Alhamdulillah. Sudah hampir sebulan terbinanya Darul Islah, cuma baru sekarang saya betul-betul berpeluang untuk mengumumkan dalam blog ni setelah mendapat persetujuan dari pihak pentadbiran Darul Islah. Disamping itu, saya dan pihak pentadbiran Darul Islah (DIS) juga telah bersepakat bahawa penempatan baru ini hanya dikhususkan kepada jin-jin warisan/saka sahaja.
Tidak seperti Serambi Madinah (SM) dan Serambi Al-Quds (SAQ), DIS tidak menerima kemasukan jin-jin selain warisan/saka. Jika ada perawat yang menghantar jin-jin selain warisan/saka seperti jin-jin sihir, jin-jin asyik etc, mereka akan secara otomatik di 'transfer' ke SM atau ke SAQ.
Ada banyak sebab kenapa DIS dikhususkan kepada warisan/saka sahaja. Di antaranya ialah kerana statistik kewujudan warisan/saka dalam masyarakat Melayu adalah pada tahap yang tinggi iaitu 80%. Dan diharapkan DIS akan menjadi sebuah penempatan yang lebih FOKUS dalam menyelesaikan permasalahan ini. Lagipun lokasi, infrastuktur, kemudahan-kemudahan, tenaga pengajar dan lain-lain adalah bertepatan dengan maksud tersebut.
Para perawat AKRINE diminta supaya memanafaatkan DIS sebaik mungkin.
Rujukan (blog archive):
1) Pengalaman Merawat - Serambi Al Quds (November 17, 2008)
2) Perawat: Binalah Perkampongan Jin (March 4, 2008)
3) Serambi Madinah (November 24, 2007)
*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah swt*
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
1 comment:
Salam Ustaz, saya ingin bertanyakan 2 soalan:
1) Di manakah terletaknya serambi al-quds?
2) Adakah Bermuda yang dimaksudkan oleh perawat adalah 'SEGITIGA BERMUDA'yang sering diperkatakan oleh semua orang iaitu tempat misteri yang sering dikaitkan dengan kehilangan kapal dan kapal terbang?
Post a Comment