Assalamu'alaikum ustaz,
Maaf mengganggu ustaz, ana nak minta bantuan ustaz dan pandangan ustaz mengenai beberapa perkara.
Ini berkaitan anak ana M (pelatih Akrine). Ana tak pasti apa kebolehannya dan sumber kebolehannya ini, ianya sebagaimana TKR. Cuma dalam konteksnya semasa merawat ana dan adiknya, kami tak terbuka hijab utk melakukan TKR (tanpa izin ALLAH).
Sebaliknya M yg melakukan TKR (dgn izin ALLAH) dan mengembara bagi merawat kami.
Untuk makluman ustaz, sepanjang 'kembaranya', ana yg pimpin dan pandunya bagi memberitahu apa nak buat.
(Panduan itu pun bnyk yg ana perolehi dpd blog ustaz)
Melalui teknik ini, dgn izin ALLAH jua, dia dpt mengatasi serangan di bhg jantung ana dan bhg otak adiknya.
KES 1.
Sebelum ini ana kena miss rhythm jantung, BP mencecah 150/100 dan pernah 170/110. Selepas rawatan, alhamdulillah kembali 130/90, dan semakin menurun.
Melalui TKR juga M mendapati ada beberapa tentera jin Islam yg berkawal. Setelah diselidiki mereka ini dari masjid Sg Buaya (ketika program Rawatan Perdana), katanya bimbang kami sekeluarga terkena serangan sihir.
Kami cuma minta mereka berkawal di luar rumah.
Baru2 ini M diserang di sekolahnya oleh sekumpulan jin Islam (dlm 100 lebih). M jd pening dan berpusing. Ana cuma mbantu M dgn TKRnya sendiri. M dpt menawan jin2 ini.
Bila ditanya kenapa kacau, rupa-rupanya saja nak test. M bawa mereka ke masjid K dan berjumpa dgn penyelia tentera Islam, namanya H (panglima mereka tiada kerana keluar bermesyuarat).
Jin2 Islam ini (yg culas dan cuai dlm ibadat) diserahkan kepada tentera Islam ini setelah mereka berminat utk jd tentera Islam. M berpesan kepada H bg dimantapkan lgi aqidah, syariat dan akhlak jin2 ini sbelum menjadi tentera ALLAH.
KES 2.
Semlm M menangkap beberapa jin kafir dr dalam tubuh adiknya.
Utk makulmat ustaz, adiknya tak mahu solat asar semlm. Mengamuk sakan. Apabila diruqyah, M kata dia nampak gambaran beruk pd wajah adiknya. Ana minta dia biarkan dahulu, tunggu sehingga ana pulang.
Bila ana pulang, ana minta dia untuk 'kembara' dan transform sebagaimana yg ustaz ajarkan ketika MIPA (kalau tak silap ana).
Awal kembara, M melihat seekor jin berupa beruk sedang menekan kepala adiknya ke lantai. Ana arahkan agar dipanah sahaja. Dgn tiga kali panah, makhluk tersebut dgn izin ALLAH musnah meletup.
Dlm kembaranya lagi M melihat 'pagar' yg dibuat untuk adiknya bocor.
M tak berjumpa dgn sebarang gangguan pd bhg hati tetapi berjumpa di bahagaian kepala. M menggunakan ruqyah jibril. Maka terbakarlah jin2 yg ada dikejar api ruqyah, dgn izin ALLAH. M menangkap jin2 tersebut.
Ditawarkan masuk Islam tetapi enggan, minta masa untuk berfikir. Ana minta M bawa mereka kepada tentera jin Islam di masjid K untuk ditarbiyah. Biarlah mereka diuruskan oleh kaum mereka sendiri.
Apa pandangan ustaz tentang perkara ini. Ana diberikan ilham untuk bertanya pd ustaz, bila M menceritakan pada ana dia mimpi dikejar dan digigit anjing. Katanya, ustaz datang membantu dgn menyapu minyak di bhg yg kena gigit yg kemudian hilang kesannya.
Ana tak pasti, mungkin ini panduan untuk ana rujuk pd yg lebih arif.
Adakah M menggunakan mata jin atau ianya satu kebolehan yg diizin ALLAH bagi membantu ana sekeluarga.
Dalam keadaan sedar pun M berupaya (diizinkan ALLAH) untuk membuka 'hijabnya' dan melihat jin2 ini berkeliaran. Ana minta tutup kembali dgn ayat 9, surah Yasin.
Pd KIRI Feb nnt, ana minta M utk mempelajari secara mendalam teknik bakar bata, kerana gangguan pd ana berulang. Pagar yg dibuat adakalanya dihentam teruk.
Mungkin suatu hari nnt ianya amat berguna.
(Utk maklumat ustaz, M pernah dirawat oleh Ustaz Faizal, Akrine Segamat, sebelum Rawatan Perdana, tiada jin saka, cuma kami sekeluarga diganggu jin sihir. Itu kali pertama M dipandu dlm TKR)
Yg ana faham dlm blog ustaz, kembara hanya dilakukan oleh pesakit bukan perawat.
Mohon pandangan ustaz sebagai gurunya berkaitan hal TKR yg M buat.
Wassalam.
Jawaban:
1. Saya mohon maaf kerana tak membalas email ini kerana kesuntukan masa. Agaknya inilah yang berlaku kepada guru ana apabila ana menghantar emnail kepadanya. Bayangkan ratusan email yang tidak dijawab dalam yahoo mahupun facebook. Harap maaf.
2. Walaupun ana (agaknya) yang menemui teknik TKR ini (atleast namanya) tetapi harus semua maklum bahawa berdepan dengan perkara yang ghaib tidak mungkin seseorang itu mengetahui secara tepat mahupun hakikat. Tugasan kita lebih kepada berikhtiar dibawah batasan syariat.
3. M boleh TKR, dia seorang pelatih ie perawat Akrine dan biasanya pesakit yang kita TKRkan. Penghantar email pula bertindak sebagai guider ie semacam perawat.... apakah benar M tidak ada gangguan dan dia melihat secara kasyaf? Isu ini sukar dibahas dan mungkin tiada jawapan.
4. Saya berpendapat M ada jin ditubuhnya mengambilkira beberapa insiden M diserang disekolah. Walaupun ust Faizal telah scan adakalanya mereka keluar sebelum scanning dijalankan.
4. Isu M mimpi saya merawat M.... anggaplah ia mimpi biasa, kerana saya juga pernah bermimpi guru saya menegur dan memberi perangsang kepada saya ketika saya sedang "down".
Sekian.
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
No comments:
Post a Comment