AlhamduliLLAh pembinaan bangunan Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan (AKRINE) sudah dimulakan. Bangunan ini akan membolehkan suasana rawatan lebih selesa daripada bilik sedia ada sekarang. Ia terdiri dari ruang tamu untuk pesakit yang menunggu giliran, bilik rawatan dan stor simpanan.
Walaupun tidaklah semewah mana tetapi cukup bagi memberi kelancaran kerja-kerja kebajikan dalam rawatan.
Saya berharap dapat melatih bakal perawat di pusat ini dengan lebih baik. Saya mohon banyak kemaafan kepada pelatih Akrine yang ingin melakukan amali sebelum ini kerana bilik rwtn sedia ada hanya mampu diisi 4 orang sahaja pada satu masa. InsyaALLAH bila siap nanti saya akan jadualkan jadual latihan semua keluaran Akrine yang berminat untuk bersama saya merawat pada hujung minggu.
Saya bukanlah beruang (baca berWANG), saya hanyalah bersin (berSEN). Keyakinan saya jika perkara yang saya lakukan ini baik... bantuan dan pertolongan ALLAH pasti datang.
Setiap kali saya merawat, saya niatkan jika ada pahala dari kerja2 rwtn ini saya hadiahkan bagi kedua ibu-bapa saya. Itulah harapan dan juga sedikit sumbangan yang boleh saya berikan kepada kedua mereka yang telah membesar dan mendidik saya. Mereka telah meninggalkan saya tetapi wajah mereka sentiasa segar dalam ingatan saya. Mudah2an ibu-bapa saya sentiasa menerima kiriman hadiah saya setiap hari melalui kerja2 amal saya, insyaALLAH.
Untuk menafaat bersama, saya juga ingin memberi peluang kepada semua pengunjung blog saya untuk masuk saham melalui sumbangan derma pembinaan bangunan ini. Saudara boleh menghadiahkan derma anda dengan niat sebagai derma bagi sesiapa sahaja yang sdra kasihi terutamanya ibu-bapa kita ataupun untuk diri sendiri. Selagimana bangunan ini digunakan untuk kerja2 rwtn insyaALLAH saham anda akan bertali arus kepada apa yang sdra niatkan.
Jika anda berminat bolehlah salurkan sumbangan anda ke akaun Maybank
562740110528 . Jika anda ada niat secara spesifik derma berkenaan, anda boleh emailkan ke akrine@yahoo.com. Yang pasti samada anda beritahu ataupun tidak niat derma anda, pahala derma anda akan tetap sampai juga sepertimana niat anda kerana ALLAH Maha Mengetahui.
1 comment:
Saya berasa amat sayu dan sedih bila ustaz kata
"Setiap kali saya merawat, saya niatkan jika ada pahala dari kerja2 rwtn ini saya hadiahkan bagi kedua ibu-bapa saya. Itulah harapan dan juga sedikit sumbangan yang boleh saya berikan kepada kedua mereka yang telah membesar dan mendidik saya. Mereka telah meninggalkan saya tetapi wajah mereka sentiasa segar dalam ingatan saya. Mudah2an ibu-bapa saya sentiasa menerima kiriman hadiah saya setiap hari melalui kerja2 amal saya, insyaALLAH".
Saya doakan ustaz bersabar dan sentiasa menjadi anak yang solleh dan di kasihi Allah swt, dan semoga arwah ibubapa di masukkan keadalam gulungan orang-orang yg solleh jua dan di redhai Allah swt.
Shali RajaMenangis
Post a Comment