Followers

kursus

Kursus Rawatan Islam Terbaru

Tahap 1 : akan diadakan pada 19 - 20hb. September 2015 di Akrine Kuang

Kursus ini akan menekankan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini sesuai bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.

Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:

* Bagaimana alam jin
* Kaedah membenteng diri
* Teknik mengesan kehadiran jin
* Teknik racun
* Teknik dialog
* Teknik mengeluar jin (tarik guna serban / botol)
* Teknik mandian pesakit
* Teknik bakar batu-bata
* Akrionics
* Garis panduan merawat
* Latihan rawatan
Yuran adalah RM250.00 sahaja. Tempat adalah terhad. Hanya peserta Tahap 1 yang layak untuk mengikuti kursus Tahap 2

SMS butiran anda nama, alamat, pekerjaan kepada 019 758 4801

Tahap 2 : akan dimaklomkan

Pada tahap ini hanya bagi mereka yang telah mengikut kursus tahap 1 dan perawat-perawat (bekas pelatih Akrine) yang ingin mengulangkaji / mendalami teknik rawatan. Ia lebih menekankan kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang perawat.

Antara kandungan kursus adalah:

* Persiapan diri seorang perawat
* Keperluan bilik rawatan
* Teknik tikam
* Teknik baling
* Teknik tidurkan jin
* Teknik Kembara dan Rawat (TKR)
* Teknik Rotan Objek (TRO)
* Teknik ambil barang sihir
* Teknik Rawat Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP)
* Teknik Serkupan Azab (TSA)
* Keberkesan Rawatan
* Latihan

Yuran adalah RM250.00 sahaja (sila bank in ke Maybank Islamic 562740110528 Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan)

Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00ptg

Sila sms nama, tempat tinggal, pekerjan dan tahap kursus yang dipohon ke 019-7584801

Tarikh tutup permohonan adalah seminggu sebelum tarikh kursus


Penginapan di tempat kursus bagi peserta lelaki (percuma) dan sesiapa yang memerlukan Homestay sila membuat tempahan( Homestay 1: Tn. Hj. Saad 0126794304 Homestay 2 : En. Majid 0136051892 Homestay 3: Tok 4 Taufik 0122670577) dengan kadar yang segera.

Hotel yang terdekat terdapat di TSB BBaru Sg. Buluh

Kusus Pengukuhan Tahap 3

Tarikh : 15hb. November 2014

Tempat : Dewan Burhanuddin Helmy, Kuang

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Yuran : RM100.00

Sunday, August 31, 2008

Kongsi pengalaman - perawat Akrine

Subject: Kongsi pengalaman

Assalamualaikum,

Semalam saya melakukan bacaan Ruqyah menggunakan kitab al-Manzil dengan teknik meletakkan tangan dan menghembus di akhir bacaan pada pinggang isteri saya.

Ternyata isteri saya merasakan kaki kirinya seperti sakit dan tidak selesa di bahagian betis bawah.

Seterusnya saya melakukan scan pada bahagian tersebut dan ternyata bahawa mereka2 yang berkampung di bahagian pinggang telah melarikan diri ke bahagian kaki. Dengan menggunakan besi rawatan yang diijazahkan, saya letak di atas point2 tertentu dan isteri menjerit/menangis kesakitan.

Saya arahkan mereka keluar melalui kaki dan sakit point2 itu pun hilang dengan izin Allah.

Dengan menggunakan jari saya merasakan bahawa point2 itu seperti ketulan-ketulan kecil yang berkumpul di tempat2 yang berlainan. Bila diletakkan besi rawatan, barulah ia kesakitan dan keluar dengan izin Allah melalui kaki setelah diarahkan. Ianya cuba dilakukan secara 'borong' tapi masih ada yang degil. Jadi teknik di atas diulang beberapa kali sehingga Alhamdulillah semua ketulan tersebut hilang.

Kemudian saya niatkan supaya rumah2 yang dibina musnah dengan melakukan garis2(bulldozer) dan pusingan2(taufan) serta titik2(bom) menggunakan besi rawatan. Akhir, disembur dengan el'eta.

Seterusnya saya ulang scan, rupanya mereka bukan sahaja lari ke bahagian kaki malah mereka juga lari dan berkumpul pada bahagian belakang dekat belikat. Teknik yang sama di atas diulang. Malah kali ni mereka diarah keluar melalui tangan. Rumahnya insyaAllah musnah dengan bulldozer, taufan dan bom. Akhiran, disembur dengan el'eta

Sblm tidur isteri diberi minum air pati Syifa Tok Guru. Sepanjang rawatan tiada dialog, isteri saya tidak dirasuk.

Isteri
saya menceritakan pengalaman, rasa tusukan besi rawatan seperti ditekan dengan kuat dan ianya tajam seperti jarum. Padahal sentuhan (bukan tusukan) dibuat hanya dengan menggunakan bahagian yang tebal(tumpul) besi rawatan.

Malam tadi saya mimpi berupa ugutan tapi tidak berapa jelas (ingat2 lupa). Pagi ni saya pula merasakan tangan kiri saya kebas dan berlarutan sehingga sekarang. InsyaAllah rawatan untuk diri sendiri sedang diusahakan.

SEMUA BERLAKU DENGAN IZIN ALLAH.

InsyaAllah minta guru doakan kesembuhan saya sekeluarga & semoga Allah beri saya kekuatan utk meneruskan rawatan ini. Amin.

Tuesday, August 26, 2008

Rawatan di Bulan Ramadhan

Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan tetap memberikan perkhidmatan rawatan sepanjang bulan puasa ini. InsyaALLAH rawatan akan dijalankan dari 9.00pagi sehingga 12.00tghari.

Walau bagaimanapun sistem rawatan secara temujanji masih dikekalkan. Setakad hari ini masih terdapat lebih 50 pesakit masih menunggu gilirannya. Saya berharap tuan/puan sabar menunggu dan pihak AKRINE berusaha sedaya mungkin untuk memenuhi permintaan semua.

Angka 50 tidaklah ramai, wbagaimanapun kami juga memberi peluang rawatan ulangan/susulan.

Harap maklom

Friday, August 22, 2008

Apa dah jadi

Copy and paste dari Perak Express

Artikel ini saya keluarkan, bertujuan untuk memfokuskan kepada isu-isu rawatan.

terima kasih terhadap komen anda.

Membaharui Teknik Bakar Batu Bata

Ia bermula apabila saya merawat Puan R malam kelmarin. Setelah dinasihatkan jin pada badannya bersetuju untuk keluar. Tetapi dia memberitahu saya akan masuk balik jika dikeluarkan, katanya dia pernah dihantar ke Serambi Madinah tetapi dia dipanggil semula. Tentera Islam di Serambi Madinah tak mampu menghalang tukang sihir berkenaan.

Dia juga meceritakan bagaimana ramai tentera Islam (jin) yang syahid apabila bertarung semasa saya mengarahkan tentera2 ini menangkap SB yang memerhatikan saya merawat puan R sebelum ini.

Saya tergamam dan termenung... Tergamam memikirkan pengorbanan tentera Islam, termenung memikirkan bagaimana nak menyelamat jin yang dah bertaubat ini.

"Ok, saya akan panggil ketua Serambi Madinah dan awak berdialog dengannya.... tanya pandangannya dan bolehkah dia membantu!" anjuran saya kepada jin berkenaan...

Saya tahu ketua Serambi Madinah ada di sekitar saya merawat bersama tentera Islam. Jin itu menangis memberitahu saya bahawa mereka tak sanggup membantu menyelamatkannya.

"Bagaimana dengan ketua jin ular dari Serambi Madinah 2, cuba minta bantuan?" kata saya apabila teringat SM2 yang didoakan oleh seorang perawat Akrine. Jin itu menggelengkan kepala... mereka juga tak sanggup.

"Kalu begitu minta bantuan jin langit pertama?" saya masih meletakan harapan agar ada bantuan.... "mereka tak mahu datang" kata jin berkenaan sambil meraung menangis.

"Dengar sini, saya tahu di luar ramai kumpulan tentera Islam, kalau ada yang berkesanggupan, sila tampilkan diri". Saya bersuara kuat memohon ada kumpulan jin yang bersimpati.

Jin berkenaan memberitahu saya bahawa dia melihat sekumpulan jin bermesyuarat di luar. Dia akhirnya memberitahu ke semua mereka tak dapat membantu... mereka meminta maaf. Mereka kata puan R sendiri boleh mengatasinya.

Hemmmm.... aku buntu seketika.

Akhirnya saya beritahu jin berkenaan, saya akan hantar dia ke Mesjid Jin di Mekah. Awak minta izin dengan ketua jin di sana dan minta kaki awak diikat di tiang mesjid berkenaan. Jin inipun bersetuju.

{saya terpaksa menarik bahagian-bahagian anggota jin ini yang dipisah-pisahkan di rumah puan R, di rumah tukang sihir dan di rumah pengupah, saya taik satu persatu, dicantumkan ke dalam botol dan menghantarnya ke Mekah, dengan izin ALLAH}

Kemudian, Mek Y dari Kelantan datang memarahi saya, dia mengancam untuk membunuh anak-anak puan R kerana gagal membunuh puan R.

Saya beri amaran... saya juga dengan izin ALLAH boleh memusnahkan seluruh anak buahnya termasuk dia sendiri.

Saya ambil batu bata, membacakan ayat2 tertentu dan membakarnya mengguna lilin.

Saya dapat melihat, Mek Y mula2 angkuh mengatakan jin-jinnya sedang menghalang api dari sampai kepadanya... 5 minit kemudian dia merintih. Saya cucuk mata, telinga dan mulut mek Y menggunakan alat pengesan saya... actually saya cucuk batu-bata. Mek Y pull-out mungkin sudah bisu, buta dan pekak.

Sayangnya peristiwa ini tidakdapat saya videokan. Video yang anda tonton adalah rawatan pagi ini kepada pesakit yang lain.


Ternyata teknik ini dengan izin ALLAH berjaya membakar jin-jin yang mengganggu pesakit saya.

Saya berhasrat nak menggunakan bahan bukan dari batu-bata di masa mendatang... kita lihat bagaimana kesudahannya. Begitu juga instead lilin kita masukan saja dalam oven... nampak moden sikit... tak berasap!

Tuesday, August 19, 2008

Kes 2... tolong sama

ASWT Ustaz,
Saya amat tertarik melayari laman web AKRINE kerana dapat mengetahui perkara yang sebelum ini saya anggap saya tahu tapi samar-samar namun kini sudah agak jelas. Jadi di sini saya ingin mengemukakan beberapa persoalan untuk kepastian daripada ustaz mengenai apa yang terjadi kepada saya dan juga ahli keluarga saya.
Dalam laman web ustaz banyak membicarakan tentang jin saka, asyik dan sihir. Bagaimanakah seseorang pesakit itu dapat mengetahui bahawa terdapat jin-jin tersebut dalam diri mereka? Sejauh manakah kehadiran jin-jin tersebut dapat mempengaruhi seseorang pesakit itu dari segi rezeki, jodoh atau perasan iri orang umpamanya. Saya tak pasti tentang jin dalam diri saya (jika ada) tapi sejak melayari laman web Akrine satu yang saya perasan ialah tentang mimpi saya. Mimpi sebegini telah lama saya alami iaitu selalu berkaitan dengan tandas dan bilik air. Saya selalu bermimpi saya berada di tandas. Adakah ini ada kaitan dengan kehadiran jin? Jodoh saya juga agak berat, saya berkahwin pada umur 38 thn itu pun sebagai isteri kedua yang menghadapi banyak masalah dengan madu saya. Malah rezeki saya untuk bekerja juga lambat dibanding kawan-kawan yang sama belajar! Pada suatu ketika saya pernah berubat dengan bomoh kerana berat jodoh. Dia telah memandikan saya dengan air limau dan bunga serta menyuruh saya berpantang dari ke kubur atau menziarahi orang meninggal.(tapi terpaksa saya langgar kerana orang yang rapat dengan saya meninggal!) Tapi satu yang pelik telah terjadi selepas saya mendapat rawatan dari bomoh itu bila pada suatu hari ketika di tandas tempat kerja tiba-tiba keluar sesuatu yang hitam daripada mulut saya. Saya tak pasti apa bendanya tapi seperti habuk yang basah. Selain daripada itu saya ini jenis yang selalu sakit-sakit sendi dan lenguh-lenguh sejak dari zaman sekolah sehingga sekarang. Kebelakangan ini saya selalu sakit dan lenguh kaki. Pernah tahun lepas, tapak kaki saya sakit sampai jalan terhenjut-henjut tapi bila pergi berurut berkali-kali tidak baik juga. Akhirnya tukang urut suruh saya jumpa bomoh. Setelah menggunakan minyak yang dijampi bomoh itu tak semena-mena sakit itu hilang. Tapi sekarang sakit itu masih datang dan pergi. Saya juga selalu pelupa dan amat tidak khusyuk ketika solat, mudah terawang-awang walaupun pada peringkat awal berazam untuk tumpu dan khusyuk!
Saya juga ingin bertanya pendapat ustaz tentang ibu saya berdasarkan cerita saya ini. Pada tahun 2000 ibu saya pernah terkena sejenis strok yang tak berapa kuat. Tapi sebelum kena, dia kata ketika dia sedang ambil wuduk untuk solat subuh dia terasa seperti sesuatu yang hitam dan besar di atas kepalanya. Lalu dia terus keluar dari bilik air dan kemudian menjadi lemah. Tapi dia pulih setelah dibawa ke hospital. Selang dua hari, dia rebah di dalam bilik air. Dan bila di bawa ke hospital, dia beransur-ansur menjadi seperti nyanyuk secara mendadak. Apa yang nak saya ceritakan ialah ketika di hospital dia makan dengan pelahapnya walhal dia tu cerewet makan. Malah ketika kita menyuapnya makan pun dia macam tak sabar-sabar tak sempat nak suapkan dia dah ambil dulu. Lepas keluar hospital pula dia solat salah. Bila ditegur dia tak ingat apa-apa. Tapi sekarang dia alhamdulillah sudah pulih sepenuhnya malah dah tinggal di pondok agama. Cuma masalahnya batuk dia yang tak reda-reda walau dah pelbagai jenis ubat yang dimakan.
Satu lagi, dari rasa ingin tahu saya nak tanya tentang anak saudara saya. Dia dikatakan mendapat "ilmu" untuk menjadi bomoh. Oleh itu dia perlu sediakan persalinan kuning yang akan dia pakai pada hari-hari tertentu. Selain itu dia juga kata kadang-kadang dia nampak makhluk halus. Kebolehan dia nak jadi bomoh itu juga dikaitkan dengan 'bonda' yang menjaganya. Adakah ini juga jin?
Saya juga ingin bertanya tentang cara-cara bomoh mengubati yang pernah saya alami.
1. Penggunaan setanggi.(dibakar setanggi sebelum merawat)
2. Bomoh memakai pakaian kuning, sebagai selempang atau sebagainya.
3. Memerlukan alat-alat seperti paku, garam, asam, limau, labu sintok, labu, bunga dan kain merah.
4. Bomoh menghanyutkan labu yang dikatakan mengandungi 'makhlus' yang ditangkap
5. Menulis wifiq di atas kain merah
6. Membaca jampi dalam bahasa yang tidak difahami (bahasa kuno katanya) dan akan membuat telahan berdasar apa yang "diberitahu" kepadanya! Siapakah yang "memberitahu" nya itu?
Soalan: Adakah cara-cara di atas dibolehkan?
Sekiranya Ustaz kelapangan, sudilah kiranya Ustaz membalas email saya ini. Teringin saya hendak mendapatkan rawatan daripada Ustaz tapi oleh sebab kekangan masa dan jarak sukarlah sikit. Tapi terdapat beberapa orang anak murid Ustaz di Kelantan ni, boleh juga jika saya dapatkan rawatan daripada mereka ya?
Sekian, wassalam.

Saturday, August 16, 2008

Gambar2 Kursus Siri Ke 7



"double click" pada gambar untuk membesarkannya




Training kali ni kita bagi beg aje ye!


Jangan tunggu kerasukan, dialog dan arahkan keluar... eh kenapa kakinya bergerak?

Kalau banyak sangat... tarik aje pakai serban, ok!


Tahniah sebagai peserta paling awal sampai!


Saya ijazahkan, Ust. Muhammad dari Singapura


Selamat menambah ilmu dan beramal kerana ALLAH

InnaliLLAHi wa inna ilaiHI raji'un

Pagi ini saya merawat satu kes sahaja. Sepatutnya tiada rawatan kerana isteri saya menjadi perwakilan muslimat di Muktamar Pas di Ipoh. Isteri saya balik awal kerana musibah yang menimpa keluarga salah seorang perwakilan yang pool kereta setelahmana muktamar muslimat selesai. Oleh kerana ada ruang dan atas permintaan saya merawat cik I, adiknya dan ibunya.

Semasa merawat jiran sebelah rumah datang memaklomkan bahawa Ustaz Amir anak kepada tn Hj Mahmud meninggal dunia pagi tadi.

Saya tergamam sebentar dan lantas berkata innaliLLAHi wa inna ilaiHI raji'un.

Ustaz Amir dibawa ibu-bapanya berjumpa saya 2 minggu yang lalu untuk dirawat. Beliau mengadu tegang di bahagian tangan dan muka.

Semasa merawat saya gunakan teknik gerak jari dan mendapati beliau disihir atas sebab-sebab yang diketahui oleh keluarganya sendiri. Setelah dimaklumkan saya pindahkan jin yang mahu keluar dan sembelih mana2 yang degil.

Seminggu selepas itu Ustaz yang berusia 26 tahun dan akan mendirikan rumahtangga akhir tahun ini datang semula ke rumah saya dengan wajah ceria bersama guru besar sekolahnya meminta saya datang ke sekolah untuk memagar sekolah mereka pula. Dia sudah berselera makan dan badannya berisi semula. Saya minta agar pihak sekolah membaca Yasin dahulu dan saya menyusul kemudian.

Hari ini saya menziarahi arwah dan sempat menghadiahkan alfatihah dan Yasin, mendoakan semoga roh beliau di tempatkan bersama para solihin.

Saya diberitahu arwah mula merasai kurang selesa jam 12.00 malam tadi. Dia meminta untuk berbaring di pangkuan kedua orang tuanya dan merasakan mungkin inilah yang terakhir baginya. Dia menceritakan melihat cahaya putih di sekelilingnya. Meminta orang tua memaafkannya dan merelakan pemergiannya.

Jikalah benar kematian kerana angkara sihir... saya amat sedih melihat gelagat manusia yang sanggup melakukan perkara terkutuk ini. Saya berharap telahan saya salah walaupun susah saya nak menafikannya.

Semoga ALLAH menerimanya sebagai hambaNYA yang soleh. Amin!

Thursday, August 14, 2008

Rakaman Kursus sesi ke 6

AlhamduliLLAH saya telah menerima salinan rakaman video kursus rawatan sesi yang ke 6 dari Ust. Mohd Razaki dari K.Bharu. Bagi peserta kursus yang ingin memiliki sila hubungi beliau di talian 013-9496731.

Saya juga ingin memaklumkan bahawa kursus di KKinabalu tidak dapat dijalankan. Harap maaf.

Bagi kursus di P. Pinang, insyaALLAH akan dianjurkan selepas Raya iaitu pada 19hb. Okt. 2008. Sila hubungi Ust. Nasrul 019-4765277

Saya juga akan mengendalikan kursus rawatan di Kuantan Pahang pada 26hb. Okt. 2008 ini insyaALLAH. Sila hubungi Sdra Nizam 013-9222522

Gambar-gambar kursus ke 7 ada saya simpan dan insyALLAH akan disiarkan sekembalinya dari bermuktamar di Ipoh.

Tuesday, August 5, 2008

Khasiat Kasturi

Khasiat Kasturi

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan Islam, maka kasturi didapati mempunyai banyak khasiat, antaranya:-

1) Memberi kekuatan pada roh

Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW:

“Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)

2) Menenangkan Jiwa

3) Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak

4) Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan

5) Menghilangkan debaran jantung

6) Menghilangkan Sesak Nafas

7) Melegakan Lelah (Asma)

8] Menyedarkan orang yang pengsan

9) Memperkuatkan organ luaran tubuh

10) Memperkuatkan organ dalaman tubuh

11) Menghilangkan rasa gementar

12) Menghilangkan sejuk tubuh

13) Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh

14) Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang

15) Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing

16) menjernihkan mata putih pada mata

17) Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan

18] Mencegah wabak penyakit

19) Melanjutkan usia

20) Meredhakan Allah SWT, menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh, dan sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya.

Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (spt kasturi).

sumber: Madrasah Darul Atiq


Saya sedang buat R&D tentang khasiat attar kasturi ini. InsyaALLAH jika berjaya akan saya catatkan dalam tulisan mendatang. Tulisan di atas tidak mengaitkan kesan kasturi kepada gangguan tetapi saya ada membacanya dalam karangan Muallij tertentu.

Saya juga menggunakan dan mencadangkan para perawat memakainya sebelum merawat... bagaimana pula kesan kepada pesakit... para perawat yang lain juga sila buat kajian, kemudian marilah kita kongsi cerapan berkenaan untuk kebaikan bersama.

Monday, August 4, 2008

Pawang yang Pau Wang

Hari Sabtu yang lepas saya pulang ke BPahat melawat keluarga di kampong. Lebih kurang jam 10.00 malam Kak T menelefon Mak L mengajaknya ke Simpang Lima. Katanya perawat dari Dsyifa nak ke rumah lama arwah ayah mak L (arwah suami Kak T adalah anak tiri mak L) yang kononnya bersaka dan kena buang barang saka malam tu juga. Mahu tak mahu kami sekeluarga menunggu kak T sehinggalah jam 12.00 malam.

Jam 12.oo menantu kak T datang bersama "perawat Dsyifa". Selepas berbincang perawat membatalkan hasratnya ke Simpang Lima tetapi dia mengatakan barang berkenaan berada di rumah kami (rumah mak L).

Teknik scannya tak pernah saya lihat sebelum ini. Tangannya digerakan empat segi dengan pantas dan kemudian dia menunjuk ke arah yang di katakan barang saka.

Kami benarkan dia masuk (pihak keluarga tidak memberitahu perawat ini bahawa saya juga adalah perawat).

Dia menuju ke almari pinggang di tengah ruang berdinding. Sekali lagi dia scan. Dia menunjuk ke arah laci yang tertutup. Dia tanya apa yang ada di dalam, katanya barang saka ada di situ. Saya bukakan alamari berkenaan... biasalah cawan-pinggan kaca dan seumpamanya.

Pada pemegang pembuka almari tersangkut bekas-bekas telur yang dibawa balik dan dikumpul oleh mak L setiap kenduri kahwin. Katanya pada bekas telur berkenaan pun dah ada kesan saka! Saya mulalah nak ketawa, tapi give him a chance to look the thing... dia tanya... ada simpan keris lama tak? Kami jawablah tak ada (memang tak ada pun).

Perawat berkenaan menujuk ke tiang rumah berdekatan dengan almari berkenaan. Dia scan lagi dan dengan penuh yakin mengatakan inilah barang sakanya. Ini tiang seri, kat tiang ni ada jin kafir!

Dia meminta air lalu membaca secara perlahan jampi yang tidak dapat saya dengar. Dia minta alat spray untuk spray tiang berkenaan. Kami beritahu tak ada alat spray. Diapun merenjis dengan tangan, katanya kalau pakai spray lagi baik....

Kemudian perawat dan rombongannya pun balik...

Sebenarnya Kak T baru kematian suami. Dia tinggal bersendirian kerana anak-anak semuanya berkeluarga dan telah bekerja. Kak T sentiasa teringat bekas suaminya (arwah suami Kak T meninggal secara mengejut). Atas nasihat rakan-rakan dia berjumpa dengan perawat ini.

Perawat ini memberitahu Kak T bahawa saka arwah nak masuk ke badannya. Sebab itulah dia tak boleh tidur.

Sebenarnya Kak T atas nasihat Mak L datang berjumpa saya dari BPahat menaikki bas untuk saya rawat. Setelah saya rawat Kak T sudah pulih seperti biasa, alhamduliLLAH.

Tetapi perawat berkenaan yang telefon kak T mengajaknya mengambil barang saka berkenaan dan dia tak ada masa lain selain pada malam itu sahaja. Mahu tak mahu kak T menelefon menantunya dari Pahang untuk membawa perawat berkenaan ke Simpang Lima.

Persoalan yang timbul di sini kenapa perawat menukar tempat dari Simpang Lima ke rumah kami di Parit Besar? Sedangkan kedua-dua arwah berkenaan tidak pernah tinggal di rumah kami.

Perawat juga menukar-nukar posisi dari dalam almari, ke ponjot telur dan akhirnya tiang seri. Tiang seri itupun bukanlah tiang seri kerana rumah asal telah dirobohkan dan tiang seri sudah tak ada lagi.

Saya mengambil beberapa cerapan terutamanya teknik scanning yang melucukan. Apakah benar dia perawat Dsyifa? Mungkin ya tetapi dia sudah jauh menyeleweng!!! saya yakin benar Dsyifa tidak mengajar teknik berkenaan... tetapi Dsyifa juga tiada teknik yang standard.... ini mungkin value added agaknya.

Berapakah kos yang dikenakan... Kak T sahaja yang dapat menjawabnya. Walau apapun ia pengajaran bagi saya... jangan sangka orang yang di depan kita tak tahu apa yang kita lakukan, jangan cuba nak belit, bercakap dan bertindak biarlah secara fakta dan pergantungan bulat ke pada ALLAH SWT.

Blog/web Rawatan

My Favourite

Expose Mistik part-1

Expose Mistik Part 2

Expose Mistik Part 3

Teknik Tidurkan Jin



Senarai Perawat Luar Negeri

KLINIK RUQYAH DI LUAR NEGERI





  • Jordan
  • "Ayesh Quran: Cell: 00962795576723, ayeshquran@yahoo.com (Taibeh, Irbed, Jordan)
  • UK
    • Abu Junaid: 07834326225 (Birmingham and surrounding areas, UK)
    • Abdul Jabbaar: 07976918576 (Huddersfield and surrounding areas, UK)
    • Abu Abdullah As-Salafi: 07737557330 (Birmingham, UK)
    • Abu Abdullah: Ruqyashariyah@yahoo.co.uk, http://groups.yahoo.com/group/RuqyaShariyah/
    • Zaid : 07985667618 (Leicester, UK)
    • Sheikh Abu Hanifah (appears on the Islam Channel Q&A): 0208 471 5766 (London, UK)
    • Ibrahim At-turki: 07719380579 (Hertfordshire, North London)
  • USA
    • Abdulhakim Alhiyafi: (615) 668-2522 (Dallas, Tx 76107), the sheikh works in Sharia Academy and he travels to other states frequently.
    • Ahmad Al-Jabry: (313) 384-4509 (Dearborn, Mi 48126)
  • Germany
    • Abu Sufian: 01625365432 (Bonn)
  • Bosnia and Herzegovina
  • Morocco
  • Pakistan
    • Iqbal Salafi: TEL: 0092 51 5537998 (7AM-3PM PST), Mobile:0092 3335115646, Kashmiri Bazaar near masjid Darus Salaam, Ahl Hadith (RAWALPINDI-PAKISTAN)
  • Egypt
    • Waheed Abdul-Salam Balo: 0020105061850 (Egypt)
  • Yemen
    • Muhammad Al-Imam center (Ma'bar, Yemen)
    • Abdul-Qadir Al-Qudsy center (Al-Qadisiyah, San'a', Yemen)
  • Saudi Arabia
    • Abdul-Azeez Abu Djeen: phone: 4265211, cell: 055415020 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-Subai'y: 055216484 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez bin Jdeed: 055425132 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Abdullah: 054264125 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah As-Sadhan: 055261525 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Nasir Armeeh: phone: 055425132, cell: 055212184 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah Fahd Arsheedy: 0557556976 , 0557992665 (Al-Kharj, Saudi Arabia)
    • Khalid Al-habashy: the imam of Masjid Al-Sulayman (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Munair Arab: (+966) 555708580, www.alroqia.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez Muhammed Al-Kharmy: cell: 055663850, aziz1123@hotmail.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Saleh An-Nah-Has: 0506575057 (At-Ta'ef, Saudi Arabia)
    • Ahmed Ard-dady: office: 048229319, cell: 0505302026 (Al-Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia)
    • 'a'edh Al-Sharary: cell: 053650839 (Tabarjal, Saudi Arabia)
    • Sa'eed Al-Qahtany: 055759590 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Mohammed Arsainy: 055143121 (Buraydah, Saudi Arabia)
    • Khalaf Aal-Baker: 054407544, (Al-aziziyah, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-ataiby: 052388818, 054449429 (Al-Khalidiyah, Saudi Arabia)
  • Kuwait
    • Abdullah Al-hadad: 3842452 (Al-Green, Kuwait)
    • Faysal Al-'anzy: 9279496 (As-Sableekhat, Kuwait)
    • Hady Al-'anzy: 9009019 (Al-Jahra', Kuwait)
    • Mohammed Al-Qaysi: 7989066 (Great Mubarak, Kuwait)
    • Abu Osamah: 7040056 (Kuwait)
  • UAE
    • Salah Abdul-Qader: 050/6111706 (Abu Dhabi, UAE)