AlhamduliLLAH sambutan kepada kursus yang akan diadakan pada 20hb. ini (Ahad) mendapat sambutan diluar dugaan saya. Saya terpaksa menghadkan jumlah penyertaan demi memastikan matlamat mengadakan kursus ini tercapai.
Kepada mereka yang telah dijawab smsnya dengan pemakluman akan didaftarkan telahpun diterima, permohonan yang ditolak adalah bagi yang lewat memohon iaitu selepas kuota dipenuhi.
Bagi pihak Akrine saya memohon maaf kepada yang berkenaan dan insyaALLAH kursus akan diadakan pada masa-masa mendatang.
Para peserta akan dibekalkan nota dan lain-lain kemudahan kursus.
Kami juga akan menjual produk tok guru (www.tokguru.net) dan ele'ta. Bagi mereka yang ingin menempah lebih awal sila sms nama dan kuantiti yang diperlukan sebelum hari Jumaat supaya kami dapat menyediakan bekalan yang mencukupi.
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
6 comments:
Salam ustadz,
Berapa orang selalunya bil peserta yang ustadz buka untuk menyertai kursus yang diadakan?
Kalau boleh semasa ustadz buka penyertaan ustadz nyatakan bilangan yang ditetapkan.
'insan yg tidak berpeluang menyertai'
Salam,
Bilangan peserta kursus kali ini adalah yang teramai yang pernah saya ambil iaitu 70 orang.
Semua peserta yang memohon sebelum kuota ini penuh saya terima tanpa ada yang ditolak.
Pemakluman kursus saya telah war-warkan lama dahulu dan hanya yang lewat memohon sahaja yang tertolak.
InsyaALLAH jika dipanjangkan umur kursus akan diadakan lagi. Mungkin bulan Disember nanti.
Salam ustadz,
Mungkin ustadz boleh merakamkan kursus yang diadakan seperti mana rakaman rawatan yang diadakan oleh ustadz untuk memperlihatkan pengendalian kursus yang dijalankan oleh ustadz.
Terima Kasih.
salam ustaz.. bila nk buat kat kuantan?
Salam,
Datangle ke KL, sinipun boleh jumpa ikan patin masak tempoyak
salam...btol ke kta mpu tgkap jin msuk btol? bkn ke klbihan ni hny ad pd nbi sulaiman?
Post a Comment