1. Pengsan kerana kerasukan membatalkan puasa
Saya terima sms dari rakan perawat meminta pendapat saya tentang bagaimana jika pesakit pengsan apabila diruqyah, apakah batal puasanya?
Bab hukum bukan pendapat, lantas saya rujuk beberapa ustaz kenalan rapat mengenai perkara ini. Rata-rata mengatakan batal dengan syarat pesakit memang tak sedar diri, tetapi jika dia kerasukan dalam keadaan sedar cuma tak boleh control diri maka tidak batal puasanya.
Menyedari hakikat ini saya tanya pesakit sama ada dia puasa atau tidak dan peringatkan dia jika kerasukan mestilah dicerap elok-elok sama ada dia sedar akan apa yang terjadi.
Saya berusaha sebaik mungkin agar pesakit tidak kerasukan dan berkomunikasi dengan jin berkenaan secara bahasa isyarat pergerakan jari sahaja. seronok juga melihat jari2 terangguk-angguk atau tergeleng mengiya dan menidakan soalan-soalan yang diberi.
Ramai yang email saya bertanya bagaimana nak uji jin bercakap benar atau tidak, saya akan terangkan dalam kursus peningkatan yang insyaALLAH akan diadakan pada pertengahan bulan Disember nanti.
2. Jin dan syaitan diikat di bulan puasa
Isu ini selalu ditanya oleh pesakit, kenapa saya masih sakit/diganggu oleh jin sedangkan hadis Nabi SAW mengatakan jin dan syaitan diikat/dirantai sepanjang bulan puasa?
Hal ini menyentuh keimanan, bukan isu mudah.
Hanya dihari pertama sahaja saya berdepan dengan kumpulan jin Islam sedangkan hari mendatang selepas itu adalah jin2 kafir belaka.
Sodhaka ya RasuluLLAH, maha benar engkau Ya RasuluLLAH. Saya simpulkan bahawa jin khususnya tidak terikat dalam bulan puasa ini sepertimana yang difahami oleh orang awam seperti saya. tetapi benar jin "terikat" secara tersirat bukan tersurat.
Ini samalah seperti anda ada ikatan kekeluargaan, ikatan perkahwinan, ikatan kontrek dan sebagainya. Adakah anda terikat secara zahir?
Begitulah jin di bulan puasa ini, mereka bergerak dalam keadaan yang memang sukar seolah-olah kena ikat... ini kerana orang yang berpuasa pembuluh darahnya adalah sempit bagi jin.
Jika ada para ulamak yang ingin menjelaskan isu ini anda dipersilakan.
3. Tetamu dari seluruh negara
Bulan ini juga saya menerima pesaki-pesakitt dari jauh dan dekat, Kedah, Perak, Pahang,
Melaka, N. sembilan, Johor dan Singapura.
Adakalanya saya sayu menerima tetamu dari jauh mengharapkan kesembuhan. Saya pertegaskan semasa rawatan bahawa kesembuhan itu milik ALLAH semata. AlhamduliLLAH banyak masalah yang saya hadapi dapat dirungkai dengan jayanya.
Blog saya juga diikuti di seluruh dunia, selain Malaysia saya dapati ada pengunjung dari Oslo Amerika, Asia Pacific, Belanda, Brunei DarusSalam, Singapura, Indonesia, Thailand dsb. Mudah2an blog ini memberi manafaat kepada semua.
Saya memohon maaf kepada tidak kurang dari 10 orang pesakit yang datang tanpa membuat temu-janji. Saya tidak merawat mereka kerana jadual rawatan saya telah disusun sedemikian rupa bagi kemudahan saya dan pesakit... tentulah saya kurang ikhlas jika ada yang datang mengetuk pintu minta dirawat jam 10 malam sedang masa sebegini saya sedang tekun merenung ayat2 suci al-Quran, ataupun waktu sudah hampir zohor ketika saya menamatkan pesakit terakhir untuk hari berkenaan.
4. Mehnah yang tidak diduga
Bulan ini saya diduga dengan pelbagai ujian. Dua kereta saya (itupun yang ada) terlibat dalam kecelakaan jalan raya dipandu oleh anak saya. Saya hanya ada motor sahaja sekarang. sebuah rosak teruk dan saya jual secara kilo sahaja, sebuah lagi masih di bengkel untuk tuntutan insuran. Mungkin tahun ini saya sekeluarga tidak pulang beraya.... sedang kumpul duit nak cari kereta terpakai.... alhamduliLLAH anak saya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Anak saya ni bermimpi 2 perkara, pertama dia didatangi seseorang memberitahu supaya saya dan isteri berhati-hati kerana ada orang yang berusaha menyihir saya secara teknik telur. Kedua kereta yang dipandunya pancit dalam perjalanan. Mimpi ini berturut-turut sebelum kejadian... siapakah sipemberi maklumat ini?
Jiran rapat saya yang bekerja di PAS Pusat pula kehilangan kereta yang diletak di kawasan parking KTM Kuang. Saya sudah bacakan Yasin 7 mubin dan dengar cerita ada sahabat dari Kelantan nak beri dia kereta.
Jiran Belakang rumah saya mengalami musibah yang lebih dahsyat, rumahnya ditimbus tanah sehari sebelum puasa. AlhamduliLLAH mereka tiada dirumah semasa kejadian.
Tulisan saya mengenai Memurnikan Teknik Rawatan tidak disenangi sekumpulan perawat. Begitu juga saya difitnah mengajar/melakukan scanning secara jarak jarak jauh. Bagi saya ini sebahagian dari tribulasi kehidupan seorang muallij. Saya baru diuji sedangkan guru saya TG Ust haron Din telah lama dan masih diuji. Doa saya kepada guru saya yang saya kasihi, mudah2an ALLAH membalas segala usaha baik TG dan saya memohon jutaan maaf jika anak muridmu ini yang terlalu kerdil adakalanya menyinggung perasaan guru... saya masih ingat perkataan guru semasa mengijazahkan saya "enta boleh!".
Saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat memperingati Badr Al-Qubra, selamat menghayati ibadah puasa, selamat menyambut E'idul Mubarak. Maaf segala keterlanjuran dan kesilapan. jumpa lagi lepas Raya insyaALLAH
Iklan
Rumah saya di Taman Desa Ixora Senawang. Saya beli setahun sebelum pilihanraya "reformasi" 1998. Ketika itu saya membuka syarikat di Senawang Industrial Park. setahun kemudian saya diminta menjadi calon PAS di DUN Paya Jaras (Kuang) lalu saya balik berkhidmat walaupun belum menang. Kini, setelah 10 tahun rumah ini nak saya jual. jika ada yang berminat lihatlah sendiri di No. 331, Jalan Ixora 2/2, Taman Desa Ixora. harga boleh runding
10 comments:
Salam Ust,
MasyaALLAH, sebak sy membaca perihal ujian yg menimpa Ust, harap Ust sekeluarga tabah menghadapinya, sy doakan ALLAH mengurniakan sebesar2 rahmat ke atas Ust sekeluarga.
"Ya ALLAH, berikanlah rahmatmu yg melimpah ruah ke atas guruku sekeluarga,Amin, Amin, Amin, Ya Rabbal 'Alamin"
salam ustad,
saya berminat mengenai kursus peningkatan yang akan di adakan pada mid disember nanti, sedikit yang saya nak kongsi.. setelah melalui pengalaman merawat.. kekadang terasa juga bisikan dan hasutan di dalam hati..unsur riak dan ujub..kononnya sekrang aku ada ilmu merawat! saya amat takut dengan kehadiran perasaan itu.. cepat2 saya istighfar dan mengingatkan diri bahawa segala pergerakan diri saya hanyalah berlaku dengan izin Allah..dan segala kesembuhan juga milik Allah..ustad doakan saya , agar lebih tabah..
InsyaAllah Ustaz kuat dalam menghadapi cabaran. Itu tandanya iman.
Untuk menjawab soal jin diikat dalam bulan puasa, saya ada mengikuti satu ceramah dan dikatakan cuma jin biasa sahaja diikat. Jin yang bertuan/khadam atau jin sihir tidak diikat.
Mungkin itu sebabnya gangguan kurang tapi sihir tak ada bezanya.
Wallahua lam.
Razman
Saya rasa ini semua adalah dugaan bagi semua perawat. Sukar bagi kita manusia, kalau tak merawat pun diganggu juga oleh makhluk jin ini. bila jadi perawat pun sama. Sama-samalah kita berdoa agar kita dilindungi oleh-Nya. InsyaALLAH.
Salam ustaz.Ni ada post best berkenaan Ramadhan.Kajian saintifik terhadap bulan Ramadhan.Kalau ada masa,bolehlah ustaz dan pembaca lain berkunjung.Kita tambah ilmu.
http://www.rawatankesihatan.com/2007/09/ramadan.html
Salam ustz,
Jin biasa (Islam dan kafir) tak diikat, cuma syaitan dan iblis yg diikat.
Wallahualam
Salam,
Hadis Nabi menyebut "jin dan syaitan" macam mana anda katakan syaitan dan iblis saja?
kalau diikat, kenapa masih ada org boleh buat maksiat, dll di bulan puasa?
itu simbolik saja... =)
Salam,
Minal jinnati wan nas.... manusia masih ada godaan lain... NAFSU
Salam ustaz,
Mengikut Razman komennya di atas,
"Untuk menjawab soal jin diikat dalam bulan puasa, saya ada mengikuti satu ceramah dan dikatakan cuma jin biasa sahaja diikat. Jin yang bertuan/ khadam atau jin sihir tidak diikat."
Jin bertuan atau jin sihir ialah jin juga, kenapa tak diikat (mengikut hadis nabi s.a.w)?
Wallahualam
Post a Comment