Kebanyakan kes sihir memerlukan rawatan ulangan. Ini mungkin kerana jin yang ditampung oleh pesakit sudah banyak lapisan atau barang sihir masih berfungsi sebagai "transmitter" yang menyebabkan pesakit diserang semula apabila barang sihir dipuja oleh tukang sihir mahupun dilalui/dilintasi oleh pesakit.
Mengambil barang sihir adalah suatu tuntutan tetapi ia sukar apatah lagi jika barang sihir berada di tangan tukang sihir atau telah ditanam bertahun-tahun lamanya.
Sebagai ikhtiar maka barang sihir boleh biizniLLAH diambil secara batin i.e. tanpa perlu mengambil secara fizikal. Teknik ini telah saya ujikaji dan alhamduliLLAH banyak membantu ramai pesakit saya. Berikut adalah teknik yang saya lakukan:
1. Kesan kehadiran jin sihirPerawat mestilah memastikan pada badan pesakit memang terdapat jin-jin sihir. Teknik rukyah, dialog goyang kaki atau gantung tangan boleh digunakan. Dalam banyak kes saya lebih banyak menggunakan teknik kedua dan ketiga kerana respons yang segera.
2. Lekatkan jin sihir di tangan pesakitMinta pesakit menadahkan tangannya untuk dibekalkan ayat-ayat rawatan. Baca dan tiup pada tangan pesakit alfatihah, ayat kursi, ayat penunduk dan pemanggil, ayat belasah dan bakar serta ayat penutup pandangan.
Minta pesakit genggam tangannya dan mengucap dua kalimah syahadah.
Minta pesakit dengan menggunakan tangan kanannya mengesan jin sihir di anggota tubuhnya. Tangan pesakit akan panas, mencucuk atau bergetar apabila kedapatan jin sihir pada mana-mana anggota badannya.
Minta pesakit menangkap (secara menggenggam tangan) jin sihir berkenaan. Rentap dan biarkan tangan pesakit tergantung seperti memegang sesuatu. Anda uji apakah benar bahawa di tangan pesakit adalah jin sihir ataupun tidak secara teknik ujian bercakap benar. Jika ya, lekatkan jin berkenaan secara membaca Yaasiin 4 penjuru dan tiup tangan pesakit. Tangan pesakit boleh dibuka genggamannya sekarang dan jin telah melekat di tapak tangannya.
3. Mencari dan membakar barang sihirMinta pesakit mengangkat tangannya dengan tapak tangan ke bawah seperti mengesan sesuatu. Arahkan jin sihir untuk membawa tangan pesakit ke tempat barang sihir diguna atau disembunyikan seperti berikut:
"Dengan nama dan izin ALLAH, saya arahkan anda membawa tangan ini ke tempat barang sihir, bergerak!, bergerak! dan apabila sampai pastikan barang sihir di bawah tapak tangan ini. Berikan isyarat kepada tangan ini seperti berat, menyucuk atau panas supaya tangan ini boleh mengambil barang sihir berkenaan"
Anda akan dapati tangan pesakit adakalanya bergerak ke depan, kiri dan kanan dan akhirnya berhenti. Pesakit akan merasakan tangannya panas, menyucuk ataupun berat apabila tangan ini berhenti.... maka di"sini"lah barang sihir yang perlu diambil.
Minta pesakit menggenggam tangannya dan memindah barang sihir ke tangan kiri. Tangan kiri take-over, genggam dan bawa berdekatan mulut pesakit. Niat musnahkan, sebut ALLAHuAKBAR, buka tangan dan tiup.
Ulangi kegiatan mencari dan memusnah ini sehinggalah tangan tidak lagi bergerak apabila di arahkan mencari barang sihir.
4. Melepaskan jin yang melekat di tanganBuka ikatan pada jin yang melekat ditangan pesakit, minta pesakit genggam semula tangannya dan buat aksi membaling dengan niat menghantar ke SM
InsyaALLAH teknik ini berserta teknik deklarasi akan diajar pada kursus yang mendatang. Selamat mencuba.
6 comments:
Syukran ,semoga ustaz sentiasa dalam keadaan sihat Amin
salam ust,
Teknik yg menarik. Izinkan saya mengamalkannya. Seperkara, nak uji jin bercakap benar(utk pastikan jin sihir atau tidak), bagaimana caranya? Harap dapat ust beri tunjukajar.
Salam dan Syukran Ustaz. Teknik ini telah saya cuba (dengan izin) ternyata berkesan ya Ustaz.Alhamdulillah biiznillah.
(Zakaria Tokai)
salam ustaz,
pada saya, kalau jin tersebut dah melekat kat tangan lagi bagus....baca aje apa-apa ayat, cth: lauanzalna ke...selawat nariyah ke....qursi ke....niat tepuk je bersepai jin tersebut...habis cerita, tak pyh hantar serambi madinah. brutal skit, jin ni bkn boleh bg muka. tok moh tgk pun takut jin bersepai, kalau ke sm pun dia boleh panggil balik.
Salam, janganlah sewenang-wenang membunuh sesama makhluk. Hanya kerana kita boleh buat jangan lah kita rakus dan sombong.ALLAH membenci manusia sombong. Tak semua jin itu syaitan, sila baca surah Al-Jin dan fahamkan betul-betul. Lebih baik cuba seru ke arah kebaikan dulu. Insya Allah, tukang hantar tak ada kuasa mengambil kembali dengan Izin ALLAH.
baru je balik kursus, ramai perawat tegar bgatau ana syirik sbb ikut guru yang syirik. Belum start enjin lagi, diaorang dah tuduh ana syirik. Sewenang-wenangnya tafsiran mereka. Yang ini salah satu tajuk yang diaorg ckp syirik ni ustaz majid.
Post a Comment