang kerana seorang manusia. Tidak tergamak saya mengatakan dia adalah sejahat manusia.

Saya berjaya mengislamkan ratusan jin tetapi belum seorang manusia pun.

Jin ada pondok pengajian agama, ada universiti dsb. Allah tidak mengizinkan kita melihatnya kerana sebab-sebab tertentu yang ALLAH lebih mengetahui. Manusia dan jin sahaja yang mukallaf... yang ada dosa dan pahala. Kalau sebaik-baik jin sejahat-jahat manusia tiadalah jin yang akan masuk syurga.

Saya mengalu-alukan pandangan perawat2 dalam hal ini.

WaLLahu 'aklam

Saturday, September 1, 2007

Berhati2 dengan amalan salah

Malam tadi saya dijemput ke KL untuk memagar rumah seorang pesakit saya bernama Timah (bukan nama sebenar). Kami tiba agak lewat sedangkan masa yang paling afdhal adalah apabila masuk waktu solat maghrib.

Di rumah Timah saya dapati telah menunggu kakaknya sekeluarga... kami dimaklumkan ada rawatan yang perlu dilakukan... saya juga menjangka kedatangan mereka kerana di rumah Timah tidak ada orang lelaki, sedangkan untuk proses pemagaran perlu seorang yang azan berterusan sehinggalah lengkap pusingan pagar berkenaan.

Kakak Timah bernama Lijah. Kak Lijah ada 5 orang lelaki kesemuanya. 2 sedang menuntut di Mesir dan ketiga-tiga yang lain along, Nazri dan Saad ada di rumah Timah disamping suami Kak Lijah, tn. Hj. Harun.

Saya mulakan rawatan dengan Along, dia seorang pelupa, bulu keningnya sebelah menjadi putih tanpa sebab, telah habis belajar dan interview 17 kali tetapi masih belum berjaya. Dia ada gangguan. Dia menceritakan kepada saya bahawa dia bermimpi diijazahkan dalam tidurnya supaya membaca dan berwirid dengan sepotong ayat Al-Quran, kononnya matanya agak jelas memandang. Tanpa syak dia pun berwiridlah dengan ayat ini.

Kesannya dia kadangkala dapat melihat perkara yang tak sepatutnya dilihat oleh manusia biasa. Dia melihat "hantu", kepala hantu dan lain-lain pandangan yang tidak bermanafaat.

Saya jelaskan bahawa walaupun yang dibacakan adalah ayat Quran tidak semestinya memberi kebaikan jika disalah gunakan. Kita tak boleh menuntut atau diijazahkan secara mimpi. Ini pesanan TG Harun Din kepada kami pelajar Dsyifa.

Kesan sampingannya ialah Along selalu sakit, aura tak baik dan amat pelupa. Saya minta dia berhenti dan mengamalkan zikir yang boleh melemahkan gangguan jin berkenaan.

Kemudian saya merawat Nazri. Nazri pelajar sekolah agama tidak banyak masalah.

Seterusnya saya merawat Saad. Saad sakit sebelah tangan, tiada tumpuan dan sakit kepala dan sukar tidur. Apabila saya beri saja air yang telah diruqyah saya dapati dia mula menggigil. Saya meruqyah dan ternyata getarannya tidak dapat ditahan lagi. Saya pegang bahagian belakangnya dan azan di telinganya. Saya dapat merasakan sesuatu bergerak-gerak di bawah telapak tangan saya...akhirnya saya beri amaran dan minta "dia" keluar dari Saad.

Saad juga belajar di Sekolah agama di Pahang, sebelum itu di Beruas, Perak. Semasa di Beruas dia belajar tomoi oleh ustaznya. Ustaznya menyuruh membaca surah tertentu sebanyak mungkin supaya lawannya tidak dapat menyerangnya.

Inilah kesan salah guna ayat Al-Quran. saya jelaskan kepada dia tiada hadis berkenaan amalan berkenaan. Saya katakan apapun yang kita baca hendaklah diniatkan zikir dan bukan tujuan lain. Fadilat zikir yang dinyatakan dalam hadis adalah fadilat... bukan matlamat.

Mudah2an kisah ini menjadi teladan untuk semua. Wassalam

Blog/web Rawatan

My Favourite

Expose Mistik part-1

Expose Mistik Part 2

Expose Mistik Part 3

Teknik Tidurkan Jin

Senarai Perawat Luar Negeri

KLINIK RUQYAH DI LUAR NEGERI





  • Jordan
  • "Ayesh Quran: Cell: 00962795576723, ayeshquran@yahoo.com (Taibeh, Irbed, Jordan)
  • UK
    • Abu Junaid: 07834326225 (Birmingham and surrounding areas, UK)
    • Abdul Jabbaar: 07976918576 (Huddersfield and surrounding areas, UK)
    • Abu Abdullah As-Salafi: 07737557330 (Birmingham, UK)
    • Abu Abdullah: Ruqyashariyah@yahoo.co.uk, http://groups.yahoo.com/group/RuqyaShariyah/
    • Zaid : 07985667618 (Leicester, UK)
    • Sheikh Abu Hanifah (appears on the Islam Channel Q&A): 0208 471 5766 (London, UK)
    • Ibrahim At-turki: 07719380579 (Hertfordshire, North London)
  • USA
    • Abdulhakim Alhiyafi: (615) 668-2522 (Dallas, Tx 76107), the sheikh works in Sharia Academy and he travels to other states frequently.
    • Ahmad Al-Jabry: (313) 384-4509 (Dearborn, Mi 48126)
  • Germany
    • Abu Sufian: 01625365432 (Bonn)
  • Bosnia and Herzegovina
  • Morocco
  • Pakistan
    • Iqbal Salafi: TEL: 0092 51 5537998 (7AM-3PM PST), Mobile:0092 3335115646, Kashmiri Bazaar near masjid Darus Salaam, Ahl Hadith (RAWALPINDI-PAKISTAN)
  • Egypt
    • Waheed Abdul-Salam Balo: 0020105061850 (Egypt)
  • Yemen
    • Muhammad Al-Imam center (Ma'bar, Yemen)
    • Abdul-Qadir Al-Qudsy center (Al-Qadisiyah, San'a', Yemen)
  • Saudi Arabia
    • Abdul-Azeez Abu Djeen: phone: 4265211, cell: 055415020 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-Subai'y: 055216484 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez bin Jdeed: 055425132 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Abdullah: 054264125 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah As-Sadhan: 055261525 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Nasir Armeeh: phone: 055425132, cell: 055212184 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah Fahd Arsheedy: 0557556976 , 0557992665 (Al-Kharj, Saudi Arabia)
    • Khalid Al-habashy: the imam of Masjid Al-Sulayman (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Munair Arab: (+966) 555708580, www.alroqia.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez Muhammed Al-Kharmy: cell: 055663850, aziz1123@hotmail.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Saleh An-Nah-Has: 0506575057 (At-Ta'ef, Saudi Arabia)
    • Ahmed Ard-dady: office: 048229319, cell: 0505302026 (Al-Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia)
    • 'a'edh Al-Sharary: cell: 053650839 (Tabarjal, Saudi Arabia)
    • Sa'eed Al-Qahtany: 055759590 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Mohammed Arsainy: 055143121 (Buraydah, Saudi Arabia)
    • Khalaf Aal-Baker: 054407544, (Al-aziziyah, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-ataiby: 052388818, 054449429 (Al-Khalidiyah, Saudi Arabia)
  • Kuwait
    • Abdullah Al-hadad: 3842452 (Al-Green, Kuwait)
    • Faysal Al-'anzy: 9279496 (As-Sableekhat, Kuwait)
    • Hady Al-'anzy: 9009019 (Al-Jahra', Kuwait)
    • Mohammed Al-Qaysi: 7989066 (Great Mubarak, Kuwait)
    • Abu Osamah: 7040056 (Kuwait)
  • UAE
    • Salah Abdul-Qader: 050/6111706 (Abu Dhabi, UAE)