
Pada 14hb. Februari yang lalu Bahagian TCM KKM telah mengadakan dialog dengan pengamal perubatan melayu dan pengubatan Islam.

Tujuan dialog adalah untuk memaklomkan usaha-usaha TCM untuk memertabatkankan lagi rawatan-rawatan alternatif mahupun complementary. 8 buah hospital telah mengambil khidmat perawat complementary sebagai penegnalan kepada usaha menjadikan rawatan ini diintegrasikan dengan perubatan allopathy.

TCM juga dalam rangka membentang rang undang-undang bagi mengawal pengamal-pengamal rawatan alternatif dimana hanya pengamal yang berdaftar dengan TCM sahaja yang dibenarkan melakukan rawatan. Undang-undang ini akan dikuatkuasakan dalam bulan Jun ini.
Dr. Ramli selaku pengarah Bah. TCM menyeru semua perawat Islam agar bersatu dan berdaftar dengan e-pengamal sebelum akta ini diluluskan.
Dialog juga banyak membincangkan tentang pengharaman kaedah bedah batin.
Akrine diwakili oleh saya, Shahid dan En. Tooha.
1 comment:
Alhamdulillah, ini satu perkembangan yang sihat.
Post a Comment