Saya ingin mengucapkan jutaan penghargaan kepada Akrine Segamat atas dua perkara;
Pertama, kerana memperkenalkan teknik scanning yang membantu dalam kerja-kerja rawatan. Teknik ini dikenali BismiLLAH 21. Pesakit dikehendaki membaca BismiLLAH sebanyak 21kali dengan setiap kali membacanya diikuti dengan menarik dan melepaskan nafas yang panjang.
Saya telah menguji-kaji teknik ini dan ternyata ia membantu. Saya cuma tambah sedikit lagi iaitu dengan menggambungkan ta'awuz, bismiLLAH dan ALLAHuAkbar. Apabila pesakit membacanya di awal rawatan, bagi yang tahap tinggi ia akan terus kerasukan. Saya gunakannya kaedah sebagai teknik belasah sebelum menarik jin-jin ini keluar.
AlhamduliLLAH penemuan kaedah ini membantu biizniLLAH.
Kedua, kerana sumbangan sdra Faizal dan Ust Amni sepanjang PRK Dun Tenang. Saya difahamkan mereka telah bertugas sebagai perawat yang membantu para petugas muslimat PAS yang diserang oleh jin-jin orang asli.
Walaupun pada satu tahap telah cuba dihalang oleh mereka-mereka yang cemas dengan Akrine tetapi akhirnya terpaksa akur dengan kehadiran perawat2 Akrine setelahmana semua ikhtiar menemui jalan buntu.
Tahniah Akrine Segamat, jazakumuLLAHu khairan jazak.
Info RCT (Rawatan Cara Tidur)
-
Kaedah rawatan RCT adalah kaedah diagnos (mengesan punca penyakit) yang
dilakukan secara kebatinan. Penglibatan kaedah ini semestinya memerlukan
kondi...
5 years ago
No comments:
Post a Comment