Salam kepada semua pembaca blog dan perawat yang dikasihi sekalian.
Perkembangan mutakhir menunjukan beberapa bloggers telah tidak aktif lagi di alam maya. Ini seperti cikgu Fakhruddin dengan PRAINSnya, Imantherapy, Forum Akrine, Sdra Wan dari Pasir Gudang dan lain-lain. Kita juga melihat kemunculan beberapa bloggers baru seperti sdra Mustakim dengan Darul Mu'allij dan Ust. Marzuki dengan Urban Muallij. Begitulah perjalanan hidup, saya mendoakan agar semua di bawah petunjuk dan naungan Rabul Jalil.
Dalam semua rawatan saya akhir-akhir ini, saya menjadikan teknik mengambil barang sihir sebagai keutamaan sekiranya dalam ujian menunjukan bahawa adanya aktiviti penyihiran pada pesakit. AlhamduliLLAH sedikit sebanyak secara kaedah ini kita berjaya melerai masalah-masalah rawatan yang telah bertahun-tahun dideritai oleh pesakit kerana kegiatan penyihiran yang tidak akan berjenti selagimana barang sihir tidak diambil.
Beberapa cerapan saya perolehi dalam kendalian teknik ini.
Dalam beberapa kes rawatan didapati tangan pesakit kaku tidak bergerak. Ini terjadi oleh 2 perkara iaitu samada penyihir cuba menghalang kerja-kerja ini dengan "membekukan" tangan pesakit ataupun oleh kerana pesakit telah disihir oleh lebih dari seorang tukang sihir.
Jika tangan pesakit "beku" maka hentikan dahulu kerja-kerja pengambilan tetapi ajar pesakit dengan teknik racun. Setelah pesakit membaca deklerasi racun maka mulakan semula pengambilan jika ada halangan lagi maka peringatkan sesiapa yang menghalang akan terkena racun yang teramat bisa. InsyaALLAH masalah beku dapat di atasi. Dalam semua keadaan tangan pesakit hendaklah dalam keadaan relaks.
Jika tangan pesakit bergetar tetapi tidak pergi ke mana-mana, ini berlaku kerana pesakit telah disihir oleh lebih seorang penyihir. Ini bermakna ada lebih dari satu sumber barang sihir dan di tubuh pesakit ada lebih dari satu kumpulan jin sihir. Apabila kita mengarahkan jin-jin "memandu" tangan pesakit kepada barang sihir, mereka keliru ke mana destinasi arahan kita, lalu tangan tidak bergerak.
Untuk mengatasi perkara ini maka pengarahan hendaklah lebih jelas seperti meyuruh jin kumpulan yang paling awal untuk membawa tangan pesakit terlebih dahulu. Anda akan dapati dengan pengarahan dan pergantungan bulat kepada bantuan ALLAH tangan pesakit akan bergerak untuk mengambil barang sihir berkenaan.
Timbul juga persoalan bagaimana kita nak tahu bahawa semua barang sihir telah diambil.
Biasanya saya lakukan sebanyak 3 kali mengambil kira barang sihir berada dalam 3 posisi iaitu pada tukang sihir, ditanam atau ditabur. Setelah pesakit mengambil sebanyak 3 kali, uji samada masih ada barang sihir ataupun telah habis dengan meminta pesakit mengangkat tangan kanannya sepertimana teknik mengambil barang sihir pada kedudukan di atas pehanya.
Kemudian arahkan jika barang sihir masih ada bergerak ke arahnya dan ambil, jika barang sihir telah habis turunkan tangannya ke peha pesakit. Berdasarkan arahan ini anda akan dapati tangan pesakit akan bergerak mengambil barang sihir lagi ataupun turun ke bawah ke peha pesakit.
WaLLAHu'alam.
7 comments:
Salam,
Subhanallah.
Sudah banyak teknik-teknik baru.
Kursus seterusnya selepas yang 31Jul, Insya Allah ada hasrat untuk bersama. Tapi kursus 31Jul tak dapatlah, kerana ada urusan lain.
adakah ada kemungkinan jin tersebut boleh menipu??? sebab ada kes macam isteri saya barang2 yang x kelihatan di mata kasar seperti debu orang mati dibunuh dan benda2 yang seperti debu atau tepung yang ditaburkan.... hingga sekarang perkara nie x selesai... mungkin akan datang saya akan berkunjung ke teratak ustaz
Assalamualaikum,
Kita semua tahu akan jin mempunyai pelbagai tipu muslihat. Bagaimana untuk kita memastikan bahawa barang yang di tunjukkan oleh jin tersebut adalah benar? Selain dari itu, adakah cara lain agar barang tersebut terhapus tanpa perlu menjadikan jin sebagai pengantaraan?
Salam,
Kita memohon Allah agar memaksa Jin berkenaan tunduk seperti tahanan polis. Kita bermohon sekiranya Jin itu menipu maka ia akan disiksa oleh Allah dengan ayat-ayat yang kita baca pada awalnya. Jadi di sini kita bergantung pada Allah. Sama seperti kita berniat membakar atau membinasakan jin. Cuma di sini niatnya bersyarat, yakni hanya akan membinasakan jika jin ini menipu, Allah Maha Tahu, yakinlah dengan penggantungan kita pada Allah bahawa jin ini tidak mampu menipu kerana doa kita pada Allah sebagaimana kita yakin doa kita untuk membinasakan jin dan menyembuhkan penyakit. Sekiranya saudara benar-benar mempunyai hati yang benar-benar yakin nescaya ayat-ayat Allah boleh membuat orang mati berkata-kata, menggempakan bumi, memecahkan gunung sebagaimana dalam surah Ar-Ra'du yat 31. Apalah sangat nak memaksa jin bercakap benar dengan ayat Allah berbanding membuat orang mati berkata-kata. Bahkan ahli kitab sejati yang membaca taurat dengan ikhlas di zaman Sulaiman A.S boleh memindahkan istana balqis dengan sekelip mata. Hairankah saudara bahawa Ayat Allah mampu memaksa jin berkata benar? Apakah penipuan jin tidak mampu diatasi dengan Ayat Allah? Apakah jin lebih hebat dari ayat Allah?
Jika tak dapat ambil barang sihir, contohnya semasa TKR, musnahkan saja barang sihir dari jauh.
Bacakan pada tapak tangan pesakit yang ditadah, ayat pemecah, ayat anti sihir, dan afahasibtum.., kemudian suruh pesakit tiup ayat itu pada barang sihir.
Pengalaman saya, kebanyakan barang sihir akan terbakar/ jadi debu.
Jika tak yakin, bacakan ruqyah pada garam, dan tabur garam tu pada tempat yang disyaki barang sihir di tabur.
Wasalam.
terima kasih ustaz sebab promosi nama ana. Banyak pula panggilan telefon, semua cakap tengok kat akrine :)
caranya mudah aje...niat mohon pada Allah jadikan tubuh badan pesakit sebagai racun yang paling berbisa kepada semua mahklus halus...dan tempat pembakaran semua barang sihir...buat sembahyang hajat setiap hari dan mohon...pesakit perlu buat...insyaAllah.
Post a Comment