Saya tak puashati apabila zikir dikaitkan dengan khadam ayat, begitu juga tn Hj. S.
Selesai solat isyak, tn Hj. S menghampiri saya dan meminta rawatan ulangan. Katanya, isterinya amat-amat gusar hasil dari rawatan sebelum ini. Saya katakan padanya bahawa saya juga mahukan kepastian samada benar janji jin berkenaan yang dia tidak akan masuk ke badan pesakit tn. Hj. S lagi.
Rawatan ketiga dilakukan, teknik tikam di perut dengan mata tidak ditutup hasilnya negatif. Saya teruskan dengan tutup mata sepertimana TKR. Bila ditikam diperut dengan sedikit tekanan diapun berkata "ma ramaita iz ramaita ....." maka dialogpun bermula:
Saya : Awak siapa?
Jin : Aku wali ALLAH...
Saya : Wali ALLAH tak masuk badan manusia, bukankah kau dah janji tak masuk badan dia lagi?
Jin : Saya tak masuk, saya di luar sahaja! aku mengusai mindanya dari luar...
Saya : Jangan nak tipu, aku tikam kau sekarang
Sayapun menekan perutnya dan dialog terhenti sebentar kemudian kelihatan tn. Hj. S dihadiri jin baru;.
Saya : Kamu siapa pulak?
Jin : Aku Sheikh Jaafar, aku khadam ayat!
Saya : Jangan nak tipu, khadam ayat bukannya jin! Jin tak layak nak jadi khadam ayat, awak sama seperti manusia ada dosa dan pahala... jangan nak menyamar!
Jin : Dia zikir, lalu kami bantu dia, kami lindungi dia.
Saya : Kami? maknanya awak ramai! Awak lindungi apa, dia sendawa kerana awak tinggal di situ.
Jin : Itu bukan kerana jin, dia memang ada angin
Saya : Hey, aku tahu sendawa kosong sendawa berisi... dulu aku dah dialog secara teknik sendawa. Kerana awak penipu saya pancung awak dengan izin ALLAH
Suasana tenang seketika dan kemudian tn. Hj. S kelihatan gelisah. Saya tikam perutnya agak kuat.
Jin : Kau jangan kasar dengan aku, kau tak tahu siapa aku!
Saya : Awak siapa?
Jin : Aku Hj. S
Saya : Hey raja temberang! aku tikam kau (sambil menekan rotan di perutnya)
Jin : ALLAHu Akbar (berteriak kuat sambil merampas rotan dari saya). Aku dah cakap jangan main kasar, engkau nak aku teruskan (gaya nak memukul saya)
Saya : Baik, pulangkan rotan itu kepada saya kita bincang elok-elok (mujurlah adegan seterusnya tak berlaku, jika tidak, teruk saya dibelasahnya)
Saya : Saya katakan bahawa kamu bukan khadam ayat, bukan datang kerana zikirnya dan bukan tn. Hj. S
Jin : Terserah
Saya : Sekarang saya uji kamu, angkat tangan ke depan (tn. Hj. S mengangkat tangannya ke depan). Jika benar bahawa anda semua adalah jin saka tangan ini akan menjadi berat dan terjatuh ke bawah
Jin itu bertahan, makin lama tangannya makin ke bawah dan hampir mencecah pehanya. Kemudian "dia" mengangkat tinggi kedua belah tangan Hj. S tanda tak mahu mengalah...
Saya : Nyatalah anda semua jin pusaka, anda semua yang menyesakkan perutnya, anda jahat kerana memalukannya ketika dia sedang solat dan dikhalayak ramai. Anda ganggu dia berpuluh tahun maka anda layak saya pancung.
Setelah dipancung secara jarak jauh, tn. Hj S pun sedar dan menceritakan segala-galanya. Antara intisari cerita tn. Hj. S:
1. Hampir semua ahli keluarganya mengalami sendawa begitu juga arwah ayahnya
2. Semasa muda dia memang agak luar-biasa, dia pernah menumbuk lawannya sehingga terpelanting secara jarak jauh
3. Akhir-akhir ini dia agak kurang berzikir kerana banyak berada di mesjid mendengar kuliah
4. Isteri dan anak-anaknya pernah melihat kelibat seorang tua yang berjubah putih begitu juga kelibat Hj. S sendiri
5. Dia mengesyaki bahawa salah satu zikir yang diwarisi dari arwah ayahnya yang bermasalah kerana zikir ini bukan ayat Quran tetapi lebih kepada bertawassul kepada sheikh Jaafar Assidiq untuk perlindungan diri.
wALLAHu 'alam
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
3 comments:
Assalamualaikum ustaz.
Saya mahu bertanya, bagaimana membezakan sendawa kosong dan sendawa berisi?
Salam,
1. Sendawa berisi ada timetablenya ie dia menyerang pada specific time
2. Sendawa berisi boleh diajak dialog tetapi sendawa kosong xleh
Assalamualaikum ustaz,
Sendawa berisi.. mnarik juga sbb ada 2-3 kali saya asyik nak sendawa.. pulak tu masa solat terawikh. Time2 lain takde.. tak tahu la saja2 buat hal.
Malam ni saya tengok lagi..
Post a Comment