Followers

kursus

Kursus Rawatan Islam Terbaru

Tahap 1 : akan diadakan pada 19 - 20hb. September 2015 di Akrine Kuang

Kursus ini akan menekankan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini sesuai bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.

Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:

* Bagaimana alam jin
* Kaedah membenteng diri
* Teknik mengesan kehadiran jin
* Teknik racun
* Teknik dialog
* Teknik mengeluar jin (tarik guna serban / botol)
* Teknik mandian pesakit
* Teknik bakar batu-bata
* Akrionics
* Garis panduan merawat
* Latihan rawatan
Yuran adalah RM250.00 sahaja. Tempat adalah terhad. Hanya peserta Tahap 1 yang layak untuk mengikuti kursus Tahap 2

SMS butiran anda nama, alamat, pekerjaan kepada 019 758 4801

Tahap 2 : akan dimaklomkan

Pada tahap ini hanya bagi mereka yang telah mengikut kursus tahap 1 dan perawat-perawat (bekas pelatih Akrine) yang ingin mengulangkaji / mendalami teknik rawatan. Ia lebih menekankan kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang perawat.

Antara kandungan kursus adalah:

* Persiapan diri seorang perawat
* Keperluan bilik rawatan
* Teknik tikam
* Teknik baling
* Teknik tidurkan jin
* Teknik Kembara dan Rawat (TKR)
* Teknik Rotan Objek (TRO)
* Teknik ambil barang sihir
* Teknik Rawat Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP)
* Teknik Serkupan Azab (TSA)
* Keberkesan Rawatan
* Latihan

Yuran adalah RM250.00 sahaja (sila bank in ke Maybank Islamic 562740110528 Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan)

Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00ptg

Sila sms nama, tempat tinggal, pekerjan dan tahap kursus yang dipohon ke 019-7584801

Tarikh tutup permohonan adalah seminggu sebelum tarikh kursus


Penginapan di tempat kursus bagi peserta lelaki (percuma) dan sesiapa yang memerlukan Homestay sila membuat tempahan( Homestay 1: Tn. Hj. Saad 0126794304 Homestay 2 : En. Majid 0136051892 Homestay 3: Tok 4 Taufik 0122670577) dengan kadar yang segera.

Hotel yang terdekat terdapat di TSB BBaru Sg. Buluh

Kusus Pengukuhan Tahap 3

Tarikh : 15hb. November 2014

Tempat : Dewan Burhanuddin Helmy, Kuang

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Yuran : RM100.00

Friday, April 30, 2010

Zikir Pusaka


Haji S datang untuk rawatan susulan. Masalah Hj S adalah terlalu banyak sendawa sehingga jika solat berjemaah dia akan sendawa sepanjang tempoh solat. Kemudian selepas selesai solat sendawanya pun pulih. Waktu serangan adalah dari asar sehinggalah isya, Hj. S akan rasa penuh angin di bahagian perutnya.

Rawatan pertama, alhamduliLLAH berjaya menghilangkan sendawanya semasa solat, tetapi dia masih merasai sepu di bahagian perutnya.

Pada rawatan kedua, pada mulanya saya gunakan teknik dialog dengan bunyi sendawa. Ini diikuti dengan menangkap jin lalu melekatkan di tangannya bagi menjejaki barang sihir. Seterusnya saya mahu melakukan TKR.

Apabila saya menutup matanya dengan serban dan meletakan tangan saya di kepalanya untuk memulakan TKR.... Hj. S bersuara keras "ma ramaita iza ramaita walakinnALLAHa rama!" dan apabila saya membaca "La tudrikuhul absor..." dia juga membaca keras bacaan saya, lantas saya tanya isterinya apa amalan Aji? isterinya menjawab itulah antara zikir harian yang sudah diamalkan selama lebih 45tahun pemberian ayahnya.

Saya berdialog dengan jin itu, dia memperkenalkan dirinya sebagai embah Topo(bahasa jawa bererti atok). Dia asyik bercakap jawa dan saya minta isteri Hj. S untuk jadi jurubahasa saya. Antara katanya "arok popo" berulangkali... ertinya "tak ada apa2" setiapkali saya menyoalnya. Akhirnya saya tidurkan semula..

Apabila Hj S sedar saya tanya amalannya, benar katanya dia sudah mengamalkannya sejak 45tahun lalu zikir2 itu dan dia sudah rujuk uztaz2 semua mengatakan zikir2 itu betul yakni dari ayat2 alQuran. Katanya ia diberi oleh bapanya yang diwarisi dari atoknya. Dalam adik-beradiknya hanya dia seorang sahaja yang diberi oleh ayahnya zikir2 itu untuk keselamatan atau pendiding. Sejak mengamalkannya dia banyak terlindung dari pelbagai bahaya katanya.

Katanya dia yakin bahawa setiap ayat al-Quran ada khadam ayatnya.

Saya minta dia betulkan niat, katanya niat dia dah betul iaitu berzikir sambil mengharapkan perlindungan dari ALLAH semata. Sampai di sini saya termenung, saya juga ada zikir2 yang antaranya dibaca oleh Hj. S, apakah saya juga akan ada khadam ayat seperti Hj. S? Kemudian saya berfikir semula ini bukan khadam ayat tetapi adalah jin saka dari atoknya embah Topo!

Saya lakukan TKR kali kedua, mulanya embah Topo tak muncul, saya tikam dibahagin ulu hati dengan rotan panjang, kali ini embah Topo muncul dengan pelbagai zikir termasuk Yasin ayat 9 dsb. Saya dialog lagi, embah Topo menafikan yang dia menjadi punca Hj S sendawa, katanya ada serangan. Sayapun minta dia keluarkan jin2 sihir itu, diapun membuat aksi seperti mengeluarkan sesuatu sambil menyebut ALLAHu Akbar. Katanya dia berada di luar dan hanya masuk bila saya menjejaki barangan sihir. Katanya dialah yang menunjukan barang2 sihir tadi.

Kata saya kalau benar dia tak masuk saya tak ada masalah. "arok popo" katanya lagi sambil memberi salam. Hj. S pun sedar dari TKRnya.

Saya masih mengesyaki zikir2 pusaka itu tetapi ternyata Hj S mempunyai sikap dan pandangannya sendiri kerana dia tidak pernah lupa berzikir walau sehari semenjak 45 tahun dahulu. Tentulah untuk menyalahkan suatu amalan yang sekian lama akan terasa suatu kehilangan....habis bagaimana?

6 comments:

semarngising said...

Asalamualaikom,
kalau begitu bahaya juga kita berzikir main ikut ni..boleh kata semua zikir mesti ada penurunnya,,kalau tidak macamana kita boleh menetahuinya...apakah kalau yg menyampaikan nya bukan uztaz atau orang alim akan menyebabkan ada campur tangan iblis?

Anonymous said...

assalamualaikum, ust. dr majid

sy ingin berkongsi pengalaman, org kat surau sy ada 2 org macam itu juga.yg jadi imam teruk lagi, tak boleh kena air. mula angin. dia ada sakit jantung juga. seorg lagi sendawa sahaja. dadanya ada benjolan.

Abdul Majid Hasan said...

Salam,

sepertimana sdra samarsing, saya juga amat takut jika zikir2 harian kita kosong lebih2 lagi menghadirkan jin-jin yang mengambil kesempatan.

Itulah bila kita tegur kumpulan2 silat melayu, mereka pasti mengamuk dgn bersungguh2 mempertahankannya.

Siapa pun akan rasa tersinggung bila dikatakan bahawa amalan/kegiatannya ada kelemahan. Begitu jugalah Akrine... tetapi lebih baik berlapang dada dari terus berada dalam kesesatan.

Zikir pusaka diamalkan secara menurunkan kepada orang-orang tertentu sahaja, lantas sepenerima merasakan dia ada kelebihan.

Kesimpulannya yang aula ambillah zikir yang ada sandaran dgn zikir Nabi, kedua; zikir dari hizib2 yang tak perlu dipertikaikan spt zikir imam mazhab dll.

Saya memang mencipta zikir2 saya sendiri. kesemuanya ayat2 al-Quran, saya pasrah menyerahkan amalan2 ini kepada ALLAH

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz, kalau beramal dgn hizb bahri dgn niat nk mendekatkan diri pada ALLAH mcmana?

dulu saya pernah berbaiahkan hizb bahri dgn seorang ustaz dan Alhamdulillah Ustaz tersebut menerima baiah saya & mengijazahkan amalan ni pada saya...setelah lama sya amalkan hizb bahri, saya mengalami getaran di sekitar kelopak mata & dlm tempoh tersebut,saya mengalami masalah kesempitan wang yang teramat sangat,bila saya search dlm internet,ada mengatakan ini mungkin effek dari amalan hizb bahri....adakah ini ujian yg ALLAH SWT berikan @ pun ia cuma gangguan daripada jin yg mungkin menggangu supaya saya hentikan amalan ini?

*selepas saya search dlm internet,saya semakin runsing utk beramal dgn hizb bahri,saya sbenarnya ingin bertanya ustaz tersebut tetapi sya jd segan & tambahan pula,saya hanya dpt berjumpa dgn ustaz tersebut ketika beliau mengadakan kuliah bulanan 2x sebulan di masjid sekitar selangor...

*adakah saya perlu bertanyakan hal ini pada ustaz tersebut?

Unknown said...

Memang patut tanya Ustaz tu. Sebab dah bai'ah dan mengaku murid. Hizib Bahr ni amalan Tareqat Syazuliah.

Dulu kawan saya pun macam tu juga. Baru aje bai'ah terima hizib, terus kena pukau dan lesap duit RM 500.

Kaedahnya, segala masalah yang datang bertimpa tu, sebab nak cuci dosa, dan untuk naik maqam kerohanian.

Sila tahkik (confirm) dengan Ustaz anda. Belajar agama, tidak boleh malu.

Anonymous said...

salam ustaz...saya sering berzikir salawat nabi dan membaca kalimah syahadat tetapi apabila ada orang yang sakit berhampiran saya, saya akan sendawa...mengapa?

Blog/web Rawatan

My Favourite

Expose Mistik part-1

Expose Mistik Part 2

Expose Mistik Part 3

Teknik Tidurkan Jin



Senarai Perawat Luar Negeri

KLINIK RUQYAH DI LUAR NEGERI





  • Jordan
  • "Ayesh Quran: Cell: 00962795576723, ayeshquran@yahoo.com (Taibeh, Irbed, Jordan)
  • UK
    • Abu Junaid: 07834326225 (Birmingham and surrounding areas, UK)
    • Abdul Jabbaar: 07976918576 (Huddersfield and surrounding areas, UK)
    • Abu Abdullah As-Salafi: 07737557330 (Birmingham, UK)
    • Abu Abdullah: Ruqyashariyah@yahoo.co.uk, http://groups.yahoo.com/group/RuqyaShariyah/
    • Zaid : 07985667618 (Leicester, UK)
    • Sheikh Abu Hanifah (appears on the Islam Channel Q&A): 0208 471 5766 (London, UK)
    • Ibrahim At-turki: 07719380579 (Hertfordshire, North London)
  • USA
    • Abdulhakim Alhiyafi: (615) 668-2522 (Dallas, Tx 76107), the sheikh works in Sharia Academy and he travels to other states frequently.
    • Ahmad Al-Jabry: (313) 384-4509 (Dearborn, Mi 48126)
  • Germany
    • Abu Sufian: 01625365432 (Bonn)
  • Bosnia and Herzegovina
  • Morocco
  • Pakistan
    • Iqbal Salafi: TEL: 0092 51 5537998 (7AM-3PM PST), Mobile:0092 3335115646, Kashmiri Bazaar near masjid Darus Salaam, Ahl Hadith (RAWALPINDI-PAKISTAN)
  • Egypt
    • Waheed Abdul-Salam Balo: 0020105061850 (Egypt)
  • Yemen
    • Muhammad Al-Imam center (Ma'bar, Yemen)
    • Abdul-Qadir Al-Qudsy center (Al-Qadisiyah, San'a', Yemen)
  • Saudi Arabia
    • Abdul-Azeez Abu Djeen: phone: 4265211, cell: 055415020 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-Subai'y: 055216484 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez bin Jdeed: 055425132 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Abdullah: 054264125 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah As-Sadhan: 055261525 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Nasir Armeeh: phone: 055425132, cell: 055212184 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah Fahd Arsheedy: 0557556976 , 0557992665 (Al-Kharj, Saudi Arabia)
    • Khalid Al-habashy: the imam of Masjid Al-Sulayman (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Munair Arab: (+966) 555708580, www.alroqia.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez Muhammed Al-Kharmy: cell: 055663850, aziz1123@hotmail.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Saleh An-Nah-Has: 0506575057 (At-Ta'ef, Saudi Arabia)
    • Ahmed Ard-dady: office: 048229319, cell: 0505302026 (Al-Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia)
    • 'a'edh Al-Sharary: cell: 053650839 (Tabarjal, Saudi Arabia)
    • Sa'eed Al-Qahtany: 055759590 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Mohammed Arsainy: 055143121 (Buraydah, Saudi Arabia)
    • Khalaf Aal-Baker: 054407544, (Al-aziziyah, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-ataiby: 052388818, 054449429 (Al-Khalidiyah, Saudi Arabia)
  • Kuwait
    • Abdullah Al-hadad: 3842452 (Al-Green, Kuwait)
    • Faysal Al-'anzy: 9279496 (As-Sableekhat, Kuwait)
    • Hady Al-'anzy: 9009019 (Al-Jahra', Kuwait)
    • Mohammed Al-Qaysi: 7989066 (Great Mubarak, Kuwait)
    • Abu Osamah: 7040056 (Kuwait)
  • UAE
    • Salah Abdul-Qader: 050/6111706 (Abu Dhabi, UAE)