Hari Sabtu yang lepas saya pulang ke BPahat melawat keluarga di kampong. Lebih kurang jam 10.00 malam Kak T menelefon Mak L mengajaknya ke Simpang Lima. Katanya perawat dari Dsyifa nak ke rumah lama arwah ayah mak L (arwah suami Kak T adalah anak tiri mak L) yang kononnya bersaka dan kena buang barang saka malam tu juga. Mahu tak mahu kami sekeluarga menunggu kak T sehinggalah jam 12.00 malam.
Jam 12.oo menantu kak T datang bersama "perawat Dsyifa". Selepas berbincang perawat membatalkan hasratnya ke Simpang Lima tetapi dia mengatakan barang berkenaan berada di rumah kami (rumah mak L).
Teknik scannya tak pernah saya lihat sebelum ini. Tangannya digerakan empat segi dengan pantas dan kemudian dia menunjuk ke arah yang di katakan barang saka.
Kami benarkan dia masuk (pihak keluarga tidak memberitahu perawat ini bahawa saya juga adalah perawat).
Dia menuju ke almari pinggang di tengah ruang berdinding. Sekali lagi dia scan. Dia menunjuk ke arah laci yang tertutup. Dia tanya apa yang ada di dalam, katanya barang saka ada di situ. Saya bukakan alamari berkenaan... biasalah cawan-pinggan kaca dan seumpamanya.
Pada pemegang pembuka almari tersangkut bekas-bekas telur yang dibawa balik dan dikumpul oleh mak L setiap kenduri kahwin. Katanya pada bekas telur berkenaan pun dah ada kesan saka! Saya mulalah nak ketawa, tapi give him a chance to look the thing... dia tanya... ada simpan keris lama tak? Kami jawablah tak ada (memang tak ada pun).
Perawat berkenaan menujuk ke tiang rumah berdekatan dengan almari berkenaan. Dia scan lagi dan dengan penuh yakin mengatakan inilah barang sakanya. Ini tiang seri, kat tiang ni ada jin kafir!
Dia meminta air lalu membaca secara perlahan jampi yang tidak dapat saya dengar. Dia minta alat spray untuk spray tiang berkenaan. Kami beritahu tak ada alat spray. Diapun merenjis dengan tangan, katanya kalau pakai spray lagi baik....
Kemudian perawat dan rombongannya pun balik...
Sebenarnya Kak T baru kematian suami. Dia tinggal bersendirian kerana anak-anak semuanya berkeluarga dan telah bekerja. Kak T sentiasa teringat bekas suaminya (arwah suami Kak T meninggal secara mengejut). Atas nasihat rakan-rakan dia berjumpa dengan perawat ini.
Perawat ini memberitahu Kak T bahawa saka arwah nak masuk ke badannya. Sebab itulah dia tak boleh tidur.
Sebenarnya Kak T atas nasihat Mak L datang berjumpa saya dari BPahat menaikki bas untuk saya rawat. Setelah saya rawat Kak T sudah pulih seperti biasa, alhamduliLLAH.
Tetapi perawat berkenaan yang telefon kak T mengajaknya mengambil barang saka berkenaan dan dia tak ada masa lain selain pada malam itu sahaja. Mahu tak mahu kak T menelefon menantunya dari Pahang untuk membawa perawat berkenaan ke Simpang Lima.
Persoalan yang timbul di sini kenapa perawat menukar tempat dari Simpang Lima ke rumah kami di Parit Besar? Sedangkan kedua-dua arwah berkenaan tidak pernah tinggal di rumah kami.
Perawat juga menukar-nukar posisi dari dalam almari, ke ponjot telur dan akhirnya tiang seri. Tiang seri itupun bukanlah tiang seri kerana rumah asal telah dirobohkan dan tiang seri sudah tak ada lagi.
Saya mengambil beberapa cerapan terutamanya teknik scanning yang melucukan. Apakah benar dia perawat Dsyifa? Mungkin ya tetapi dia sudah jauh menyeleweng!!! saya yakin benar Dsyifa tidak mengajar teknik berkenaan... tetapi Dsyifa juga tiada teknik yang standard.... ini mungkin value added agaknya.
Berapakah kos yang dikenakan... Kak T sahaja yang dapat menjawabnya. Walau apapun ia pengajaran bagi saya... jangan sangka orang yang di depan kita tak tahu apa yang kita lakukan, jangan cuba nak belit, bercakap dan bertindak biarlah secara fakta dan pergantungan bulat ke pada ALLAH SWT.
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
3 comments:
MasyaALLAH, kalaulah dia tahu yg ust pun seorg perawat, mahunye pakai topeng dia malam tu..Mudah2an usaha ust mendapat tempat di sisi ALLAH hendaknya, Amin Ya Robbal A'lamin. Ust ke Batu Pahat, xsinggah pun ke melaka..hehehe..
Biasa la tu UAM ...kalu dah kat luar jauh pulak dari guru mulala ambik amalan yg entah apa2 ....entah betul ke tak scan dia tu atau syok sendiri....Allah saja yg tahu
Ya, kalau dia tahu tentu dia pakai topeng , hehe.. tapi ape boleh buat.. pelbagai cara utk mendapatkan duit walaupun tahu ia akan sesuatu yang bertentangan.
waa baru first time comment setelah lame mengikuti blog utz.
Teruskan Usaha Utz.
Post a Comment