Ia bermula apabila saya merawat Puan R malam kelmarin. Setelah dinasihatkan jin pada badannya bersetuju untuk keluar. Tetapi dia memberitahu saya akan masuk balik jika dikeluarkan, katanya dia pernah dihantar ke Serambi Madinah tetapi dia dipanggil semula. Tentera Islam di Serambi Madinah tak mampu menghalang tukang sihir berkenaan.
Dia juga meceritakan bagaimana ramai tentera Islam (jin) yang syahid apabila bertarung semasa saya mengarahkan tentera2 ini menangkap SB yang memerhatikan saya merawat puan R sebelum ini.
Saya tergamam dan termenung... Tergamam memikirkan pengorbanan tentera Islam, termenung memikirkan bagaimana nak menyelamat jin yang dah bertaubat ini.
"Ok, saya akan panggil ketua Serambi Madinah dan awak berdialog dengannya.... tanya pandangannya dan bolehkah dia membantu!" anjuran saya kepada jin berkenaan...
Saya tahu ketua Serambi Madinah ada di sekitar saya merawat bersama tentera Islam. Jin itu menangis memberitahu saya bahawa mereka tak sanggup membantu menyelamatkannya.
"Bagaimana dengan ketua jin ular dari Serambi Madinah 2, cuba minta bantuan?" kata saya apabila teringat SM2 yang didoakan oleh seorang perawat Akrine. Jin itu menggelengkan kepala... mereka juga tak sanggup.
"Kalu begitu minta bantuan jin langit pertama?" saya masih meletakan harapan agar ada bantuan.... "mereka tak mahu datang" kata jin berkenaan sambil meraung menangis.
"Dengar sini, saya tahu di luar ramai kumpulan tentera Islam, kalau ada yang berkesanggupan, sila tampilkan diri". Saya bersuara kuat memohon ada kumpulan jin yang bersimpati.
Jin berkenaan memberitahu saya bahawa dia melihat sekumpulan jin bermesyuarat di luar. Dia akhirnya memberitahu ke semua mereka tak dapat membantu... mereka meminta maaf. Mereka kata puan R sendiri boleh mengatasinya.
Hemmmm.... aku buntu seketika.
Akhirnya saya beritahu jin berkenaan, saya akan hantar dia ke Mesjid Jin di Mekah. Awak minta izin dengan ketua jin di sana dan minta kaki awak diikat di tiang mesjid berkenaan. Jin inipun bersetuju.
{saya terpaksa menarik bahagian-bahagian anggota jin ini yang dipisah-pisahkan di rumah puan R, di rumah tukang sihir dan di rumah pengupah, saya taik satu persatu, dicantumkan ke dalam botol dan menghantarnya ke Mekah, dengan izin ALLAH}
Kemudian, Mek Y dari Kelantan datang memarahi saya, dia mengancam untuk membunuh anak-anak puan R kerana gagal membunuh puan R.
Saya beri amaran... saya juga dengan izin ALLAH boleh memusnahkan seluruh anak buahnya termasuk dia sendiri.
Saya ambil batu bata, membacakan ayat2 tertentu dan membakarnya mengguna lilin.
Saya dapat melihat, Mek Y mula2 angkuh mengatakan jin-jinnya sedang menghalang api dari sampai kepadanya... 5 minit kemudian dia merintih. Saya cucuk mata, telinga dan mulut mek Y menggunakan alat pengesan saya... actually saya cucuk batu-bata. Mek Y pull-out mungkin sudah bisu, buta dan pekak.
Sayangnya peristiwa ini tidakdapat saya videokan. Video yang anda tonton adalah rawatan pagi ini kepada pesakit yang lain.
Ternyata teknik ini dengan izin ALLAH berjaya membakar jin-jin yang mengganggu pesakit saya.
Saya berhasrat nak menggunakan bahan bukan dari batu-bata di masa mendatang... kita lihat bagaimana kesudahannya. Begitu juga instead lilin kita masukan saja dalam oven... nampak moden sikit... tak berasap!
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
8 comments:
Salam Ust
Guna kertas bole kee .....
Salam,
teknik ini digunakan oleh perawat bukan pesakit dalam usaha mengeluarkan jin2 yang degil.
Teknik bakar kertas elok diganti dengan Yasin 7 mubin
salam uztaz,
boleh ajar teknik bakar bata ni, doa-doa yang dibaca dan cara2nya.Boleh digunakan dalam keadaan terdesak/genting sebagai ikhtiar terakhir sebelum berserah kepada Allah.
Adakah Yasin 7 Mubin ni boleh digunakan menggantikan kaedah bakar bata. Adakah kaedahnya sama seperti seperti mencari barang hilang/dicuri,
Wassallam,
Ahmad Khairi (Peserta Kursus 7)
Salam,
InsyaALLAH apabila mantap saya akan perincikan.
Yasin 7 mubin boleh digunakan ganti teknik bakar bata yang lama... lebih mudah...kesan mungkin sehebat bakar bata.
saya antara orang yang tidak dapat hadir kursus ustaz, boleh terangkan terperinci step bakar bata mengguna Yassin 7 mubin
MasyaAllah...
Bagaimana kesudahan kes Puan R tu ustaz? Bagaimana keselamatan anak-anaknya? Adakah Puan R patut membawa anak-anaknya mendapat rawatan pula? Adakah selamat untuk mereka terus bertahan tinggal di rumah itu?
ustaz, saya rasa ustaz perlu berdoa, agar tentera jin islam tersebut kebal daripada dibunuh oleh musuh-musuh Allah...saya yakin, insyaAllah mereka beroleh kejayaan.
teknik bakar bata dgn lilin ni nampa lebih ringkas, bersih juga mungkin lebih berkesan.
Post a Comment