Dua malam lepas saya berkesempatan menghadiri dialog dengan Cikgu Azmi orang kuat Teras berkenaan cara-cara menubuhkan NGO di Shah Alam. Cikgu Azmi menerangkan 4 kaedah penubuhan NGO iaitu secara mendaftar dengan Pendaftar Pertubuhan, penubuhan non-profit company dengan ROC, penubuhan Yayasan dengan kementerian kewangan dan secara mendaftar di mahkamah melalui surat akuan sumpah.
Terlintas pula dikepala ini untuk menubuhkan Persatuan Pengamal Perubatan Islam, memandangkan kebanyakan jenama persatuan sekarang ini lebih mementingkan tokoh pendokong yang kadangkala bersifat kekitaan melampau.
Kita melihat badan-badan professional yang lain ada persatuan seperti persatuan doktor, persatuan doktor Islam, persatuan pengamal homeophaty, persatuan pengamal perubatan alternatif dsb. Mereka boleh berkumpul walaupun diijazahkan oleh guru yang tak sama. Kenapa para pengamal rawatan rabbani tidak boleh menanggalkan jenama kelompok dan berada dalam satu persatuan yang menerima kepelbagaian?
Atas sikap inilah insyaALLAH saya bersama rakan-rakan sealiran akan menubuhkan jawatankuasa penaja Persatuan Pengamal Rawatan Rabbani (Al-Muallij). Nak letakan nama perubatan Islam rasanya kurang tepat kerana kelompok sasaran kita adalah para perawat yang menggunakan ruqyah dan sunnah sahaja.
Kita mulakan di Wilayah dan Selangor dahulu. Elok juga kita bernaung samada di bawah jabatan mufti atau MAIS supaya pihak berwajib yang tidak memihak ini boleh menegur sekiranya persatuan tersilap langkah khususnya yang berkait rapat dengan teknik rawatan.
Bagaimana pandangan anda? sila nyatakan sokongan atau penolakan anda pada idea spontan ini pada column disebelah kanan blog ini. Sekiranya 75% bersetuju saya akan teruskan. Dua minggu untuk maklum balas dan selepas itu kita akan adakan mesyuarat penaja.
Kenapa mesti ada persatuan Muallij?
1. Untuk memastikan ada persatuan muallij peringkat nasional
2. Untuk menyatukan pengamal-pengamal rawatan rabbani sehingga mana masyarakat boleh mengenalpasti perawat-perawat yang diyakini benar melalui persatuan
3. Perawat boleh berkongsi ilmu berdasarkan pengalaman dan keilmuan yang berbeza
4. Persatuan boleh memecat mana-mana pengamal yang tertolak akidah atau amalannya, setelahmana langkah-langkah pembetulan cuba disaran/dilakukan.
5.Keahlian persatuan adalah melalui penyediaan kertas-kerja yang merangkumi keterangan diri, pengalaman merawat dan teknik rawatan yang dijalankan.
6. Persatuan boleh memanggil tokoh-tokoh muallij seluruh dunia untuk mendalami teknik rawatan
Itu diantara rangka-rangka tujuan penubuhan... persatuan ini mengamalkan konsep syura di mana demokrasi terpimpin (mesti menepati kehendak Islam) akan diamalkan.
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
8 comments:
Salam Ustaz,
Saya sokong. Saya cadangkan keahlian dibahagikan 3 kategori: Perawat, pelatih perawat dan pendokong rawatan.
Pendokong rawatan adalah ahli yang meminati rawatan ini dan sanggup menyumbang kewangan dan lain-lain bantuan yang diperlukan oleh persatuan. Kumpulan ini mendapat maklumat terus perkembangan persatuan melalui buletin yang diedarkan.
Salam ustadz,
Saya kurang setuju dengan penubuhan persatuan yang dicadangkan. Maaf saya katakan, mengikut perkembangan semasa dan juga perubahan zaman, penubuhan-penubuhan sebgini selalunya tidak kekal untuk tempoh yang lama. Jika terdapat setitik 'nila' yakni teknik rawatan yang tidak berlandaskan Islam, maka ia akan merosakkan susu sebelaga iaitu persatuan yang bernaung di bawah panji yang sama. Maka pendapat saya, molek lah jika dikaji terlebih dahulu dan secara mendalam bukan hanya sekadar berpandukan 'vote' yang diundi oleh pelayar dan juga idea yang datang secara spontan.
'SEKADAR MEMBERI INPUT'
Saya pun setuju, harap dapat tahu perkembangannya kelak. Boleh kami tahu siapa bakal barisan penaja?
Salam,
Semuga segalanya berjalan dengan lancar. saya sgt menyokong usaha ustaz demi menyelamatkan aqidah ummah drp kesyirikan.
Salam,
Siapa barisan penaja? ini masih difikirkan. Mengambilkira 4 kaedah penubuhan, saya lebih cenderung kepada ROC atau akuan bersumpah. Apa komen tuan lawyer?
salam buat ustadz & keluarga,
Saya rasa ini satu tujuan yg murni dan memberi faedah kpd banyak pihak yakni pengamal perubatan, masyarakat juga penguatkuasa (kerajaan) utk memantau aktiviti perubatan sebegini.
Jalan yg paling mudah utk menggerakkannya adalah melalui penubuhan Enterprise, ia bukan yg jln terbaik, cuma cara paling ringkas buat masa ini sementara menanti penubuhan NGO yg adalah cara terbaik.
Penubuhan Persatuan/Society/NGO mengambil masa agak lama utk diluluskan oleh ROS. Sementara itu barisan penaja/penggerak dan buleh terus bergerak atas nama Enterprise ini dan jika perlu, selepas mendapat kelulusan ROS, Enterprise ini buleh diteruskan utk aktiviti perniagaan kelak jika ada produk2 atau perkhidmatan tertentu yg ingin dipasarkan diatas nama jenama badan ini.
Salam
Salam en. Taja,
Terima kasih... cadangan yang baik kita tubuh enterprise dulu then followed by ROS. Waiting comments yang lain, Ust. Zed macam?
Sy bersetuju dgn cadangan ini Ust, semoga mendapat manfaat untuk semua yg menyertainya, dipihak sy, sy menyokong cadangan penubuhan ini.
Post a Comment