Saya diajar oleh guru saya bahawa Yaasin 7 mubin ini dibaca untuk mendapatkan semula barang yang kena curi. Barang dalam hal ini perlulah barang yang berharga seperti kereta, motor, barang kemas dsb. Tidak boleh dibaca bagi barang kurang berharga ataupun barang yang boleh luput spt buah durian atau yang sejenis dengannya.
Yaasin 7 mubin perlu dibaca dengan kadar yang segera (24jam dari tempoh kehilangan).
Kaedahnya, baca Yaasin sehingga mubin yang pertama dan berdoa, ulang semula bacaan sehingga mubin yang kedua, berdoa dan ulang bacaan dari awal hingga mubin ketiga, berdoa.
Ulang dari awal hingga jumpa mubin ke4 doa, lakukan langkah yang sama bagi mubin 5 dan 6. Apabila anda mengulang semula sehingga mubin yang ke 7, berdoa dan teruskan bacaan sehingga habis. Itulah kaedahnya.
Dari kajian dan bacaan saya, kaedah ini juga boleh digunakan untuk:
- Memanggil anak yang lari dari rumah
- Melindungi diri dari difitnah atau dizalimi manusia
- Pendinding dari gangguan jin dan syaitan
- Dibaca bagi pesakit yang sedang tenat (baca pada air untuk diminum)
4 comments:
Salam..
Terima kasih. Bertambah lagi ilmu saya pada hari Israk Mikraj ini.
Ustaz,
apakah setelah selesai kita berikhtiar mendapatkan barang yang hilang menggunakan kaedah mubin, kita akan mendapat alamat tentang kehilangan barang tersebut atau si pencuri akan memulangkan kembali barang kita ke tempat tertentu.
dan bagaimana bentuk doanya ? " adakah seperti " Ya Allah, pulangkan kembali kereta aku yang bilang, sekian2 nombor kereta" atau sekadar " Ya Allah, ketemukan kembali barang yang aku kehilangan tersebut.."
atau adakah kita boleh berbuat demikian untuk barang kawan kita yang hilang ( membantu mengikhtiarkan )
Salam,
Semua doa yang dinyatakan boleh belaka. Yang penting doa itu harus fokus kepada perkara itu sahaja... jangan doa hilang barang mubin satu, doa pendinding pulak mubin dua. ok.
Salam ustaz,
nak tanya,bolehkah kaedah ini digunakan untuk kes kehilangan ahli keluarga yang dipukau?
Terima Kaseh...
Post a Comment