Followers

kursus

Kursus Rawatan Islam Terbaru

Tahap 1 : akan diadakan pada 19 - 20hb. September 2015 di Akrine Kuang

Kursus ini akan menekankan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini sesuai bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.

Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:

* Bagaimana alam jin
* Kaedah membenteng diri
* Teknik mengesan kehadiran jin
* Teknik racun
* Teknik dialog
* Teknik mengeluar jin (tarik guna serban / botol)
* Teknik mandian pesakit
* Teknik bakar batu-bata
* Akrionics
* Garis panduan merawat
* Latihan rawatan
Yuran adalah RM250.00 sahaja. Tempat adalah terhad. Hanya peserta Tahap 1 yang layak untuk mengikuti kursus Tahap 2

SMS butiran anda nama, alamat, pekerjaan kepada 019 758 4801

Tahap 2 : akan dimaklomkan

Pada tahap ini hanya bagi mereka yang telah mengikut kursus tahap 1 dan perawat-perawat (bekas pelatih Akrine) yang ingin mengulangkaji / mendalami teknik rawatan. Ia lebih menekankan kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang perawat.

Antara kandungan kursus adalah:

* Persiapan diri seorang perawat
* Keperluan bilik rawatan
* Teknik tikam
* Teknik baling
* Teknik tidurkan jin
* Teknik Kembara dan Rawat (TKR)
* Teknik Rotan Objek (TRO)
* Teknik ambil barang sihir
* Teknik Rawat Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP)
* Teknik Serkupan Azab (TSA)
* Keberkesan Rawatan
* Latihan

Yuran adalah RM250.00 sahaja (sila bank in ke Maybank Islamic 562740110528 Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan)

Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00ptg

Sila sms nama, tempat tinggal, pekerjan dan tahap kursus yang dipohon ke 019-7584801

Tarikh tutup permohonan adalah seminggu sebelum tarikh kursus


Penginapan di tempat kursus bagi peserta lelaki (percuma) dan sesiapa yang memerlukan Homestay sila membuat tempahan( Homestay 1: Tn. Hj. Saad 0126794304 Homestay 2 : En. Majid 0136051892 Homestay 3: Tok 4 Taufik 0122670577) dengan kadar yang segera.

Hotel yang terdekat terdapat di TSB BBaru Sg. Buluh

Kusus Pengukuhan Tahap 3

Tarikh : 15hb. November 2014

Tempat : Dewan Burhanuddin Helmy, Kuang

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Yuran : RM100.00

Thursday, September 4, 2008

Memurnikan teknik rawatan

Tulisan ini tidak berhasrat memperlekeh mana2 perawat jauh sekali mahu menonjolkan bahawa teknik rawatan Akrinelah yang terbaik. Marilah berlapang dada dan mencari kejernihan dalam usaha2 mencapai keredhaan ALLAH lebih2 lagi di bulan alKareem ini,

Peristiwa 1.

Saya dimaklomkan oleh seorang wanita yang berjiran dengan seorang pengerusi persatuan rawatan Islam bahawa perawat berkenaan selalu memukul isterinya. Tidak dijelaskan isteri yang mana satu, tetapi perawat ini telah mengahwini pesakit yang dirawatnya. Pesan wanita ini "perawat itu yang perlu dirawat, kerana gagal bersifat adil kepada isteri-isterinya"

Peristiwa 2

Seorang guru telah menjadi perawat di sebuah cawangan rawatan kumpulan perawat Islam terkemuka. Dia diambil tindakan kerana meraba payu dara pesakitnya. difahamkan dia juga berkahwin dengan pesakit ini dan menceraikan isterinya yang pertama.

Peristiwa 3.

Sekumpulan wanita bertanya kepada isteri saya, perawat berkenaan sudah kahwin ke belum.
"Sudah dan kenapa?" tanya isteri saya. "Dia raba dari atas kepala hingga hujung kaki!" jawab mereka

Peristiwa 4.

Sekumpulan perawat lengkap beruniform (jubah) mengerjakan seorang wanita yang sedang kerasukan. Ada yang pegang kepala, tangan, peha, lutut, perut dan kaki. Perawat semuanya lelaki... kalaulah mereka bukan perawat dan menanggalkan jubahnya teknik ini macam kes rogol saja!


Peristiwa 5.

Seorang pesakit memaklomkan bahawa dia pernah dirawat di negeri jelapang padi. Pesakit wanita berkenaan pergi bersama anaknya. Perawat berkenaan mengatakan dia hanya pulih jika perawat berkenaan memangkah dengan pensil pada *** dengan menganggalkan bajunya. Perawat berkenaan meyakinkan pesakit bahawa isteri beliau akan berada bersamanya semasa teknik ini dilakukan... pesakit membatalkan rawatan

Peristiwa 6.

Seorang pesakit memaklomkan kepada saya beliau sering dihubungi secara sms oleh perawat walaupun jam 12.00 malam untuk berbual-bual.

Dari peristiwa-peritiwa di atas, ada beberapa perkara yang tidak harus diambil kesimpulan sebagai kejelekan perawat.

Peristiwa 1 tidak diketahui kenapa siperawat sering memukul isteri. Mungkin si isteri nusyus menyebabkan si perawat berkelakuan demikian. Begitu juga hak perawat untuk berkahwin lebih dari satu... lebih2 lagi nak merawat pesakit berkenaan.... apa yang pasti perawat mengundang fitnah dan kepercayaan masyarakat.

Peristiwa 2 perawat mungkin telah diberitahu oleh pesakit yang serangan banyak dibahagian payu dara, perawat sama seperti doktor allopathy/hospital kenalah membalasah tapak jin berkenaan berkampong.

Peristiwa 3 saya tanya perawat berkenaan kenapa urut dari atas sampai kaki. Jawabnya "saya tengok guru saya buat begitu, saya urut supaya jin ikut tangan saya sampai kekaki dan saya tarik keluar!".

Peristiwa 4 pula dibuat dikawasan terbuka dan secara berjemaah (ramai2) lengkap dengan imej perawat Islam, selagimana pesakit yakin dengan perawat2 buatlah apa saja. Mereka juga seperti doktor yang membelasah tempat2 gangguan.

Peristiwa 5 dan 6 adalah jelas tertolak, para pesakit seharusnya menyenarai-hitamkan perawat2 sealiran dengannya.

Isu yang saya nak utarakan adalah bahana fitnah dan kelicikan jin mengalahkan perawat.

Sejarah silam mencatatkan bagaimana seorang abid yang cuba diganggu oleh syaitan. Syaitan ini menyakiti anak perempuan seorang raja, syaitan cuba merawat tetapi tidak sembuh lalu menyarankan raja membawanya berjumpa dengan abid berkenaan. Oleh kerana perintah raja abid berkenaan merawat dan puteri raja pun sembuh.

Apabila balik ke istana puteri raja sakit semula, syaitan mencadangkan supaya puteri ini tinggal bersama abid bagi memudahkan abid merawat. Raja bersetuju dan dipendikan cerita abid telah berzina dengan puteri raja dan akhirnya membunuhnya.

Inilah yang saya minta semua perawat kena waspada, jin dan syaititan bukan sahaja menggunakan plan A tapi mereka juga menggunakan plan B iaitu meruntuhkan kredibiliti perawat, menyakitkan isteri-anak, merosakan harta benda dan lain-lain lagi.

Kita mestilah sedaya mungkin menghindarkan fitnah-fitnah yang terpaksa dilalui oleh perawat bila kurang waspada.

Bagi tujuan di atas saya ingin menyarankan:

1. Perawat mestilah tidak ada personel touch dengan pesakit. Jika anda merawat secara individu mahupun kumpulan anda mestilah bersifat sptmana seorang doktor professional.

Seorang doktor menumpukan rawatan sahaja, hal-hal rawatan selesai apabila sesi rawatan selesai. Doktor tidak membawa kes rawatan balik ke rumah.

Saya mencadangkan semua temu-janji, konsultasi awal, pengisian borang rawatan dan persiapan rawatan dilakukan oleh PA anda. PA yang terbaik ialah isteri, kakak atau adik anda sendiri.

Kaedah ini menjaga hati perawat dan membolehkan rawatan dilakukan kepada pesakit tanpa terdetik rasa cinta dan lain-lain emosi yang boleh menggugat tanggungjawab anda. Fokus anda adalah merawat pesakit, itu saja.

2. Jaga aurat pesakit

Saya berpendapat walaupun pesakit telah memakai pakaian yang menutup aurat, adakalanya pakaian berkenaan belum mencapai tahap selamat bagi sesi rawatan. Kita tahu pesakit akan terbaring, meronta dsb.

Oleh itu minta pesakit memakai telekung solat dan tutup kakinya hingga ke peha dengan selimut yang tebal.

3. Isu pesakit aggresif

Saya mencadang supaya mengikat pesakit terlebih dahulu sebelum merawat terutamanya pesakit yang telah dikenalpasti sebagai aggresif (pesakit berulang).

Bagi pesakit yang pertama kali dirawat dan tak jelas aggresif atau tidak, tidak perlu diikat diperingkat awal. Apabila dirawat dan didapati aggresif, tamatkan rawatan dengan menyedarkan pesakit. Ikat pesakit semasa sedar dan mulakan rawatan semula.

4. Isu menyentuh pesakit

Apabila saya memperkenalkan teknik rawatan secara memegang batang logam saya telah dikeluarkan dari Dsyifa. Bukan kerana menyeleweng tetapi ini bukan rawatan teknik DSyifa. Saya bertegas mahu meneruskan dengan alasan saya mahu mengurangkan menyentuh pesakit. AJK Dsyifa menghujjah kepada saya bahawa RasuluLLAH menyentuh pesakit dengan tangan kanannya sebagai teknik rawatan. Saya perjelaskan saya nak kurang bukan tak sentuh langsung. Seerah rawatan Nabi SAW merawat adakalanya meletakan tangan di belakang/bahagian yang sakit pesakit, meludah mulut pesakit dan memukul dengan dengan serban.

Oleh kerana teknik sentuhan ada, maka ia tidak harus dipertikaikan.....

Apa yang menjadi isu adalah sentuhan melampau...

Pada minggu lepas semasa di dalam bas dari KLIA ke KL Central saya duduk dengan seorang pemuda dari Aljeria. Ringkas cerita diapun seorang muallij juga disamping pengikut kuat FIS. Saya tanya dia adakah dia merawat dengan menyentuh pesakit perempuan... dia lantas menjawab HARAM! Saya katakan padanya sheikh Wahid AlBali memegang kepala pesakit... kepala dibolehkan dengan syarat memakai tudung.

Macam mana kita nak elak dari sentuh bahagian sensetif wanita? Saya ada beberapa cadangan:

1. Jika dia datang bersama suaminya, anda minta suaminya yang sentuh dan anda letak tangan anda di atas tangan suaminya... saya yakin suaminya tak marah atau cemburu dengan perawat

2. Perlukah disentuh? anda boleh tarik secara teknik sedut botol, dragon ball atau paling mudah sentuh dengan bahan logam.

Rawatan kita bukan rawatan fizikal, kita boleh juga hembuskan ruqyah pada bahagian yang sakit.

Isu ini tidak timbul jika pesakit adalah seorang lelaki.... wALLAHu a'lam

6 comments:

Anonymous said...

Salam Ustaz,


Maaf kerana komen/pertanyaan saya lari dari topik sikit. Saya ingin bertanya ustaz berkenaan mimpi saya.


Saya selalu bermimpi perkara yang sama berulang-ulang. Dalam mimpi saya, saya selalu dikejar ular beberapa ular tetapi setiap kali saya berjaya melarikan diri. Saya juga tidak pernah dipatuk oleh ular-ular ini. Malah, dalam setiap mimpi, saya akan berjaya membunuh ular-ular ini, mengelak dari digigit dan melepaskan diri.

Mimpi saya semalam jugak seperti yang diterangkan diatas. Kerana masih baru, saya dapat ingat akan ular tersebut - ular tedung hitam. Saya berjaya membunuh uluar-ular ini dengan mencantas dua tetapi ada yang berjaya melarikan diri.

Saya ada terbaca mimpi seperti ini ada memandatakan atau berkait dengan saka. Mungkin saka ular. Saya tak berapa pasti.

Harap Ustaz dapat menerangkan dengan lebih lanjut.


Selamat menjalani ibadah puasa Ustaz.

Anonymous said...

Salam Ustaz

Saya ingin memberi pandangan tentang cadangan pertama yg Ustaz kemukakan... bolehkah Ustaz buat testing/experiment dgn menghembus ke arah tangan suami/ibu/kakak pesakit ...dan biar mereka yang menyentuh tempat sensitif/badan pesakit.

Mudah2 berhasil & dapat mengelak/ mengurangkan lagi contact dgn badan pesakit. Dapatlah kiranya Ust memaklumkan hasil kajian ini kemudian . InsyaAllah

Sekian Terima kasih

taja said...

Teknik rawatan Ustaz Majid yg berusaha mengurangkankan 'physical contact' dgn pesakit adalah dihargai dan perlu diteladani oleh perawat2 lain juga anak2 murid beliau.

Kadang2 kita jadi keliru dlm suasana rawatan samada pesakit yg dirasuk jin atau perawat yg kelihatan 'beria-ria' seolah "di rasuk" juga. Nak ditegur, kita bukannya ahli dlm bidang ni....

Abdul Majid Hasan said...

Salam,

1. Untuk sdra yang selalu dikejar ular itu adalah salah satu simptom yang anda diganggu jin... jumpalah perawat

2. Teknik meletakan tangan muhrim telah lama saya praktikan, sdra Taja boleh mengesahkannya.

mujahidin said...

Assalamualaikum;

Ustaz sy nak minta penjelasan ust tentang sembelih jin yang ingkar keluar, bolehkan dari sudut syarak? Apa pandangan imam Al Qayim dan Syeikh Wahid Bali? Ini kerana ada pendapat yang mengharamkannya. Maaf saya bukan dari ahli perubatan. Wallahua'lam

Abdul Majid Hasan said...

Salam, sdra Mujahidin,

Tulisan seorang ust dalam blog saya saya petik berbunyi :Memang boleh jadi jin itu muslim, karena kemusliman jin tidak otomatis menjamin dia baik dan tidak melakukan dosa atau melanggar perintah Allah SWT. Sebagaimana orang beragama Islam, tetapi banyak diantara mereka yang maksiat, berdosa, menipu, korupsi, berzina, mengganggu orang lain bahkan membunuh. Kalau jin itu muslim dan sholeh, maka tidak mungkin dia merasuki seseorang. Masuknya jin ke dalam tubuh seseorang sudah menandakan bahwa jin itu salah dan berdosa."

Sdra baca tulisan TG Harun Din yang saya muatkan pada bukan Julai seperti berikut "manusia adalah pihak yang sentiasa bersifat defensif (bertahan), manakala makhluk-makhluk halus itu adalah merupakan pihak yang sentiasa bersifat ofensif (menyerang) yang ingin membinasakan manusia. Tidak ada pakatan yang dilakukan oleh manusia secara teratur dan terancang, sama ada bersendirian atau berkelompok yang bertujuan untuk membinasakan sebarang makhluk halus kecuali dalam keadaan tertentu, setelah manusia diganggu oleh makhluk-makhluk halus tadi. Tindakan manusia seperti ini sebenarnya bukan bersifat ofensif. Mereka berbuat demikian semata-mata kerana mengharapkan kesembuhan akibat kejahatan makhluk-makhluk halus tadi"

Kita lakukan sembelih, pancung, bakar dsb adalah sebagai ikhtiar mengeluarkan perompak, penyamun dan setaraf dngannya mengharapkan kesembuhan.

Blog/web Rawatan

My Favourite

Expose Mistik part-1

Expose Mistik Part 2

Expose Mistik Part 3

Teknik Tidurkan Jin



Senarai Perawat Luar Negeri

KLINIK RUQYAH DI LUAR NEGERI





  • Jordan
  • "Ayesh Quran: Cell: 00962795576723, ayeshquran@yahoo.com (Taibeh, Irbed, Jordan)
  • UK
    • Abu Junaid: 07834326225 (Birmingham and surrounding areas, UK)
    • Abdul Jabbaar: 07976918576 (Huddersfield and surrounding areas, UK)
    • Abu Abdullah As-Salafi: 07737557330 (Birmingham, UK)
    • Abu Abdullah: Ruqyashariyah@yahoo.co.uk, http://groups.yahoo.com/group/RuqyaShariyah/
    • Zaid : 07985667618 (Leicester, UK)
    • Sheikh Abu Hanifah (appears on the Islam Channel Q&A): 0208 471 5766 (London, UK)
    • Ibrahim At-turki: 07719380579 (Hertfordshire, North London)
  • USA
    • Abdulhakim Alhiyafi: (615) 668-2522 (Dallas, Tx 76107), the sheikh works in Sharia Academy and he travels to other states frequently.
    • Ahmad Al-Jabry: (313) 384-4509 (Dearborn, Mi 48126)
  • Germany
    • Abu Sufian: 01625365432 (Bonn)
  • Bosnia and Herzegovina
  • Morocco
  • Pakistan
    • Iqbal Salafi: TEL: 0092 51 5537998 (7AM-3PM PST), Mobile:0092 3335115646, Kashmiri Bazaar near masjid Darus Salaam, Ahl Hadith (RAWALPINDI-PAKISTAN)
  • Egypt
    • Waheed Abdul-Salam Balo: 0020105061850 (Egypt)
  • Yemen
    • Muhammad Al-Imam center (Ma'bar, Yemen)
    • Abdul-Qadir Al-Qudsy center (Al-Qadisiyah, San'a', Yemen)
  • Saudi Arabia
    • Abdul-Azeez Abu Djeen: phone: 4265211, cell: 055415020 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-Subai'y: 055216484 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez bin Jdeed: 055425132 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Abdullah: 054264125 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah As-Sadhan: 055261525 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Nasir Armeeh: phone: 055425132, cell: 055212184 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah Fahd Arsheedy: 0557556976 , 0557992665 (Al-Kharj, Saudi Arabia)
    • Khalid Al-habashy: the imam of Masjid Al-Sulayman (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Munair Arab: (+966) 555708580, www.alroqia.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez Muhammed Al-Kharmy: cell: 055663850, aziz1123@hotmail.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Saleh An-Nah-Has: 0506575057 (At-Ta'ef, Saudi Arabia)
    • Ahmed Ard-dady: office: 048229319, cell: 0505302026 (Al-Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia)
    • 'a'edh Al-Sharary: cell: 053650839 (Tabarjal, Saudi Arabia)
    • Sa'eed Al-Qahtany: 055759590 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Mohammed Arsainy: 055143121 (Buraydah, Saudi Arabia)
    • Khalaf Aal-Baker: 054407544, (Al-aziziyah, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-ataiby: 052388818, 054449429 (Al-Khalidiyah, Saudi Arabia)
  • Kuwait
    • Abdullah Al-hadad: 3842452 (Al-Green, Kuwait)
    • Faysal Al-'anzy: 9279496 (As-Sableekhat, Kuwait)
    • Hady Al-'anzy: 9009019 (Al-Jahra', Kuwait)
    • Mohammed Al-Qaysi: 7989066 (Great Mubarak, Kuwait)
    • Abu Osamah: 7040056 (Kuwait)
  • UAE
    • Salah Abdul-Qader: 050/6111706 (Abu Dhabi, UAE)