AlhamduliLLAH kursus intensif rawatan dapat diselesaikan seadanya.
Sehari sebelum kursus dijalankan saya kena attack tetapi tak jelas adakah kerana kursus ini atau hal lain, yang nyata ianya hampir sahaja membatalkan kursus kerana serangannya boleh menggagalkan kemampuan saya... apa tidaknya, saya kehilangan suara!
Mungkin berkat doa semua serta langkah2 tahsin diikuti solat hajat berterusan memohon dipermudahkan segala urusan, ALLAH melindungi saya dengan memulihkan suara seadanya... oleh kerana suara saya dalam keadaan "reserve" saya tidak dapat beramah mesra dengan peserta kursus walaupun hajat dihati saya mahu mengenali semua muallij dan bakal muallij yang datang.
Kursus kali ini telah pergi ke peringkat antarabangsa, Akrine menerima penyertaan dari Brunei Darussalam dan juga Nigeria. Peserta Brunei tentunya tidak bermasalah tetapi wakil dari Nigeria, saya tak pasti. Mengikut rakan yang menemaninya, bahawa peserta dari Nigeria ini adalah seorang Muallij di benua Afrika sana. Beliau banyak berdepan dengan "vodoo" dan ada mempunyai teknik rawatan tersendiri seperti penggunaan sabun yang telah dirukyah.... ini idea yang baik juga, kenapa tak rukyah sabun saja... mudah2an sdra kita ini akan terus maju jaya. Kursus ini juga menerima kehadiran peserta-peserta dari Sabah dan Sarawak... alhamduliLLAH
Kursus kali ini juga mencatat penyertaan paling ramai dalam record Akrine Kuang, dengan penyertaan hampir 100 orang. Angka 100 mungkin menjadi kenyataan jika beberapa guru yang pada mulanya mendaftar telah terpaksa menarik diri kerana hari Sabtu diisytiharkan sebagai hari sekolah gantian sempena Tahun Baru Cina.... namun beberapa guru tetap komited untuk menghadiri kursus dengan meminta saya menyediakan surat sokongan dan akuan penyertaan kursus.
Saya juga tak sempat beramah mesra dengan rakan-rakan muallij yang secara ikhlas membantu saya, Ust. Marzuki, Ust. Zed, Sdra. Syed Fadhillah, Sdra Zam, sdra Syahid dll nama, ini kerana suara yang perlu dijaga serta kekangan masa kursus yang saya cuba berikan sebaik mungkin. Saya mengucapkan jazakALLAHu khairan jazak kepada anda semua. Saya doakan peratautan hati sesama kita sebagai perawat dalam mencari mardatiLLAH.
Beberapa penambah-baikan kursus telah diadakan sesuai dengan perkembangan teknik dan cadangan peserta kursus terdahulu. Pengenalan teknik 18-81 yang mengurangkan sentuhan kepada pesakit dan Akrionics telah diperkemaskinikan. Nota zikir tahsin juga telah diterjemah bagi memudahkan penghayatan ayat-ayat yang digunakan sebagai tahsin dan rukyah Akrine... insyaALLAH akan diperbaiki lagi dengan mengikut urutan dalam Al-Quran sepertimana cadangan dari peserta, terima kasih.
Saya telah cuba memberi sebaik mungkin kandungan kursus ini tetapi saya yakin masih banyak lompang-lompang yang perlu diperbaiki. Oleh yang demikian, saya memohon jutaan kemaafan kepada semua peserta... jika ada maklumat yang tidak tepat, senda-gurau yang menyinggung perasaan, makanan yang kurang enak, tidur yang tidak lena, layanan yang kurang mesra, dll.... MAAFKANLAH kami.
Saya sedang menunggu gambar-gambar yang diambil oleh rakan muallij untuk di"upload" dalam catatan ini. Harap bersabar.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
5 comments:
saya salah seorang peserta AKRINE,sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas segala ilmu,tunjuk ajar dam pengalaman ustaz dalam mengajar kami.
Salam ustaz,terima kasih di atas segala ilmu yang dicurahkan sepanjang kursus. Sy pun tgh tggu pic ms kursus. Salam persahabatan kepada semua sahabat2 muallij.
Terima kasih ustaz... doakan kejayaan kami, insyaAllah..
Taniah ustaz majid diatas penyertaan yang menggalakan.
Saya berhajat ingin mengajak ustaz buat kursus di kuantan. ni bukan main-main ni betul ni. cuma minta ustaz luangkan tarikh dan hari yang sesuai lah. bukan apa kesian saudara-saudara kita belah pantai timur termasuklah yang tengah bertaip ni ha.
Salam semua..
Salam persahabatan kepada semua sahabat2 muallij...
Terima kasih di atas segala ilmu yang dicurahkan sepanjang kursus. Insyaallah akan kami amal kan..
Doakan kami
Post a Comment