Followers

kursus

Kursus Rawatan Islam Terbaru

Tahap 1 : akan diadakan pada 19 - 20hb. September 2015 di Akrine Kuang

Kursus ini akan menekankan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini sesuai bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.

Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:

* Bagaimana alam jin
* Kaedah membenteng diri
* Teknik mengesan kehadiran jin
* Teknik racun
* Teknik dialog
* Teknik mengeluar jin (tarik guna serban / botol)
* Teknik mandian pesakit
* Teknik bakar batu-bata
* Akrionics
* Garis panduan merawat
* Latihan rawatan
Yuran adalah RM250.00 sahaja. Tempat adalah terhad. Hanya peserta Tahap 1 yang layak untuk mengikuti kursus Tahap 2

SMS butiran anda nama, alamat, pekerjaan kepada 019 758 4801

Tahap 2 : akan dimaklomkan

Pada tahap ini hanya bagi mereka yang telah mengikut kursus tahap 1 dan perawat-perawat (bekas pelatih Akrine) yang ingin mengulangkaji / mendalami teknik rawatan. Ia lebih menekankan kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang perawat.

Antara kandungan kursus adalah:

* Persiapan diri seorang perawat
* Keperluan bilik rawatan
* Teknik tikam
* Teknik baling
* Teknik tidurkan jin
* Teknik Kembara dan Rawat (TKR)
* Teknik Rotan Objek (TRO)
* Teknik ambil barang sihir
* Teknik Rawat Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP)
* Teknik Serkupan Azab (TSA)
* Keberkesan Rawatan
* Latihan

Yuran adalah RM250.00 sahaja (sila bank in ke Maybank Islamic 562740110528 Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan)

Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00ptg

Sila sms nama, tempat tinggal, pekerjan dan tahap kursus yang dipohon ke 019-7584801

Tarikh tutup permohonan adalah seminggu sebelum tarikh kursus


Penginapan di tempat kursus bagi peserta lelaki (percuma) dan sesiapa yang memerlukan Homestay sila membuat tempahan( Homestay 1: Tn. Hj. Saad 0126794304 Homestay 2 : En. Majid 0136051892 Homestay 3: Tok 4 Taufik 0122670577) dengan kadar yang segera.

Hotel yang terdekat terdapat di TSB BBaru Sg. Buluh

Kusus Pengukuhan Tahap 3

Tarikh : 15hb. November 2014

Tempat : Dewan Burhanuddin Helmy, Kuang

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Yuran : RM100.00

Thursday, August 27, 2009

Tetamu Tidak Diundang

Sempena bulan Ramadhan Al-Kareem, saya memulakan rawatan lebih awal (9.00pagi) dari hari biasa (9.30pagi) dan menamatkan rawatan sebelum zohor.

Kelmarin saya agak lewat memulakan rawatan kerana urusan-urusan yang di luar jadual. Sekitar 8.50pagi baru saya mandi.

Apabila keluar dari bilik air, isteri saya yang sedang membasuh pinggan memanggil saya kerana melihat sesuatu di luar rumah melalui tingkap berdepan dapur kami. Saya tidak memakai kanta mata, penglihatan tidaklah jelas. Secara samar saya nampak ular sepanjang 2meter sebesar pergelangan tangan seperti ular senduk dengan ekornya berada di dalam longkang rumah saya. Dia menegakkan kepalanya ke arah kami setinggi 1 kaki tanpa bergerak.

Saya panggil pekerja yang sedang menyiapkan bangunan Akrine untuk memukul ular berkenaan. Apabila pekerja berkenaan bergerak mendekatinya barulah dia menoleh ke arah pekerja berkenaan dan apabila mahu dipukul dia dengan pantas melarikan diri ke belukar di belakang rumah saya.

Ketika peristiwa ini berlaku pesakit saya sudah menunggu saya hampir setengah jam di ruang menunggu di depan klinik saya.

Selesai solat dhuha saya memulakan rawatan. Terlintas dihati saya mahu menanyakan jin pada pesakit apakah ular tadi ular betul atau jelmaan jin.

Alangkah terkejutnya saya bahawa ular berkenaan adalah jelmaan jin. Ia adalah rakan kepada jin2 yang sedang mengganggu pesakit. Rupanya dia jin "SB" yang datang seolah-olah memberi amaran kepada kami atau sebab-sebab lain. Kulit jin ini amat menarik dan dia tidak mengembangkan kepalanya seperti ular senduk biasa. Kepalanya agak kecil tidak seperti ular sawa.

Jin2 pada pesakit adalah jin sihir. OKS telah dikenalpasti. Jin2 ini adalah jin kafir. Apabila saya mahu menghantar jin2 ini ke SM mereka menolak lalu saya beri amaran bahawa mereka akan saya hukum untuk ditidurkan, mereka juga menggeleng-geleng tak mahu ditidurkan.

Saya tanya apakah tukang sihir laknatuLLAH yang mengarahkan mereka sudah mati. Mereka mengangguk, lalu saya tanya dari mana mereka datang, mereka menjawab dari Sumetara Indonesia. Apabila saya pelawa menghantar balik ke Indon mereka bersetuju... lalu mereka dihantar ke sana mengambilkira tukang sihir laknatuLLAH sudah tiada lagi. BiizniLLAH

Tuesday, August 25, 2009

Teknik Tidurkan Jin

Atas permintaan saya sertakan video berkenaan. Bacakan selawat tafrijiah sambil berniat berdoa menidurkan jin. Tiup sepoi2 3kali dan berilah arahan seperti dalam video ini:

Saturday, August 22, 2009

Sambungan kisah "Sembelih tapi tak mati"

Pasangan suami isteri datang semula untuk rawatan seterusnya.

Kali ini mereka datang bersama sebaldi tanah yang dikorek dari kawasan yang ditunjukan oleh jin berkenaan.

Suaminya memaklumkan kepada saya bahawa dia tidak dapat mencari pakaian yang dimaksudkan, yang ditemui hanyalah bungkusan plastik yang tertanam sedalam 2 kaki. Tentunya barang yang telah ditanam selama 20 tahun telahpun lunyai dan menjadi tanah.

Jin pada badan pesakit amat gembira. Mengikut suaminya, jin berkenaan menceritakan bahawa dia hidup dari zaman Luth lagi dan pernah menuntut dengan anak murid Imam Al-Ghazali. Ia berasal dari Palestin. Dia dalam rangka ziarah di Malaysia tetapi akhirnya dia ditipu oleh seseorang yang kini berada di Lipis.... saya kurang ambil pusing cerita ini sekadar mendengar sahaja. Yang pasti bahasa jin ini tak pernah saya dengar dan seperti bahasa kuno. Dia berkomunikasi dengan pesakit secara ilham. Hati saya kurang yakin kerana sedang "abang la" dari bangladesh boleh bertutur dalam bahasa melayu hanya dalam tempoh setahun tinggal di Malaysia kenapa jin ini setelah 20 tahun dalam badan pesakit tak reti pulak? wALLAHu'alam.

Tanah yang dibawa saya tawarkan dan bersama suaminya saya buang dalam satu kawasan air yang mengalir.

Kembali menemui pesakit sayapun bertindak mahu mengeluarkan jin berkenaan dan berhasrat menghantarnya ke Mekah. Tarik melalui kaki...gagal. Gunakan teknik tarik melalui mulut, gagal juga...masyaALLAH. Jin itu menangis kerana tak dapat dikeluarkan walaupun tadi dia begitu ceria sambil memohon maaf serta mengucapkan selamat tinggal kepada kami.

Saya ajak pesakit TKR untuk melihat bahan-bahan sihir seterusnya, ternyata terlalu banyak... saya minta dia ambil satu persatu

Saya juga panggil pakar dari Serambi Madinah untuk berbincang dengan jin berkenaan. Saya biarkan mereka berbincang dan akhirnya bertanya apa pandangan jin Serambi Madinah. Menurutnya jin ini perlukan masa untuk keluar. Ia terlalu tua dan lemah.

Saya akhiri rawatan dengan menidurkan jin berkenaan. Saya dimaklumkan oleh jin itu bahawa masih banyak jin2 lain dalam tubuh wanita berkenaan. Dia tumbang tertidur setelah ditidurkan biizniLLAH

Saya syorkan wanita itu mengamalkan minum air 7 mubin setiap hari.

Malam tadi saya mendapat panggilan dari pesakit memberi khabar gembira bahawa jin berkenaan telah keluar dari tubuh pesakit... alhamduliLLAH, la quwata illa biLLAH

Thursday, August 20, 2009

Kisah malang seorang pesakit

Dua hari yang lepas saya merawat seorang wanita yang datang pertama kalinya ke Akrine. Suaminya pernah datang membawa ibunya 2 minggu yang lalu.

Suaminya memberitahu saya bahawa ibunya telah pulang ke rahmatuLLAH seminggu selepas dirawat di Akrine. Dia membakar batu-bata selama 3 hari berturut2 dan sepanjang pembakaran almarhumah dalam kepanasan. Takdir ALLAH dia menghembuskan nafas beberapa hari selepas itu.

Saya tanya kenapa tak bawa isteri semasa rawatan ke atas ibunya, katanya sebelum ini dia tak tahu isterinya ada masalah. Dia hanya mengetahui apabila dia membawa ibunya berserta isterinya di rawat di sebuah pusat rawatan di Lembah Kelang. Tujuan asal hanyalah untuk merawat ibunya dan isterinya hanya menemani sahaja. Tetapi apabila ibunya dirawat isterinya kerasukan.

Dan inilah nasib malang yang dimaklumkan kepada saya:

Isterinya telah dirawat secara berkumpulan, dipicit dan ditekan hampir seluruh badannya. Mentelahan pula badan isterinya agak besar maka bertarunglah dia dengan perawat-perawat berkenaan.

Natijahnya,

tengkuknya biru dan sakit kerana ditekan oleh perawat2.

Apa yang lebih malang?

Telinganya kurang pendengaran kerana diazankan dengan sekuat2 suara oleh perawat2 dekat dengan cuping telinganya....

Saya hormat semua perawat, itu hak anda melakukan teknik rawatan anda dan anda bertanggungjawab di depan ALLAH terhadap apa yang anda lakukan.

Sekadar mengingatkan kembali pesanan guru saya, "apabila anda merawat, pastikan pesakit pulang samada sama seperti dia berjumpa anda atau lebih pulih dari itu... jangan pesakit balik dari rawatan lebih teruk sebelum dirawat" pesanan TGHD

Kita tidak bercakap dari segi kesembuhan, itu hak ALLAH tetapi mari berbincang dari segi teknik rawatan.

Kenapa perawat azan kuat2 di telinga pesakit hingga pesakit pecah gegendang telinga? Adakah anda beranggapan bahawa azan itu menyakitkan jin yang mengganggu?

Jika itu anggapan perawat, anda silap dan anda hilang pergantungan dengan ALLAH...

Pelatih Akrine saya peringatkan bahawa mana2 bacaan ruqyah tidak memberi sebarang kesan... tetapi itu adalah sunnah. Jika anda beranggapan ayat2 tertentu mempunyai "power" tertentu anda hampir sahaja menduakan ALLAH, na'uzubiLLAH...

Mana2 ayat yang kita baca ia lebih merupakan doa memohon pertolongan ALLAH, saya amat takut kalau ada di antara kita beranggapan ayat itulah yang mesti dibaca. Sebagai contoh kita menggunakan Al-Fathi 1-3 bagi tujuan membuka ikatan. Bila anda baca ayat tersebut apakah yang ada pada hati anda? Bagi saya, saya katakan ya ALLAH aku memohon agar ikatannya dibuka lantas membaca ayat berkenaan sebagai pelengkap permohonan doa itu.

Kenapa perawat berkenaan azan senyaring2nya di cuping telinga pesakit. Jika dia beranggapan azan berkenaanlah yang ada "power" maka dia tersasar dari bantuan ALLAH. Sunnahnya azan, bukan azan dengan kuat... anda azan sahaja dalam keadaan tenang dan berdoalah dengan keyakinan mafhum hadis bahawa syaitan takut mendengar azan, ya ALLAH gementarkanlah musuhku ini dengan kalimah2 yang mulia ini...

Kenapa masih ada perawat masih berperang dengan pesakit... anda tekan dia, anda picit dia, anda rotan kakinya? Hentikanlah...

Anda tekan dia dengan hasrat biar jin itu sakit dengan tekanan anda, apakah anda meletakan kekuatan fizikal anda berdepan dengan makhluk halus.... masihkah ada pergantungan dengan ALLAH bila anda memicit atau menekan pesakit? jika ada alhamduliLLAH jika tiada saya amat takut anda berubah niat... anda seorang lelaki memicit seorang wanita? Mana batas auratnya? Bagaimana panjangpun janggut anda... awas! Saya maafkan jika keadaan terdesak seperti anda diserang pesakit atau pesakit melarikan diri sepertimana pengalaman di Jerantut.

Sebenarnya andalah yang menentukan teknik rawatan anda... jika anda berlembut dengan jin, jin hormat anda walaupun dia jahat. Samalah kaedahnya anda berdepan dengan orang yang bengis....Sibengis akan tercabar bila anda juga menunjukan kebengisan anda... jika anda menunjukan keegoaan anda, membalasah jin sampai nak rak apakah tindakbalas yang akan anda terima.... sudahkah anda berdoa sebelum melakukan rawatan memohon ALLAH memudahkan rawatan? sudahkah anda meletakan diri anda sebagai perawat dai'e atau perawat samsing?

Tulisan ini saya tujukan kepada semua perawat, dengan harapan agar kerja2 rawatan ini benar2 dilandasan yang diredhai ALLAH. Saya juga mengharapkan teguran anda kerana saya juga insan yang lemah.

Ikhlas dari saya..

Tuesday, August 18, 2009

Update Pusat Rawatan Akrine

Ada sesiapa nak derma 3unit split 1HP aircond berharga RM3K?


Friday, August 14, 2009

Antara sembelih dan tidurkan jin

Sejak 2 hari yang lalu saya tidak melakukan teknik sembelih jin (TSJ) tetapi memmfokuskan kepada teknik menidurkan Jin (TMJ).

Hari pertama rawatan saya berdepan dengan beberapa kes teruk seperti seorang pesakit warga emas yang disihir sehingga hilang kesedaran ie lupa melampau dan seorang wanita 40an yang mengalami gangguan berpunca dari hesteria semenjak mengambil SPM lagi.

Saya tidurkan jin pada warga emas, apabila ditiup sahaja kepala pesakit dengan izin ALLAH pesakit terlena lebih kurang 5 minit. Nampak very responsive.

Bagi wanita usia 40an kurang keberkesanannya, bahunya sahaja yang bergoyang dan saya minta pihak keluarga beri tempoh sebulan datang semula untuk rawatan ulangan sekiranya tiada perubahan.

Seorang penuntut pengajian tinggi kerasukan apabila saya mahu menidurkannya. Katanya dia tak mahu tidur dan memilih untuk masuk Islam dan minta dihantar ke SM. Sudah agak lama saya tidak mengislamkan jin, alhamduliLLAH hari itu saya diberi kesempatan oleh ALLAH SWT berbuat demikian.

Pelajar ini seterusnya terangguk-angguk lemah menunjukan proses peniduran sedang berlaku. Di suatu ketika dia kerasukan lagi mengatakan dia tak mahu tidur dan tak akan tidur. Saya nampak jin ini cuba melawan mengantuknya dan berteriak kuat. Akhirnya minta dipindahkan kerana katanya nanti bos dia marah kalau dia tidur. Jin ini dikeluarkan dan kegiatan terangguk-angguk berterusan sehinggalah pelajar ini sedar sendiri.

Hari kedua yakni kelmarin dan malam tadi saya teruskan kaedah dengan keputusan yang amat meyakinkan saya...

"tidur, tidur, semua tidur dengan amat mengantuknya, tidur dengan penuh santai, tidur untuk satu masa yang panjang sehingga anda keluar dari tubuhnya dengan keadaan tudur, anda keluar semasa dia mandi atau buang air, anda tidur sehingga satu masa yang panjang sehingga suatu masa ketentuan ALLAH" inilah antara kata2 hipnotesis kepada jin2 pada badan pesakit. Pesakit melentuk dan rebah tanda jin2 ini sedang tidur.

Hari kedua jua saya mengislamkan satu lagi jin yang menyerang seorang wanita. AlhamduliLLAH

Saya berpendapat TMJ amat baik digunakan bagi kes gangguan sihir dan saka dengan kuantiti jin yang ramai. TSJ pula adalah senjata kecemasan ketika jin2 bertindak aggresif menyerang pesakit seperti menyekik pesakit, pesakit sukar bernafas dsb.

Kesan TMJ menyebabkan semua jin dari semua lapisan tidur dan tidak menjalankan missionnya mengganggu pesakit. Pesakit akhirnya perlu dibenteng dari segenap penjuru dari serangan yang baru.

Sunday, August 9, 2009

Kes Pelajar Jerantut - Pandangan Saya

Kelmarin saya bersama 8 perawat lain telah diminta untuk merawat gangguan kepada 9 orang pelajar sebuah sekolah berasrama di Jerantut.

Maklumat awal kami dimaklumkan bahawa peristiwa ini sudah berlaku genap setahun yang lalu berpunca dari permasalahan dalaman sekolah. Beberapa siri rawatan telah dilakukan oleh perawat2 tetapi belum berhasil merungkai masalah. Ia melibatkan 7 orang pelajar tingkatan 5 (perempuan), seorang pelajar perempuan tingkatan 6 dan seorang pelajar tingkatan 3 lelaki.

Kami berbincang teknik rawatan setelah mendengar taklimat guru@perawat yang menjemput kami. Saya mencadangkan untuk menidurkan semua jin2 pada setiap pelajar dan melakukan TKR. Salah seorang perawat diminta sentiasa melakukan pemagaran kerana pengalaman rawatan sebelum ini apabila dikeluarkan jin2 baru akan masuk.

Pelajar diatur panjang dan setiap perawat dikehendaki menjaga seorang pelajar.

Beberapa pelajar sudah mula aggresif. Bang Mei dan cikgu Fakhruddin cuba berbincang dan mengawal keadaan. Pelajar berkenaan sudah berdiri dan ada yang berlari, keadaan sudah diluar kawalan. Cikgu Sarji berdepan dengan pelajar lelaki yang sedang kesakitan. Saya berdepan dengan pelajar tingkatan 6 yang mula2 terketar tangannya dan apabila proses rawatan dimulakan ia bertindak aggresif menanggalkan tudungnya dan berlari ke arah pintu surau.... bermulalah adegan kejar mengejar dsb.

Rawatan bertukar kepada usaha2 menangkap pelajar, menyembelih dan mengikat. AlhamduliLLAH tidak semua pelajar yang bertindak aggresif, 5 yang lain sedia menanti rawatan kami.

Kami bermesyuarat semula... kesimpulannya kami berdepan dengan teknik gangguan yang sukar. Punca atau pusat kawalan gangguan mestilah dicari.

Secara TKR pelajar lelaki oleh Akrinebera mendapati ia berpusat di negeri pantai timur. Kami secara beramai2 bertindak menyerang pusat ini biizniLLAH

Saya minta TKR dilakukan kepada seorang pelajar yng kurang aggrsif. Gambarannya pelajar2 ini pernah masuk ke dalam sebuah gua dan penghuni2 marah kerana pelajar2 ini melakukan kerosakan tempat mereka. Bila diminta negotiate, mereka minta pulut kuning, apabila kami tak mahu mereka berkata "mintalah tolong kepada tuhanmu!". Pelajar ini mengakui mereka pernah pergi ke gua berkenaan secara kelompok bersama guru mereka dan menafikan ada merosak atau mengambil mana2 barang kerana telah dinasihatkan oleh guru mereka.

Disini saya dapati dakwaan berkenaan penyihiran terhadap pelajar sekolah adalah tidak tepat.

Saya ajak cikgu Sarji TKR seorang pelajar wanita yang terikat satu badan tetapi masih meronta dan aggresif. Hal yang sama berpunca dari gua... setelah kami negotiate, memohon maaf, pelajar ini jaga dari kerasukannya. Ini meyakinkan saya bahawa ia bukan isu sihir semata.

Approach seterusnya kepada pelajar tahun 6 yang paling aggresif. TKR menunjukan hanya ada satu jin sahaja pada pelajar ini, ia seorang puteri dari awan. Mendengar perkhabaran ini saya berpendapat ia agak sukar kerana ia adalah suku-sakat jin ifrit yang boleh menyebabkan seseorang gila jika tidak dirawat segera. Kami tawarkan 3 orang putera jin, dia tetap menolak... kami tinggalkan dan menumpukan kepada pelajar lelaki yang selalu kesakitan.

Teknik berbicara dengan jari dilakukan. Ternyata ada jin saka pada tubuh pelajar ini. Ikrar pemutus dilakukan bersama dengan ayahnya. Jin disuruh keluar tetapi degil maka penyembelihan dilakukan. Pelajar jaga selepas itu.

Seorang pelajar yang mulanya tenang tetapi sudah mula aggresif. Dia bercakap dalam bahasa Inggeris. Scan dilakukan, padanya ada jin khunsa yang mengajak jin khunsa mat saleh tinggal ditubuh pelajar ini. Saya ajak ayahnya untuk melakukan ikrar pemutus dan kemudian mengeluar/menyembelih jin2 saka berkenaan. Kemudian jin2 mat saleh dikeluar/sembelih kecuali ada satu yang degil. Katanya dia sudah jatuh cinta dengan pelajar ini. Jin in saya tidurkan.

Akhirnya kami depani tuan puteri tetapi sehinggalah waktu maghrib, siputeri masih tidak dapat disembelih/dikeluarkan.

Pada kesimpulannya saya mendapati pelajar2 ini adalah "terbuka" kepada gangguan kerana kewujudan jin saka pada diri mereka.

Gangguan adalah bukan dari faktur yang sama tetapi adalah gabungan dari faktur2 lain disamping usaha2 penyihiran yang dihadapi pihak sekolah

Saturday, August 8, 2009

Sembelih tapi tak mati

Hari ini nisfu sya'ban, ramai pesakit yang dirawat melakukan puasa sunat. AlhamduliLLAH kesedaran sebegini banyak membantu dan memudahkan pertolongan ALLAH.

Seorang wanita dirawat untuk kali kedua setelah rawatan pertama dilakukan sepuluh hari yang lalu. Dia juga berpuasa sunat. Oleh yang demikian saya pastikan dia tidak pengsan semasa rawatan.

Apabila dirawat dia menangis dan terketar-ketar. Saya uji secara TRO siapa dan kenapa dia mengganggu wanita ini. Dalam ketakutan jin pada wanita ini bercakap dalam bahasa yang saya tak faham. Saya tanya pesakit, apakah dia masih sedar? katanya dia sedar dan mengetahui apa yang sedang berlaku.

Oleh kerana bahasanya saya tak faham, saya teruskan rawatan dengan usaha-usaha menarik jin secara serban setelah membuka ikatan. Malangnya jin itu masih ada pada pesakit.

Setelah diberi amaran saya lakukan penyembelihan. Selesai sembelih dia masih terketar, menangis dan bercakap dalam bahasa yang saya tak memahami. Saya perbaiki teknik penyembelihan dengan teknik membuka perisai dan azan, sembelih... masih tak mati!

Saya tingkatkan usaha menyembelih dengan azan 7 kali... sembelih, tapi tak mati.

Setelah 3 kali usaha membunuh jin ini gagal saya ambil kesimpulan ALLAH tidak mengizinkan saya membunuhnya. Jin ini tidak bersalah dan kekhilapan dilakukan oleh orang lain samada pesakit atau lingkuangan sekitarnya.

Apabila saya beritahu sahaja pesakit dan suaminya, jin berkenaan menangis dan mengangguk kuat sambil berkata2 seolah-olah meminta tolong.

Saya minta pesakit memejamkan mata sambil berbicara dengan jin yang mengganggu. Pesakit memberitahu lintasan hatinya bahawa ia ada kena-mengena dengan perkahwinan mereka yang tidak direstui keluarga suami. Lintasan seterusnya membayangkan bahawa teknik yang digunakan adalah dengan menanam pakaian pesakit yang dipakai semasa melahirkan anak yang kedua 20 tahun yang lalu. Pakaian ini ditanam di kawasan tertentu di rumah orang tua suaminya.

Lantas saya bercakap dengan jin berkenaan apakah ini benar, dia mengangguk dan mengiyakan semua pertanyaan saya. Janji saya, saya akan bebaskan dia dan minta suami pesakit mencari pakaian berkenaan.

Perkara ini boleh dilakukan kerana pesakit adalah 2 dalam 1. Jin dibadan boleh trigger apabila diperlukan. Saya arahkan jin ini menunujukan tempat pakaian ditanam dan apabila lokasi yang dikorek ditemui jin ini perlu memberi isyarat. Jin ini bersetuju dan akan melakukan seperti yang saya suruh....

Kita tunggu perkembangan selanjutnya...

Friday, August 7, 2009

Mari Test Mata

Cuba anda perhatikan imej dalam botol ini, apa yang anda nampak? Sila komen nanti saya ceritakan kisah rwtnnya... insyaALLAH





Ok ini cerita rawatan dan kaitan dengan 2 gambar di atas:

Seorang wanita yang telah saya rawat sebelum ini mengadu sakit pinggang melampau sehingga sukar untuk bergerak. Semasa urusan temu-janji rawatannya saya juga sedang sakit pinggang tahap dua... hampir saja saya menyimpulkan bahawa serangan ke atas saya adalah juga bersumber dari serangan terhadap wanita ini.

Sebagai perawat saya berikhtiar untuk merawat diri sendiri sambil dibantu oleh rakan-rakan seperjuangan. Saya niat hukum qisas yakni pulangkan kesakitan ini kepada yang buat angkara.

Apabila rawatan dilakukan kepada wanita ini saya fokuskan kepada pinggang kanan dan kiri. Menggunakan buluh betong saya tekan pinggang kiri sambil wanita berkenaan melakukan TKR. Saya berdialog dengan jin yang mengganggu, ia jin betina yang sudah tua. Katanya tuan dia marah kerana wanita ini membantu seorang wanita yang diserangnya sebelum ini. Saya tanya apa bantuan yang diberikan, katanya wanita ini telah mencadangkan jirannya untuk dirawat secara rawatan Islam.

Setelah ditenyeh akhirnya dia setuju keluar. Oleh kerana dia sudah tua saya tarik dengan botol lalu dihantar ke SM dan gambarnya diabadikan pada gambar di bawah.

Apabila rawatan disebelah kanan dilakukan keluar suara garau jin lelaki. Saya tanya adakah dia yang menyakitkan pinggang wanita ini? Dia mengaku dialah yang berbuat demikian atas arahan sepertimana jin betina berkenaan. Saya tanya adakah kumpulannya yang menyerang saya... jin ini menafikan.

Setelah perundingan dijalankan dia setuju keluar dan penghantaran secara transit botol dilakukan biizniLLAH. Gambarnya dirakam pada gambar di atas.

Oleh kerana wanita ini melakukan TKR dia melihat jin lelaki dan betina dalam kembaranya. Jin jantan berkepala yang amat besar, mata terjojol keluar dan saiz badan yang kecil. Sementara jin betina pula sudah kurus, putih dan tua.

Gambaran ini bertepatan denga gambar yang saya rakam. Gambar2 ini bukan super-impossed kerana saya bukanlah ada kemahiran bab-bab ini.

wALLAHu'alam

Wednesday, August 5, 2009

Pengalaman Merawat 25 : Jin Barah

Pengalaman ini adalah perawat yang pernah dilatih diAkrine dan adakalanya menggunakan nama samaran Muallij. Ia bukan pengalaman saya, harap maklum dan mari berkongsi pengalaman beliau:

Agak mengecewakan apabila rawatan ke atas dua pesakit kanser yang mendatangi saya gagal menemukan apa-apa kaitan dengan makhluk halus. Kegelisahan saya mula bertambah apabila tidak lama selepas rawatan tersebut, salah seorang rakan sekolah saya meninggal dunia akibat kanser payudara. Semenjak ketiga-tiga peristiwa tersebut saya mula mencari-cari jawapan kepada penyakit kanser dan kaitannya dengan makhluk halus.

Sebenarnya dalam 'Pengalaman Merawat 24', saya pernah bertanya kepada jin resdung perihal kanser, dan secara tegasnya beliau menyatakan bahawa kanser adalah berpunca dari jin dan cara rawatan TB3 adalah yang paling berkesan. Bermula dari hari itu saya mula berdoa supaya Allah temukan saya dengan mana-mana pesakit kanser bagi saya mencuba kaedah TB3.

Alhamdulillah, akhirnya pada suatu hari saya dikunjungi oleh seorang pesakit kanser payudara yang pernah menjalani pembedahan dan beberapa sesi chemotherapy.

Saya mulakan rawatan seperti biasa walaupun hati saya seperti mendesak supaya saya terus melakukan TB3. Teknik scanning yang dilakukan telah menyebabkan wanita ini mengantuk dan tersengguk-sengguk.

Saya: "Akak mengantuk ke?"
Pesakit: "Ya la, akak mengantuk sangat-sangat."
Saya: "Kalau ngantuk sangat, tidur la..."
(Pesakit terus tidur dengan nyenyaknya dalam keadaan kaki berlunjur dan badannya bersandar pada dinding)

Saya perasan bahawa yang tidur tu bukanlah pesakit malahan dia sebenarnya adalah watak jin yang berada dalam badannya. Saya kemudiannya cuba memanggil jin yang tidur tu dengan pelbagai kaedah namun tiada hasilnya. Setelah saya menggunakan TRO, barulah kelihatan air mata mula mengalir keluar dari mata pesakit yang sedang dipejam rapat. Barulah saya tahu bahawa jin kesakitan akibat TRO.

Saya: "Kamu jin kanser ke?"
Jin: (mengangguk-angguk perlahan)
Saya: "Kamu dah tua sangat ke?"
Jin: (mengangguk-angguk perlahan)
Saya: "Saya mahu kamu tinggalkan dia kerana Allah."
Jin: (mengangguk-angguk perlahan)

Proses tarik dilakukan pada tangan kanan (berdekatan dengan payudara kanan yang sakit). Semasa proses tarik, pesakit sedar dan beritahu yang tangan kanannya terasa amat panas. Saya sendiri juga dapat merasakan haba kepanasannya.

Setelah jin-jin tersebut telah ditarik keluar, saya mulakan bacaan ruqyah kepada pesakit sambil memegang kepalanya. Secara tiba-tiba air bisa mula keluar tanpa henti dari payudara pesakit. Bau yang tidak menyenangkan juga mula memenuhi bilik rawatan. Pesakit mula mengadu kesakitan yang amat pada payudaranya. Beliau seperti menggelupur kesakitan. Maknanya sebahagian jin-jin yang tidak keluar telah mula tunjuk lagak dan protes.

Saya cuba menggunakan teknik TRO tetapi ia gagal memberi kesan kepada jin-jin yang mengganggu. Amaran akan disembelih pun gagal menakutkan mereka. Akhirnya saya buat keputusan untuk menggunakan TB3.

SubhanAllah, tak sampai 3 minit kesakitan hilang serta merta dan pesakit terus bangun dari baringan. Bermakna kesan dari bakaran telah terkena kepada jin-jin kanser tersebut. Saya kemudiannya menyarankan supaya mereka meneruskan TB3 di rumah.

TB3 - Teknik Bakar Batu Bata
TRO - Teknik Rotan Objek

*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah swt*

Blog/web Rawatan

My Favourite

Expose Mistik part-1

Expose Mistik Part 2

Expose Mistik Part 3

Teknik Tidurkan Jin

Senarai Perawat Luar Negeri

KLINIK RUQYAH DI LUAR NEGERI





  • Jordan
  • "Ayesh Quran: Cell: 00962795576723, ayeshquran@yahoo.com (Taibeh, Irbed, Jordan)
  • UK
    • Abu Junaid: 07834326225 (Birmingham and surrounding areas, UK)
    • Abdul Jabbaar: 07976918576 (Huddersfield and surrounding areas, UK)
    • Abu Abdullah As-Salafi: 07737557330 (Birmingham, UK)
    • Abu Abdullah: Ruqyashariyah@yahoo.co.uk, http://groups.yahoo.com/group/RuqyaShariyah/
    • Zaid : 07985667618 (Leicester, UK)
    • Sheikh Abu Hanifah (appears on the Islam Channel Q&A): 0208 471 5766 (London, UK)
    • Ibrahim At-turki: 07719380579 (Hertfordshire, North London)
  • USA
    • Abdulhakim Alhiyafi: (615) 668-2522 (Dallas, Tx 76107), the sheikh works in Sharia Academy and he travels to other states frequently.
    • Ahmad Al-Jabry: (313) 384-4509 (Dearborn, Mi 48126)
  • Germany
    • Abu Sufian: 01625365432 (Bonn)
  • Bosnia and Herzegovina
  • Morocco
  • Pakistan
    • Iqbal Salafi: TEL: 0092 51 5537998 (7AM-3PM PST), Mobile:0092 3335115646, Kashmiri Bazaar near masjid Darus Salaam, Ahl Hadith (RAWALPINDI-PAKISTAN)
  • Egypt
    • Waheed Abdul-Salam Balo: 0020105061850 (Egypt)
  • Yemen
    • Muhammad Al-Imam center (Ma'bar, Yemen)
    • Abdul-Qadir Al-Qudsy center (Al-Qadisiyah, San'a', Yemen)
  • Saudi Arabia
    • Abdul-Azeez Abu Djeen: phone: 4265211, cell: 055415020 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-Subai'y: 055216484 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez bin Jdeed: 055425132 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Abdullah: 054264125 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah As-Sadhan: 055261525 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Nasir Armeeh: phone: 055425132, cell: 055212184 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah Fahd Arsheedy: 0557556976 , 0557992665 (Al-Kharj, Saudi Arabia)
    • Khalid Al-habashy: the imam of Masjid Al-Sulayman (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Munair Arab: (+966) 555708580, www.alroqia.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez Muhammed Al-Kharmy: cell: 055663850, aziz1123@hotmail.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Saleh An-Nah-Has: 0506575057 (At-Ta'ef, Saudi Arabia)
    • Ahmed Ard-dady: office: 048229319, cell: 0505302026 (Al-Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia)
    • 'a'edh Al-Sharary: cell: 053650839 (Tabarjal, Saudi Arabia)
    • Sa'eed Al-Qahtany: 055759590 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Mohammed Arsainy: 055143121 (Buraydah, Saudi Arabia)
    • Khalaf Aal-Baker: 054407544, (Al-aziziyah, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-ataiby: 052388818, 054449429 (Al-Khalidiyah, Saudi Arabia)
  • Kuwait
    • Abdullah Al-hadad: 3842452 (Al-Green, Kuwait)
    • Faysal Al-'anzy: 9279496 (As-Sableekhat, Kuwait)
    • Hady Al-'anzy: 9009019 (Al-Jahra', Kuwait)
    • Mohammed Al-Qaysi: 7989066 (Great Mubarak, Kuwait)
    • Abu Osamah: 7040056 (Kuwait)
  • UAE
    • Salah Abdul-Qader: 050/6111706 (Abu Dhabi, UAE)