ASWT Ustaz,
Saya amat tertarik melayari laman web AKRINE kerana dapat mengetahui perkara yang sebelum ini saya anggap saya tahu tapi samar-samar namun kini sudah agak jelas. Jadi di sini saya ingin mengemukakan beberapa persoalan untuk kepastian daripada ustaz mengenai apa yang terjadi kepada saya dan juga ahli keluarga saya.
Dalam laman web ustaz banyak membicarakan tentang jin saka, asyik dan sihir. Bagaimanakah seseorang pesakit itu dapat mengetahui bahawa terdapat jin-jin tersebut dalam diri mereka? Sejauh manakah kehadiran jin-jin tersebut dapat mempengaruhi seseorang pesakit itu dari segi rezeki, jodoh atau perasan iri orang umpamanya. Saya tak pasti tentang jin dalam diri saya (jika ada) tapi sejak melayari laman web Akrine satu yang saya perasan ialah tentang mimpi saya. Mimpi sebegini telah lama saya alami iaitu selalu berkaitan dengan tandas dan bilik air. Saya selalu bermimpi saya berada di tandas. Adakah ini ada kaitan dengan kehadiran jin? Jodoh saya juga agak berat, saya berkahwin pada umur 38 thn itu pun sebagai isteri kedua yang menghadapi banyak masalah dengan madu saya. Malah rezeki saya untuk bekerja juga lambat dibanding kawan-kawan yang sama belajar! Pada suatu ketika saya pernah berubat dengan bomoh kerana berat jodoh. Dia telah memandikan saya dengan air limau dan bunga serta menyuruh saya berpantang dari ke kubur atau menziarahi orang meninggal.(tapi terpaksa saya langgar kerana orang yang rapat dengan saya meninggal!) Tapi satu yang pelik telah terjadi selepas saya mendapat rawatan dari bomoh itu bila pada suatu hari ketika di tandas tempat kerja tiba-tiba keluar sesuatu yang hitam daripada mulut saya. Saya tak pasti apa bendanya tapi seperti habuk yang basah. Selain daripada itu saya ini jenis yang selalu sakit-sakit sendi dan lenguh-lenguh sejak dari zaman sekolah sehingga sekarang. Kebelakangan ini saya selalu sakit dan lenguh kaki. Pernah tahun lepas, tapak kaki saya sakit sampai jalan terhenjut-henjut tapi bila pergi berurut berkali-kali tidak baik juga. Akhirnya tukang urut suruh saya jumpa bomoh. Setelah menggunakan minyak yang dijampi bomoh itu tak semena-mena sakit itu hilang. Tapi sekarang sakit itu masih datang dan pergi. Saya juga selalu pelupa dan amat tidak khusyuk ketika solat, mudah terawang-awang walaupun pada peringkat awal berazam untuk tumpu dan khusyuk!
Saya juga ingin bertanya pendapat ustaz tentang ibu saya berdasarkan cerita saya ini. Pada tahun 2000 ibu saya pernah terkena sejenis strok yang tak berapa kuat. Tapi sebelum kena, dia kata ketika dia sedang ambil wuduk untuk solat subuh dia terasa seperti sesuatu yang hitam dan besar di atas kepalanya. Lalu dia terus keluar dari bilik air dan kemudian menjadi lemah. Tapi dia pulih setelah dibawa ke hospital. Selang dua hari, dia rebah di dalam bilik air. Dan bila di bawa ke hospital, dia beransur-ansur menjadi seperti nyanyuk secara mendadak. Apa yang nak saya ceritakan ialah ketika di hospital dia makan dengan pelahapnya walhal dia tu cerewet makan. Malah ketika kita menyuapnya makan pun dia macam tak sabar-sabar tak sempat nak suapkan dia dah ambil dulu. Lepas keluar hospital pula dia solat salah. Bila ditegur dia tak ingat apa-apa. Tapi sekarang dia alhamdulillah sudah pulih sepenuhnya malah dah tinggal di pondok agama. Cuma masalahnya batuk dia yang tak reda-reda walau dah pelbagai jenis ubat yang dimakan.
Satu lagi, dari rasa ingin tahu saya nak tanya tentang anak saudara saya. Dia dikatakan mendapat "ilmu" untuk menjadi bomoh. Oleh itu dia perlu sediakan persalinan kuning yang akan dia pakai pada hari-hari tertentu. Selain itu dia juga kata kadang-kadang dia nampak makhluk halus. Kebolehan dia nak jadi bomoh itu juga dikaitkan dengan 'bonda' yang menjaganya. Adakah ini juga jin?
Saya juga ingin bertanya tentang cara-cara bomoh mengubati yang pernah saya alami.
1. Penggunaan setanggi.(dibakar setanggi sebelum merawat)
2. Bomoh memakai pakaian kuning, sebagai selempang atau sebagainya.
3. Memerlukan alat-alat seperti paku, garam, asam, limau, labu sintok, labu, bunga dan kain merah.
4. Bomoh menghanyutkan labu yang dikatakan mengandungi 'makhlus' yang ditangkap
5. Menulis wifiq di atas kain merah
6. Membaca jampi dalam bahasa yang tidak difahami (bahasa kuno katanya) dan akan membuat telahan berdasar apa yang "diberitahu" kepadanya! Siapakah yang "memberitahu" nya itu?
Soalan: Adakah cara-cara di atas dibolehkan?
Sekiranya Ustaz kelapangan, sudilah kiranya Ustaz membalas email saya ini. Teringin saya hendak mendapatkan rawatan daripada Ustaz tapi oleh sebab kekangan masa dan jarak sukarlah sikit. Tapi terdapat beberapa orang anak murid Ustaz di Kelantan ni, boleh juga jika saya dapatkan rawatan daripada mereka ya?
Sekian, wassalam.
1 comment:
Salam,
Saya cuma nak ulas ttg anak saudara puan mendapat ilmu menjadi bomoh.
Teknik rawatan sebegini dikatakan adalah secara pendamping... ianya salah dan banyak mengundang fitnah.
Si bomoh mendengar bisikan jin yang kononnya membantunya tetapi apakah boleh dipercayai kata2 jin ini... adakalanya dia kata orang tertentu yang menyihir pesakit, sedangkan hakikatnya tidak,
Perawat jenis ini bukan perawat tetapi hanyalah sebagai jurucakap atau pelakon sahaja... yang merawat adalah jin pendamping itu sendiri,
Jin pendamping ini menjadi masalah kerana dia akan minta upah atas kerja2nya... dia akan hisap darah perawat ataupun keluarga perawat... Puan perhatikan bahawa perawat atau ahli keluarganya ada yang sakit. Jika tidak, bomoh ini kena menjamu dgn penggunaan setanggi, kemenyan dsb.
Nasihatkan dia agar berhenti secara hekmah.
Wassalam
Post a Comment