Assalamualaikum,
Mengenai TRO, sekadar pengalaman yg mungkin dapat membantu perawat yg lain2.
Baru minggu yg lepas, saya membuat rawatan pada pesakit yang telah di sihir oleh OKSes. Terdapat beberapa makhluk halus di dalam tubuhnya. Alhamdullilah, satu demi satu telah dapat di keluarkan dan antara teknik yang digunakan dengan berdiplomakasi, ruqyah dan TRO.
Semasa dalam rawatan, salah satu dari OKS @ bomoh muncul dengan marah (menggunakan mulut pesakit) dan seperti biasa tak puas hati kerana membantu pesakit tersebut. Oleh kerana kedegilannya dan secara kejam menyihir pesakit tersebut,saya tergerak hati membuat TRO keatasnya.
(Dalam keadaan begini, saya dapati ada baiknya sekiranya perawat mempunyai rakan yg membantu bersama, kerana OKS akan cuba balas perawat dengan secara bathin dan halus juga).Ini disebabkan , semasa saya memukul kain pelikat tersebut, pesakit terus bangun dan buat jurusan dan membaling sesuatu kearah saya, beberapa kali. Dengan di bantu oleh rakan, saya juga terpaksa bangun serta membaca ayat pelindung. Dan rakan saya 'mengikat’ pesakit tersebut untuk meredakan keadaan. Entah macam mana, saya mengubah teknik dan terus buat tikaman ke kain pelikat menggunakan besi yg telah diijazahkan. Dengan izin Allah, pesakit kesakitan teruk menarik nafas panjang seperti nak nazak dan langsung keluar.
Akhir sekali saya azankan pesakit dan pesakit kelihatan sudah pulih dan mula bercakap seperti biasa. Tapi saya perhatikan kaki kanannya asyik dihayunkan dan saya macam rasa ada yang tak kena dengan perangai pesakit ini. Lalu saya sengaja bertanya kepadanya, kaki awak tu kenapa tak boleh diam. Pesakit terus menjawab, kaki kiri nya gatal sangat kena gigit nyamuk….sambil dihayun lagi. Pada hal rumah tersebut bersih dan tak rasa apa2 pun sepanjang rawatan.
Dengan tegas saya bertanya lagi, awak ni sebenarnya siapa? Pesakit buat macam biasa, “ni kan saya ustaz”. Saya bertanyakan lagi, kau siapa dan jangan bohong dengan saya. “Ustaz ni saya …..”, seperti bersandiwara.
"Ok baik… kalau awak tak nak berterus terang….ini dihadapan saya ada rotan. Dengan izin Allah kalau awak tak nak keluar awak akan rasakan kesakitan bila saya mula memukul kain ini". Pesakit buat macam biasa juga sehinggakan suaminya pun tak tahu perbezaannya.
(Tergerak di hati saya tidak melakukan scanning seperti biasa, tapi dengan teknik TRO alhamdulillah dapat juga membantu saya dalam mengesan jin yang cuba2 ‘sembunyi’ didalam badan pesakit – You Can Hide But You Cannot Run).
Saya pun mula dgn berdoa semoga 'diwujudkan' mana2 jin2 yg masih ada dalam badan pesakit . Lalu membaca ayat2 tertentu dan mula memukul kain pelikat tersebut berkali2. Pesakit tiba2 mula rasa gelisah serta marah dan minta hentikan pukulan tersebut dan jin itu minta segera ingin keluar kerana tak tahan seperti dibelasah.
Yg lucunya, salah satu dari OKS @ bomoh datang dengan menggunakan mulut pesakit hanya untuk periksa keadaan ‘orang2nya’. Saya berkata padanya …."makhluk yg kau hantar dah tak de lagi…" dan sebelum OKS keluar, beliau berjanji akan mencari yg lagi ‘handal’ untuk menyihir pesakit tersebut.
Semua yang berlaku dengan izin Allah.
PS: Alhamdulillah Ustaz, dan terima kasih kerana kaedah yg baru ini betul2 sungguh berkesan dan flexible.
Wassalam,
Fenomena
S'pura
4 comments:
Tuan mempunyai kelebihan untuk mengubati sesama manusia. Saya begitu kagum dengan tuan. Disini saya ingin menanyakan apakah itu teknik ruqyah dan TRO? maaf lah kerana saya sekadar bertanya sahaja.
Saya ingin mendapatkan nasihat tuan. Saya mempunyai seorang kakak yang sakit (akibat sihir) saya masih ingit ketika saya masih belum bersekolah tabika lagi, kakak saya normal seperti orang biasa. suati hari saya masih ingat lagi, kakak meracau2 katanya ada ternampak benda terbang dirumah (semasa kakak mula2 sakit) selepas itu kakak berkeadaan tidak sihat sehingga sekarang. Hampir 20 thn kakak saya masih tidak sihat. Ada juga sebelum arwah ayah meninggal kakak dibawa berubat dgn mcm2 cara. Tapi dari pemerhatian saya tidak satu pun yang berkesan. Kini emak saya pula yang berusaha berubat secara tradisional. Saya pernah terdengar perbuatan emak dan abg, katanya dalam badan kakak saya adalah bukan rohnya tetapi roh orang lain (itu menurut org yg mengubati kakak) saya sedih dgn keadaan kakak saya. Skrg emak masih lg cuba mengubati kakak, ada juga saya teringin mencadangkan kpd emak utk cuba mencari cara rawatan lain. tp tidak tahu bgaimana nk mulakan. Bolehkan Tuan berikan sedikit nasihat atau pandangan tuan sendiri. Terima kasih
Salam,.
Paparan ini bukanlah rwtn saya tetapi perawat dari S'pura.
Berkenaan mslah kakak sdra, harap brsabar dan berusaha. Kes2 lama dan berat begini saya cdgkan guna teknik bakar batu bata
Sila hubungi perawat akrine terdekat anda. rujuk senarai perawat di sebelah. -Tarmizy-rwgCH
Salam ustaz, saya dikatakan disihir oleh seorang perempuan sehingga saya benci dengan ibu saya dan sgt mudah melakukan maksiat. Ibu membawa saya berubat dgn seorang perawat yg menghiris limau yg kesemuanya telungkup ketika dijatuhkan di dalam air. Minta maaf saya tak percaya saya disihir.. Saya tetap tahu perkara salah yg saya lakukan...tapi, entah kenapa tidap pula rasa berdosa besar. Hati saya sudah tidak ada deria utk rasa apa2 perasaan walaupun ibu saya menangis airmata darah atas perlakuan saya... Ibu beriya2 mengatakan perempuan itu menyihir saya. Kadang2 saya terfikir juga bagaimana saya boleh tergilakan perempuan tu. Orangnya gemuk dan langsung tidak secantik wanita yg saya kenal. Tapi, saya sentiasa berdebar dan bernafsu apabila teringatkannya.. Saya cuba utk lupa tapi tak berdaya. Dah bertaubat dan solat dgn ibu..tapi, saya tetap kembali padanya kerana tetap teringat padanya. Berapa jauh perawat boleh yakin yg sesaorang itu menggunakan jin hanya dengan melihat gambarnya..? Saya masih kurang percaya.. Walau saya baca byk buku dan terasa kesan2 yg ada pada saya seperti menjurus kepada sihir... Kenapa saya sgt sukar percaya.. Adakalanya saya rasa macam org gila.. Kalau saya hantar gambar perempuan tu pada ustaz, boleh ustaz tolong tengokan betulkah dia guna jin?
Post a Comment