Followers

kursus

Kursus Rawatan Islam Terbaru

Tahap 1 : akan diadakan pada 19 - 20hb. September 2015 di Akrine Kuang

Kursus ini akan menekankan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini sesuai bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.

Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:

* Bagaimana alam jin
* Kaedah membenteng diri
* Teknik mengesan kehadiran jin
* Teknik racun
* Teknik dialog
* Teknik mengeluar jin (tarik guna serban / botol)
* Teknik mandian pesakit
* Teknik bakar batu-bata
* Akrionics
* Garis panduan merawat
* Latihan rawatan
Yuran adalah RM250.00 sahaja. Tempat adalah terhad. Hanya peserta Tahap 1 yang layak untuk mengikuti kursus Tahap 2

SMS butiran anda nama, alamat, pekerjaan kepada 019 758 4801

Tahap 2 : akan dimaklomkan

Pada tahap ini hanya bagi mereka yang telah mengikut kursus tahap 1 dan perawat-perawat (bekas pelatih Akrine) yang ingin mengulangkaji / mendalami teknik rawatan. Ia lebih menekankan kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang perawat.

Antara kandungan kursus adalah:

* Persiapan diri seorang perawat
* Keperluan bilik rawatan
* Teknik tikam
* Teknik baling
* Teknik tidurkan jin
* Teknik Kembara dan Rawat (TKR)
* Teknik Rotan Objek (TRO)
* Teknik ambil barang sihir
* Teknik Rawat Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP)
* Teknik Serkupan Azab (TSA)
* Keberkesan Rawatan
* Latihan

Yuran adalah RM250.00 sahaja (sila bank in ke Maybank Islamic 562740110528 Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan)

Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00ptg

Sila sms nama, tempat tinggal, pekerjan dan tahap kursus yang dipohon ke 019-7584801

Tarikh tutup permohonan adalah seminggu sebelum tarikh kursus


Penginapan di tempat kursus bagi peserta lelaki (percuma) dan sesiapa yang memerlukan Homestay sila membuat tempahan( Homestay 1: Tn. Hj. Saad 0126794304 Homestay 2 : En. Majid 0136051892 Homestay 3: Tok 4 Taufik 0122670577) dengan kadar yang segera.

Hotel yang terdekat terdapat di TSB BBaru Sg. Buluh

Kusus Pengukuhan Tahap 3

Tarikh : 15hb. November 2014

Tempat : Dewan Burhanuddin Helmy, Kuang

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Yuran : RM100.00

Thursday, April 1, 2010

Mengambil barang sihir secara batin


Kelmarin dan hari ini saya dikunjungi rakan mu'allij dari Kota Bharu untuk memperdalami lagi teknik rawatan yang saya lakukan. Kelmarin beliau sempat merasai bagaimana seorang pesakit yang sedang saya rawat kena attack secara mendadak lalu kesesakan nafas dan secara pantas saya terpaksa membunuh sizalim yang ganas itu.

Menjelang maghrib menantunya menelefon memberitahu ayah mertuanya pengsan sesampai sahaja ke rumah balik dari pusat rawatan Akrine Kuang. Sudah 2 jam katanya. Tidak cukup dengan itu dua orang anaknya juga pengsan dan mahu segera bergerak ke tempat saya jika saya setuju merawat.

Saya tidak ada pilihan, menyanggupi untuk membantu apa yang mampu.

Balik dari isyak saya dapati mereka sekeluarga sudah berada di klinik saya. Pak mertuanya masih pengsan, anaknya seorang sudah sedar dan seorang lagi masih kaku. Saya kaku juga tetapi mencari ilham bagaimana nak merawat?

Saya simpulkan saya nak guna teknik transfer jin pada pak mertua kepada wanita berkenaan. Wanita ini bersaka dan boleh nampak jin melalui rawatan saya kepadanya sebelum ini. Pada mulanya wanita ini menolak kerana pengalamannya melalui TKR amat mengerikan. Saya pertegaskan bahawa saya hanya transfer ke bahagian tangannya sahaja dan block dia dari kerasukan.

Teknik transfer ke orang lain secara whole body boleh menyebabkan sipenerima berkenaan luka seluruh badan lantas mengundang memudahkan gangguan. Oleh itu saya berhasrat hanya mengambil satu jin dari pak mertuanya dan mengurungnya di tapak tangan kirinya sahaja. Akhirnya dia bersetuju.

Saya block dan kunci tangannya, kemudian saya tangkap seorang jin di tubuh pak mertuanya dan memindahkan ke tangan wanita berkenaan. Pak mertuanya pun sedar dan tangan kiri wanita berkenaan menggigil kuat. Tiba-tiba jin saka wanita berkenaan masuk ke badan wanita berkenaan. Jin ini bernama Tok M. Saya jerkah Tok M kenapa dia masuk? Katanya siapa yang nak tanya jin kat tangan cucu dia ni kalau ada yang boleh bercakap dengannya. Lalu saya beri peluang kepada Tok M sebagai jurucakap kami.

Terbongkarlah segala rahsia yang melibatkan kerja-kerja penyihiran. Tok M saya arahkan keluar dan jin di tangan wanita di hantar ke SM.

Tiba-tiba bilik saya berbau busuk. Saya dan beberapa yang lain terhidu namun beberapa ahli keluarganya menafikan. Si menantu memberitahu bahawa tukang sihir sudah memulakan kerja-kerja pembakaran. Dia membakar/memanaskan patung!

Pesakit setelah sedar mengadu kepada saya yang dia teramat panas pada setiap malam. Adakalanya terpaksa tidur di atas lantai bilik air kerana tak tahan kepanasannya.

Saya minta simenatu mengambil barang sihir berkenaan. Kali ini dia bermati-matian tak mahu melakukannya.

Saya tidak ada pilihan melainkan saya sendiri yang mengambilnya. Saya mempersiapkan tangan saya dan mengarahkannya ke rumah tukang sihir. Dengan di guide tour oleh wanita berkenaan, saya dapat mengambil patung-patung berkenaan tanpa pengetahuan tukang sihir, tentunya biizniLLAH.

Inilah pengalaman pertama saya mengambil secara batin, tetapi teknik ini mungkin betul mungkin tidak. Saya cuma berikhtiar.... setakad penceritaan ini saya tuliskan, saya tidak mendengar khabar buruk yang menimpa pesakit dan keluarganya. Mudah2an apa yang kami lakukan membantu memberhentikan kerja2 penyihiran. Amin.

6 comments:

Anonymous said...

Insyallah sampai niat ustaz tu...walaupun tak nampak saya yakin Allah memberi kekuatan kepada ustaz...itupun tuan punya sihir terpinga-pinga mana pi jin dia...daripada hamba yang tak punya apa...

EMPOWER said...

Salam,
Dari penceritaan Ust tu, saya yakin dan percaya Insyallah apa yang Ust buat tu adalah betul.
Cuma pada padangan saya boleh ditingkatkan.
Apa yang Ust ambil itu adalah patung2 yang bukan dalam bentuk zahir, dia adalah dalam bentuk ghaib @ maya.
Senang nak faham, patung tu berada dalam bentuk "ALAM JIN".
Cadangan saya Ust boleh cuba tarik dengan menggunakan botol yang Ust gunakan waktu kaedah untuk tarik jin.
Memandangkan patung itu sifatnya sama dengan sifat jin (asap) maka apa2 kaedah yang Ust ada untuk tangkap jin boleh digunakan untuk membuang patung tersebut.
Maafkan saya jika tersilap, apa yang saya sebut itu berdasarkan pengalaman saya... mungkin boleh membantu, Insyallah.

Mozuar

Anonymous said...

salam ust,

saya amat teruja utk mengamalkan teknik transfer, block dan mengambil barang sihir. Teknik2 ini tidak diajar semasa berkursus dulu.(lama dah, saya salah seorang perserta seminar ke 7) Harap dapat ust perincikan di sini teknik2 itu, boleh membantu dlm rawatan.

Terima kasih, wassalam.

AjeRi said...

Teknik terbaru ke, ust? Saya pernah guna serang jarak jauh kepada penyihir (rujuk cerita 'Kembalikan kepala aku' dlm blog saya) kes sihir di kpg empila.Kaedah ni saya pakai pd kali ketiga si pesakit terima rawatan.Jin dlm tubuh pesakit nmpk dr jauh kesemua botol tkg sihir pecah dan si penyihir luka dan kesakitan. Itu pun saya buat dgn niat shj, doa dan ruqyah adalah ayat spt yg ust ajar dlm buku.sy tak tahu pun teknik ni menjadi. ;-). Wallahu'alam.

Anonymous said...

Salam ust. teknik tu dah betul...okle tu ust...saya yakin ia semua kehendak Allah...

Saya petik dari satu hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Samurah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya :
"Tiada akan berlaku kiamat sehingga berlaku perkara-perkara pelik dan luar biasa yang melibatkan diri kamu, sehinnga kamu bertanya sesama sendiri, apakah perkara seperti itu pernah disebut oleh Rasulullah s.a.w. dahulunya?"

DARUL SAKA said...

Cara ini memang dah lama di amalkan ulama2 tersohor..tok pawang pun banyak pakai..tapi jaga2 sikit Ustaz2 Wahabi kata Khurafat...he..he..he.

Untuk menzahirkan barang tersebut ada sifu DEN ajar..tapi DEN tak pernah cuba try test. Sebab nanti orang kata Guna magik le pulok...

Blog/web Rawatan

My Favourite

Expose Mistik part-1

Expose Mistik Part 2

Expose Mistik Part 3

Teknik Tidurkan Jin



Senarai Perawat Luar Negeri

KLINIK RUQYAH DI LUAR NEGERI





  • Jordan
  • "Ayesh Quran: Cell: 00962795576723, ayeshquran@yahoo.com (Taibeh, Irbed, Jordan)
  • UK
    • Abu Junaid: 07834326225 (Birmingham and surrounding areas, UK)
    • Abdul Jabbaar: 07976918576 (Huddersfield and surrounding areas, UK)
    • Abu Abdullah As-Salafi: 07737557330 (Birmingham, UK)
    • Abu Abdullah: Ruqyashariyah@yahoo.co.uk, http://groups.yahoo.com/group/RuqyaShariyah/
    • Zaid : 07985667618 (Leicester, UK)
    • Sheikh Abu Hanifah (appears on the Islam Channel Q&A): 0208 471 5766 (London, UK)
    • Ibrahim At-turki: 07719380579 (Hertfordshire, North London)
  • USA
    • Abdulhakim Alhiyafi: (615) 668-2522 (Dallas, Tx 76107), the sheikh works in Sharia Academy and he travels to other states frequently.
    • Ahmad Al-Jabry: (313) 384-4509 (Dearborn, Mi 48126)
  • Germany
    • Abu Sufian: 01625365432 (Bonn)
  • Bosnia and Herzegovina
  • Morocco
  • Pakistan
    • Iqbal Salafi: TEL: 0092 51 5537998 (7AM-3PM PST), Mobile:0092 3335115646, Kashmiri Bazaar near masjid Darus Salaam, Ahl Hadith (RAWALPINDI-PAKISTAN)
  • Egypt
    • Waheed Abdul-Salam Balo: 0020105061850 (Egypt)
  • Yemen
    • Muhammad Al-Imam center (Ma'bar, Yemen)
    • Abdul-Qadir Al-Qudsy center (Al-Qadisiyah, San'a', Yemen)
  • Saudi Arabia
    • Abdul-Azeez Abu Djeen: phone: 4265211, cell: 055415020 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-Subai'y: 055216484 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez bin Jdeed: 055425132 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Abdullah: 054264125 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah As-Sadhan: 055261525 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Nasir Armeeh: phone: 055425132, cell: 055212184 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah Fahd Arsheedy: 0557556976 , 0557992665 (Al-Kharj, Saudi Arabia)
    • Khalid Al-habashy: the imam of Masjid Al-Sulayman (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Munair Arab: (+966) 555708580, www.alroqia.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez Muhammed Al-Kharmy: cell: 055663850, aziz1123@hotmail.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Saleh An-Nah-Has: 0506575057 (At-Ta'ef, Saudi Arabia)
    • Ahmed Ard-dady: office: 048229319, cell: 0505302026 (Al-Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia)
    • 'a'edh Al-Sharary: cell: 053650839 (Tabarjal, Saudi Arabia)
    • Sa'eed Al-Qahtany: 055759590 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Mohammed Arsainy: 055143121 (Buraydah, Saudi Arabia)
    • Khalaf Aal-Baker: 054407544, (Al-aziziyah, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-ataiby: 052388818, 054449429 (Al-Khalidiyah, Saudi Arabia)
  • Kuwait
    • Abdullah Al-hadad: 3842452 (Al-Green, Kuwait)
    • Faysal Al-'anzy: 9279496 (As-Sableekhat, Kuwait)
    • Hady Al-'anzy: 9009019 (Al-Jahra', Kuwait)
    • Mohammed Al-Qaysi: 7989066 (Great Mubarak, Kuwait)
    • Abu Osamah: 7040056 (Kuwait)
  • UAE
    • Salah Abdul-Qader: 050/6111706 (Abu Dhabi, UAE)