Cik H datang jauh dari Melaka untuk rawatan ulangan. Masalah Cik H adalah badannya terutamanya tangan bergerak tanpa kawalan "uncontrollable". Kalau sedikit tak ape, ini boleh melempang orang!
Rawatan kali ini setelah dia melakukan arahan2 saya spt zikir, mandian, minum air penawar dan tb3. Dia datang bersama kakak, adik-beradik serta anak saudara seramai 7 orang.
Saya gunakan pada peringkat awal teknik tikam. Bukan dengan ibu jari tetapi saya sendiri yang tikam dengan rotan sebesar 2cm dan sepanjang 1m hadiah dari Akrineslim. Tak ada kesan sptmana yang diharapkan ie mati cuma tangannya mengganas dan adakalnya terpusing sampai ke belakang. Gunakan Akrionics, hampa juga.
Akhirnya saya cucuk satu badan tapi masih sama saja. Saya guna teknik bakar dan minta cik H rasa bahagian mana yang panas, kali ini point tikaman telah dikenalpasti... betul2 di bahagian tengah tulang belakang yang tidak tercapai oleh tangannya. Sayapun tikam, cik H menggelupur dan mula mengganas cuba mengangkat tikaman saya dan mahu bergulung. Mujurnya cik H datang dengan membawa ahli keluarganya, maka saya minta mereka membantu memegang cik H yang semakin aggresif penuh dengan maki-hamun. Kemudian dia tenang.
Saya minta cik H cari lagi point panas, kini satu demi satu penghuni ini dapat ditumpaskan.
Setelah sekian lama bertarung akhirnya cik H duduk mengadap saya dan jin di badannya mengaku kalah dengan asakan kami. Kami ajak dia agar berhenti dari kerja2 terkutuk ini. Jin ini saya panggil JJ kerana tidak beragama Islam. Kami tawarkan tempat perlindungan di SM.
Katanya, kalau dia keluar dan pindah ke SM 4 orang anaknya akan dibelasah oleh tuannya. Saya pertaruhkan bahawa kata-katanya tidak benar, sambil meminta memegang besi rawatan saya. Saya katakan, ya ALLAH jikalau apa yang dikatakan benar sejukkan besi ini dan jika ia suatu yang salah, panaskan besi ini. Tidak sampai 30 saat dia kepanasan dan melemparkan besi berkenaan jauh-jauh. Tapi JJ masih takut anaknya dibelasah, baginya dia lebih sanggup dibelasah oleh kami berbanding dengan belasahan tuannya dan demi anak-anaknya.
Akhirnya saya tawarkan bagaimana kalau saya pindahkan anaknya dari kawalan tukang sihir ke SM? idea ini dipersetujuinya. Sekali lagi saya gunakan teknik pergerakan tangan seakan-akan mengambil anak-anak jin dan memasukannya ke dalam botol. Setelah kesemuanya saya kurung dan disahkan oleh JJ mereka adalah anaknya maka saya hantara ke SM. Kemudian JJ juga dihantar ke SM.
Benarlah bahawa manusia adalah khalifah ALLAH di muka bumi ini, jin tak berupaya mengambil anaknya dari kawalan tukang sihir, tetapi manusia dengan izin ALLAH mampu melakukan jika dipenuhi keyakinan dan pergantungan kepadaNYA
1 comment:
Masyaallah.. aplikasi hebat nie.. bleh ana tau ayat apa yg perlu dibaca utk teknik pergerakan tangan ni.. emailkan pd ana ustaz.. ana pelatih ustaz januari 2010.. Barokallahu fii kum wa jazakumullahu khairan kathiran...
Post a Comment