Followers

kursus

Kursus Rawatan Islam Terbaru

Tahap 1 : akan diadakan pada 19 - 20hb. September 2015 di Akrine Kuang

Kursus ini akan menekankan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini sesuai bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.

Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:

* Bagaimana alam jin
* Kaedah membenteng diri
* Teknik mengesan kehadiran jin
* Teknik racun
* Teknik dialog
* Teknik mengeluar jin (tarik guna serban / botol)
* Teknik mandian pesakit
* Teknik bakar batu-bata
* Akrionics
* Garis panduan merawat
* Latihan rawatan
Yuran adalah RM250.00 sahaja. Tempat adalah terhad. Hanya peserta Tahap 1 yang layak untuk mengikuti kursus Tahap 2

SMS butiran anda nama, alamat, pekerjaan kepada 019 758 4801

Tahap 2 : akan dimaklomkan

Pada tahap ini hanya bagi mereka yang telah mengikut kursus tahap 1 dan perawat-perawat (bekas pelatih Akrine) yang ingin mengulangkaji / mendalami teknik rawatan. Ia lebih menekankan kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang perawat.

Antara kandungan kursus adalah:

* Persiapan diri seorang perawat
* Keperluan bilik rawatan
* Teknik tikam
* Teknik baling
* Teknik tidurkan jin
* Teknik Kembara dan Rawat (TKR)
* Teknik Rotan Objek (TRO)
* Teknik ambil barang sihir
* Teknik Rawat Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP)
* Teknik Serkupan Azab (TSA)
* Keberkesan Rawatan
* Latihan

Yuran adalah RM250.00 sahaja (sila bank in ke Maybank Islamic 562740110528 Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan)

Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00ptg

Sila sms nama, tempat tinggal, pekerjan dan tahap kursus yang dipohon ke 019-7584801

Tarikh tutup permohonan adalah seminggu sebelum tarikh kursus


Penginapan di tempat kursus bagi peserta lelaki (percuma) dan sesiapa yang memerlukan Homestay sila membuat tempahan( Homestay 1: Tn. Hj. Saad 0126794304 Homestay 2 : En. Majid 0136051892 Homestay 3: Tok 4 Taufik 0122670577) dengan kadar yang segera.

Hotel yang terdekat terdapat di TSB BBaru Sg. Buluh

Kusus Pengukuhan Tahap 3

Tarikh : 15hb. November 2014

Tempat : Dewan Burhanuddin Helmy, Kuang

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Yuran : RM100.00

Friday, July 23, 2010

Pelik tetapi benar


Inilah cabaran, sukar untuk saya percayai malah menjadikan saya bertambah yakin bahawa terlalu sedikit pengetahuan kita terhadap alam ghaib.

Pesakit seorang muslimat lingkup berpurdah baru sahaja mendirikan rumahtangga. Ayahnya seorang pengamal tarekat nahsyabandi.

Semenjak berkahwin dia didatangi sejenis makhluk yang bercakap arab kuno mungkin sezaman dengan Nabi Adam AS. Suaminya lepasan syiria yang tentunya fasih berbahasa arab telah menghubungi gurunya di Syria dan gurunya mengakui bahawa bahasa yang dilafazkan oleh isterinya adalah bahasa arab kuno.

Menariknya wanita ini tidak kerasukan total hanya 2 dalam 1 dan berupaya menterjemah kata-kata makhluk ini.

Saya cuba berdialog dalam bahasa arab dengannya dan dia faham soalan-soalan saya lalu dijawabnya dalam bahasa arab lantas diterjemah isterinya. Saya soal dalam bahasa melayu dia pun faham dan menjawab dalam bahasa arab lantas diterjemah oleh empunya badan.

Saya tanya adakah dia jin, katanya tidak dan dia diutus oleh ALLAH. Dia mengucap dan bersumpah apa yang dia perkatakan adal benar.

Katanya dia ditugaskan untuk menjaga bakal zuriat wanita ini. Dia mahu identitinya dirahsiakan kerana ini boleh menimbulkan fitnah [saya hanya menceritakan sekadarnya sebagai sebahagian catatan ilmiah] .

Saya gunakan teknik ikrar pemutus dan racun. Seperti biasa menggeletarlah seluruh badan pesakit dan saya arahkan ke hujung jari kaki pesakit. Apabila saya mahu menarik keluar, makhluk itu seolah membantu saya dengan memicit dan mengusap peha dan lutut pesakit sambil berkata "ukhruj, ukhruj! [keluar, keluar]. Yang nyata dia tidak terkesan dengan teknik ini.

Suaminya mengatakan sebelum ini dia telah merawat isterinya sendiri kerana memang banyak gangguan sehingga dia masih ingat semua gambar yang diambil oleh semua hadirin semasa majlis walimahnya adalah bergoyang dan kabur. Suaminya juga adalah perawat.

Tetapi berbeza dengan makhluk ini apabila diberi minum air zam-zam, bukannya ia terkesan tetapi minta minum lagi. Begitu juga dengan air yang telah dibacakan 30 juzuk Al-Quran berpuluh botol digunakan tetapi kesannya makluk ini semakin meminta untuk ditambah!

Saya minta dia bersumpah tentang beberapa perkara dan dia bersetuju.

Yang menjadi persoalan saya siapakah dia. Bukan jin, bukan malaikat..... Allah sahaja yang mengetahui.

20 comments:

muhammad hilmi zolkifli said...

dijemput untuk komen blog ana.... mohon tunjuk ajar dari ustaz & ustazah serta muallij-muallij lain....

http://www.muallij-junior.blogspot.com

http://www.hilmizolkifli.blogspot.com

Assukut said...

Salam.. MasyaAllah.. pelik tuh.. makhluk pe tuh.. klu die jaga pesakit tuh.. nape pesakit tu masih sakit, bahkan byk hadapi gangguan.. Alhmdulillah tak de per per..

Macammana pulak kirenya makhluk itu memudaratkan pesakit pulak.. apabile dibaca ruqyah n diberi minum air penawar masih tidak berubah..

Apakah jalan penyelesaiannye??

"setiap penyakit ade ubatnye"

Maziran (Jelebu) said...

Akum wrt..Ustaz

Saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang tajuk *pelik tetapi benar* ini.

Ini adalah kerana saya juga mengalami peristiwa ini semasa melakukan rawatan kepada adik bongsu saya.

Semasa saya melakukan rawatan dan telah mengeluarkan jin-jin sihir pada adik bongsu,saya juga menemui makhluk seperti yang ustaz katakan itu.Dia berdialog melalui bisikan hati yang didengari oleh adek saya, dia juga telah mengajar adek saya mendalami diri (membersihkan hati)hinggakan dapat melihat perkara-perkara ngaib.

Apabila saya tanyakan adik saya itu, dia kata dia pernah mohon pada Allah untuk mendatangkan guru ngaib padanya bagi mendalami agama.

Saya juga telah menyelidiki latar belakang makhluk itu, berumur 540 tahun, dia bernama sufian zafwa, makanannya zikir-zikir,dia sendiri tidak mengetahui bentuk dirinya, asal usulnya, seolah-olah telah dipadamkan oleh Allah,tapi yang pasti dia mengakui dia diutuskan oleh Allah untuk mengajar adik saya dan melindungi keluarga saya.
Saya juga telah mengujinya yang dia bukan jin saka... dan dia sendiri tidak tahu sama ada dia jin atau tidak..dan segala ruqiah dan air penawar tidak memberi kesan padanya.. Dia juga membantu saya merawat Ibu, Anak dan Abang saya... dan selepas itu dia tidak sanggup berubat lagi kerana menjadi terlalu lemah dan bukan bidang dia.

Pada minggu berikut selepas itu saya mintak adik saya datang semula ke rumah untuk menyelidiki tentang makhluk itu lebih mendalam.

Kali ini saya saya sediakan pen dan kertas untuk dia tuliskan dialognya, saya tanya pelbagai soalan dan dia menuliskannya dikertas A4 yang saya sediakan.

Apa yang saya soalkan dia akan menjawab seolah-olah seperti seorang guru agama, seperti Doa-doa, cara mendalami diri,Saranan jadikan Allah sebagai tempat mengadu segala masalah dan selalulah bersyukur kepadanya, sembahyang diwajibkan pada kita 5 waktu tapi pada para nabi ada 7 waktu,yakin dan percaya 120% kepada Allah dan lain-lain lagi.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

imemymine said...

Salam Ustaz, saya ada buat kaedah baru menggunakan Akrionics, iaitu buat air. Caranya lilit kemas botol air mineral kecil dengan Akrionics. Kemudian pesakit peluk pula Akrionics & botol tadi. ON selama 2 ~ 20 minit. Air dibuat minum. Kesannya agak mendalam.

abuhumaira said...

Salam Guruku...
Kes seumpama ini pernah saya hadapi. Pernah saya bertanya kepada makhluk seumpama itu, katanya dia hadir pada orang yang IKHLAS KERANA ALLAH sahaja.Selesai tugasannya dia akan meningggalkan jasad pesakit. Apa sahaja bantuan yang diberikan dan siapa dirinya diminta untuk dirahsiakan kerana semuanya adalah KERANA Allah. Ada juga makhluk seumpama ini, tidak langsung mendedahkan identitinya, kata itu semua tidak penting. Yang penting katanya, bantuan ini semuanya KERANA ALLAH. Sesungguhnya Allah Lebih Mengetahui Segalanya.

TuanKelarias said...

assalamualaikum tuan ustadz,

saya ada pandangan secara peribadi, untuk menceritakan perkara ganjil itu. Walaupun begitu ini bukanlah perkara baru bg diri saya tapi boleh lah dikongsikan perkaranya.

Jika benar kata kata saya ini eloklah dijadikan pengajaran.

Pesakit itu telah diresapi oleh satu roh manusia yang telah meninggal dunia. Roh itu telah kehilangan pandangan mata akibat beberapa perkara tertentu berpunca dari amalannya di dunia. Dia adalah seorang yg telah tidak mendapat cahaya di alam barzakh lalu bertebaran melata di muka bumi dan kebetulan lalu si wanita tadi itu ditempatnya teraba2 dann terus memasukki tubuhnya dengan senyap.

Biasanya roh orang mati yang masuk ke dalam tubuh orang yang masih hidup , sebenarnya tidak akan dapat dikeluarkan dengan melainkan setelah dia bersetuju dan yakin mendapat tempat perlindungan sementara atau cahaya untuk menerangi barzakhnya.

Adakan bacaan surah ikhlas sebanyak2nya seperti kirim qulhu fidak yg ramai org kurang percaya itu kepadanya, inshaallah dia akan nampak jalan dan cahaya. dan dia akan keluar dari tubuh pesakit dengan aman membawa diri keluar ke arah yg kita tunjukkan.

Saya telah menemui kes seperti ini seramai 14 orang tanpa disedari oleh pesakit. sekian, singgahlah di http://alamjin-tuankelarias.blogspot.com

TuanKelarias said...

assalamualaikum,

pada pandangan saya itu adalah roh manusia yang meminta tolong kembali ke alamnya.

saya pernah menemui kes ini lebih krang 14 orang. inshaallah saya sedia berkongsi cerita mengenainya..singgahlah di http://alamjin-tuankelarias.blogspot.com

syafiqah said...

mungkin bangsa polip..tp wujud ke?wallahualam..

Wak said...

Salam, bagi ana apakah makhluk itu sebenarnya bukan masalah utama. Tapi apakah kesan dan cara yang boleh kita lakukan untuk membantu pesakit tersebut?
Kita tidak menafikan yang lebih Tahu dan Berkuasa cuma Allah tapi apakah usaha kita sebagai muallij.

Tiap penyakit ada ubatnya tiap masalah ada jalan penyelesaiannya..

mohamad said...

salam,

cuba tanya tok berlagak..

hanya yg ahli kenal pada ahlinya..

kerana ia melibatkan rohaniah..

Anonymous said...

Allah Maha mengetahui dan Allah Maha mengatur apa yang berlaku pada kisah ini adalah untuk kita renung bersama terutama zuriat tue...bagi saya orang faham pada hakikat ni yang akan mengetahui setiap apa yang Allah aturkan..
Mungkin jika kita umur panjang kita akan lihat pekara yang kita rasa tak masuk akal akan berlaku...ini rahsia Hak Allah, sebagai seorang muallij kita bukan tertakluk merawat tetapi tanpa kita sedari kita ini adalah tentera Allah jika Maha suci mengkehendaki...

Dan saya petik satu hadis yang
diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Samurah bahawa Rasullah s.a.w bersabda, maksudnya :

"Tiada akan berlaku kiamat sehingga berlaku perkara-perkara pelik dan luar biasa yang melibatkan diri kamu, sehingga kamu bertanya sesama sendiri, apakah perkara seperti itu pernah disebut oleh Rasullah s.a.w dahulunya?"

"...banyak ingatkan Allah kerana perkara pelik itu berlaku menandakan tanda-tanda awal bahawa kiamat telah dekat akan terjadi."

Anonymous said...

Hati hati dengan pelbagai cara tipu daya iblis.nampak baik tapi tujuan untuk menyesatkan kita... so fikir fikirkan lah..

GerakHaq said...

SalaamullaaHu 'alaikum.

Hmmm...situasi ini sepertinya pernah berlaku kepada seorang murid saya. Beliau diganggu oleh jin bertahap tinggi. Sebagaimana Iblis juga adalah jin bertahap tinggi, malah kedudukan paling tinggi di kalangan jin.

kenapa tidak berkesan akan ayat2 yang dibacakan? Sebenarnya berkesan, cuma harus dikekalkan bacaannya dan meletakkan pengharapan yang tinggi kepada rahmat Allah swt. Beliau sengaja mempermainkan perawat dan sanggup menahan kesakitan kerana sememangnya beliau amat sakti.

Apakah boleh dibunuh/dirawat? Jawapannya adalah, "Jika Allah swt menghendaki berlaku seperti itu." Habis kenapa tidak sembuh? Malah jin itu dapat menerima segala ancaman yang dikenakan ke atasnya? Jawapannya masih juga seperti itu, "Jika Allah swt menghendaki berlaku seperti itu."

Perawat harus mempunyai kekuatan rohani yang tinggi dan tidak sesekali terjebak dengan bujukan dan permainan jin itu.

Pesakit pula harus meletakkan dirinya di mana di hadapan Allah swt. Seorang yang yakin bahawa Allah swt itu Maha Berkuasa, mempunyai haq mutlak ke atas segalanya.

WallaaHu a'lam.

fahmi said...

assalamualaikum..boleh sy tanya..ap itu khadam ayat? ..boleh x kalau kita nak praktikkan sesuatu kaedah contohnya,macm yg ad d dalam blog junied-rahsianampakjin.blogspot.com

pemimpin cahaya syurga said...

salam ustaz..Sekadar beri pendapat..Minta petunjuk Allah..Selesai masalah..Kalau tak selesai tu..Tak dapek den menulun..Tapi kita ada Allah tuhan yang maha segala2nya..Wah..RAsanya ustaz dah nak dapat benda baru nih..Dah nak naik taraf ni.Alhamdulillah...Ada hikmah apa yang berlaku tu..Antara kebenaran dan tipu daya...Benda ini halus ma..Halus dari Akal rasional..Halusnya kebenaran dan tipu daya..Halusnya antara kedua2nya..Antara batil dan Haq..Benda ni tak dapat guna teknik lagi..Just direct Allah..Halusnya benda ni lebih dari debu2..Memang berat punya kes..Harapnya ustaz faham ye dan kaji yer...Tapi pendapat Ese..Kalau dia itu utusan Allah..Mane mungkin dia akan memudharatkan makhluknya..Allah punyai utusan yang tersangat dekat..Itulah malaikat..Malaikat dah jaga anak dalam kandungannya tu..Kenape makhluk lain nak join..Malaikat banyak ma..Letaknya disini adalah kebenaran atau tipu daya..Halus dan tersembunyi di sebalik yang halus.Sory kalau benda buat kepalo benggong..Tunggu dan lihat aje..Insya,Allah ada jalannya..semoga berjaya..Salam ukhwah dariku..

Attar Kasturi said...

Adakah kemungkinan makhluk tersebut adalah Iblis yang bernama Azazil??

Anonymous said...

Salam. Memang ada makhluk lain selain malaikat dan jin. Tapi bagi yang tak nampak, kita tak pasti kebenaran yang sebenarnya. Apakah benar dakwaannya tu?. Jika terjumpa yang begini, kita berdoa saja pada Allah.

Anonymous said...

Nak kongsi satu lagi yg pelik.sila pegi ke link bwh..
http://darulmanzil.blogspot.com/2010/09/aku-bukan-jin-syaitan-atau-malaikat.html
"Sesungguhnye Allah Maha Mengetahui akan segala-galanya"

Anonymous said...

Saya rase mungkin makhluk ini yang di gelar dewa/dewi yang berunsur 3, wallahalam... jin2 1 unsur, manusia dari 4 unsur, kedudukannye lebih rendah dari manusia tapi lebih tinggi dari jin2 dan syaitan...ape pendapat anda yang lain?

Anonymous said...

1. mungkin saja mainan jin syaitan, perawat mengajar jgn percaya kata2 org kena rasuk. lalu kita jgn percaya sgt kata2 makhluk ni.

2. jin islam tahap sederhana atau tinggi, sama level mcm perawat juga, tidak terkesan dgn ruqyah. jgn lupa jin pun ada hafiz quran, jin pun ramai juga jd ahli ruqyah. namun kelemahannya mereka perlu berdamping dgn manusia pilihan mereka atas bbrp sbb.

3. puak2 dewa, sebenarnya bangsa jin alam tinggi. namun telah wujud sebelum Adam diturunkan. pengamal kerohanian ketuhanan peringkat tinggi saja kenal mereka, termasuk juga sami2 hindu,rahib2 budha dan petapa ketuhanan yg tahap tinggi.

4. roh manusia. fitnah besar akan menimpa jika sirr ini dihebahkan. "min amri rabbi..... illa qolila" wallahu `alam.

Blog/web Rawatan

My Favourite

Expose Mistik part-1

Expose Mistik Part 2

Expose Mistik Part 3

Teknik Tidurkan Jin



Senarai Perawat Luar Negeri

KLINIK RUQYAH DI LUAR NEGERI





  • Jordan
  • "Ayesh Quran: Cell: 00962795576723, ayeshquran@yahoo.com (Taibeh, Irbed, Jordan)
  • UK
    • Abu Junaid: 07834326225 (Birmingham and surrounding areas, UK)
    • Abdul Jabbaar: 07976918576 (Huddersfield and surrounding areas, UK)
    • Abu Abdullah As-Salafi: 07737557330 (Birmingham, UK)
    • Abu Abdullah: Ruqyashariyah@yahoo.co.uk, http://groups.yahoo.com/group/RuqyaShariyah/
    • Zaid : 07985667618 (Leicester, UK)
    • Sheikh Abu Hanifah (appears on the Islam Channel Q&A): 0208 471 5766 (London, UK)
    • Ibrahim At-turki: 07719380579 (Hertfordshire, North London)
  • USA
    • Abdulhakim Alhiyafi: (615) 668-2522 (Dallas, Tx 76107), the sheikh works in Sharia Academy and he travels to other states frequently.
    • Ahmad Al-Jabry: (313) 384-4509 (Dearborn, Mi 48126)
  • Germany
    • Abu Sufian: 01625365432 (Bonn)
  • Bosnia and Herzegovina
  • Morocco
  • Pakistan
    • Iqbal Salafi: TEL: 0092 51 5537998 (7AM-3PM PST), Mobile:0092 3335115646, Kashmiri Bazaar near masjid Darus Salaam, Ahl Hadith (RAWALPINDI-PAKISTAN)
  • Egypt
    • Waheed Abdul-Salam Balo: 0020105061850 (Egypt)
  • Yemen
    • Muhammad Al-Imam center (Ma'bar, Yemen)
    • Abdul-Qadir Al-Qudsy center (Al-Qadisiyah, San'a', Yemen)
  • Saudi Arabia
    • Abdul-Azeez Abu Djeen: phone: 4265211, cell: 055415020 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-Subai'y: 055216484 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez bin Jdeed: 055425132 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Abdullah: 054264125 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah As-Sadhan: 055261525 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Nasir Armeeh: phone: 055425132, cell: 055212184 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah Fahd Arsheedy: 0557556976 , 0557992665 (Al-Kharj, Saudi Arabia)
    • Khalid Al-habashy: the imam of Masjid Al-Sulayman (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Munair Arab: (+966) 555708580, www.alroqia.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez Muhammed Al-Kharmy: cell: 055663850, aziz1123@hotmail.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Saleh An-Nah-Has: 0506575057 (At-Ta'ef, Saudi Arabia)
    • Ahmed Ard-dady: office: 048229319, cell: 0505302026 (Al-Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia)
    • 'a'edh Al-Sharary: cell: 053650839 (Tabarjal, Saudi Arabia)
    • Sa'eed Al-Qahtany: 055759590 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Mohammed Arsainy: 055143121 (Buraydah, Saudi Arabia)
    • Khalaf Aal-Baker: 054407544, (Al-aziziyah, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-ataiby: 052388818, 054449429 (Al-Khalidiyah, Saudi Arabia)
  • Kuwait
    • Abdullah Al-hadad: 3842452 (Al-Green, Kuwait)
    • Faysal Al-'anzy: 9279496 (As-Sableekhat, Kuwait)
    • Hady Al-'anzy: 9009019 (Al-Jahra', Kuwait)
    • Mohammed Al-Qaysi: 7989066 (Great Mubarak, Kuwait)
    • Abu Osamah: 7040056 (Kuwait)
  • UAE
    • Salah Abdul-Qader: 050/6111706 (Abu Dhabi, UAE)