Followers

kursus

Kursus Rawatan Islam Terbaru

Tahap 1 : akan diadakan pada 19 - 20hb. September 2015 di Akrine Kuang

Kursus ini akan menekankan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini sesuai bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.

Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:

* Bagaimana alam jin
* Kaedah membenteng diri
* Teknik mengesan kehadiran jin
* Teknik racun
* Teknik dialog
* Teknik mengeluar jin (tarik guna serban / botol)
* Teknik mandian pesakit
* Teknik bakar batu-bata
* Akrionics
* Garis panduan merawat
* Latihan rawatan
Yuran adalah RM250.00 sahaja. Tempat adalah terhad. Hanya peserta Tahap 1 yang layak untuk mengikuti kursus Tahap 2

SMS butiran anda nama, alamat, pekerjaan kepada 019 758 4801

Tahap 2 : akan dimaklomkan

Pada tahap ini hanya bagi mereka yang telah mengikut kursus tahap 1 dan perawat-perawat (bekas pelatih Akrine) yang ingin mengulangkaji / mendalami teknik rawatan. Ia lebih menekankan kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang perawat.

Antara kandungan kursus adalah:

* Persiapan diri seorang perawat
* Keperluan bilik rawatan
* Teknik tikam
* Teknik baling
* Teknik tidurkan jin
* Teknik Kembara dan Rawat (TKR)
* Teknik Rotan Objek (TRO)
* Teknik ambil barang sihir
* Teknik Rawat Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP)
* Teknik Serkupan Azab (TSA)
* Keberkesan Rawatan
* Latihan

Yuran adalah RM250.00 sahaja (sila bank in ke Maybank Islamic 562740110528 Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan)

Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00ptg

Sila sms nama, tempat tinggal, pekerjan dan tahap kursus yang dipohon ke 019-7584801

Tarikh tutup permohonan adalah seminggu sebelum tarikh kursus


Penginapan di tempat kursus bagi peserta lelaki (percuma) dan sesiapa yang memerlukan Homestay sila membuat tempahan( Homestay 1: Tn. Hj. Saad 0126794304 Homestay 2 : En. Majid 0136051892 Homestay 3: Tok 4 Taufik 0122670577) dengan kadar yang segera.

Hotel yang terdekat terdapat di TSB BBaru Sg. Buluh

Kusus Pengukuhan Tahap 3

Tarikh : 15hb. November 2014

Tempat : Dewan Burhanuddin Helmy, Kuang

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Yuran : RM100.00

Friday, July 31, 2009

Catatan Rawatan : Kes saka

Catatan 1:

Seorang kanak2 berusia 15tahun dibawa oleh kedua ibu-bapanya untuk dirawat. Kanak2 ini nakal melampau dan tidak boleh bertemu-muka dengan ibunya, mereka asyik bergaduh sahaja.

Melalui teknik TRO kanak2 ini ada jin saka dari sebelah ibunya yang tidak suka ibunya sendiri. Jin2 saka ini dikeluarkan.

Rawatan diteruskan kepada ibunya, bila diuji secara TRO menunjukan tidak ada jin saka yang diwariskan kepada anak berkenaan. Saya jadi bingung!

Ibunya meminta anak berkenaan keluar bilik kerana ada sesuatu yang hendak diberitahu kepada saya. Apabila anak ini keluar, siibu memberitahu bahawa anak berkenaan bukan anaknya yang sebenar dan dia sendiri berketurunan Cina. Saya dapati siibu bersaka dari ibu-bapanya sendiri. Saya berpendapat jin saka pada sianak tidak suka kepada jin saka pada siibu angkatnya. Jin2 saka dikeluarkan dan dipindahkan ke Darul Islah

Seminggu kemudian, siayah datang untuk rawatan sambil memberitahu bahawa hubungan anak dengan isterinya sudah baik seperti biasa.

Rawatan ini menguatkan keyakinan saya kepada keboleh-ujian teknik TRO dgn izinNYA.

Catatan 2:

Satu keluarga bermasalah, ibu-bapa dan 4 orang anaknya. Ujian TRO menunjukan adanya gangguan saka kepada anak2 ini yang diwarisi dari ibu dan ayahnya. Jin2 saka pada anak2 ini dikeluarkan.

Saya uji pula siayah, secara TRO menunjukan kewujudan jin saka tetapi tidak diwarisi dari ibu-bapa dsb. Maknanya siayah adalah generasi pertama, lalu saya uji secara TRO dan ternyata betul bahawa ayahnya adalah generasi pertama!

Saya tanya siayah apakah dia ada mengamalkan apa2 bacaan untuk tujuan tertentu... siayah memberitahu saya bahawa dia ada mentera yang diajar oleh seorang bomoh sultan. Saya minta dia baca mentera semula, katanya dia dah lama tidak mengamalkannya lagi cuma ingat serba sedikit. Saya minta dia baca...

Bila dirawat, secara TRO saya tanya jin berkenaan adakah itu mentera jin berkenaan. Jin saka ini mengiyakan.

siayah tidak puashati, saya suruh dia ulang semula dan kakinya akan bergerak tanpa boleh dikawal, ulang lagi bergerak.

Maka ikrar pemutus dilakukan dan jin berkenaan dihantar ke Darul Islah.

Yang jelas, walaupun mentera sudah tidak diamalkan tetapi jin tetap setia kepada mentera berkenaan. Apabila tidak diputuskan anak-anak akan mengalami penderitaan gangguan yang mereka sendiri tidak tahu puncanya.

Catatan 3:

Sepasang suami isteri membawa anaknya berusia 15 tahun untuk dirawat. Orannya tidak membayangkan usianya, kecil dan suaranya masih belum pecah.

Saya uji secara TRO ternyata ada jin saka pada anak ini.

Ayahnya menceritakan keanehan anaknya iaitu mempunyai buah pinggang satu sahaja begitu juga buah zakar.

Saya siasat adakah dia sahaja atau ada dikalangan kerabatnya yang sedemikian. Saya diberitahu bahawa seorang bapa saudaranya iaitu adik ibunya mengalami masalah yang sama (sudah berkahwin dan tidak mendapat anak) dan dua orang sepupu anaknya juga mengalami keanehan yang sama. Semua mereka adalah anak lelaki dan yang ketiga dalam adik-beradik masing2.

Saya uji secara TRO, jin saka mengesahkan memang mereka adalah jin lelaki yang hanya mempunyai satu buah pinggang dan satu buah zakar!

Dengan izin ALLAH saya keluarkan jin2 saka berkenaan... persoalannya adakah sianak akan ada buah pinggang dan buah zakarnya selepas jin2 dikeluarkan... masa dan ketentuan ALLAH sahaja yang boleh menjawab soalan ini.

Satu hakikat yang pasti, genetik adalah faktur jin dalam keturunan. Cerapan saya ramai manusia yang bersaka berawatak sepertimana jin saka mereka. Malang bagi mereka yang berjin saka tua kerana pembawa bercharacter bongkok, pelupa dan lembab dalam banyak hal. "Gagah" dan "sombong" adalah character bagi jin saka silat bertaraf panglima..."resdung" dan "asthma" bagi pembawa jin yang berpenyakit berkenaan.

Saya berharap mendapat peluang dari KKM untuk menguji secara TRO apakah selsema babi H1N1 adalah serangan virus yang sebenarnya adalah jin. Mudah2an hasrat saya dimakbulkan ALLAH sebelum epedimik ini tidak dapat dikawal lagi

Wednesday, July 29, 2009

Pengalaman Merawat 24 : Jin Resdung

Berikut adalah perbualan saya dengan jin resdung:

Saya: "Kamu tinggal kat bahagian mana?"
Jin: "Saya ada pada bahagian muka la."
Saya: "Kan baru aje tadi saya keluarkan jin-jin sihir kat bahagian muka?"
Jin: "Saya tak terbabit Ustaz."
Saya: "Habis kamu duduk di bahagian mana?"
Jin: "Hidung."
Saya: "Kamu jin warisan?"
Jin: "Ya."
Saya: "Kamu...(sambil mohon ilham)...jin resdung?"
Jin: "Ya Ustaz."
Saya: "Kalau kamu jin warisan maknanya ada di kalangan kamu sudah turun kepada anak-anak dia (pesakit)?"
Jin: "Ya."(sambil tunjuk kepada anak lelaki pesakit)
(Suaminya memaklumkan bahawa anak lelakinya memang ada masalah resdung)

Saya: "Adakah kamu sedia untuk beri kerjasama sebagaimana jin-jin warisan sebelum ni?"
Jin: "Ya Ustaz."
Saya: "Saya perlu tanya kamu beberapa soalan."
Jin: "Baiklah."
Saya: "Apa kaitan kamu dengan makanan yang gatal contohnya udang, ketam, sotong dan sebagainya."
Jin: "Kami menggunakan bahan-bahan tersebut untuk diproses bagi menghasilkan lendir."
Saya: "Lendir?"
Jin: "Ya. Lendir makanan kami."
Saya: "Jadi semasa proses tu la yang menyebabkan hidung jadi gatal."
Jin: "Ya."
Saya: "Apa ayat-ayat penyembuh resdung?"
Jin: "Selawat syifa. Tapi...ia bersifat sementara aje."
Saya: "Ok lah. Terima kasih atas kerjasama yang kamu berikan. Sekarang sediakan diri untuk meninggalkan pesakit."
Jin: "Tapi nanti kami nak makan apa?"
Saya: "Takpe. Nanti kamu akan diberi makanan baru."
Jin: "Ok baiklah."
Saya: "Sila tarik anak-anak kamu dalam hidung anak lelaki dia (pesakit) ni."
Jin: (Melakukan gaya tarik)

Jin-jin resdung akhirnya dihantar ke Serambi Al-Quds (atas permintaan mereka).

Lebih kurang seminggu selepas rawatan pertama, suaminya mengadu anak lelakinya selsema teruk. Saya kemudian memanggil ibu kepada jin-jin resdung itu dan berikut adalah perbualannya:

Jin: "Maafkan saya ustaz. Anak-anak saya masih tertinggal kat anak lelakinya ni. Diaorang ni degil sikit."
Saya: "Sila pujuk mereka untuk dibawa bersama kamu ke Serambi Al-Quds."
Jin: (Diam sekejap, seperti berkomunikasi dengan anak-anaknya) "Ok lah ustaz, nanti saya bawa mereka pergi."
Saya: "Macamana dengan hidup kamu di sana?"
Jin: "Memang ok la ustaz. Kami dah tak makan lendir lagi. Kami dah makan benda lain."
Saya: "Bagus la tu. Ok sekarang kamu dan anak-anak kamu boleh la ke sana (Serambi Al-Quds)."
Jin: "Terima kasih banyak-banyak ya ustaz."
Saya: "Sama-sama."

Nota: Dalam bahasa hospital bahan kimia yang terhasil dari pesakit-pesakit resdung dinamakan histamine. Pesakit resdung ada kalanya memakan ubat 'anti-histamines' bagi mengurangkan kegatalan pada bahagian hidung. Katanya ada beberapa makanan yang apabila dimakan, ia akan menyebabkan badan secara otomatik menghasilkan histamine yang akhirnya menyebabkan hidung menjadi gatal. Wallahua'lam.

*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah swt*

Saturday, July 25, 2009

Jin ikut kursus

Tok Perak terjumpa jin semasa bergambar di akhir kursus:



Saya teliti gambar, ada satu jin jadi juru tunjuk semasa kursus:

Friday, July 24, 2009

Update Bangunan Akrine



AlhamduliLLAH dan jzkumuLLAH kepada semua penyumbang bagi mendirikan bangunan ini.

Wednesday, July 22, 2009

Memori Kursus -2

Kursus kali ini juga menemukan sahabat lama saya sdra Zainudin yang kini berkhidmat dengan JAIS. Ada dua cerita menarik yang diceritakan kepada saya. Pertama, pengalamannya sebagai pengamal Reiki bertaraf Master. Dia menyimpulkan bahawa Reiki sesat lagi menyesatkan. Pernah satu ketika katanya beberapa Master berkumpul untuk menangani kes-kes histeria. Menariknya dalam persistiwa ini dia telah menggunakan ayat2 AlQuran untuk merawat dan berjaya dengan izin ALLAH menyedarkan semua yang kerasukan sedangkan pengamal2 Master Reiki lain terpaksa angkat tangan dan serahkan kes kepadanya. Pada suatu hari dia didatangi makhluk hitam dan mahu masuk ke badannya tetapi ditolak permintaannya. Hal ini diberitahu kepada guru Reikinya, malangnya guru berkenaan mencadangkan supaya dia menerimanya. Semenjak kes itu dia tidak lagi mengamalkan Reiki.

Hal kedua adalah pengalaman misteri yang sedang dialaminya. Setiap bulan dia mendapati butang baju melayunya telah siap dipasang walaupun isterinya belum membutangkannya. Suatu hari isterinya bermunajat mohon petunjuk sambil menggantung baju berkenaan didepannya. Selesai munajat dia mendapati butang baju sudah lengkap terpasang... siapakah simisteri itu?

Kursus kali ini saya paparkan dalam susunan gambar kursus dengan harapan peserta boleh mengingat kembali teknik2 rawatan. Kekuatan imiginasi adalah kekuatan minda separa sedar... orang yang gagal berimiginasi bererti mindanya masih tertutup.... bukalah minda anda.

Doa dan harapan saya agar semua peserta mendapat manafaat dengan mengikuti kursus ini, maafkan segala kekurangan. Ucapan terima kasih kepada Ust Marzuki dan Ust Zed yang membantu menjayakan program ini.

Akhirnya saya tutup dengan email yang baru saya terima dari seoarang peserta kursus:

Salam wth,

Tanggal 26 Rejab 1430, ana diijazahkan oleh guru ana us.Majid dari Akrine. Selang sehari diijazahkan, ana telah diuji oleh Allah. Setelah pulang dari kursus di Akrine ana terus ke rumah seorang sahabat ana atas jemputan kenduri doa selamat. Sahabat ana sebelum ini adalah seorng perawat tradisional (bomoh). Setelah selesai kenduri, sahabat ana meminta nasihat bagaimana nak buang segala khadam2(jin) yg dimilikinya sebelum ini. Dengan kuasa Allah..semasa berborak dengan x semena2 gambar2 harimau yang gantungkan di dalam biliknya jatuh dan pecah. Bagi ana mungkin ini satu petanda.

Ana terus masuk ke dalam bilik tersebut dan menanggalkan gambar2 harimau yg masih tergantung..ana Ruqyahkan gambar tersebut dan membakarnya.Tepat jam 6 petang 26 Rejab 1430 Hijrah, sahabat ana menjemput ana datang ke rumahnya..Dia mengadu pening dan sakit badan teramat sangat..ana scan menggunakan besi rawatan.. sahabat ana terus berdengus seperti HARIMAU.. Ana mohon pd Allah agar dipermudahkan.. Ana terus gunakan teknik TRO yang diijazahkan.. Allah Maha Besar..dengan izin Allah, dengan Kuasa Allah, saka harimau tersebut mahu keluar dari tubuh sahabat ana... ana tarik menggunakan botol dan menghantar saka tersebut ke SM. Alhamdulillah..sabhbt ana sedar 10 minit kemudian..ana mandikan shbat ana dengn air yg diruqyahkan.. sahabt ana baru sedar selama ini ilmu yg dipelajari adalah khurafat dan beliau telah kembali ke jalan Allah..sama2 kita doakan beliau terus dipimpin oleh Allah dan diberikan kekuatan sebgai hamba ALLAH yg sangat Daif dan lemah. Semua yg berlaku adalah denagn IZIN ALLAH.

Ustaz,

Alhamdulillah, terima kasih atas ilmu yang ustaz sampaikan... moga Allah membalas jasa2 ustaz sebagai seorng guru dan murabbi. Segala usaha ustaz demi mencegah perkara2 khurafat akan dibalas oleh Allah sebaik2nya..insyaAllah.

firman Allah "Wahai orang2 yang beriman,sesiapa yang menolong agama Allah, maka Allah akan menolongnya dan meneguhkan kedudukannya" (surah Muhammad:7)

Wallahua'lam.

-anak muridmu MUJAHADAH-

Memori Kursus

Peserta pertama sampai adalah Ust. Aidil dan sdr. Hamidi dari Bintulu Sarawak. Mereka tidur di Dewan Burhanuddin Helmi menunggu kursus yang akan diadakan pada keesokan harinya. Saya tidak dapat melayan mereka pada malam berkenaan kerana mengendalikan usrah gabungan DUN Kuang. Sepatutnya Dr. Azizan dari USM bermalam sama dan diberitahu dalam perjalanan, oleh yang demikian saya minta Ust. Aidil tidak mengunci pintu.

Selepas solat subuh saya temui mereka berdua dan kami sempat berbual serba-sedikit. Selepas habis kursus hari pertama, malamnya saya keluar makan bersama mereka ditemani oleh sdra Faizul dari UPSI. Ust Aidil menceritakan pengalamannya tidur di Dewan berkenaan. Lebih kurang sebelum subuh dia bangun untuk solat tahajjut, selesai memberi salam dia melihat seorang tua, perempuan bertongkat yang marah kepadanya. Dia marah dengan Ust. Aidil kerana berkursus dengan saya dan menyuruhnya balik. Kata perempuan tua itu saya telah banyak menyusahkan mereka disini. Kemudian lembaga itu hilang.

Semasa menerangkan kes TRO saya ambil Ust. Aidil sebagai niat objek lalu membelasahnya. Ust. Aidil dapat merasakan pukulan2 berkenaan tetapi agak perlahan. Semasa melakukan TKR, ust. Aidil melihat orang tua berkenaan berada ditubuhnya. Maka situa berkenaan dihantar ke SM.

Kursus ini juga dihadiri oleh Tn. Hj. Ibrahim dan Ust. Rashid dari Singapura. Tn. Hj Ibrahim menceritakan RnDnya menggunakan daun mengkudu sebagai bahan mandian. Katanya jin tidak nampak jalan masuk bila mandi menggunakan daun mengkudu dgn izin ALLAH. Sdra Rashid satu-satu peserta yang tertidur semasa pembentangan teori almaklumlah bertolah 3pagi dari Singapura.

Ust. Marzuki pula menceritakan rawatannya kepada seorang wanita yang mengalami barah payu dara. Pada mulanya dia menggunakan TRO dan ini membawa kepada dialog dengan jin yang mengganggu. Kemudian diteruskan dengan tb3 sehingga bilik rawatan menjadi terlalu busuk.

Ust. Zed cameraman kursus menceritakan up-date rawatannya kepada seorang pensyarah IPTA. OKS telah mengaku. Katanya OKS adalah rakan sepejabatnya sendiri. OKS menangis didepan mangsa penuh insaf dan pergi berjumpa tok sami siam minta ditarik balik jin2 yang dihantar. Tok sami bertegas akan meneruskan serangan dan pantang undur bila telah memulakan tugasan. Kini OKS pula diserang tok sami... ini pengajaran kepada pelanggan tok sami...anda akan bermasalah walaupu telah insaf...


bersambung....

Tuesday, July 14, 2009

Kenapa anda harus menjadi perawat (2)?

Untuk menjadi perawat mestilah ada minat dan kesungguhan, tidak cukup hanya berguru tetapi rajin mengulangkaji dan membaca buku-buku rawatan.

Menuntut di Darussyifa setelah separuh umur dengan komitmen/keperluan tuntutan kehidupan memanglah suatu cabaran. Bayangkan kena berulang-alik dan balik jam 2pagi setiap minggu ke Bandar Baru Bangi mengadap Tuan Guru memerlukan kecekalan hati.

Namun hati terubat bila berkumpul bersama dengan sahabat-sahabat sealiran. Namun malang tempuh setahun tidak dapat menjiwai ta'aruf antara perawat. Sehingga hari ini saya hanya kenal beberapa rakan, sementara yang lain hilang entah dimana. Ingin saja saya mencadangkan kepada Dsyifa untuk menyediakan direktori pelatih bagi setiap kumpulan bagi memudahkan berhubung. Cuma bila memikirkan sifat "keakuan" masing-masing semasa mengadap TG hasrat ini saya pendam sahaja.

Yang paling manis dalam menuntut ilmu ini bagi saya ada dua perkara. Pertama, barulah sekarang saya merasakan bahawa saya bebas dari sistem pendidikan formal yang "memaksa" saya untuk belajar dan lulus. Di sini saya belajar dengan penuh kerelaan.

Kedua, saya menatap wajah guru seorang ulamak, plotikus pewaris anbiya. Bukan senang kita berpeluang menatap wajah TG setiap minggu dalam suasana keilmuan dari seorang pakar.

Semasa menuntut serangan kumpulan yang membida'ahkan selawat syifa dan tafrijiah sedang memuncak. Berdepan dengan guru diperjelaskan segala kekeliruan.

Saya tidak puas dalam pengajian di Dsyifa, kerana pengetahuan mengenai teknik-teknik rawatan terlalu sedikit khususnya mengenai rawatan bagi gangguan makhluk halus yang hanya diajar selama 6 jam (3 minggu). Saya tidak menyalahkan TG tetapi itulah adat belajar. Tidak semua ilmu diberi oleh pensyarah tetapi selaku mahasiswa kita mestilah memperhalusi melalui pembacaan dan pergaulan dengan mereka yang berilmu dan berpengalaman.

Tamat kursus saya berserta 2 orang rakan meneruskan "housemanship" kami di Dsyifa cawangan Rawang Perdana.Di sinilah saya berjumpa teknik picit kaki, teknik tekan perut, teknik picit mata, teknik scanning gerak tangan dan sebagainya. Semua teknik ini adalah bersifat self-belonging yang tidak didedahkan di Dsyifa. Saya berusaha menguasai disamping minat mendalam saya kepada buku-buku karangan Sheikh Abdul Wahid Salam Al-Bali. Buku-bukunya saya baca berulang-kali dan bacaan ayat-ayat rukyah saya hafal sebaik mungkin.

Saya juga melayari website yang membincangkan tentang rawatan. Website CeramahIslam.com dari Singapura yang memuatkan ceramah-ceramah rawatan menjadi kegemaran saya. Saya membeli dan membaca buku-buku rawatan. Kini almari saya penuh dengan buku rawatan termasuklah anatomi, kinesologi, homeopathy disamping buku-buku Islam yang lain.

Benarlah bahawa minat menjadikan seseorang yang lain dari yang lain. Lihatlah ahli politik, dari sudut pandangan mata kita, menjadi ahli politik amatlah meletihkan. Meninggalkan keluarga, terkejar ke sana-sini, berjumpa dengan rakyat, berjanji dengan seribu janji sehingga seolah-olah tidak cukup 24jam masa yang diperuntukan. Itu tak campur mengutuk, memfitnah, mendedahkan keaiban lawan dsb... tapi itulah minat.

Minat mestilah diletakan dengan niat yang betul. Apabila niat anda untuk menjadi perawat benar-benar ikhlas anda tidak akan takut berdepan dengan segala bentuk cabaran samada yang bernama manusia mahupun yang kita tidak nampak.

Oleh itu betulkan niat anda, tanamkan minat....insyaALLAH pertolongan ALLAH akan datang.

Sunday, July 12, 2009

Kenapa anda harus menjadi perawat (1)?

Semasa saya menceberuhi bidang rawatan, rawatan yang ada kaitan dengan makhluk halus adalah yang paling saya tidak mahu atau ambil peduli langsung! Saya berpendapat sukar untuk kita berdepan benda yang tak nampak.

Saya pernah melihat arwah abah saya kerasukan selama sebulan dalam bulan puasa. Memandangkan kakak saya bekerja dan tinggal di Hospital Teluk Intan maka abah dimasukan ke hospital untuk tempoh yang lama. Akhirnya para doktor, akur bahawa abah saya tidak dapat dikesan sakitnya. Amat malang sikap doktor Islam yang masih berkeras mahu mencari punca dan abah saya menjadi bahan ujian. Seorang doktor berbangsa Singh menasihatkan kami supaya dirawat secara kampung, maka abahpun dibenarkan keluar dari wad hospital dan tinggal di rumah kakak saya dalam kawasan perumahan hospital.

Saya tanya abah saya, adakah dia kenal saya? Katanya saya bernama Idris... alangkah pilunya hati saya bila abah sudah tidak mengenali saya. Idris adalah abang sulong saya. Saya tanya lagi umur dia berapa tahun... katanya 700 tahun. Jawapan ini bagi saya pada masa itu menunjukan abah memang out 0f mind. Cucu ada berapa? tanya saya lagi....entah, dah beribu agaknya.

Akhirnya abah tidak lagi dapat mengawal diri bagi perkara asas kehidupan seperti makan, minum dan membuang air. semuanya tidak dipedulikannya lagi.

Seorang dukun dipanggil bernama "Man Gagap", sebab dia gagap. Man gagap menggunakan teknik duri landak. Bila ditekan sahaja di bahagian kaki, makhluk yang mengganggu abah tersintak dan berkata, "eh.. kau lagi". Ertinya Man Gagap pernah berdepan dengan jin "hantu raya" yang mengganggu abah. Rawatan mengambil masa 1jam sahaja.

Sekian lama abah saya sakit dihospital, rupanya Man Gagap dengan izin ALLAH dapat menyedarkan abah saya dalam tempoh sejam.

Setelah saya menuntut di Darussyifa dan mula merawat abah saya sakit lagi... asthmanya ditahap kronik. Kami adik-beradik berkumpul atas permintaan abah. Katanya, dia mungkin hidup 3 hari saja lagi.

Setelah 2 hari berlalu dan sepanjang berkumpul abah kelihatan ceria dan tidak menunjukan sebarang petunjuk tidak sihat, kebanyakan adik-beradik saya sudah balik ke rumah masing-masing, kecuali saya dan abang saya Abdul Latif. Abah meminta saya merawatnya selepas solat asar. Saya merawat dengan membacakan ayat-ayat rawatan yang dipelajari. Abah mengatakan dia rasa amat lega dan seolah-olah tidak menunjukan sebarang simptom gangguan.

Bila solat maghrib abah minta saya menjadi imam, perutnya mulai sakit. Habis sahaja solat maghrib abah buang air dan muntah hitam pekat. Kami segera membawa ke hospital Teluk Intan kerana abah perlukan bantuan pernafasan. Saya tinggalkan abah di hospital kerana komitmen kerja yang tidak dielakan.

Petang itu saya mendapat perkhabaran bahawa abah saya sudah tidak sedar lagi dan berada di wart ICU. Saya bergegas semula ke kampung dan dalam perjalanan saya mendapat makluman bahawa abah saya telah kembali ke rahmatuLLAH.

Saya ceritakan peristiwa ini kerana dalam dua kes di atas, kes pertama saya hanyalah bersifat pemerhati... malah boleh saya katakan tidak melakukan apa-apa terhadap abah saya yang sakit sekian lama. Sementara dalam kes kedua, saya memenuhi permintaan abah saya untuk merawatnya. Itulah khidmat terakhir saya kepada abah saya. Mudah2an ALLAH menempatkannya bersama hamba2NYA yang mendapat keredhaanNYA. Amin

Wednesday, July 8, 2009

Under Construction - Rebutlah Peluang Mencari Pahala



AlhamduliLLAh pembinaan bangunan Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan (AKRINE) sudah dimulakan. Bangunan ini akan membolehkan suasana rawatan lebih selesa daripada bilik sedia ada sekarang. Ia terdiri dari ruang tamu untuk pesakit yang menunggu giliran, bilik rawatan dan stor simpanan.

Walaupun tidaklah semewah mana tetapi cukup bagi memberi kelancaran kerja-kerja kebajikan dalam rawatan.

Saya berharap dapat melatih bakal perawat di pusat ini dengan lebih baik. Saya mohon banyak kemaafan kepada pelatih Akrine yang ingin melakukan amali sebelum ini kerana bilik rwtn sedia ada hanya mampu diisi 4 orang sahaja pada satu masa. InsyaALLAH bila siap nanti saya akan jadualkan jadual latihan semua keluaran Akrine yang berminat untuk bersama saya merawat pada hujung minggu.

Saya bukanlah beruang (baca berWANG), saya hanyalah bersin (berSEN). Keyakinan saya jika perkara yang saya lakukan ini baik... bantuan dan pertolongan ALLAH pasti datang.

Setiap kali saya merawat, saya niatkan jika ada pahala dari kerja2 rwtn ini saya hadiahkan bagi kedua ibu-bapa saya. Itulah harapan dan juga sedikit sumbangan yang boleh saya berikan kepada kedua mereka yang telah membesar dan mendidik saya. Mereka telah meninggalkan saya tetapi wajah mereka sentiasa segar dalam ingatan saya. Mudah2an ibu-bapa saya sentiasa menerima kiriman hadiah saya setiap hari melalui kerja2 amal saya, insyaALLAH.

Untuk menafaat bersama, saya juga ingin memberi peluang kepada semua pengunjung blog saya untuk masuk saham melalui sumbangan derma pembinaan bangunan ini. Saudara boleh menghadiahkan derma anda dengan niat sebagai derma bagi sesiapa sahaja yang sdra kasihi terutamanya ibu-bapa kita ataupun untuk diri sendiri. Selagimana bangunan ini digunakan untuk kerja2 rwtn insyaALLAH saham anda akan bertali arus kepada apa yang sdra niatkan.

Jika anda berminat bolehlah salurkan sumbangan anda ke akaun Maybank 562740110528 . Jika anda ada niat secara spesifik derma berkenaan, anda boleh emailkan ke akrine@yahoo.com. Yang pasti samada anda beritahu ataupun tidak niat derma anda, pahala derma anda akan tetap sampai juga sepertimana niat anda kerana ALLAH Maha Mengetahui.

Tuesday, July 7, 2009

Testimoni 4 -TRO melawan Tukang Sihir



Assalamualaikum,

Mengenai TRO, sekadar pengalaman yg mungkin dapat membantu perawat yg lain2.

Baru minggu yg lepas, saya membuat rawatan pada pesakit yang telah di sihir oleh OKSes. Terdapat beberapa makhluk halus di dalam tubuhnya. Alhamdullilah, satu demi satu telah dapat di keluarkan dan antara teknik yang digunakan dengan berdiplomakasi, ruqyah dan TRO.

Semasa dalam rawatan, salah satu dari OKS @ bomoh muncul dengan marah (menggunakan mulut pesakit) dan seperti biasa tak puas hati kerana membantu pesakit tersebut. Oleh kerana kedegilannya dan secara kejam menyihir pesakit tersebut,saya tergerak hati membuat TRO keatasnya.
(Dalam keadaan begini, saya dapati ada baiknya sekiranya perawat mempunyai rakan yg membantu bersama, kerana OKS akan cuba balas perawat dengan secara bathin dan halus juga).Ini disebabkan , semasa saya memukul kain pelikat tersebut, pesakit terus bangun dan buat jurusan dan membaling sesuatu kearah saya, beberapa kali. Dengan di bantu oleh rakan, saya juga terpaksa bangun serta membaca ayat pelindung. Dan rakan saya 'mengikat’ pesakit tersebut untuk meredakan keadaan. Entah macam mana, saya mengubah teknik dan terus buat tikaman ke kain pelikat menggunakan besi yg telah diijazahkan. Dengan izin Allah, pesakit kesakitan teruk menarik nafas panjang seperti nak nazak dan langsung keluar.

Akhir sekali saya azankan pesakit dan pesakit kelihatan sudah pulih dan mula bercakap seperti biasa. Tapi saya perhatikan kaki kanannya asyik dihayunkan dan saya macam rasa ada yang tak kena dengan perangai pesakit ini. Lalu saya sengaja bertanya kepadanya, kaki awak tu kenapa tak boleh diam. Pesakit terus menjawab, kaki kiri nya gatal sangat kena gigit nyamuk….sambil dihayun lagi. Pada hal rumah tersebut bersih dan tak rasa apa2 pun sepanjang rawatan.
Dengan tegas saya bertanya lagi, awak ni sebenarnya siapa? Pesakit buat macam biasa, “ni kan saya ustaz”. Saya bertanyakan lagi, kau siapa dan jangan bohong dengan saya. “Ustaz ni saya …..”, seperti bersandiwara.
"Ok baik… kalau awak tak nak berterus terang….ini dihadapan saya ada rotan. Dengan izin Allah kalau awak tak nak keluar awak akan rasakan kesakitan bila saya mula memukul kain ini". Pesakit buat macam biasa juga sehinggakan suaminya pun tak tahu perbezaannya.
(Tergerak di hati saya tidak melakukan scanning seperti biasa, tapi dengan teknik TRO alhamdulillah dapat juga membantu saya dalam mengesan jin yang cuba2 ‘sembunyi’ didalam badan pesakit – You Can Hide But You Cannot Run).

Saya pun mula dgn berdoa semoga 'diwujudkan' mana2 jin2 yg masih ada dalam badan pesakit . Lalu membaca ayat2 tertentu dan mula memukul kain pelikat tersebut berkali2. Pesakit tiba2 mula rasa gelisah serta marah dan minta hentikan pukulan tersebut dan jin itu minta segera ingin keluar kerana tak tahan seperti dibelasah.

Yg lucunya, salah satu dari OKS @ bomoh datang dengan menggunakan mulut pesakit hanya untuk periksa keadaan ‘orang2nya’. Saya berkata padanya …."makhluk yg kau hantar dah tak de lagi…" dan sebelum OKS keluar, beliau berjanji akan mencari yg lagi ‘handal’ untuk menyihir pesakit tersebut.

Semua yang berlaku dengan izin Allah.

PS: Alhamdulillah Ustaz, dan terima kasih kerana kaedah yg baru ini betul2 sungguh berkesan dan flexible.

Wassalam,
Fenomena
S'pura

6th Sense Anjuran Aurashifa



Hujung minggu lepas saya diberi kesempatan dan kelapangan oleh ALLAH mengikuti kursus 6th Sense yang dianjurkan oleh Ust. Rachmat Setiawan dari Aurashifa, Bandung Indonesia.

6th sense atau deria ke enam bukanlah deria baru, ia dimiliki semua yang bernama manusia. Ia adalah otak manusia.

Mengikut Ust. Rachmat yang merujuk kepada pakar-pakar 6th sense seperti Eric mitson dan William J Oubsy (mungkin tersilap catit) otak manusia 12% adalah minda sedar dan 88% minda bawah sedar. Minda bawah sedar ini jika digarap dengan baik maka orang berkenaan akan berjaya menggunakan 6th sensenya.

Orang yang berjaya ke subconciuos mind (SCM) mempunyai beberapa kelebihan seperti:
1. Mampu menghilangkan penyakit pada dirinya
2. Boleh melakukan perlindungan dari sebarang gangguan
3. Boleh mengatur kehidupan dengan lebih baik samada hal2 melibatkan personel, kemasyarakatan dan kewangan
4. Boleh merawat secara hypnoteraphy
5. Dapat melihat makhluk halus tanpa berkhadam atau bersaka

Mengikuti kursus seperti ini sebagai seorang perawat yang meletakan Islam sebagai landasan kehidupan termasuk hal2 rawatan tentulah pada mulanya meletakan tahap kecurigaan samada benar atau hanya suatu penipuan.... adakah ada proses attunement sepertima reiki dsb.

Ust Rachmat telah menggunakan pendekatan ESQ dalam program membuka SCM. Peserta diajak untuk berlindung dengan ALLAH dari gangguan jin dan syaitan, memaafkan semua orang yang pernah melakukan kesalahan kepada kita, mengingati dosa-dosa lampau lantas memohon keampunan dari ALLAH SWT.

Peserta diajar kaedah merehatkan diri dengan mudah dan apabila ini dilakukan maka SCM dapat dibuka.

Saya diuji oleh Ust. Rachmat dalam beberapa keadaan seperti transfer anak saya yang autism kepada diri saya dan melihat fenomena makhluk halus dibelakang seoarang peserta. Kaget juga saya apabila saya adalah anak saya dan disimpulkan kewujudan jin saka yang degil mengganggu anak saya. Ust Rachmat mengajar saya dalam kes autism kena disconect hubungannya dengan alam mereka.... bagaimana? Saya akan ajukan pertanyaan ini lebih lanjut kepada Ust. Rachmat.

Ust. Racmat meminta saya melihat di belakang salah seorang peserta yang gagal memasuki SCM. Saya melihat secara SCM kehadiran makhluk halus dalam bentuk cahaya merah panas.... apakah minda saya sudah terbuka? WALLAHUA'LAM

InsyaALLAH saya akan terus mendalami ilmu ini atas saranan Ust Rachmat kerana ia membantu saya dalam melakukan rawatan. Saya berpendapat teknik Hypnoteraphy ada kesamaan dengan teknik kembara & rawat saya (TKR) dan TKR lebih mudah daripada usha-usha menidurkan pesakit dalam hypnoteraphy. Saya akan lebih memokus kepada membuka SCM saya untuk melihat gangguan pada pesakit saya biizniLLAH.

JazakALLAH khairan katsira untuk Ust. Rachmat dan penganjur.

Keterangan lebih lanjut sila layari http://arshifa.blogspot.com/

Thursday, July 2, 2009

Testimoni 3 -TRO dan Cadangan



Salam, semoga Ust. Majid dan keluarga sihat sejahtera.

Di sini ada dua perkara nak bgtau Ust.

Pertama, testimoni TRO. Saya dah test teknik TRO, memang berkesan. Sebab saya belum beli rotan, saya pakai dulu hanger baju. Memang menjadi, reaksi pesakit seolah-olah kena pukul dengan bat kayu je.

Saya guna tangan dan karate objek, pun menjadi juga (Biiznillah). Lepas itu saya dapat ilham untuk test guna besi rawatan, boleh juga. Kemudian saya dapat lagi ilham untuk tikam objek dengan besi rawatan saya. MasyaAllah, jin tu (pesakit) meraung dengan raungan yang teramat kuat, saya rasa jiran-jiran dua tiga blok pun boleh dengar. Jazakallah. Begitulah penemuan saya.

Kedua saya ada cadangan, apa kata Ust buat satu kursus khas untuk pelatih atau perawat akrine tentang cara-cara bagaimana menghadapi dan men"counter attack" tukang sihir yang memang direct serang kita. Memang kita sudah ada teknik TRO, bakar bata dan TKR dan teknik2 ni berkesan, tapi kalau teknik bakar bata, kita kena cari bata dulu dan dapur gas, TKR pula kena ada orang kedua yang ada jin untuk di tundukkan, nak buat TRO perlu ada objek/alatan perlu cari tempat khas untuk buat.

Jika kita ada di rumah bolehlah buat semua ni, tapi klu kita ada kat tgh bandar/ orang ramai/ tempat kerja macamne?

Memang pendinding tu penting, tapi mengikut pengalaman saya, pendinding saya dah banyak kali di pecahkan oleh tukang sihir yang bersungguh-sungguh nak tumbangkan saya (dia berdendam ngan saya). Nak zikir pendiding panjang2 pun kekurangan masa/ sibuk. Kita berlawan dengan tukang sihir yang ada banyak masa lapang versus kita yang sibuk keje dan nak fokus pada keje.

Mungkin Ust. ada teknik yang lebih cepat, tersusun dan efisien, dan mungkin masih ada ilmu yang belum kami para perawat tahu. Kursus cmni amat berguna terutama kepada perawat2 baru. Ni cuma cadangan saya.

Perkampungan JIn Saka - Darul Islah

Alhamdulillah. Sudah hampir sebulan terbinanya Darul Islah, cuma baru sekarang saya betul-betul berpeluang untuk mengumumkan dalam blog ni setelah mendapat persetujuan dari pihak pentadbiran Darul Islah. Disamping itu, saya dan pihak pentadbiran Darul Islah (DIS) juga telah bersepakat bahawa penempatan baru ini hanya dikhususkan kepada jin-jin warisan/saka sahaja.

Tidak seperti Serambi Madinah (SM) dan Serambi Al-Quds (SAQ), DIS tidak menerima kemasukan jin-jin selain warisan/saka. Jika ada perawat yang menghantar jin-jin selain warisan/saka seperti jin-jin sihir, jin-jin asyik etc, mereka akan secara otomatik di 'transfer' ke SM atau ke SAQ.

Ada banyak sebab kenapa DIS dikhususkan kepada warisan/saka sahaja. Di antaranya ialah kerana statistik kewujudan warisan/saka dalam masyarakat Melayu adalah pada tahap yang tinggi iaitu 80%. Dan diharapkan DIS akan menjadi sebuah penempatan yang lebih FOKUS dalam menyelesaikan permasalahan ini. Lagipun lokasi, infrastuktur, kemudahan-kemudahan, tenaga pengajar dan lain-lain adalah bertepatan dengan maksud tersebut.

Para perawat AKRINE diminta supaya memanafaatkan DIS sebaik mungkin.

Rujukan (blog archive):
1) Pengalaman Merawat - Serambi Al Quds (November 17, 2008)
2) Perawat: Binalah Perkampongan Jin (March 4, 2008)
3) Serambi Madinah (November 24, 2007)

*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah swt*

Blog/web Rawatan

My Favourite

Expose Mistik part-1

Expose Mistik Part 2

Expose Mistik Part 3

Teknik Tidurkan Jin

Senarai Perawat Luar Negeri

KLINIK RUQYAH DI LUAR NEGERI





  • Jordan
  • "Ayesh Quran: Cell: 00962795576723, ayeshquran@yahoo.com (Taibeh, Irbed, Jordan)
  • UK
    • Abu Junaid: 07834326225 (Birmingham and surrounding areas, UK)
    • Abdul Jabbaar: 07976918576 (Huddersfield and surrounding areas, UK)
    • Abu Abdullah As-Salafi: 07737557330 (Birmingham, UK)
    • Abu Abdullah: Ruqyashariyah@yahoo.co.uk, http://groups.yahoo.com/group/RuqyaShariyah/
    • Zaid : 07985667618 (Leicester, UK)
    • Sheikh Abu Hanifah (appears on the Islam Channel Q&A): 0208 471 5766 (London, UK)
    • Ibrahim At-turki: 07719380579 (Hertfordshire, North London)
  • USA
    • Abdulhakim Alhiyafi: (615) 668-2522 (Dallas, Tx 76107), the sheikh works in Sharia Academy and he travels to other states frequently.
    • Ahmad Al-Jabry: (313) 384-4509 (Dearborn, Mi 48126)
  • Germany
    • Abu Sufian: 01625365432 (Bonn)
  • Bosnia and Herzegovina
  • Morocco
  • Pakistan
    • Iqbal Salafi: TEL: 0092 51 5537998 (7AM-3PM PST), Mobile:0092 3335115646, Kashmiri Bazaar near masjid Darus Salaam, Ahl Hadith (RAWALPINDI-PAKISTAN)
  • Egypt
    • Waheed Abdul-Salam Balo: 0020105061850 (Egypt)
  • Yemen
    • Muhammad Al-Imam center (Ma'bar, Yemen)
    • Abdul-Qadir Al-Qudsy center (Al-Qadisiyah, San'a', Yemen)
  • Saudi Arabia
    • Abdul-Azeez Abu Djeen: phone: 4265211, cell: 055415020 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-Subai'y: 055216484 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez bin Jdeed: 055425132 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Abdullah: 054264125 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah As-Sadhan: 055261525 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Nasir Armeeh: phone: 055425132, cell: 055212184 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah Fahd Arsheedy: 0557556976 , 0557992665 (Al-Kharj, Saudi Arabia)
    • Khalid Al-habashy: the imam of Masjid Al-Sulayman (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Munair Arab: (+966) 555708580, www.alroqia.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez Muhammed Al-Kharmy: cell: 055663850, aziz1123@hotmail.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Saleh An-Nah-Has: 0506575057 (At-Ta'ef, Saudi Arabia)
    • Ahmed Ard-dady: office: 048229319, cell: 0505302026 (Al-Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia)
    • 'a'edh Al-Sharary: cell: 053650839 (Tabarjal, Saudi Arabia)
    • Sa'eed Al-Qahtany: 055759590 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Mohammed Arsainy: 055143121 (Buraydah, Saudi Arabia)
    • Khalaf Aal-Baker: 054407544, (Al-aziziyah, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-ataiby: 052388818, 054449429 (Al-Khalidiyah, Saudi Arabia)
  • Kuwait
    • Abdullah Al-hadad: 3842452 (Al-Green, Kuwait)
    • Faysal Al-'anzy: 9279496 (As-Sableekhat, Kuwait)
    • Hady Al-'anzy: 9009019 (Al-Jahra', Kuwait)
    • Mohammed Al-Qaysi: 7989066 (Great Mubarak, Kuwait)
    • Abu Osamah: 7040056 (Kuwait)
  • UAE
    • Salah Abdul-Qader: 050/6111706 (Abu Dhabi, UAE)