Biasanya saya hanya akan melakukan rawatan ulangan selepas julat masa 10 hari dari rawatan pertama, tidak kira pesakit berada dalam kondisi "teruk" ataupun tidak. Persoalannya kenapa demikian? kenapa tidak dilakukan lebih awal dari itu?
Saya berdepan dengan beberapa kes berat.
Antaranya seorang wanita mengadu kena santau dan telah dirawat oleh beberapa perawat sebelum saya. Kali pertama saya merawat, saya "scan" dan mendapati dia tidak ada gangguan. Tentunya wanita ini agak kecewa dengan saya kalau saya katakan puan tidak ada gangguan. Saya beritahu dia bahawa makhluk berkenaan sudah cabut lari sebelum puan berjumpa saya, jadi puan buat saat ini tidak ada gangguan.
Jawapan sebegini melegakan pesakit dan tentunya juga saya sendiri. Saya ajar dia apa yang biasa saya berikan kepada pesakit dan minta dia mengamalkan sehingga 10 hari.
4 hari kemudian dia, suami serta kedua orang tuanya datang semula sebelah malam tanpa temu janji. Dia tahu bahawa saya tidak merawat waktu malam, semua rawatan mestilah secara temu-janji dan tempoh 10 hari yang saya tetapkan belum berakhir. Katanya dia hanya datang untuk membeli bahan-bahan rawatan saya terutama aromatherapy yang telah habis. Wajahnya ceria, suaminya ceria dan kedua ibu-bapanya jua ceria. Katanya semenjak rawatan sehinggalah sekarang dia tidak lagi diganggu dan jika adapun dia telah mampu mendepaninya. Dia dan suaminya juga telah rajin beribadat kepada ALLAH dan menukar gaya hidup mereka.
Setelah 10 hari dia bersama keluarga datang lagi untuk rawatan ulangan. Saya "scan" dan sekali lagi saya gagal mengesan sebarang gangguan. Wanita ini belum dikurniakan anak. Saya ruqyah mudah2an dia dipermudahkan mendapat zuriat.
Selepas rawatan kepadanya saya minta sisuami untuk dirawat sekali, sebagai pelengkap rawatan mandul. Suaminya tiada halangan...
Apabila saya rawat, kakinya bergetar kuat dan akhirnya dia menjadi dua dalam satu. Jin sakanya terperanjat, bagaimana selama ini dia bersembunyi tiada seorangpun perawat yang tahu tetapi saya berjaya mengesannya. Lebih dahsyat dari itu adalah pengakuannya bahawa dialah yang menyetubuhi isterinya, memakan telur dan janin sebagai balasan/upah melindungi sisuami dari serangan musuh.
Sisuami sedar dan kadang-kadang bercakap dengan saya dan adakalanya jin saka "take-over" perbualan. saya gunakan teknik TKR, maka bergaduhlah siempunya badan dengan sakanya.
Saya tutup rawatan, sisuami masih dalam situasi 2 in 1 tetapi boleh control.
Saya tegaskan rawatan ulangan adalah the next 10days.
Sisuami seorang yang tak sabar.... dia ke hulu dan ke hilir untuk dirawat.
Setelah 10 hari saya rawat semula tetapi ternyata dia sudah "pulih". Saya tamatkan rawatan.
Selang beberapa hari saya mendapat maklumat bahawa sisuami telah memfitnah saya apabila dia berjumpa dengan perawat lain. Katanya saya telah memasukan jin ke dalam tubuhnya. saya tak tahu perawat berkenaan termakan atau tidak pembohongan berkenaan.
Kenapa semasa rawatan pertama saya dapat mengesan jin saka sisuami dan yang kedua tidak?
Rawatan yang pertama, sisuami memang ikhlas untuk dirawat. Dia ikrar kata pemutus dengan ikhlas tetapi rawatan kedua dia sebenarnya hanyalah untuk menyenangkan hati isteri dan kedua mertuanya bahawa dia sudah sihat. Dia sayangkan jin sakanya dan berpendapat jin sakanya telah banyak menolongnya berdepan dengan pelbagai dugaan, dengan jin saka dia boleh mempengaruhi kerjayanya dan menghalang gangguan jin-jin lain, walaupun dia sedar bahawa "bayaran" yang perlu dibayar adalah terlalu mahal iaitu isterinya sendiri.
Oleh kerana itulah jika anda pengamal ajaran sesat, anda merawat secara "reiki" dan yang seangkatan dengannya dan anda ingin menguji adakah benar bahawa amalan ini boleh mendatangkan jin sebagai "tuan" rawatan anda ataupun tidak. Ujian tidak akan dapat mengesan makhluk-makhluk ini jika anda tidak ikhlas mahu membuangnya. Ujian ini akan menjadi membuang masa bagi orang yang tak mahu membuangnya, yang ego dan sayang kepada kesesatannya.
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
2 comments:
Saya rasa mungkin jin yg berada dlm badannya yg membuatkan dia memfitnah utz. Semoga beliau bertemu dgn seseorg yg dpt menyedarkannya dan merawatnya. Moga Allah memberi hidayah dan petunjuk beliau.
Para perawat teruskan usaha dan anggap fitnah itu satu kekuatan utk terus berbakti merawat bagi yg memerlukan.
Bagi perawat yg lain jgnlah suka BLACKLIST PESAKIT krn ini semua satu cabaran dlm dunia rawatan Islam. Salam Sukses! InsyaAllah berjaya.
Saya setuju dengan anda
Post a Comment