Iman agak mengantuk di dalam kelas al-Quran (Nazirah). Tiba-tiba dalam keadaan tersengguk-senguk, satu bola api telah menghinggapinya menyebabkan beliau tersentak dan terjaga. Dia terpinga-pinga mencari punca asal datangnya bola api itu dan dia dapati ianya telah dibaling oleh Amin.
Iman mula mengumpulkan tenaga untuk membina bola api dan dibaling kembali kepada Amin. Masing-masing berbalas-balas balingan 'dragon ball' itu sehinggalah kelas berakhir.
Cerita ini diceritakan kepada saya apabila saya memanggil 2 pelajar ini dan seorang lagi pelajar bernama Aiman yang mendakwa mereka melihat pontianak yang mengendong bayi (batu nesan) terbang kesana kemari di luar madrasah. Mereka juga sering melihat pelbagai bentuk dan rupa makhluk halus di sekitar mereka. Iman, Amin dan Aiman memiliki keupayaan melihat alam jin. Mereka semuanya berpenghuni.
Apabila ditanya, "adakah kamu semua boleh melihat jin sejak dulu lagi?" Semua mereka akan menjawab "ya". Tetapi kata mereka, dulu tidaklah begitu ketara (sekali-sekala), tetapi semenjak belajar al-Quran di madrasah, keadaan menjadi semakin teruk. Saya beritahu mereka yang madrasah tidak bermasalah akan tetapi tuan punya badan yang berpenghuni itu yang sebenarnya bermasalah. Bacaan al-Quran serta amalan-amalan yang dilakukan di madrasah telah menyebabkan penghuni di badan mereka tidak senang duduk dan telah cuba menakut-nakutkan mereka melalui cara ini.
Saya kemudiannya menarik keluar penghuni (jin-jin) di tubuh badan mereka. Masing-masing terpinga-pinga kerana mereka sudah tiada keupayaan untuk melihat alam jin termasuklah keupayaan ber 'dragon ball'.
Adakah anda juga memiliki keupayaan tersebut? Ketahuilah bahawa sesungguhnya badan anda berpenghuni dan ketahuilah bahawa mereka adalah 'parasit' yang merosakkan.
-Muallij
*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah swt*
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
No comments:
Post a Comment